~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Wednesday, March 11, 2015

Novel : Miss You Mr. Arrogant Bab 9



“SEDIA?” Irham menyoal Zaara yang masih kaku di meja makan.  Zaara menggeleng perlahan.
“Entahlah. Rasa macam tak nak pergi.” Zaara mengeluh berat.
“Awak jangan nak mengada. Saya dah inform Bahagian Sumber Manusia yang awak akan melapor diri hari ni. Jangan nak malukan saya pulak.” Irham menjegilkan matanya, memberi amaran.
“Yelah. Saya gurau sajalah.” Zaara bangun dari kerusi dengan rasa berat hati. Iman yang sudah sedia dengan beg kecil terisi kelengkapannya untuk hari ini, digendong dengan rasa sayu, macam nak berpisah lama dengan anaknya pula perasaannya saat itu.
“Iman jangan nakal-nakal tau dekat rumah Nek Yam!” Iman mengangguk laju sambil tersengih.
“Jangan jatuhkan apa-apa dekat sana tau. Jangan main-main, lari-lari dalam rumah tu tau!” Zaara mengingatkan lagi buatkan Irham menggeleng laju.
“Jangan semakkan rumah, kalau nak pergi tandas, beritahu Kak Siti ok.”
“Sudahlah. Pandailah mama jaga dia nanti. Awak ni risau tak tentu hala la.” Irham akhirnya memotong setelah lama dia memerhati Zaara yang risaukan Iman. Mata Zaara bergenang, terasa syahdu sekali hendak berpisah dengan Iman setelah dua puluh empat jam melihat Iman membesar depan matanya.
“Awak nak pergi kerja je, petang nanti dah balik. Bukan nak pergi luar negara sambung PHD duduk sana sampai empat tahun.” Irham mengomel sendiri, rimas melihat Zaara yang hendak bersedih atas sebab yang tidak munasabah.
Zaara diam, namun pelukannya kepada Iman kian erat.

“NI dah kenapa muncung sampai sedepa ni?” Irham menyoal Zaara di dalam kereta saat mereka sudah menghantar Iman ke rumah keluarga Irham. Untuk beberapa hari ini, Iman akan dijaga datuk dan neneknya sementara menanti Irham menguruskan urusan pendaftaran Iman ke taska yang sama dengan Adra dan urusan pengambilan pembantu rumah selesai.
“Tak ada apalah.” Zaara tidak memandang Irham. Pandangannya di hala keluar tingkap kereta. Hatinya masih dipagut kebimbangan memikirkan anaknya yang ditinggalkan.
“Saya ingatkan saya izinkan awak kerja, awak lagi gembira. Rupanya…” kata-kata Irham terhenti. Wajah isterinya dipandang sekilas, masih tidak bergerak. Keluhan terbit dari bibir Zaara setelah lama dia berjeda. Wajah Irham dipandang lama.
“Saya pun ingat saya gembira, rupanya seksa jugak nak berpisah dengan Iman.” Zaara bersuara semula.
“Baru hari pertama. Lama-lama awak nanti terbiasalah.” Irham menjeling Zaara kembali. Zaara menghela nafasnya dalam-dalam sebelum memandang ke depan.
“Tak apalah, ini demi masa depan Iman jugak. Sekarang masa untuk dia belajar dan berdikari, tak boleh nak bermanja dengan saya saja, kan awak?” Zaara cuba memberi alasan pada dirinya sendiri, ingin memujuk hatinya. Air matanya yang mula bergenang, diseka laju-laju.
“Ayat awak tu macam hantar anak masuk universiti saja. Aduh!” Irham menggelengkan kepalanya perlahan. Zaara ketawa kecil mendengar rungutan Irham, sekurang-kurangnya hatinya jadi lapang sedikit dengan alasannya sendiri.

