~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Thursday, October 18, 2012

Novel Cinta Bersaiz XXL! Bab 18

WAJAHKU mencuka sebaik aku masuk ke dalam kereta Toyota Prius itu. Geram! Geram! Wajah Hadif langsung tidak kupandang, rasa sebal sangat ni.
“Kenapa monyok aje ni?” Hadif memicit pipiku seperti selalu dibuatnya apabila melihat wajahku masam. Aku buat tak tahu je, walaupun mulutku dah muncung macam ikan buntal, bila dia picit begitu.
“Ha sayang? Kenapa ni?” ok jangan cair. Tolonglah jangan cair...
“Masuk belajar balik, terus jadi bisu ke? Kena bagi ubat ni...” Hadif senyum. Aku buat tak tahu aje.
“Ish apa abang ni?” aku pantas menolak wajah Hadif apabila wajah itu terlalu hampir dengan wajahku. Nak buat apa-apa pun, tengok tempatlah dulu, ini tempat awam kot!
Hadif ketawa.
“Ingatkan dah bisu tadi.”
Aku peluk tubuh, sebal.
“Apa masalahnya ni, Deeba? Deeba marah abang ke?” suara Hadif sudah bernada risau.
“Kenapa abang tak bagitahu, abang  mengajar kat sini?” akhirnya aku menyoal setelah lama buat mogok.
Tadi, rasa macam nak terkeluar jantung aku bila lelaki kacak yang ingin ditunjukkan Munirah di dalam dewan tadi rupa-rupanya Hadif! Aku fikir aku berhalusinasi je, mungkin sebab rindukan suami sendiri. Haha. Tapi bila nama Hadif disebut dan seterusnya diperkenalkan sebagai salah seorang pensyarah, barulah aku yakin yang susuk tubuh yang berdiri di depan mata aku tu, suami aku. Mau aku tak bengang sekarang ni? Arghh! Rupanya aku kena tipu hidup-hidup. Rasa macam nak gigit-gigit je Encik Hadif ni, biar hancur. Biar aku pulak jadi vampire. Haish!
Terdengar suara Hadif ketawa, buatkan aku pantas berkalih memandangnya. Aku dok bengang ni, boleh pulak dia gelak suka.
“Dah Deeba tak pernah tanya abang pun. Takkan abang sendiri tiba-tiba nak bagitahu, abang mengajar kat mana.”
Aduh! Ya tak iya jugak. Selama ni aku cuma tahu Hadif ini seorang pensyarah, namun tidak sekalipun aku bertanya pada dia mahupun sesiapa, di mana dia mengajar selama ini. Haih mujur Hadif ini orang yang baik-baik. Mahunya, aku dapat suami penjenayah ke, tanpa soal tentang kerjanya, aku selamba je terima. Haha, sadis Deeba! Eh tapi aku kena pertahankan diri aku ni, dah terang-terang dia tetap salah. Dia salah sebab tak beritahu aku hal penting ni!
“Tapi dah abang tahu, Deeba dapat sini, sekurang-kurangnya bagitahulah Deeba masa tu.” aku masih tak puas hati.
Hadif sengih. “Saja abang nak surprisekan Deeba.”
“Aah, memang surprise, surprise sangat. Sampai rasa nak gugur jantung Deeba ni tau!” aku memeluk tubuhku semula sambil buat muncung sedepa. Geram masih tak hilang.
“Ala, sorrylah sayang. Abang janji, abang takkan rahsiakan apa-apa dah dari Deeba. Janganlah merajuk macam ni, abang tak suka la tengok wajah comel Deeba ni masam macam ni sekali.” Hadif sudah memicit pipiku, namun aku buat tak endah saja. Konfrontasi harus diteruskan.
“Ish macam mana ni eh?” Hadif berbisik sendiri, namun aku masih dapat menangkap bait katanya. Dalam hati, rasa nak tergelak, tapi aku tahan je.
“Hah! Nanti abang belanja Deeba, coklat banyak-banyak!”
Cis! Sengaja nak gunakan makanan kegemaran aku tu sebagai modal berdamai. Tak boleh Deeba, jangan lembut hati.
“Deeba... Deeba...” Hadif menggoncang tubuhku lembut. Aku diam tidak berkutik.
“Deeba nak abang buat apa, baru Deeba nak maafkan abang ni?”
Aku diam lagi.
“Aduh! Semput la Deeba, tak boleh bernafas ni bang. Lepaslah!” aku meronta, sebaik Hadif memeluk aku erat-erat sambil ketawa.
“Cepat maafkan abang dulu, kalau tak, abang peluk lagi kuat lepas tu abang gigit Deeba!” Aduh, suami siapa yang tak matured main ugut-ugut ni. Tapi semput dah nak melawan ni. Tolong!
“Lepaslah!”
“Maafkan dulu!”
“Lepaslah dulu!”
“Maaf!”
“Yelah-yelah, Deeba boleh maafkan, tapi dengan satu syarat.”
“Apa?!” Mata Hadif bersinar sebaik mendengar kataku, pautannya pada leherku sudah dilonggarkan.
“Belanja Deeba Kenny Rogers dulu, baru Deeba maafkan.” Aku tersengih, sambil buat muka comel. Dah la, malas nak merajuk lama-lama, kang kena peluk sampai tak bernafas lagi, semput la aku! Hadif tergelak sebelum mencubit pipiku.
“Ok, jom.” Hadif menarik tali pinggang keledar sebelum menggerakkan keretanya itu. Ish ish! Dalam banyak-banyak benda aku boleh mintak, kenapalah Kenny Rogers pulak yang terlintas dalam fikiran aku? Choi! Dasar budak suka makan!
Aku ketuk-ketuk kepalaku beberapa kali, sebelum menarik tali pinggang keledar.

