~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Saturday, October 15, 2011

Novel : Kalimah Cinta Bab 19


“Cepatkan pernikahan? Tapi kenapa Ila?” Safwan merenung aku dengan wajah berkerut membuatkan aku segera menggeleng. Langkahku kuatur perlahan berjalan beriringan bersamanya di koridor itu.
“Tak ada sebab. Tapi Ila rasa itu yang sebaiknya.” Aku merenung wajah Safwan, memintanya untuk faham walaupun aku tahu dia tidak mengerti tentang apa yang cuba kusampaikan kerana dia tidak tahu kisah sebenar antara aku dan Iman.
“Wan memang tak kisah, kalau boleh, esok juga Wan nak datang meminang Ila. Cuma Wan pelik, sebelum ni punya susah nak dapatkan Ila, tapi sekarang bila Wan dah dapat, terlalu cepat pula Ila nak bernikah. Ila tak sabar nak jadi milik Wan ya?” Safwan mengangkat keningnya, sekadar bergurau.
Aku menggagahkan diri untuk senyum walaupun gurauan itu tidak enak kedengaran di telingaku. Ah kasihan Safwan. Ya aku kejam kerana menjadikan dia tempat untuk melupakan segala perasaanku pada Iman, namun pada masa yang sama, aku ingin memberi peluang pada Safwan untuk mencintai aku, dan peluang pada hatiku untuk mencintai dia.
“Kita cepatkan perkahwinan ya.” Aku sekali lagi menegaskan keputusanku tanpa menghiraukan rasa pelik dalam hati Safwan.
“Ok! Mesti boleh punya. Minggu depan kita bertunang, bulan depan kita kahwin. Boleh?”
Aku senyum seraya mengangguk laju.
------------------------------------------
‘Salam. Ila, tolong jangan teruskan semua ni. Percayalah pada Iman, Iman akan perbetulkan semua ni. Tolong tunggu Iman. jangan seksa Iman macam ni, Iman tahu Ila pun cintakan Iman.’
Aku menghela nafas, rasa sesak dadaku saat itu setelah membaca SMS dari Iman untuk kesekian kalinya.
Ah sudah terlambat untuk perbetulkan segalanya. Iman bakal menjadi milik Ida dan aku akan jadi milik Safwan. Mungkin ini adalah yang terbaik untuk kami.
“Kenapa Ila menangis ni?” Farah yang tiba-tiba memasuki bilikku mengejutkan aku yang sedang duduk berteleku di atas katil. Wajah mulus sahabatku itu kurenung penuh syahdu. Tiada perkataan yang mampu kuucapkan saat itu.
“Ila menyesal ke sebab tetapkan perkahwinan dengan Cikgu Safwan tu?”
Aku pantas menggeleng. Tidak mahu Farah fikir yang bukan-bukan.
“Ila rasa keputusan yang Ila buat tu betul ke?” Farah memandang aku dengan tajam, mengharapkan jawapan dari mulutku.
Aku menggelengkan kepala setelah lama berdiam diri.
“Entahlah Farah, tapi Ila rasa ini yang terbaik untuk semua. Walaupun Ila dah tahu yang Iman pun punya perasaan yang sama macam Ila, tapi itu takkan mengubah hakikat yang dia dah bertunang dengan Ida. Ila takkan sanggup runtuhkan perhubungan yang baru hendak dibina.”
“Farah harap sangat yang Ila akan bahagia, tidak kiralah dengan Iman atau dengan Safwan. Farah tak suka tengok Ila sedih-sedih macam ni.”
Aku mengesat pipiku yang masih basah, cuba mencari kekuatan dalam diri. Perlahan aku menguntum senyum.
“InsyaAllah Farah. Ila yakin Safwan mampu bahagiakan Ila dan Ila yakin Ila mampu lupakan semua perasaan Ila pada Iman kalau Ila mencuba dengan sepenuh hati Ila.”
“Amin...” Farah pantas memeluk aku, cuba memberi kekuatan pada diriku yang kelihatan lemah itu.
---------------------------------------------------
Majlis pertunanganku berlangsung dengan serba sederhana tetapi meriah. Aku memakai baju kurung moden warna merah jambu kosong, cuma sedikit renda di hujung kain. Tudung litup aku padankan dengan baju kurung itu dan selendang menutupi tudungku itu.
Aku harus gembira hari ini. Ya, ini keputusanku dan aku yakin Safwan mampu bahagiakan aku. Walaupun ibu dan ayah terkejut dengan keputusanku yang terburu-buru itu namun mereka tetap merestui dan mengizinkan Safwan masuk meminang aku.
Aku merenung cincin emas belah rotan yang tersemat di jemariku, sengaja kumainkan cincin itu sambil memikirkan masa depan yang bakal aku lalui bersama Safwan nanti. Tanpa kewujudan Iman lagi. Dah tak ada!
