~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, July 19, 2011

Novel : Love You Mr. Arrogant! Bab 23


Zaara keluar dari kereta Audi S4 itu dengan terhencut-hencut, berusaha untuk berjalan sendiri. Dia tidak mahu lagi menyusahkan Irham yang sudah bersusah payah menjemputnya dan menghantarnya ke klinik, apatah lagi suaminya itu kelihatan tidak puas hati dengan alasannya tadi. Kakinya yang masih sakit, digagahi untuk melangkah.
Irham pantas mendapatkan Zaara setelah menutup pintu keretanya, badan Zaara segera dicempung, enggan membenarkan gadis itu berjalan sendiri. Zaara yang terkejut, meronta-ronta dalam rangkulan Irham itu.
“Ish kenapa ni? Malulah, turunkan saya. Takkanlah nak dukung saya sampai ke atas!” Zaara menolak-nolak tubuh Irham yang kejap mencempungnya. Irham cuma diam, tanpa menghiraukan rontaan Zaara.
“Lepaskanlah!” Zaara tidak beralah membuatkan Irham menjeling Zaara dengan pandangan tajam.
“Diamlah! Kang aku lepaskan kau atas lantai batu ni baru kau tahu!” Irham bersuara sebelum memandang ke hadapan semula. Zaara jadi kaku, tidak berani melawan Irham. Siapa yang berani melawan lagi bila mendengar jerkahan seumpama singa betina itu.
Selepas pintu rumah dibuka Mak Tom, Irham terus membawa langkahnya ke tangga, Zaara cuma mampu melemparkan senyuman pada Mak Tom walaupun wajahnya terasa hangat dibalut rasa malu dicempung Irham sebegitu.
“Kenapa dengan kaki kamu tu Zaara?” Tan Sri Zahir yang memerhati sedari tadi segera menghampiri mereka apabila Irham meletakkan Zaara di atas sofa. Sejak dari tadi dia menanti kepulangan mereka dengan rasa kurang sabar, bimbang sesuatu terjadi pada menantunya itu. Puan Sri Maryam pula sudah awal-awal lagi lesap ke bilik, langsung tidak berasa ingin ambil tahu tentang keadaan Zaara.
Zaara cuma menggeleng seraya tersenyum pada bapa mertuanya itu. Segan sekali apabila dia berhadapan dengan insan yang sangat dihormatinya itu.
“Entahlah papa, menantu papa yang dah besar panjang ni jatuh tangga.” Irham bersuara sambil menggeliat kecil, melonggarkan uratnya yang tegang apabila mendukung Zaara yang boleh tahan beratnya berbanding dengan tubuh melidi Irham.
“Jatuh tangga, macam mana boleh jadi macam tu?” riak wajah Tan Sri Zahir berubah, ada kerisauan dari nada suaranya.
Zaara memandang wajah Irham, mengharapkan Irham tolong menjawab untuk dirinya kerana Zaara tidak sampai hati hendak menipu bapa mertuanya, rasa berdosa pula. Irham menyedari yang Zaara sedang melihatnya dengan pandangan meminta simpati terus membuka mulut.
“Ada mata letak kat lutut, macam tulah jadinya papa.” Irham menjeling ke arah Zaara.
“Ish kamu ni Irham, mulut tak ada insurans. Dah pergi klinik belum? Bahaya ni...” Tan Sri Zahir bersuara sambil meninjau kaki Zaara.
“Dah papa, abang Irham dah bawak Zaara tadi.” Zaara bersuara, membalas kata-kata Tan Sri Zahir.
 “Hmm kalau macam tu baguslah. Sekarang pergilah naik atas berehat. Esok cuti je, tak payah kerja.”
“Baik papa.” Zaara membalas sebelum berusaha untuk bangun, ingin naik ke atas biliknya.
Tan Sri Zahir memandang Irham yang cuma memeluk tubuh, langsung tidak menghiraukan Zaara yang bersusah payah. Anak lelaki tunggalnya itu direnung tajam hingga mata mereka bertaut. Tan Sri Zahir segera mengisyaratkan Irham untuk membantu Zaara yang sudah berada di tepi tangga. Dalam keluhan, Irham bangun untuk menghulurkan bantuan pada Zaara.
“Goodnight papa.” Irham bersuara sebelum melangkah ke arah Zaara, Tan Sri Zahir cuma menghadiahkan senyuman. Bahagia melihat keduanya.
“Dah, meh aku tolong. Kang jatuh lagi sekali siapa nak jawab?” Irham bersuara pada Zaara yang sedang meniti tangga itu satu persatu. Zaara cuma mencebik, malas hendak membalas kata-kata Irham yang hanya menyakitkan telinganya.
“Mari sini.” Irham bersuara sambil menarik Zaara dalam cempungannya semula. Langkahnya diatur satu persatu dengan berhati-hati, risau dirinya ikut terjatuh. Zaara cuma mendiamkan diri saat diperlakukan begitu, tidak berasa hendak melawan Irham lagi.
------------------------------------------
Irham membuka pintu bilik dengan berhati-hati lantas segera menghampiri katil sebelum menghempaskan tubuh Zaara ke situ.
“Eh tempat saya kat bawah la.” Zaara lurus memberitahu membuatkan Irham terdiam seketika.
“Hari ni kau tidur je atas katil. Eh, kau tidur ajelah atas tu sampai kaki kau sembuh.” Irham membetulkan katanya.