“SIAPA lelaki yang asyik berkepit dengan Deeba tadi?” Hadif bersuara sebaik hidangan ayam panggang sudah tersedia di hadapan kami. Erk, baru rasa berselera nak makan, datang soalan putus selera pulak. Aku pandang wajah Hadif, mata dia tajam merenung macam nak telan aku. Dahlah kawan-kawan aku tadi dah buat spekulasi liar, sekarang suami sendiri pulak dah dapat hidu gosip ni?
“Kawan baru.” Pendek aku menjawab sambil aku mencedok kentang putar di pinggan, terus kusua ke mulut.
“Dia tak ada kawan lelaki ke?” ok, macam boleh bau aroma cemburu. Cewah, cemburu ada aroma rupanya.
 “Entah, tak jumpa lagi kot. Dia kawanlah dengan Deeba dulu.”
 “Takkan tak ada kawan yang lain?”
Aku tersengih-sengih, seronok pula bila tengok Hadif cemburu.
“Belum sempat nak berkenalan dengan yang lain la kot. Belum masuk kelas pun lagi. Dah Aiman tu terjumpa Deeba yang sama kos dengan dia, dia kawan ajelah dengan Deeba dulu.” Aku menerangkan dengan terperinci.
“Oh jadi nama dia Aiman eh?” Hadif bertanya tanpa riak, buatkan sengihan aku tadi terus bertukar menjadi ketawa kecil.
“Abang ni cemburu ke apa ni?” aku angkat-angkat kening, mengusik.
Hadif bersandar pada kerusi sambil memeluk tubuhnya.
“Mana ada.” Tapi mulutnya sudah muncung sedepa.
“Tipu.” Aku buat tak layan dengan wajah masam Hadif, sebaliknya meneruskan suapanku. Oh sedap betul ayam panggang ni. Hoho!
“Oklah, ada sikit.” Hadif seolah bernada merajuk. Eleh, tadi aku merajuk masa dalam kereta, sekarang nak tukar giliran pulak eh?
“Ala, Deeba bukan kawan dengan dia sorang lah. Tu, Deeba jumpa tadi kawan Deeba masa dekat U dulu, si Sam dengan Munirah tu. Nanti kami genglah, kawan ramai-ramai.”
Hadif merenungku tajam.
“Betul ni?”
Aku angguk laju-laju.
“Betul! Janji!” aku angkat tangan macam sedang angkat sumpah. Akhirnya, senyuman terukir semula di wajah manis, milik Hadif itu. Lega rasanya. Fuhh!
“Abang cuma tak suka, orang fikir yang bukan-bukan. Walaupun niat Deeba cuma nak berkawan dengan dia, tapi dia lelaki, Deeba perempuan. Deeba tahulah mulut manusia ni, kita bukan boleh tutup. Dari dipandang serong, lebih baik elak. Tak adalah jadi perkara-perkara yang tak diingini, kan?”
Aku angguk, namun perkara lain pula yang terfikir di benakku, saat mendengar kata-kata Hadif itu. Dari dipandang serong, lebih baik elak. Hmmm.
“Abang tak nak orang cakap yang bukan-bukan pasal isteri abang. Abang tak nak, orang kaitkan isteri abang dengan lelaki lain, walaupun abang tahu isteri abang ni takkan pernah curang. Kan, sayang?”
Aku senyum, mengangguk kecil walaupun fikiranku masih tidak henti memikirkan sesuatu. Ah kusut!

