~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, July 31, 2012

Novel : Cinta Bersaiz XXL! Bab 12



KAKIKU terasa berat sekali hendak melangkah. Wajah Hadif aku pandang sekilas. Hadif cuma diam memandang wajah mama, abang Hasif, dan Kak Suraya silih berganti. Mungkin hatinya terasa berat, seperti mana yang aku rasa saat ini.
“Hadif pergi dulu ya, mama. Ada kelapangan nanti Hadif balik.” Hadif mengucup lembut tangan mama, mengucup pipinya sebelum memeluk tubuh itu erat. Haish aku pulak yang sedih jadinya, sebak dada ni menahan rasa. Walaupun nak pindah sekangkang kera je dari sini, tapi perasaan tu macam nak pindah ke Jepun je. Haha. Aduh sempat lagi aku ni.
“Mama...” aku pula mengambil alih tempat Hadif apabila Hadif menginjak ke tepi, menyalami abangnya pula. Tangan yang kusua, disambut oleh mama, sebelum aku mengucup lembut tangan itu, mengucup kedua belah pipinya lalu memeluk dia erat. Gosokan lembut terasa di belakang badanku.
“Jaga diri elok-elok ya Deeba, tolong jagakan anak mama ni, mama serahkan dia sepenuhnya pada Deeba sekarang.” Mama tersenyum seperti selalu. Alamak, air mata, janganlah keluar masa ni. Aku cuba tahan sedaya upaya air mata yang macam nak pecah empangan ni.
“InsyaAllah mama, jangan risau, nanti kami baliklah selalu. Kalau abang Hadif tak nak balik, Deeba paksa jugak sampai dia nak balik.” Aku sengih, cuba sedapkan hati insan kesayangan Hadif, yang kini jua kesayanganku.
“Ada-adalah Deeba ni.” Mama tergelak kecil, bahuku diusapnya lembut tanpa berkata apa lagi.

“DEEBA sedih ke?” Hadif menyoal setelah lama hening menemani kami, dia memandang aku sekilas walaupun anak matanya tidak dapat kulihat kerana terlindung di sebalik kaca mata hitamnya.
“Ish mana ada.”
Hadif senyum segaris, biarpun dia tidak memandang aku lagi kerana fokus pada pemanduannya. Tiba-tiba tanganku terasa digenggam erat sebelum Hadif menarik tanganku ke bibirnya dan dikucup lembut.
“Terima kasih sayang...” dia tiba-tiba bersuara. Aku memandang wajahnya dengan rasa hairan.
“Terima kasih untuk apa?”
Hadif senyum lagi, kali ini lebih lebar.
“Terima kasih sebab sayangkan mama seperti ibu Deeba sendiri, terima kasih sebab hadir  dalam hidup abang ini, terima kasih atas segalanya.”
Aku mengetap bibir, suamiku ini tidak habis dengan ucapan terima kasihnya walaupun aku sendiri tidak pasti, jasa apa yang telah aku berikan padanya.
“Abang...” aku cuba bersuara setelah lama berdiam.
“Hmmm...”
“Tak payahlah selalu berterima kasih pada Deeba, Deeba tak buat apapun sampai abang kena ucapkan terima kasih. Sepatutnya Deeba yang kena banyak berterima kasih pada abang sebab sudi terima Deeba yang kekurangan ni dalam hidup abang.” Aku akhirnya meluahkan rasa hatiku.
Mata Hadif membulat. Dahinya berkerut.
“Jangan cakap macam tu, Deeba. Deeba tak ada sebarang kekurangan pun di mata abang, sebaliknya Deebalah yang melengkapkan hidup abang. Deeba sempurnakan abang, sepertimana abang akan sempurnakan Deeba.” Hadif senyum dari sisi.
Aku terkedu. Nak membalas, dah kelu lidah. Bila Encik Hadif bersuara, pemidato kebangsaan pun boleh kematian kata. Bukan sebab apa, tapi cair! Hancur lebur hati yang sedingin ais sekalipun. Aduh!