“Tapi... nanti kotor pulak katil mahal awak ni.” Zaara memerli. Kata-kata Irham sewaktu dulu masih terngiang dalam ingatannya.
Irham menjeling pada Zaara sambil membetulkan cadar dan bantal di atas katilnya.
“Jangan banyak cakap boleh tak. Dah sakit macam ni pun masih nak bertekak dengan aku. Dah aku bagi kebenaran tu, tidur ajelah.”
“Kalau saya tidur kat sini, awak nak tidur kat mana?”
“Mana-mana ajelah!” Irham membentak.
Zaara tersenyum, gembira kerana dalam kedinginannya, Irham masih punya hati dan perasaan. Zaara diam, hanya memerhati Irham yang sibuk membetulkan cadar dan menarik selimut menutupi kaki Zaara.
“Awak... terima kasih...” Zaara lembut bersuara setelah lama berjeda, memerhati Irham sedari tadi. Irham pantas memandang Zaara. Ada air jernih yang kelihatan bertakung di tubir mata isterinya itu.
“Tak apa. Kau tu je, lain kali hati-hati sikit.”
“Saya minta maaf... maaf sebab banyak menyusahkan awak, menyeksa hidup awak dengan kehadiran saya dalam hidup awak ni...” Zaara tiba-tiba terasa sayu, air matanya mula berlinangan di pipi mulusnya itu.
“Ish kau ni kenapa? Tiba-tiba emo je ni.” Irham kaget, hatinya tak keruan setiap kali melihat air mata gadis itu.
Tanpa diduga, Zaara pantas merebahkan kepalanya ke dada suaminya itu sambil memeluknya erat. Kali ini tanpa berfikir panjang, dia sendiri yang merangkul tubuh itu kerana hatinya ingin sekali merasa dirinya dilindungi. Ingin sekali merasa dirinya selamat di dalam pelukan itu. Selamat dari segalanya, selamat dari Faisal yang mengganggu hidupnya. Faisal? Ah bayangan kejadian tadi kembali menerjah ingatannya membuatkan Zaara menangis teresak-esak.
“Ish kenapa tiba-tiba ni?” Irham menolak-nolak tubuh Zaara yang memeluknya erat. Dadanya terasa basah dengan linangan air mata gadis itu.
Zaara enggan melepaskan tangannya yang melingkari pinggang Irham, sebaliknya tangan itu makin kejap memeluk Irham dengan sendunya yang kian kuat kedengaran.
“Kenapa ni?” Irham seolah dapat meneka ketakutan yang mula membalut diri Zaara.
“Tolong... tolong jangan lepaskan saya lagi.” Zaara meminta dengan suaranya yang sudah serak dek kerana banyak menangis.
Irham membiarkan Zaara bertenang sambil menyeka air mata di pipi Zaara.
“Cuba cerita dekat aku, apa yang terjadi? Takkanlah sebab kau jatuh tangga, kau menangis sampai macam ni sekali?” Irham menyoal.
Zaara pejam matanya rapat-rapat, enggan bersuara. Kepalanya digeleng-gelengkan tanda enggan menjawab.
“Zaara?” Irham menyoal lagi namun hanya sendu Zaara yang kedengaran membuatkan Irham membiarkan saja dirinya diperlakukan sebegitu. Jemarinya perlahan-lahan hinggap di bahu Zaara sebelum menggosoknya lembut, cuba mententeramkan hati Zaara yang tak keruan.
------------------------------------------------------
“Tolong, lepaskan saya.. tolong lepaskan saya...” suara Zaara yang meracau-racau di atas katil membuatkan Irham yang baru hendak terlelap di atas kerusi empuk berdekatan katil itu terjaga. Pantas Irham mendekati Zaara yang tidak henti meminta tolong, hatinya berasa cemas, risau kalau-kalau Zaara disampuk sesuatu.
“Zaara, Zaara, wei bangun! Kenapa dengan kau ni?” Irham menolak-nolak tubuh Zaara yang meronta-ronta tidak berhenti. Dadanya berdebar, bimbang sesuatu yang buruk berlaku pada gadis itu. Zaara akhirnya membuka mata dan menangis semahunya saat melihat Irham di hadapannya tika itu. Tubuh suaminya itu dirangkul erat, enggan melepaskan Irham pergi dari sisinya.
“Kenapa ni? Tak pernah-pernah kau mengigau, tiba-tiba malam ni kau meracau sampai macam ni. Kenapa?” Irham menyoal Zaara namun Zaara terlalu takut untuk berkata-kata. Bibirnya bergetar dek diselubungi peristiwa hitam itu.
“Tolong beritahu aku, jangan buat aku risau macam ni.” Irham berbisik lembut ke telinga Zaara, tidak pasti isterinya itu mendengar atau tidak.
“Zaara...” Setelah membiarkan Zaara tenang dalam pelukannya seketika, Irham cuba memanggil Zaara sekali lagi tetapi Zaara sudah terlelap. Irham cuba merungkai pelukan Zaara yang kejap dilehernya, namun desahan nafas Zaara yang kian berombak apabila Zaara memegang tangannya membuatkan Irham tak jadi memaksa gadis itu melepaskan pelukan itu.
Wajah polos gadis di hadapannya itu direnung, wajahnya basah dengan linangan air mata, ada desahan ketakutan pada nafasnya. Perlahan Irham menyeka pipi Zaara yang mulus seraya turut berbaring di sisinya.