“Kak, kawan akak datang ni. Dia nak jumpa akak.” Ary, adikku yang bongsu datang menitip pesan, membuatkan aku bingkas bangun.
“Siapa yang datang dik?”
“Entah, tak pernah nampak sebelum ni. Dia ada tengah makan dekat bawah khemah tu.”
Aku mengangguk tanda faham, sebelum meminta diri dari Farah dan Syida yang menemani aku di dalam bilik saat itu.
Aku menuruni anak tangga dengan debaran di dalam hati, mengharapkan ramalanku salah belaka, biarpun hatiku kuat mengatakan bahawa, dia yang datang.
Dari jauh aku dapat melihat dia duduk membelakangiku, bersendirian tanpa ditemani sesiapa. Khemah yang dibina untuk majlis itu sudah lengang, kerana rombongan pihak Safwan pun sudah lama pulang.
Aku memandang sekeliling, risau kalau-kalau ada jiran yang memerhati, andai aku mendekatinya saat itu. Takut fitnah pula timbul,  dituduh curang di majlis pertunangan sendiri. Ah bikin malu.
“Assalammualaikum.” Rasa tersekat suaraku untuk menegurnya tika itu. Iman menoleh seraya tersenyum, hambar.
Aku duduk di depannya walaupun hati ini terasa begitu berat.
“Waalaikumusalam Ila. Ila nampak cantik hari ini.”
Aku tersenyum, kelat.
“Ada apa Iman datang ke mari?”
“Kan Ila jemput Iman tempoh hari? Kenapa? Salah ke kalau Iman datang?”
Iman cuba menduga. Aku terkedu.
Aku terlupa yang aku ada menjemputnya, namun jemputan itu sekadar ajak-ajak ayam kerana aku tidak mahu Iman dan Ida berkecil hati andai aku membelakangi mereka. Aku tidak menyangka yang Iman sanggup datang ke majlis ini. Ah mungkin dia mahu membalas dendam kerana aku juga telah menghadiri majlis pertunangannya dahulu.
Iman memandang sekeliling sebelum matanya jatuh pada anak mataku. Hatiku berdegup kencang.
“Safwan tak datang? Tak nampak pun.”
Aku pantas menggeleng.
“Mak dia tak bagi datang. Tak elok katanya.”
Iman mengangguk-angguk.
“Tahniah Ila. Iman doakan kebahagiaan Ila.”
Aku tergamam.
“Te.. terima kasih.. Iman.”
Iman tersenyum, kali ini lebih manis. Dia mencari-cari sesuatu dari dalam begnya yang dikelek bersama sebelum mengeluarkan sebuah kotak kecil berbalut kertas pembalut hadiah.
“Untuk Ila.” Hadiah itu dihulurkan padaku, dengan rasa takut-takut, aku menggapai kotak itu.
“Apa ni?”
“Sesuatu untuk orang yang teristimewa.”
Aku menelan liur.
“Sebagai tanda pengakhiran pada sebuah cinta yang takkan mungkin bersatu.” Lirih suara Iman, kedengaran di telingaku.
Air mataku hampir menitis, namun pantas aku menahan.
“Terima kasih Iman. Maaf tak ada hadiah dari saya, masa Iman bertunang dulu.”
“Tak apa. Cuma satu je Iman nak minta dari Ila.”
“Apa?”
“Kemaafan.”
Aku terdiam, berjeda seketika sebelum menarik nafasku, mencari kekuatan yang hampir punah apabila berdepan dengan Iman.
“Saya dah maafkan awak lama dulu. Sebelum berjumpa semula dengan awak lagi. Awak tak perlu risau.”
Iman tergelak kecil.
“Lagi satu Ila...” dia tiba-tiba bersuara, membuatkan mataku pantas melihat wajahnya.
“Ila kena pastikan yang Ila akan bahagia, janji dengan Iman. kalau Ila tak bahagia, siap Safwan, Iman kerjakan...”
Aku terkedu mendengar kata-katanya.
“Siapalah kita nak meramal kebahagiaan sendiri Iman, namun selagi terdaya, saya akan bahagiakan diri saya. Awak jangan bimbang.”
“Lega hati Iman, bila Ila cakap macam tu. Hmm. Iman rasa Iman patut beransur pulang sekarang. Nanti apa pula kata orang lain, kalau tengok Ila berlama di sini, dengan Iman.”
Aku sekadar mengangguk.
Iman bangun dari duduknya diikuti aku.
“Iman balik dulu ya. Tahniah atas pertunangan ini, walaupun Iman kecewa, tapi Iman yakin Safwan mampu menjaga Ila dengan baik.”
Aku tersenyum, walaupun terasa begitu payah.
“InsyaAllah.”
“Assalammualaikum, Ila.”
Aku menjawab salam itu di dalam hati, sambil mataku menghantar Iman yang berjalan sendirian ke arah keretanya. Oh hatiku rasa terlalu sakit, tapi, aku yang memilih jalan ini. Aku harus redha dan yakin dengan keputusanku.
Air mata yang ingin mengalir, kuseka pantas. Jangan jadi lemah Ila!

