~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Saturday, February 16, 2013

Novel Cinta Bersaiz XXL! Teaser #2


ADEH! Lenguh bahu tak ingat dunia punya! Baru seminggu masuk kelas, dah macam-macam assignment datang. Aku fikirkan belajar DPLI ni relaks sikitlah dari pelajar biasa, sebab tempoh singkat je. Rupa-rupanya sama seksa, tak pun lagi seksa adalah. Semua nak dikompak sekaligus, jadinya banyaklah tugasan yang perlu dilaksanakan dalam tempoh masa yang singkat.
Ahhhh! Aku tekup muka pada meja belajar di dalam bilik belajar yang Hadif sediakan khas untuk aku. Katanya, alang-alang ada bilik kosong, elok dijadikan bilik belajar sementara aku masih belajar dan kami belum ada anak. Esok-esok dah ada anak, barulah boleh ubah semula bilik ini, itupun kalau bilik-bilik lain dah penuh la. Amboi, macam la ramai sangat anak kami nanti. Hehe. Opps! Belajar dulu Deeba, jangan fikir pasal anak lagi, kang tak larat nak habiskan study kalau bawak perut. Mujur Hadif tak mendesak, dia suruh aku utamakan study dulu.
 Rasa macam tak larat nak buat kerja dah. Mata ni dah kuyu macam apa aja. Jam dekat atas meja aku kerling. Dah hampir pukul satu pagi.
“Banyak lagi ke?” suara itu buat aku mengangkat wajah. Aroma Nescafe menerobos ke dalam hidung. Wanginya! Mug yang Hadif pegang, diletakkannya di hadapanku sebelum dia duduk di sebelahku.
“Minumlah dulu, biar hilang mengantuk.” Hadif bersuara sambil tangannya sudah ligat mengurut bahuku. Yes! Macam tau-tau je aku dah lenguh bahu.
“Tak larat la, bang. Banyak betul assignment. Waa!” aku tekup muka semula ke meja. Stress! Stress!
“Tak apa, buat slow-slow. Ada yang tak faham, esok bincang la dengan lecturer dan kawan-kawan. Jangan paksa diri sangat.”
“Hmm..” aku menggumam, namun mataku masih tumpah pada kertas assignment di hadapan. Seketika kemudian, aku beralih menghadap Hadif yang masih setia di sisiku.
“Abang pergilah tidur, dah lambat dah ni. Kang tak pasal-pasal, abang pulak mengantuk time nak mengajar.”
Hadif sengih.
“Abang tak mengantuk lagi. Lagipun, abang tak tenang nak tidur kalau Deeba tak ada kat sebelah.”
“Ish, mengadalah bang!” aku menepuk pahanya.
Hadif ketawa kecil.
“Dahlah, pergilah tidur. Abang dok sebelah Deeba ni, lagi Deeba tak boleh buat kerja tau! Kang lagi lambat Deeba tidur.”
“Yelah, abang tak kacau Deeba. Jangan tidur lewat sangat tau.”
“Ok...”
Hadif bingkas bangun, mencium ubun-ubunku, sebelum bergerak meninggalkan bilik itu. Aku menghantar Hadif dengan mata, sebelum berkalih memandang kertas itu semula. Ahhh! Mari teruskan!