Suka? =)

30 comments:

  1. best..
    tp pendek sgt..
    huhu irham bila nk jatuh cinta sma zaara nih??
    hehe..

    ReplyDelete
  2. klau nak Irham tau psl
    keje si Faisal tu bley ke??
    Hehe... Mane aci kalau tlepas
    cmtu je... kan kan kan...

    ReplyDelete
  3. alamak..alang2 da boleh peluk irham tu,,,ape kate buat zaara cte skali psl si faisal durjana tu...heee...

    ReplyDelete
  4. adush..AK masukkan la pasl faisal tu..biar zarra criter kat irham..confem irham hot bila tau ade org ggu n usha zarra..hehhe.. bru lg terserlah yg irham makin take care n suka kt zarra

    ReplyDelete
  5. ce wat spya irham pujuk zaara bgtau ape jd,zaara cite la....kt situ la bleh tgk irham 2 caring kt zaara ke x...ke die xcite kt irham,tp cite kt kazen irham 2,biar die yg bg warning kt faisal...(sesuke ht aku jek)....hehe

    ReplyDelete
  6. alahai..Ak..terubat rindu sikit kat Zaara.. akak mmg suka part ni..bila irham jatuhkan sikit egonya kat zaara.. tabik akak kat zaara krn berani memeluk singa tu walaupun tidak tau apa tindakan saelanjutya kat dia... Ak jgn marah ek.. akak sekadar nak beri pendapat ..apa kata minah tu beritau irham apa yg jadi sebenarnya..mesti ada cctv kat bangunan tu kan..kalo mamat singa tu cakapinah tu saja nak buat citer dan nak kan perhatian dia..apa apa pun Ak .. akak kan follow citer ni... mmg best..