“AMIN ya rabbal a’lamin..” Hadif menyapu wajahnya selesai berdoa. Seketika kemudian, dia berpaling padaku lalu menghulur salam. Aku pantas menyambut dan mengucup tangan suamiku itu penuh hormat. Hadif senyum seperti selalu sebelum mengusap kepalaku. Dia berpaling ke depan semula dan bersedia untuk bangun, usai solat Isyak itu.
“Abang!” aku sempat memanggil sebelum Hadif bangun. Hadif berpaling ke belakang semula.
“Ada apa Deeba?” dahinya berkerut memandangku.
“Errr. Deeba ada sesuatu nak cakap dengan abang ni.”
Hadif senyum segaris.
“Cakaplah. Abang dengar.”
Aku tarik nafas dalam-dalam dan kulepas panjang.
“Sebenarnya...” aku terhenti bersuara. Aku masih dalam telekung solat, rasa tak elok pulak bercakap hal dunia waktu sedang berpakaian solat. Tanggalkan dululah. Telekung itu aku tarik dari kepala.
“Err Deeba...” aku pandang Hadif semula.
“Hmm.” Hadif masih setia mendengar.
Aku sengih sebelum bangun dan menarik sekali sejadah yang aku gunakan tadi. Aku letakkan sejadah dan telekung ke tepi sebelum duduk di birai katil. Hadif ikut bangun, menyidai sejadah pada tempat sidai dan meletakkan kopiahnya di atas meja solek, sebelum dia melabuhkan dirinya betul-betul di sebelahku.
“Kenapa ni? Cakaplah, macam ada masalah aje ni.” Hadif bersuara, apabila aku masih lagi tidak berkata apa sedari tadi. Aku pandang wajah dia, takut-takut. Arghhh macam mana nak cakap ni?
“Sebenarnya bang...” aku cuba memulakan bicaraku sekali lagi sambil tanganku melipat telekung tadi, cuba mencari medium untuk mengurangkan rasa gugupku.
“Ok...”
“Deeba nak minta sesuatu dari abang ni...”
“Apa dia?”
“Boleh tak, kalau...”
“Kalau apa?”
“Errr...”
“Deeba...” Hadif memanggilku dengan nada seperti ditekan sambil matanya mencerun memandangku, membuatkan aku tambah gundah.
“Boleh tak kalau abang tak beritahu sesiapa dekat U tu yang kita ni suami isteri?” akhirnya terluah juga kata-kata itu. Dari tadi, aku asyik memikirkan perkara yang satu ini, sampai naik sakit kepalaku dibuatnya. Aku kena juga buat permintaan ni, setelah berfikir masak-masak.
Mata Hadif membulat, membuatkan aku tambah gerun. Ahhh! Salah cakap ke ni? Hadif diam saja buat beberapa ketika, namun matanya asyik memandangku tak lepas.
“Tapi kenapa?” soalnya akhirnya.
Aku menghela nafas. Pandanganku, aku lepaskan pada dinding kosong di hadapan kami. Seolah tergambar apa yang aku fikirkan di dinding tika itu.
