~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Friday, March 30, 2012

Novel : Kalimah Cinta Bab 26


Aku merenung lama, botol berisi cecair putih jernih yang aku sendiri tidak tahu fungsinya, dimasukkan ke dalam tubuhku melalui jarum yang dicucuk. Sebaik satu botol cecair itu sudah selamat masuk ke dalam tubuh ini, aku rasa lebih bertenaga dan sakit perutku sudah berkurangan.
“Ila rehatlah ya, selagi belum sembuh, jangan datang kerja lagi. ok?”
Aku tersenyum pada Salima yang duduk di sisiku seraya mengangguk.
“Terima kasih kak, dan maaf sebab menyusahkan akak.”
“Ish tak ada apalah, sikit aja pertolongan akak ni. ok lah Ila, akak balik dulu tau, nak jemput anak dari nursery lagi.” Salima bingkas bangun.
“Iyelah kak. Maaf tau susahkan akak.”
“Ish kamu ni, sudahlah minta maaf. Kamu tak ada salah dengan akak pun. Akak balik dulu ya Ila, jaga diri tau! Jangan lupa makan ubat. Assalammualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Aku ingin menutup mata, merehatkan diri ketika Salima beredar keluar dari bilik itu, apabila terdengar suara Salima berbicara dengan seseorang.
“Eh doktor. Balik dulu ya.”
Aku pantas menoleh ke depan. Salima sudah lenyap di balik pintu, sebaliknya Iman sudah berdiri tegak di situ.
Aku tidak keruan saat jejaka itu menghampiriku.
“Ila ok ke?” dia menyoal aku untuk kesekian kalinya, ada nada gusar kedengaran.
Aku mengangguk perlahan.
“Ni, kenapa makanan ni tak makan lagi?” Iman menyoal lagi saat dia melihat makanan yang disediakan pihak hospital di atas meja masih belum kusentuh.
Aku diam.
Iman berkerut memandang aku.
“Ila kenapa ni?”
Aku menggeleng laju.
“Kenapa Ila tak jawab?”
Aku geleng lagi dengan air mata yang mula bertakung di tubir mata.
“Ila nak cakap apa-apa pada Iman ke?”
Aku menggeleng lagi untuk kesekian kalinya. Terdengar dengusan dari bibir itu, matanya dilarikan ke arah lain.
“Please Ila, jangan buat Iman macam ni, jangan seksa hati Iman ni. Iman tak sanggup tengok keadaan Ila yang lemah begini. Sebabkan hal ni jugalah buat Iman tak sanggup berhadapan dengan Ila dalam tempoh seminggu ni. Iman takut Iman tak kuat nak tengok Ila menderita. Hati Iman sakit. Iman akui, Iman rindukan Ila, setiap saat hati ni meronta nak jumpa Ila. Iman minta maaf sebab Iman tak ada di samping Ila di saat Ila sangat memerlukan sokongan. Iman minta maaf, tapi Iman takut Iman lebih lemah dari Ila.”
Dia menghamburkan segala perasaannya padaku tika itu, membuatkan air mataku laju saja menuruni pipi. Ya aku sebenarnya rindu kan perhatian dari dia, aku sebenarnya mahu dia ada di sisi aku di saat aku amat memerlukan sokongan ini.
Seminggu tanpa khabar dari dia, buatkan aku terkapai-kapai sendiri, menyelamatkan diri dari segala kesedihan ini. Tapi aku sedar, aku tidak berhak meminta dirinya hadir di sisi, saat aku sendiri yang menolak dia ke tepi. 
Sendu yang pada mulanya langsung tidak kedengaran, mula bertukar sebak, sebelum tangisanku sudah tidak bisa dikawal. Aku terhenjut-henjut menahan tangisan itu, air mata yang laju turun, aku seka berulang kali.
“Saya fikir saya ok, saya kuat hadapi semua ni, tapi sebenarnya saya salah. Saya pendam sendiri semua kepedihan ni, dan cuba tunjuk pada semua yang saya sudah bisa menerima suratan takdir. Tapi saya silap Iman. kesedihan yang saya simpan sendiri, cuma memakan diri saya. Hati saya sakit Iman, sakit!”