    ReplyDelete
  7. lama dah tunggu episod ni...
    akhirnye...
    good job AK...

    ReplyDelete
  8. bla la irham nak ckp jatuh cinta kat zaara ni...
    Klu zaara cite ngan irham ada org ganggu dia mesti best kan...

    ReplyDelete
  9. nak scene romantica de amour depa ni. hahaha

    ReplyDelete
  10. AK ... BAGI LAH SCENE ROMANTIC SIKIT ... SCENE SI IRHAM MELUKU KEPALA SI FAIZAL TU

    ReplyDelete
  11. ok..not bad.. cepat la smabung tau.. :)

    ReplyDelete
  12. best!!!!
    nk zaara cite pasal faisal kat irham...
    nak tau apa reaksi irham...

    ReplyDelete
  13. nak je zaara cite kat irham pasal faizal 2...bior faizal kene belasah same irham....hehehehe

    ReplyDelete
  14. ha sokong gan idea suma org. betul tu, gtau la kat irham. kot nanti irham cuak ke bila tau yg zaara nak kena kebas.
    best. hope boleh baca lagi cpt posting next entry.

    ReplyDelete
  15. best !!...^_^
    nak lagiii....hehe

    ReplyDelete
  16. nak lg2.
    thanks writer, good job, kte kt cnie trnati2 next part nie.

    hehe.

    ~akumie

    ReplyDelete
  17. citer je la kat Irham tu zaara oii...rasa-2nya si Irham ni dah fall in love gan zaara cuma ego xnak gtau je...hehehe....

    ReplyDelete
  18. salam...
    cerita yang menarik, memang tertunggu-tunggu sambungannya...

    saya beri idea sikit bole? Apa kata kalau irham bantu zaraa sblm proses untuk bersihkan diri, since diaorang balik pn dh mlm kan? Nk tidur msti kena bersihkan? So masa zara kluar dr bilik air dn pakai baju yg lengan pendek, irham perasan pergelangan tangan zara lebam dan irham terus syak yg zara bkn jatuh tangga sbb lebam di pergelangan tgn x sinonim dgn jatuh tangga...so dia mula menyoal siasat....

    ReplyDelete
  19. wah! mekasih atas cdgn semua. insyaAllah AK akan tambah bab ni nanti. mekasih sgt! sygg korang! heheheeh

    ReplyDelete
  20. ak pasti punya kejutan untuk post akan datang.. hehe..tunggu sama ada ak ikut idea nda atau tidak..hehe..apa apa pun tak sabar nak tunggu.. ak...cepatla sambung!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!heheh...

    ~~laluzi

    ReplyDelete
  21. setuju dgn elly :)
    hhmm.. walaupun entry kali ni pendek, tp best ;)
    berani gak zaara tu peluk irham..hehhee

    ReplyDelete
  22. ske cite.. nak lg boleyh.. x tau nk comment banyak2 ..
    buat gempak cket , baru meletop!!
    anyways all the best..

    ReplyDelete
  23. ala pendek sgt...
    aper kata pasni si irham tu siasat aper yg jd sbnrnye kat si zaara..
    klw tgk cctv musti nmpak yg si faizal tu tolak zaraa kn...
    hhmmm...

    ReplyDelete
  24. geramnye kat faisal 2...
    zaara citer je pasal faisal 2,biar masuk lokap..
    kot2 la irham berubah..hi3

    ReplyDelete
  25. cepat sambung yaa

    ReplyDelete
  26. pergh..AK diam diam tak diam byk yg memberi idea yg tak kurang hebatnya..akak pulak teruja nak tau apa kan terjadi ek..selepas scene ni? Ak mmg pandai memainkan emosi kami..yg meronta ronta nnak tau.. adakah mangkuk hayun Faisal tu kena sedas dua penumbuk dari singa jantan tu..
    cepat rungkaikan masalah domestic kita ni ek...AK

    Salam dri
    Kak idA

    ReplyDelete
  27. Ak nape pendek sangat..huhuh..x puas baca..bagus juga kalau biar irham tahu perbuatan faisal tu bley x??geram dengan faisal!!

    ReplyDelete
  28. mst zaara mimpi kne kcau ngn faisal 2 kn...
    cpt smbung ea AK... :)

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!