BILIK tidur itu aku masuki dengan derap perlahan, tidak mahu mengejutkan Hadif yang barangkali sudah belayar ke Selat Melaka. Tepat pukul dua setengah tadi, baru siap assignment aku, itupun banyak lubang-lubang, esok baru nak bincang dengan Ibtisam, Munirah, dengan Aiman. Haih penat badan ni, tak usah cakap la. Aku nak bantal sekarang jugak!
“Dah siap dah?”
“Astaghfirullah hal azim!” Aku mengurut dada perlahan bila mendengar suara itu. Hadif pandang aku dengan wajah tanpa riak di sebalik kesamaran cahaya lampu tidur itu.
“Laa, kenapa abang tak tidur lagi ni?” aku menyoal seraya meletakkan beg kuliahku di tepi meja solek, tempat yang biasa kuletak, mudah dicapai.
Hadif sengih. Tafsir Al-Quran di tangannya, Hadif letak semula di atas meja tepi katil.
“Belum mengantuk.” Ujarnya pendek, tapi automatik juga mulutnya menahan kuap.
“Tu! Tak mengantuk apanya tu?”
Hadif ketawa sebaik kuapnya hilang.
“Abang tunggu Deeba jugak ya! Kan Deeba suruh tidur dulu.” Aku menggumam kecil sambil langkahku, kubawa ke katil. Bercekak pinggang di hadapan Hadif.
“Kan abang cakap, abang tak tenang kalau Deeba tak ada kat sebelah. Kalau abang tak tenang, mesti abang tak boleh tidur, sebab tulah abang tunggu Deeba.” Hadif sengih.
“Iyelah tu... Dah, abang tidurlah dulu. Lepas Deeba cuci muka, gosok gigi, Deeba terus masuk tidur. Jangan risau. Deeba dah mengantuk gila-gila dah ni. Tengok mata Deeba, mana boleh bukak dah ni.” aku mengunjuk ke arah mataku yang sudah sepet, tak bisa diangkat.
Hadif ketawa, sebelum menarik selimutnya.
“Yelah, goodnite.” Matanya ditutup. Aku geleng kepala, bibir dah mengukir senyum lebar. Macam manalah lelaki idaman Malaya ni, boleh sayang aku sampai macam ni sekali? Ini namanya tuah ke, buang tebiat eh? Tapi betul ke sayang ni? ke pura-pura je? Ah sempat lagi bisikan syaitan masuk dalam hati aku. Nyah kau!
Ok! Tak ada masa nak fikir. Aku nak tidur! Aku nak tidur! Baik cuci muka, gosok gigi cepat. Bantal, tunggu aku!

------------------------------
Assalammualaikum semua!

untuk ubatkan kerinduan (kalau ada yang rindu la. hahaah) AK tepek teaser 2 ini untuk tontonan umum. hehe. tp sebenarnya teaser 2 ni adalah kejadian sebelum teaser 1 hahaha. ok faham? lalalaa.

bila terbit? nantikan berita baik itu ya! insyaALLAH akan diumumkan kemudian. ^_____^

Suka? =)

20 comments:

  1. xsabar nk tggu..hehehe...

    ReplyDelete
  2. Akak nak teaser konflik

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk kak. nak konflik, tunggu buku boleh? haha. kang tension pulak baca. muahahaaa

      Delete
  3. memang betui2 tk sabar dek...heeheeee

    ReplyDelete
  4. Aih...xsbr nk tunggu buku dia...

    ReplyDelete
  5. cepat la keluar buku pnye..tak sabar da tnggu nie,,
    =)

    ReplyDelete
  6. cepat2 la keluar buku pnye,,dah tak sabar tnggu nie,,
    =)

    ReplyDelete
  7. terima kasih terubat rindu kat cite nie huhuhu

    ReplyDelete
  8. X sbr la rasanya nk tg bk....

    ReplyDelete
  9. bestest sangat !!!! tak sabarnya...

    ReplyDelete
  10. saya pembaca dari Indonesia..di Indonesia novelnya ada tidak?:)

    ReplyDelete
  11. kite da bce..waaaa xtahan..da mule nk berangan jer nihh..ishhh untung la klu kisah dlm novel tu dpt jd realiti pd diri sndiri.. :D

    posted by beruangmerahjambu

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. kalo novel nie dijadikan drama,mesti meletup macam LYMA...

    ReplyDelete
  14. Heee.. bgai aku pulak yg jdi watak deeba! alangkah bhgianya klu ada husband mcm hadif! ^_<

    ReplyDelete
  15. Salam,AK. macamana nak beli buku cerita hadif n deeba ni? terbit 2013 kan...masih ada jual tak?or boleh beli dari AK je? kalau boleh,saya nak beli...tolong emelkan kat saya ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Nanti contact saya ya. Emel alieshakirana@gmail.com atau pm di fb or ig 😊

      Delete
    2. Wslm. Nanti contact saya ya. Emel alieshakirana@gmail.com atau pm di fb or ig 😊

      Delete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!