~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Monday, February 13, 2012

Cerpen : Mamat Muka Selenga!


“Minggu depan abang sepupu aku nak datang KL.” Hanum tiba-tiba bersuara saat kami sedang makan tengah hari di restoren biasa yang sering kami kunjungi, di depan pejabat.
“Jadi?” aku menyoal, tidak mengerti kepentingan Hanum memberitahu aku semua tu.
Hanum tersengih.
“Jadi nanti dia biasalah datang jenguk aku. Kau jangan pelik pulak.”
Aku meneguk air teh ais itu perlahan. Wajah Hanum kupandang sekilas.
“Aku tak kisah siapa pun nak jenguk kau, janji dia tak masuk dalam rumah sudah.”
“Ish tak adalah sampai macam tu.” Hanum tersengih.
“Tak ada tak apalah. Kalau ada, siap kau!”
Aku menuding ke arah Hanum. Memberi amaran. Hanum tersenyum simpul, tidak menyambung bicaranya lagi.
---------------------------------------------------
“Assalammualaikum! Assalammualaikum! Ada orang tak, kalau tak ada saya balik!” laungan yang membingitkan itu membuatkan aku pantas menjenguk dari lubang tingkap. Seorang jejaka sedang tercongok di hadapan pagar rumahku, sambil melihat ke arah pintu depan.Dia menggalas sebuah beg di belakang, dan sebelah bahunya menggalas gitar kapok.
Aku menyarung tudung, lalu pantas keluar.
“Ya, ada apa?”
Jejaka itu tersengih, menampakkan gigi taringnya. Wajahnya biasa-biasa saja. Lagak seperti pemua kampung saja. Tidak ada apa yang istimewanya.
“Hmm kak, ini rumah Nurul Hanum binti Ahmad Hanif ke?” dia menyoal sambil menghalakan ibu jarinya ke arah rumah. Sopan la konon.
“Aah. Awak siapa?” aku menjawab acuh tak acuh. Malas nak layan mamat tu, dah la suka-suka hati aja panggil aku kakak. Apa muka aku ni nampak lagi tua ke dari dia?
“Eh lupa pulak nak kenalkan diri. Saya Ahmad Nazrin bin Ahmad Harun. Bapa saya dengan bapa Hanum adik beradik. Jadi secara automatik kami berdua jadi sepupulah. Betul tak? Ke saya salah?” dia tersengih lagi.
‘Ish main-main pulak. Ini rupanya sepupu Hanum. Huh, tak semenggah langsung.’
“Eh abang Rain! Bila sampai?” suara Hanum mengejutkan aku yang masih memandang mamat itu. Nasib baik aku bukan tengah meneguk air, kalau tak, mahu bersembur air tu keluar dari mulut dan hidung aku.
‘Rain???’ aku menjerit di dalam hati. Mamat muka selenga kat depan aku ni namanya Rain? Kenapa kenapa? Oh dunia ini tak adil! Kenapa namanya mesti sama dengan hero Korea bermata sepet itu? Tak layak!!!
Mamat itu melambai ke arah Hanum.
“Anum, baru tadi abang sampai. Anum sihat ke?”
“Sihat bang. Jemputlah masuk dulu.”
“Haip!” aku sempat menghalang. Wajah Hanum aku renung tajam.
“Maksud aku, masuk ke dalam kawasan rumah, duduk dekat laman, bukan tercongok depan pagar ni.” penjelasan Hanum itu membuatkan aku mengangguk.
“Terima kasih ye kak,” si mamat muka selenga itu tersengih lagi. Ah meluat!
“Suka hati je panggil orang kakak, macam la orang tua sangat.” Aku mengomel sendiri namun sengaja kutekankan supaya dia mendengar. Langkahku terus kuatur ke dalam, malas hendak melayan dan mengganggu dua orang sepupu itu.
 “Jemputlah minum.” Aku meletakkan dulang yang terisi dua cawan air teh o dan sepiring biskut di hadapan Hanum dan sepupunya itu yang sedang duduk di meja bulat depan rumah.
“Terima kasih. Buat susah-susah saja ayang abang ni.”
‘Ayang!!!’ Membuntang mataku pabila terdengar panggilannya itu. Nak muntah rasanya, lagi teruk dari perasaan sewaktu dia panggil aku kakak tadi.
“Huh!” aku menjeling seraya menarik muncung sedepa, geram dipanggil sebegitu. Langkah segera ku atur untuk masuk ke dalam rumah semula.
“Eh sayang tak nak minum sekali ke?” dia menyoal tanpa rasa bersalah, memanggilku sebegitu.
“Tak. Banyak kerja.” Aku terus berlalu, namun sempat menjeling ke arah Hanum yang sedang menutup mulut, menahan tawanya.
------------------------------------------------------
“Sorrylah abang sepupu aku tu suka bergurau. Kau janganlah terasa hati pulak.” Hanum menjelaskan sebaik abang sepupunya pulang, dan Hanum masuk ke dalam rumah.
“Ini bukan takat terasa hati, dengan meloya sekali campur dah ni. Suka-suka hati aje dia panggil aku sayang eh. Bukan main lagi mengayat, huh! Lelaki...” aku menjuihkan bibir.
Hanum ketawa kecil.
“Abang sepupu aku memang suka bergurau. Tapi setahu aku, kau sorang aje dia panggil sayang. Tak pernah lagi dia panggil orang lain sayang tau! Haha. Aku rasa dia dah berkenan dengan kau la. Tadi bukan main lagi dia tanya macam-macam pasal kau.”
