~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Monday, July 2, 2012

Novel : Cinta Bersaiz XXL! Bab 10



“MENGELAMUN apa, sayang?” panggilan Hadif itu pantas membuatkan aku tersedar dari lamunan. Wajah Hadif yang tidak pernah lokek dengan senyuman itu, aku tatap dalam-dalam. Perlahan aku menggeleng.
“Tak ada apalah, bang.”
“Abang ada depan mata pun, Deeba boleh fikirkan orang lain lagi eh? Sampai hati Deeba.” Hadif mencebik, buatkan tawaku berderai juga. Aduh, buat muka comel macam tu, siapa yang boleh tahan.
“Merepeklah abang ni, Deeba tak fikirkan sesiapa pun.”
“Iyelah tu.” Hadif seolah sudah berjauh hati, tapi aku tahu dia cuma bercanda. Hadif kembali menyuap nasi goreng ketam itu ke dalam mulutnya, sedangkan aku asyik memerhati tingkahnya sejak tadi. Cuba meyakinkan diriku yang insan di hadapanku itu adalah suamiku. Bukan orang lain.
Dia makan dengan tertib, menyuap nasi ke dalam mulutnya dengan penuh cermat hingga aku rasakan dia lebih sopan dari diriku yang selalu makan dengan pantas walaupun tidaklah sampai gopoh gapah dan gelojoh.
“Deeba dah kenyang ke?” persoalan dari mulut Hadif, buatkan aku tersedar yang aku asyik merenung wajahnya terlalu lama hingga aku biarkan saja makanan di hadapanku tidak bersentuh.
“Err, nak makanlah ni.” aku gapai sudu lalu pantas menyuap nasi ayam hainan itu ke dalam mulutku.
“Kalau tak cukup, bagitahu tau, nanti abang minta tambah.” Aku terhenti menjamah, sebaliknya memandang wajah Hadif yang masih memandangku. Dari riak wajahnya yang bersih itu, agak sukar untuk menafsir hatinya saat ini, adakah dia sengaja memerli aku, atau dia benar maksudkan sebegitu.
“Cukuplah bang, banyak dah ni. Ini pun entah boleh habiskan ke tak. Bertimbun dia orang letak nasi. Pagi tadi Deeba dah makan nasi dah kat sekolah.” aku cuba tenangkan jiwa, tak mahu melenting. Mungkin benar Hadif tak ada niat nak perli aku ke apa. Ceh, nak sedapkan hati sendiri la tu, Deeba!
“Deeba makan banyak-banyak tau.” Hadif tersenyum, manis sekali. Aduh! Apa kes ni? kalau suami orang lain bukan main berleter lagi bila tengok isteri gemuk sikit, dah dikerahnya berdiet sakan. Yang Encik Hadif ini selamba je suruh aku makan banyak-banyak. Pelik betul!
“Abang nak Deeba makin gemuk eh?” aku sengaja mengujinya. Hadif ketawa kecil, mulutnya ditutup bagi menyembunyikan tawanya itu. 
“Mana ada! Tapi abang suka tengok isteri abang ni makan, comel je!”
Wajahku terasa panas apabila Hadif menekankan perkataan comel itu. Adeh, kena puji dengan suami sendiri, rasa terawang aja ni.
“Eh Hadif!” satu suara membuatkan niat aku untuk menonton panorama indah depan mata ni lebih lama, terbantut. Hadif mendongak, lalu pantas bangun sebaik melihat wajah lelaki itu.
“Karim! Lama tak jumpa!” Hadif bersuara seraya bersalaman dan berpelukan dengan lelaki itu. Seorang perempuan yang berada di sebelah lelaki tadi, cuma ikut memerhati seperti aku.
“Yelah, sejak habis belajar dulu, terus lost contact, kan!” lelaki bernama Karim itu bersuara.
“Aah, kaulah. Tukar no telefon, tak bagitahu pun. Tup-tup dah tak boleh contact.”
Sorrylah, phone aku rosak. Terus semua nombor hilang, sebab tu aku tak boleh nak contact.”
“Banyaklah kau punya alasan.”
“Eh betullah.” Karim kembali menegaskan. Hadif cuma diam, tersenyum. Seronok berjumpa teman lamanya barangkali. Mata Karim tumpah padaku pula, yang tidak lepas dari memerhatikan mereka. Hadif yang perasan pandangan Karim itu, pantas mendekati aku.
“Oh aku lupa nak kenalkan. Ini isteri aku, Adeeba.”
Karim diam, namun matanya membulat.
“Isteri kau ni?” Karim bertanya seketika kemudian, seolah tidak percaya.
“Iyelah, kenapa?” Hadif menyoal kembali, keningnya bertaut.
‘Aah kenapa? Apa masalahnya dengan aku?’ Ok soalan tu ada dalam hati aku aje.
Karim tersengih, macam wajah mengejek pun ada jugak. Ah! Jangan fikir yang bukan-bukan Deeba!
“Tak ada apalah. Oh by the way, ini isteri aku, Adira.” Karim berbicara dalam nada yang sedikit bangga. Mungkin kerana isterinya yang jauh berbeza dengan aku.
Mataku tertancap pada perempuan yang berdiri di sebelah Karim sedari tadi. Orangnya tinggi lampai, bertudung tetapi bergaya moden dengan padanan blaus dan skirt labuh. Hadif cuma tersenyum pada isteri Karim bernama Adira itu, sebelum matanya memandang aku. Hadif senyum pula padaku, sambil tangannya menggenggam erat jemariku secara tiba-tiba. Oh adakah ini tandanya, Hadif cuba menenangkan hatiku, yang memang sudah terasa sedikit goyah ini?
Isteri Karim bernama Adira itu aku lihat, matanya tidak henti merenung wajah Hadif dan kemudian beralih ke arahku pula. Mungkin dia juga rasa tidak percaya, dan barangkali dalam hatinya sedang berfikir betapa tidak sepadannya aku dengan Hadif. Ah hatiku membuat telahan sekali lagi.
“Ok, tak apalah. Nanti apa-apa hal, contact aku eh?” Karim tiba-tiba bersuara, membantutkan pelbagai telahan dalam hati aku ini. “Ini kad aku. Lepas ni, kalau ada apa-apa, jangan segan-segan call. Nak kenduri lagi sekali ke, contact aje ok.”
Hadif ketawa kecil, seraya menepuk bahu Karim. Aku yang dah panas hati ni, hanya mengetap bibir, menahan rasa geram.
“Merepek ajelah kau ni. Ok, InsyaAllah. Kau pun sama, jangan segan-segan contact aku lepas ni. Tu ada emel aku dekat kad ni, nanti add dekat Facebook ok.”
“Ok! InsyaAllah.” Karim membalas, sebelum dua sahabat lama itu bersalaman dan berpelukan kembali. Aku turut bersalaman dengan Adira sambil melemparkan senyuman semanis mungkin.
Saat kedua suami isteri itu berlalu pergi, Hadif tiba-tiba memeluk bahuku erat.
“Deeba terasa ke?” Hadif menyoal seraya merenung wajahku yang diam di sisinya. Aku pandang wajah Hadif sekilas sebelum menggeleng.
“Tak adalah. Nak terasa apanya. Tak ada apapun.” Aku membalas, walaupun sebenarnya dalam hati ni, adalah jugak terasa sikit-sikit. Eh.
“Tak payah nak tipu, abang nampak muka Deeba dah lain dah, bila Karim cakap macam tu tadi.”
Aku ketawa kecil sebelum kembali duduk di kerusiku, Hadif turut mengikut tingkahku dengan kembali duduk di tempatnya.
“Deeba tak terasa pun, bila dia cakap macam tu. Cuma pandangan dia tu, seolah sangat tak percaya, yang Deeba ni isteri abang. Deeba tahulah Deeba tak padan dengan abang. Karim yang nampak macam biasa tu pun, isteri dia sikit punya lawa. Abang pulak dapat orang macam Deeba je, sebab tu dia pelik kot.” Aku dah mula buat ayat sentap. Haha.
Hadif menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Tanganku di atas meja, pantas digapai dan digenggamnya.
“Orang macam Deeba, dah cukup untuk abang. Abang tak perlukan perempuan lain Deeba, cukup Deeba sorang.” Hadif renung mataku dalam-dalam.
Aku cuma tersenyum, biarpun hati masih rasa tidak puas hati. Adakah Hadif tidak merasa rugi memilih aku?