“Deeba tak nak orang cakap yang Deeba dapat masuk situ atas bantuan abang, Deeba tak nak orang anggap, Deeba ambil kesempatan atas abang. Deeba takut orang tuduh Deeba gunakan kuasa abang untuk masuk ke situ, dan akan gunakan kuasa abang untuk hal-hal lain jugak. Deeba tak nak orang nampak semua tu bang.”
“Tapi Deeba...”
“Deeba tahu abang tak kisah semua tu, kan? Tapi mulut manusia ni kita susah nak tutup bang, abang sendiri cakap tadi. Dari berlaku perkara-perkara yang tak diingini pada masa akan datang, baiklah kita berhati-hati dari sekarang. Deeba tak nak susahkan abang, dan Deeba tak nak abang dengar apa-apa perkara buruk tentang kita nanti. Abang faham kan?” aku cuba menjelaskan dengan sebaiknya.
Hadif diam tidak berkutik. Berjeda sedari tadi.
“Maafkan Deeba kalau abang terasa dengan permintaan Deeba ni, tapi percayalah bang, ini untuk kebaikan kita berdua. Insya-Allah, walaupun semua orang tak tahu, tapi Deeba akan jaga diri Deeba sebagai isteri abang dan jaga nama baik abang, di mana saja Deeba berada.”
Terdengar keluhan kecil dari Hadif, sebelum dia memandang aku semula. Jemarinya mengusap pipiku sebelum perlahan dia mengangguk.
“Yelah...” perlahan saja nada suaranya.
 “Terima kasih bang!” aku tak dapat menahan rasa gembira, tubuh Hadif kupeluk erat dari tepi. Tentu Hadif terkejut. Haha. Tak pernah-pernah aku peluk dia, dia peluk aku tu adalah. Erk ok malu dah. Cepat-cepat aku leraikan semula pautanku.
“Tapi, abang tak janji ya. Abang takkan beritahu sesiapa, tapi kalau ada orang tanya, abang jawab ajelah.” Hadif angkat-angkat kening. Saja nak usik akulah tu.
“Iyelah...” Kalau aku simpan rahsia ni ketat-ketat, mesti tak akan bocor punya. Bila orang tak syak, maka tak ada siapalah yang akan tanya. Bijak tak aku? Haha.
“Janji jangan cerita dulu.” Aku buat muka tegas.
“Ya baik mem!” Hadif angkat tangan macam tentera beri hormat. Pecah tawaku melihat gelagatnya.
“Isteri abang ni, tak habis-habis fikir dalam-dalam sampai macam tu sekali, kan? Lama-lama pecah kepala tak tahulah.” Hadif tiba-tiba mengomel. Tubuhnya sudah dibaringkan di atas tilam sambil kepalanya dibantalkan dengan lengannya.
Aku tersengih. Iyelah, kalau aku tak fikir, siapa nak fikir. Kang benda dah jadi, baru nak menyesal. Nanti nama dah buruk dan kena tuduhan macam-macam, baru nak nafikan, lagi susah. Ok aku dok fikir lagi. Sudah-sudah!
“Terima kasih ya, bang...”
Hadif mengangkat wajah, memandangku.
“Sebab memahami Deeba,” aku menyambung.
Hadif senyum.
“Kalau abang tak faham isteri abang, siapa lagi nak faham.”
Aku angguk perlahan, mengiyakan kata-katanya.