“KAK Hani, kenalkan ini Zaara Amirah, PA baru saya. Lepas ni Kak Hani tolong ajarkan dia apa yang patut ya. Mana-mana kerja Kak Hani yang boleh diserah kepada Zaara, Kak Hani serahkan saja. Saya nak segala urusan peribadi saya, jadual saya, semua dia yang uruskan.” Irham memberi arahan setelah memperkenalkan Zaara pada Hani.
“Baik, Encik Irham.” Hani segera mengangguk. Macam pernah dia lihat gadis di hadapannya itu sebelum ini.
“Zaara Amirah Haji Zaidi.” Zaara menghulur tangannya untuk bersalaman dengan kakak di hadapannya itu. Hani menyambut huluran tangan Zaara dengan senyuman terukir di bibir.
“Dah, saya nak masuk bilik.” Irham meminta diri, ingin meninggalkan Zaara dengan Hani.
“Eh tapi awak…” Zaara sempat memegang tangan Irham. Dia jadi gusar saat Irham mahu meninggalkannya di situ.
“Dekat sini saya majikan awak. Panggil saya Encik Irham.” Irham mengingatkan sebelum melepaskan pegangan tangan Zaara pada bajunya dan berlalu pergi masuk ke dalam biliknya.
“Ish dekat office pun nak berlagak sombong. Menyampah!” Zaara menjuihkan bibirnya.
“Eh patutlah macam kenal! Puan Zaara ni isteri Encik Irham kan?” Hani bersuara teruja. Tidak sangka dapat bertemu isteri majikannya itu di saat ini.
“Ish tak payahlah nak berpuan dengan saya, kak. Saya pun macam akak juga, makan gaji dekat sini.” Zaara ketawa kecil. Hani tersenyum, tidak menyangka isteri Encik Irham ini begitu merendah diri, berbeza dengan suaminya.
“Kenapa Zaara kerja? Encik Irham tu kan dah cukup kaya? Kalau akak, akak duduk rumah je goyang kaki.” Hani menyoal separa bergurau.
“Goyang kaki saja pun bosan, kak.” Zaara membalas pendek dengan senyuman terukir di bibir.
“Hmm. Betul jugak tu, kalau akak pun tak reti nak duduk rumah saja, mesti nak kerja jugak.” Kak Hani mengomel sebelum interkom tiba-tiba saja berbunyi.
“Kak Hani, suruh Zaara buatkan kopi untuk saya, lepas tu suruh dia hantar ke bilik ya.” Zaara terkedu mendengar suara suaminya itu.
“Baik, Encik Irham.” Hani memandang ke arah Zaara setelah selesai bercakap dengan Irham.
“Zaara dengar kan?”
Zaara mengangguk.
“Pantri dekat mana kak?” soalnya kembali, ingin membancuh kopi untuk Irham. Hani menunjuk arah pantri sebelum kembali sibuk menguruskan kerjanya semula. Zaara melangkah ke pantri dengan rasa sebal.
‘Ingatkan dekat rumah je kena layan dia, dekat office pun nak kena layan jugak? Haish!’ Zaara mengomel dalam hati.

KETUKAN di pintu buatkan Irham mengalih pandang dari fail-fail yang berselerakan di atas mejanya. Awal-awal pagi lagi sudah serabut pemikirannya dengan kerja-kerja yang bertimbun itu.
“Masuk.”
Zaara masuk dengan berhati-hati, membawa segelas mug bersama sebelum diletakkan di atas meja Irham.
“Kopi, awak.” Pendek dia berkata sebelum berdiri tegak menunggu arahan Irham yang selanjutnya.
“Apa?” Irham buat tidak dengar. Dia bingkas bangun menghampiri Zaara di hadapannya.
“Kopi.” Zaara menegaskan kata-katanya sambil menunjuk pada mug yang berisi kopi di atas meja.
“Sila ulang balik sekali lagi?” Irham sengaja mahu menduga kesabaran Zaara.
“Ish, kopi la. Tadi kan awak minta kopi.” Zaara sebal.
“Saya tahulah itu kopi, tapi ayat apa awak guna tadi?”
“Kopi. Awak.” Zaara mengulang lagi.
“Hah, ingat pun. Kan saya dah pesan, dekat office ni panggil saya Encik Irham.” Irham kembali duduk di tempatnya sambil memandang tepat ke arah Zaara.
“Ish mengada betul!” Zaara mencebik.
“Ulang balik ayat tadi dengan perkataan yang betul.” Irham tidak mengendahkan wajah Zaara yang sudah kelat walau hatinya rasa nak berguling ketawa saat itu.
“Jemput minum kopi, Encik Irham.” Zaara sengaja memaniskan mukanya, berlakon gembira padahal dia dah rasa menyampah.
“Hah macam tu baru bagus. Baru selera sikit tekak saya ni nak minum kopi.” Irham mengambil mug di atas mejanya itu sebelum menghirup laju.
Pfft!” air kopi tersembur dari bibirnya ketika kepanasan kopi itu menggigit lidahnya.
“Awak ni nak bagi saya minum ke nak membunuh saya?” Irham menyoal, sebal sebaik mug itu diletakkan di atas mejanya semula. Lidahnya terasa kebas.
“Ish kenapa gelojoh sangat awak ni? Minumlah elok-elok, kan panas lagi. Tak reti nak sabar ke? Dahaga sangat?” Zaara mula mengomel saat dia mengambil tisu untuk mengelap tumpahan kopi pada baju Irham dan mejanya.
“Awaklah, tak bagi amaran dulu. Lain kali bagitahulah dulu kopi tu panas lagi.”
“Dah baru bancuh, mestilah panas. Bukannya saya buat kopi ais kan?”
“Awak banyak menjawab kan?”
“Padanlah dengan muka. Buli isteri lagi.” Zaara menjelirkan lidahnya.
“Dahlah. Keluar. Saya banyak kerja nak selesaikan ni.” Irham menggelengkan kepala. Malas nak bertekak dengan isterinya itu lagi.
“Baiklah, Encik Irham.” Zaara ketawa kecil sebelum berlalu keluar dari biliknya.

Irham mendengus geram. Gagal rancangannya nak mengenakan Zaara. Sekali dia pula yang terkena. Lidahnya dijelirkan sebelum dikipas, kebasnya masih belum hilang.

Suka? =)

3 comments:

  1. KA alisa janganlah cuman 15 bab doang, dimasukkan aje lah smua, please, novel kaka bagus kali ....kalau pun gag masukkin teaser bab penutup ya

    ReplyDelete
  2. Hahahahahaha....padan muka ngan irham...

    ReplyDelete
  3. Hahahahahaha....padan muka ngan irham....

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u