 p/s : ye ye. AK tahu dah lama AK xupdate novel ni. maafkan AK yer! heeheh. ^__^

Suka? =)

11 comments:

  1. Wahhh.. nak iman ngan Ila... ;(

    ReplyDelete
  2. tu la AK lame benor x update..jenuh pkir cter ape ni ek..dh suku bace bru igt cter ni..heheh..ala, nk iman kwin gn ila..

    ReplyDelete
  3. nk ila n iman.plessssssssssss

    ReplyDelete
  4. nk ila n iman..plesssssssssssssss

    ReplyDelete
  5. perghh....lama giler tunggu.....apapun terus sambung yek....tak bestlh tunggu lama2

    ReplyDelete
  6. aahhhh sedeynya.....nk taw g cter strusnya.....

    ReplyDelete
  7. yeahhh akhirnya dapat ikut perkembangan karya dr akk kiran..hehe... sambung cpt2 erk... klo boleh nak jga tau phujung cter mr.arrogant.. hehe

    ReplyDelete
  8. ila menipu diri dia sendiri n memperalatkan wan. sgt tak baik. tak jujur pd perasaan. kenapa sblm ni iman ajk jumpa taknak klu tak pengakhiran bukan spt ini. klu ila dgr awl2x. dia takkan lukakan hati 2 lg manusia. sbb masing2x suka pd org lain. n tak baik bg harapan pd yg sudi. rasanya ila takkan bahagia bila dgn wan. klu wan tau dia tipu i dont think wan akan layan dia baik2x. naya ja nnti. dia tu dah la cemburu buta. ish simpang malaikat. nk iman n ila jugak. bg mati ja wan tu n ida. he... nyampah la pd manusia yg lari dr kenyataan hidup.

    ReplyDelete
  9. saya setuju dengan kata2 ivoryginger 2..bagi mati ja la wan 2 ...biar ila n iman

    ReplyDelete
  10. Kenyataan yg pedih...tp ada jew realiti mcm ni...huuuwaa..!!!

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!