Iman terdiam. Wajahku direnung syahdu.
“Iman faham Ila. Iman tak ada di tempat Ila, Iman takkan dapat rasa sepenuhnya apa yang Ila rasa. Tapi Iman nak Ila tahu, yang Iman tak pernah tinggalkan Ila. Iman tetap ada di sini, memimpin Ila saat Ila rasa lemah. Iman akan cuba keringkan air mata itu dari wajah Ila. Iman akan kembalikan senyuman Ila. Iman akan cuba Ila, tapi Ila kena janji untuk sama-sama berusaha dan kuatkan diri Ila.”
Aku terdiam. Wajah Iman aku pandang, keikhlasan terpancar pada matanya. Perlahan aku mengangguk. Iman tersenyum walaupun matanya berkaca. Ah adakah dia hampir menangis kerana aku?
“Dan perkara pertama yang Ila perlu buat untuk bina balik kekuatan tu ialah dengan makan. Tak boleh skip waktu makan. Ok Ila?” Iman bersuara sambil tangannya sudah membuka penutup tray yang terisi makanan itu.
Aku mengeluh.
“Bukan saya tak nak makan, tapi saya memang tak lalu makan.”
Iman menyudu sedikit nasi dan sup sayur lalu disuakan padaku.
“Tak apa, Iman suapkan Ila.” Iman mendekatkan lagi sudu itu ke mulutku, aku jadi serba salah. Aku ingin mengambil sudu itu dari tangannya, namun nanti tersentuh pula tangannya itu. Mahu tidak mahu, apabila sudu itu kian dekat, kugagahi juga membuka mulut lalu menelan makanan itu biarpun deria rasaku seolah tidak berfungsi.
Cukup lima suapan, aku mengangkat tangan, tanda tidak mahu lagi disuap.
“Sudahlah Iman. Dah cukup ni, saya dah kenyang.”
“Sikit lagi, Ila.”
Aku menggeleng pantas. Iman menghela nafas, seraya meletakkan sudu itu kembali ke dalam tray.
“Makan sikit pun tak apa, janji makan. Jangan skip makan tau! Nanti Iman akan pantau Ila. Kalau Ila tak makan, siap!”
Aku ketawa kecil mendengar celotehnya.
 “Dahlah, pergilah sambung kerja awak. Nanti orang kata awak mengular pulak.” Aku mengingatkan dia yang masih berlama di bilik itu.
Iman membelek jam tangannya seraya bingkas bangun.
“Kalau macam itu, Iman pergi dulu ya. Nanti Iman datang lagi.”
Aku mengangguk perlahan.
Senyuman terukir sendiri saat pintu ditutup rapat. Entah mengapa, saat bersama Iman, segala kedukaan yang kutanggung terasa lebih ringan. Tapi aku sepatutnya tidak membiarkan hati ini terbuai dek perasaan cinta yang ingin kubuang jauh-jauh selama ini. Aku yang akan kecewa, andai kubiarkan cinta ini kembali bersemi.
Ah, aku tidak mahu!

Suka? =)

3 comments:

  1. sukarnya melupakan cinta pertama.... lebih2 lagi apabila kita mengetahui cinta kita telah berbalas namun terpaksa dipendamkan agar tiada hati yg terluka sekiranya berterus terang.....
    alangkah mudahnya sekiranya Iman masih belum terikat... dah tentu.... Iman dan Ila akan bersatu....

    ReplyDelete
  2. salam kak aliesha......erm knp safwan mati??? bru igt die bahagia ngn safwan n bagaimana die nak lupakan iman....

    sebab selalu cerita mesti cinta pertama 2 jgk yg dipilih.....sebab cerita mcm 2 dah biase sgt la....hehehe

    hehe tp x pe cerita nie mmg best...x sbr nk tggu sampai hbs....tahniah kak.....

    ReplyDelete
  3. KENAPA SAFWAN YANG MATI,BIAR SI IMAN JE YANG MATI.-SALINA

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u