“KENAPA diam aja dari tadi ni?” soalan yang terpacul dari mulut Hadif, buatkan aku tersentak dari lamunan. Aku toleh ke tepi, dia sedang fokus melihat ke depan, memandu Vios putihnya itu dengan tenang, beralunkan zikir yang indah bergema di dalam keretanya itu. Sesekali mulutnya kelihatan terkumat-kamit mengikut alunan.
“Ada sesuatu yang menganggu fikiran Deeba ke?” Dia menyoal lagi, kali ini aku dapat menangkap kerutan di dahinya saat dia mengerling ke arahku sambil mengajukan soalan itu, seolah dia benar-benar khuatirkan aku. Eh, hati ni, tak mahu percaya pulak yang Hadif ni betul-betul risaukan aku, kan?
Aku geleng laju walaupun aku tidak pasti, dia nampak atau tidak gelengan ini.
“Mana ada apa-apa, bang.”
“Betul?” soal Hadif kembali, dengan kening yang bertaut.
“Betul!” aku menegaskan, biarpun di dalam hati ini sudah berencah pelbagai rasa, bergelumang dengan pelbagai rasa curiga yang enggan jua pergi biar sudah kuusir berkali-kali.
Hadif memandang aku seketika, sebelum kepalaku yang berbalut tudung, digosoknya lembut.
“Dah, jangan dok fikir bukan-bukan. Abang tahu Deeba masih teringatkan kata-kata Karim tadi kan? Isteri abang ni, kuat berfikir betul kan? Orang cakap sikit je, dalam dia fikir.” Aku ternganga, tidak sampai sebulan kahwin, Hadif boleh menelah perangai aku? Wow ahli nujum sungguh!
“Mana ada bang...” aku tersengih malu, ye lah takkan nak mengaku pulak. Hehe.
“Dah, jangan fikir banyak-banyak, nanti Deeba jugak yang susah hati. Bila Deeba susah hati, abang pun susah hati sama tau.” Hadif mengerling aku sebelum memandang ke arah depan semula.
“Hmmm...” itu saja yang mampu aku ucap, cuba untuk tidak memikirkan apa-apa lagi.
Chup! Tiba-tiba aku rasakan pipiku dikucup seseorang, wajah Hadif di sebelah pantas aku pandang. Dia buat muka tidak bersalah sedangkan wajahku sudah terasa panas.
“Abang!” aku mencubit lengannya membuatkan Hadif sedikit mengaduh.
“Abang geram, Deeba comel sangat.” Dia bersuara dalam tawa yang berderai. Haish! Ada jugak yang kena cubit bertalu-talu dari aku ni! Mujur aku ni masih terlalu segan dengan dia, kalau tidak, siaplah!