“DEEBA naik atas dulu ya bang, nak kemas baju-baju ni. Kalau abang nak apa-apa, abang panggil Deeba ya.” Aku segera meminta diri sebaik tiba di rumah baru kami itu. Bukannya apa, cheq malu! Segan nak berduaan dengan Hadif, sebelum apa-apa, baik aku cabut!
Barang-barang yang kami bawa, sedikit saja pun. Almaklumlah, Hadif dah beli rumah siap perabut lagi, jadi yang tinggal cuma bawa baju dan barang-barang peribadi yang lain aja. Tak perlu upah lori angkut barang pun. Ada juga barang yang masih disimpan di rumah mama, Hadif kata barang-barang tu nanti boleh diangkut kemudian.
“Tunggu Deeba.” Hadif memegang lenganku, sebelum sempat aku melangkah. Perlahan dia menarik aku ke sisinya.
“Belum apa-apa dah nak buat kerja, duduklah rehat dulu.” Wajahku terasa panas bila mataku bertentangan dengan matanya. Haih! Inilah rasanya bila bercinta lepas kahwin. Lepas kahwin baru nak kenal, jadi malu-malu alah la hamba. Hehe.
Hadif tarik aku untuk duduk di sofa, namun matanya tidak dikalih dari memandangku.
“Abang tahu, Deeba segan kan dengan abang?”
Aku gumam. Ish ahli nujum pak belalang betul! Wajah aku dah merona merah.
Hadif menguntum senyuman.
“Deeba tak perlu segan apa-apa dengan abang. Kita dah jadi suami isteri. Deeba dah jadi sebahagian dari hidup abang, dan begitu juga sebaliknya.”
Aku angguk perlahan, mengiyakan kata-katanya itu.
“Abang harap Deeba boleh terima abang seadanya, abang tahu abang ni skema sikit, abang tak pandai bergaul dengan orang, tapi abang harap Deeba boleh terima abang sebegini ya?”
Mataku membulat. Sikit punya sempurna laki aku ni, dia boleh kata dia tu skema? Haih! Ok ada la sikit, tapi comel apa orang skema ni. Haha. Alamak, adakah aku sudah jatuh cinta? Tehee.
“Deeba...” panggilan Hadif membuatkan aku tersedar dari lamunan. Eh apa soalan dari dia tadi ya? Oh ya...
Aku berdeham beberapa kali sebelum mataku kembali tertancap pada wajahnya.
“Err... Deeba yang patut berharap, abang boleh terima Deeba seadanya. Deeba gemuk, tak...” belum sempat aku menyambung, jari telunjuk Hadif sudah melekap di bibirku.
“Syhh, abang tak mahu Deeba cakap yang bukan-bukan pasal diri Deeba lagi. Kita semua ada kekurangan, dan setiap kekurangan kita, akan dilengkapi oleh orang lain. Hidup kita adalah untuk saling melengkapi, sebab itu Allah jodohkan Deeba dengan abang supaya Deeba dapat jadi pelengkap hidup abang dan sebaliknya.” Hadif mencuit hidungku lembut.
Aku mengukir senyuman. Ok, aku memang tak mampu lawan cakap Hadif, kata-kata dia terlalu lunak untuk ditentang. Baik mengaku kalah saja. Haha.
“Assalammualaikum...” momen yang indah lagi syahdu ini tiba-tiba terganggu dek suara orang di luar rumah.
“Waalaikumussalam.” Aku bingkas bangun untuk membuka pintu, namun Hadif pantas menghalang. Dia pula yang bangun dan segera membuka pintu utama rumah itu.
“Ada pun orangnya...” wanita dalam lingkungan lima puluhan itu tersengih sebaik Hadif membuka pintu.
“Makcik nampak macam ada orang baru pindah dekat rumah ni, sebab tu Makcik datang jenguk. Makcik duduk betul-betul kat sebelah ni.” Makcik itu ligat berbicara tanpa ditanya. Anak gadisnya yang berumur hampir sebaya aku, kelihatan menyorok di belakang ibunya sambil mencuri pandang pada Hadif.
“Oh iye ke? Aah, saya baru saja berpindah ke sini.”
“Nama Makcik, Rosmah, panggil saja Mak Mah. Ini anak Makcik, Rosliza, panggil Ros saja.” Makcik itu memperkenalkan.
“Saya, Hadif.”
“Anak pindah sorang ke?” soalan itu membuatkan automatik Hadif berpaling ke belakang, memandang ke arahku yang hanya memerhati dari jauh sedari tadi.
“Tak, saya pindah dengan...”
“Makcik...” aku menghulurkan salam, membuatkan Hadif terhenti berbicara.
“Oh pindah dengan kakak kamu ya?” kata-kata yang terpacul dari mulut Makcik itu buatkan aku tersentap. Amboi makcik, kakak terus dikatanya aku. Mujur dia tak cakap, aku ini mak Hadif. Sadis betul!
“Eh bukan Mak Mah, ini isteri saya, Adeeba.” Hadif membetulkan.
Wajah Makcik bernama Mak Mah itu sedikit terkejut, anak daranya juga sama. Ok-ok, aku tahu semua orang pun akan terkejut, jadi aku dah imun dengan wajah terkejut tu.
Mak Mah kelihatan berbisik sesuatu pada anaknya sebelum mereka ketawa sendiri. Ah aku bukan boleh kalau tengok orang macam tu, mesti adalah yang dia orang bahankan aku itu. Haish!
Lengan Hadif aku tarik, membuatkan Hadif menoleh ke arahku.
“Deeba masuk dalam dululah bang, buatkan air. Abang layankanlah tetamu tu.” aku meminta dengan wajah separa kelat, cuba untuk tidak menunjukkan emosiku pada Hadif. Hadif tersenyum seraya mengangguk.