P/s : Disebabkan minggu lepas AK hantar dekat Penulisan2u, tak masuk... jadi AK dengan penuh timbang rasa keluarkan bab baru ni. heheehe. Bagi yang keliru dengan kereta Hadif, AK dah ubah kereta Hadif kepada Toyota Prius. harap maklum. hehe.

Suka? =)

16 comments:

  1. suka ngn Hadif as usual....hehe..cuma part rahsia tu, dah byk kali bc kat novel lain...takut nnt reader dah bole expect apa yg jd...ape2 pon...sy suka karya2 AK...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekaseh atas komennya Azlin! Walaupun rahsia tu mcm sama dgn novel2 lain, InsyaAllah AK cuba bagi kelainan. hope akan puaskan hati semua nanti. ^_______^

      Delete
  2. Manis bergula betullah Hadif ni....I like sgt2....si Deeba ni kan....biau le org tau korang asben & wife....buatnya nti ada org ngorat laki hang...tau plak sentap...ishhh budak Deeba ni....kalau akaklah...dapat asben handsome, caring, loving cam Hadif tu....mmg akak kaborkan kt suma orang....hahahahah....over kan?...btw, thanks AK....I heart Hadif...eheheh....

    ReplyDelete
  3. Manis bergula betullah Hadif ni....I like sgt2....si Deeba ni kan....biau le org tau korang asben & wife....buatnya nti ada org ngorat laki hang...tau plak sentap...ishhh budak Deeba ni....kalau akaklah...dapat asben handsome, caring, loving cam Hadif tu....mmg akak kaborkan kt suma orang....hahahahah....over kan?...btw, thanks AK....I heart Hadif...eheheh....

    ReplyDelete
  4. Manis bergula betullah Hadif ni....I like sgt2....si Deeba ni kan....biau le org tau korang asben & wife....buatnya nti ada org ngorat laki hang...tau plak sentap...ishhh budak Deeba ni....kalau akaklah...dapat asben handsome, caring, loving cam Hadif tu....mmg akak kaborkan kt suma orang....hahahahah....over kan?...btw, thanks AK....I heart Hadif...eheheh....

    ReplyDelete
  5. Manis bergula betullah Hadif ni....I like sgt2....si Deeba ni kan....biau le org tau korang asben & wife....buatnya nti ada org ngorat laki hang...tau plak sentap...ishhh budak Deeba ni....kalau akaklah...dapat asben handsome, caring, loving cam Hadif tu....mmg akak kaborkan kt suma orang....hahahahah....over kan?...btw, thanks AK....I heart Hadif...eheheh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi akak. semangat smpai 4 komen akak letak. hahaahah! adoii. mekaseh kak. ntah Deeba tu! apolahh. ekekekeee

      Delete
  6. Saya rasa lebih baik both declare depa husband n wife. Bila sorok lagi byk masalah akan timbul, lagi byk org nak mengata. Lagipun perkahwinan memang patut diuar-uarkan bukan disorok. Tak tahulah kalau cik writer nak timbulkan konflik dari isu berahsia ni. Deeba pun patut beritahu pada kawan-kawan dia yg dia dah kahwin, tak adalah Aiman tu nak ada perasaan apa-apa. Saya rasa ada byk lagi cara lain u nak timbulkan konflik.

    ReplyDelete
  7. tk hatar n3 baru kat blog ni... dpt baca cpt sikit kalo
    dkt P2u faham jelah kan....

    ReplyDelete
  8. hari2 jenguk blog ni..sgt suke hadif yg sporting..

    ReplyDelete
  9. alangkah indahnyer unia jika ada suami seperti hadif...hehe...cannot wait for the next entry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol ckp u liyana arina kalau lah husband jenis mcm hadift tu alangkah bahagianya para isteri...tapi kalau yg xphm bahasa nie lagi payah...huhuhu

      Delete
  10. salam aliesha kirana..suka2 part ne, tapi knp mesti nk rahsiakn..erm,,,mukin si debba ne ad alasan dia yg trsendiri...huhuhuhuhu
    anyway tahniah ye aliesha, nice part...:)

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!