Suka? =)

15 comments:

  1. Alololo...so sweetlah Hadif itew..heheh.....akak tgh terfikir ni...apa lah konflik yg bakal di hadapi oleh Deeba & Hadif ni...seriau bila pikirkan...adehhh..

    Frm: Kak Rozie

    ReplyDelete
  2. terbaik. sian deeba still rase rendah diri maah. tapikan org badan besar nih cute ape

    ReplyDelete
  3. assalamu'alaikum.at last~ada jugak sambungan criter nih.Best!!! Cpat2 smbung ye AK~~<3-pminat setia =)

    ReplyDelete
  4. sweet,,, x sbr untk thu ape akn blku lg,,,,

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum.alhamdulillah at last ada jugak update criter nih.Cpat2 sambung tau~~minat.dgn karya2 AK~~<3

    ReplyDelete
  6. kesian dgn Deeba ye mestilah terasa dgn pandangan Karim dn
    isterinya. Biarlah Hadif tetap sayang dn cinta walaupun isteri
    saix XXXL. Jgnlh disebabkan saiz badan yg menjadi ukuran
    kebahagiaan rumahtangga seseorg. Sekiranya ikhlas menyayangi
    seseorng biarlah apa pun dugaan tetapkan hati untuk yg telah
    mula dikasehi. Jgn peduli pandangan org lain asalkan hati kita
    sendiri yg bahagia bersama teman yg telah kita pilih. nk lagi
    Kirana.

    ReplyDelete
  7. terbaikkkkkkkkkkk...............

    ReplyDelete
  8. sweet nya hadif..
    best ..nak lagi..hehehe.. :)

    ReplyDelete
  9. pls continue... nk tau sgt ape jadi lps ni :)

    ReplyDelete
  10. so suwwweeet citenye...xsabar nak tunggu sambungannye...:P

    ReplyDelete
  11. AAAHH~~~suke... alololo inferiority complex die tinggi sgt.. rileks r.. konfiden jer.. xyah pening2 kepale.. pasni kalo mamat tuh wat hal bg backhand jer.. aduyai.. tapi sweet sgt laki die.. jgn konflik teruk sgt taw... hancur atiku nnt! ngehh...

    ReplyDelete
  12. alololo.. sweetnyer.. aahh!! tolong r jgn konflik sgt taw..! seksa jiwa saye nnt.. hmm deeba jgn r rase inferior sgt.. kondifen r sket! gambatte kudasai!

    ReplyDelete
  13. Keren! :D

    Yang pengin baca2 novel gratis lagi, mampir ke sini yuk! ;)
    http://nayacorath.wordpress.com

    ReplyDelete
  14. the best and good story,among the story that i ever read... Keep in touch with this story and try give all your heart when your write the story... Hwaiting!!

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u