“KALAU perlukan apa-apa, bagitahu saja Mak Mah ya. InsyaAllah apa yang termampu, Mak Mah tolong.” Suara Mak Mah kedengaran saat aku mampir membawa dulang berisi air teh o panas dan beberapa potong kek keju.
“Amboi, patutlah montok isteri kamu ni Hadif, petang-petang pun makan kek keju. Ish Mak Mah ni tekak orang Melayu, tak ada selera nak makan makanan berlemak dan manis macam ni.”
Amboi Mak Mah ni, baru sekejap datang rumah aku, dah boleh perli aku eh.
“Tak apalah kalau macam tu Mak Mah, sekejap saya gantikan kek ni dengan biskut kering.” Aku pulangkan paku buah keras. Wajah Mak Mah kelihatan berubah.
“Eh tak payah susah-susahlah... apa nama tadi? ah Adeeba, Mak Mah dah makan dah tadi.” Cakap awal-awal kan bagus, tak payah aku susah-susah potong kek kegemaran aku ni. Haha. Ok Deeba, behave yourself. Hormat orang tua. Tak pasal-pasal kena pujuk hati sendiri.
Aku duduk di sebelah Hadif, saat air teh o itu sudah kutuang dalam cawan masing-masing. Wajah Hadif aku pandang sekilas sebelum aku memandang ke depan semula. Hadif senyum sebelum menggenggam jemariku erat. Ah dia selalu tahu bagaimana hendak sejukkan hati aku. Cewah! Macam la dah lama kahwin Adeeba oi!
“Tak apalah Hadif, Deeba, Mak Mah beransur dululah ya. Ingat nak tolong apa yang patut, tapi Hadif kata tak ada apa pun yang boleh ditolong, kan? Lain kali kami datang ya.” Mak Mah bingkas bangun.
“Eh minumlah dulu Mak Mah.” Aku menjemput.
Mak Mah senyum, Ros juga sama biarpun dia hanya senyap sedari tadi.
“Tak apalah, tadi Mak Mah dah minum dah sebelum ke mari.” Mak Mah pantas berlalu ke luar dari rumah.
“Nanti ada apa-apa, panggil aja Mak Mah, apa yang termampu, Mak Mah tolong.”
“Terima kasih, Mak Mah.” Aku senyum seraya menyalami dua beranak itu.
Saat keduanya lenyap di sebalik dinding rumah sebelah, aku dan Hadif, kembali masuk ke dalam. Aku bingkas duduk di atas sofa semula sambil memandang ke arah minuman yang tidak bersentuh, tanpa sedar, aku menghela nafas panjang.
“Mengeluh nampak.” Hadif menepuk pahaku membuatkan aku mendongak.
“Mana ada bang, cuma sayang, orang dah bancuh penat-penat, tak diusik pun.”
Hadif tersengih.
“Deeba la, garang sangat dengan Mak Mah tu.”
Mataku tajam memandang Hadif.
“Deeba garang?” aku menyoal, tidak percaya. Iye ke aku garang tadi? haha. Patutlah mencicit Mak Mah dengan anaknya tu lari balik.
“Tak adalah, abang gurau ja. Isteri abang ni mana garang pun, comel tu adalah.”
Aku diam. Eleh! nak sedapkan hatilah tu.
“Mak Mah tu nampak saja mulut becok, tapi abang yakin hatinya baik. Kalau tak, tak adalah dia nak datang bertegur sapa dengan kita, siap nak tolong kita berkemas lagi.” Hadif menyambung.
“Deeba tahu.” Mulutku memuncung.
“Cuma Deeba sentap jugalah dengan kata-kata dia tu.”
Hadif mengusap bahuku lembut.
“Alah, jangan terasa hati sangatlah, ya. Anggap saja dia bergurau.”
Aku senyum.
“Deeba tak simpan dalam hati pun. Sentap masa tu jelah, lepas tu tak fikir dah pun. Dah banyak sangat Deeba kena perli sebelum-sebelum ni, takat kena macam ni, senang je nak handle.” Aku ketawa mengekek.
“Oh berlagak eh, isteri abang.” Hadif mencubit pipiku membuatkan aku mengaduh kesakitan. Hadif yang melihat gelagatku, cuma ketawa kelucuan sambil mengusap pipiku semula.
“Ini siapa nak habiskan ni?” aku memandang cawan-cawan itu semula dengan wajah kelat.
“Deeba la habiskan.” Hadif ketawa membuatkan mulutku kian muncung.
“Kalau Deeba habiskan semua ni, kembunglah perut Deeba.”
Hadif ketawa lagi.
“Alala, nanti kita habiskan sama-sama ya! Abang habiskan semua pun tak apa, demi isteri tercinta.” Aku menjeling padanya.
“Eleh, yelah tu.”
Hadif senyum buat kesekian kalinya.

AKU merenung langit malam yang sama seperti malam-malam sebelum ini, namun terasa lain benar bila direnung dari rumah yang berlainan. Balkoni yang agak luas itu membuatkan aku dapat melihat suasana malam dengan lebih jelas. Terasa indah sekali ciptaaan Ilahi ini. Haih..
“Hah! Ingat dekat Mak Mah lagi?” sergahan Hadif buatkan aku terperanjat, pantas aku mengurut dada.
“Ish abang ni! buat apa Deeba nak ingatkan jiran sebelah kita tu pulak?” aku mencebik.
“Manalah tahu kan,” Hadif bersuara sambil merangkul erat diriku dari belakang.
“Merepek saja abang ni,” aku menyiku perutnya membuatkan Hadif mengaduh.
“Aduh, ganas betul isteri abang ni.” Hadif masih menggosok perutnya membuatkan aku ketawa kecil, geli hati.
“Itulah, main sedap cakap aje. Rasakan. Entah-entah, Mak Mah yang dok teringatkan abang. Frust tak dapat jadikan menantu bila tengok isteri XXL abang ni.” aku ketawa mengekek.
Hadif terdiam, wajah aku dipandang dalam-dalam membuatkan aku terhenti ketawa.
“Kenapa abang tengok Deeba macam tu?” aku menyoal apabila lama dia berdiam diri.
Hadif tiba-tiba memeluk aku erat, ubun-ubunku dikucupnya lembut.
“Deeba jangan cakap macam tu. abang tak suka Deeba perkecilkan diri Deeba sendiri. Bagi abang, Deeba dah cukup sempurna di mata abang.”
Aku terkedu. Perlahan aku mengangguk. Ah kata-kata Hadif, selalu bisa buat aku lapang dada. Aku senyum.

Suka? =)

14 comments:

  1. Haih Mak Mah tu macam nak kenankan anak dia dengan Hadif je...#^_^

    ReplyDelete
  2. Thanks AK for the n3! Kesian kat Deeba, boleh tahan laser jugak mulut Mak Mah ni, tapi x pa yg penting Hadif tetap sayang giler kat Deeba... so Deeba be strong OK, buat tak tau je pasal Mak Mah tu..

    ReplyDelete
  3. baru nk berkenalan dh nmpk mak mah tu nk kenenkan hadif dgn anak dia

    ReplyDelete
  4. yes, ad jugk entry.. aduhai, bisa jugk mulut MakMah tu.. ank dy akn jd pengnggu ke? jgnlaaa~ nk Deeba dgn Hadif romntk je. kan best dpt suami mcm Hadif ni. :) hihihi

    ReplyDelete
  5. cam somting fishy je ngan jiran baru hadif n deeba tuh. hmmmmmmmmmmmm be careful

    ReplyDelete
  6. kalo dpt mulut mak mah tu,mmg makan cili jawapnye...xsabar nak tunggu bab seterusnye....suuwweet sgt hadif gan deeba...

    ReplyDelete
  7. kalo dpt mulut mak mah tu,mmg makan cili jawapnye...xsabar nak tunggu bab seterusnye....suuwweet sgt hadif gan deeba...

    ReplyDelete
  8. kalo dpt mulut mak mah tu mmg mkn cili jawapnye...xsabar nk tunggu bab seterusnye...suuuweeet sgt hadif n deeba...:)

    ReplyDelete
  9. potong la mak mah tu.. dah buat air tak nak minom plak.. geram btol..

    ReplyDelete
  10. rase nk cili je Mak Mah..ayat xleh bla..
    nasib baik cik abg pandai pujuk Deeba..pewiitt..
    sweetttt gituu...

    ara

    ReplyDelete
  11. Tp hati dia baik kot Mak Mah tu...wlwpun pedas. Hrp2 jgnlah anaka dia yg jadik org k3 kat hubungan Deeba ni....=)

    ReplyDelete
  12. currently reading Cinta Bersaiz XXL and Love You Mr.Arrogant.suka sangat.

    ReplyDelete
  13. best3x..saya suke..ble nk ade next chapter nie??x sabar nie..
    ^_^

    ReplyDelete
  14. Deeba jangan paranoid sangat . believe yourself okay . nice entry AK ,

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u