“Tanya pasal aku?” aku pelik. “Tanya pasal apa?” aku menyoal lagi.
Hanum tersengih. Tahu aku pasti berminat dengan topik itu. Hanum pantas menekan butang memperlahankan volume televisyen sebelum memandang ke arahku semula.
“Dia tanya macam-macam la. Kalau boleh, semua pasal kau dia nak tahu. Haha. Lepas tu, siap puji kau ni comel lagi! Aku rasa abang Rain tu dah angau kat kau lah, Damya...”
“Ish merepeklah kau ni.”
“Ish buat apa aku nak tipu. Aku tahulah abang Rain tu macam mana.”
Aku terdiam. Ah! Kalau dia angaukan aku pun, apa aku kisah! Wajah dia tak memberi kesan langsung dekat hati aku ni. Nama saja macam pelakon kacak Korea, tapi sekali muka selenga da!
“Baguslah kalau dia sukakan kau, Damya. Bolehlah kau jadi kakak ipar aku, kan kan.” Hanum menambah seraya tersengih macam kerang busuk. Nak kena betul budak ni!
“Sudahlah Hanum! Tak payah nak merepek. Baru jumpa sekali, dah ada hati nak jadikan aku kakak ipar kau kan. Abang sepupu kau tak apa-apa, kau yang lebih. Dah lah, aku nak naik atas, mandi.”
Hanum menggaru kepalanya yang aku pasti, tidak gatal.
Aku pantas berlalu naik ke atas, sambil dalam hati asyik mengomel tentang betapa teruknya cadangan Hanum tadi. Ah gila!
-------------------------------------------------------------------------------------
“Kau tunggu apa lagi ni, cepatlah order makanan. Aku dah kebulur dah ni.” aku mengomel pada Hanum yang asyik memandang sekeliling seolah-olah mencari seseorang.
“Kejap la. Kejap je lagi.”
 “Kau tunggu siapa ni Hanum? Kau tak cakap pun yang kau ajak sesiapa join dinner kita ni.” Aku memeluk tubuh, kebosanan.
“Memang aku tak ajak, tapi dia yang nak datang. Tunggulah kejap.”
Aku mengeluh sambil bermain dengan susunan sudu garpu di atas meja.
“Assalammualaikum. Cakk!”
Gulp! Rasa seram. Cepat-cepat aku pandang ke depan. Sah! Mamat ni lagi. Adakah lepas ni hidup aku tidak akan aman lagi? Oh ya Allah..
“Abang Rain! Waalaikumussalam. Ingat dah tak datang dah tadi.”
Aku buat-buat tak layan bila dia duduk di depan aku. Aku buat-buat tak nampak bila dia tengok aku sambil tersenyum kambing. Ah tergugat konsentrasi, perut lapar dah jadi kenyang dah ni, sebu perut lepas tengok muka dia.
 “Maaflah kacau, abang harap abang tak ganggu korang.” Ecewah! Bukan main sopan bahasanya. Ah berlakon...
“Ala tak apa bang, sekali-sekala ada orang lain join, best jugak. Ini tak, Damya tengok muka Anum, Anum tengok muka Damya. Boring la bang...”
Amboi Hanum ni, boring tengok muka aku eh. Siap kau!
“Jomlah makan. Mesti Mya dah lapar tu.”
Mya? Aku ke tu?
“Mya nak makan apa? Abang orderkan.” Mata dia pandang tepat mata aku. Sah! Akulah Mya yang dia maksudkan.
“Err...”
“Abang tahu, mesti Mya suka minum air limau kan? Sebab wajah Mya selalu masam macam limau.”
Hanum menutup mulut menahan tawa, sedangkan diam tidak berkata apa, malas nak layan mamat ni.
“Jangan marah ye Mya, abang gurau aje.” Dia tersengih.
Aku tahu! Dia pulak mesti suka makan kuew tiow kerang, sebab dia suka sengih macam kerang busuk. Huh! Menyampah.
Waktu makan malam ni dah jadi waktu yang paling menyeksakan. Si Hanum ni macam sengaja nak bagi peluang pada abang sepupu dia untuk bersembang dengan aku. Haish!
“Lagi sekali kau cuba kenenkan aku dengan abang sepupu kau tu, siap kau!” itu amaran yang aku berikan saat kami sampai di rumah. Hanum tersenyum simpul, sedar rancangannya sudah terbongkar. Haih geram aku, geram!
------------------------------------------------------------------------------
Dalam keadaan genting macam ni lah tiba-tiba kereta pulak buat hal, dia tak tahu ke kejap lagi aku ada meeting? Aduh! Kenapa?! Why? Why? Bos pulak satu hal, time hari Sabtu macam nilah nak buat meeting tergempar. Tergempar la sangat! Tak pasal-pasal kena naik LRT hari ni. Hanum pulak ambil cuti, balik kampung urus hal pertunangan dia, kalau tak, boleh mintak tumpang. Haish, benda nak jadi, macam ni lah.
“Tumpang abang Rainlah, Damya. Dia kan kerja area office kita jugak.” Cadangan yang keluar dari mulut Hanum saat aku mengadu masalah aku pagi tadi, buat aku terlopong. Gila Hanum ni!
“Hanum, setakat motor kapcai abang sepupu kau tu, baik aku jalan kaki aje.”
“Amboi, hina nampak.”
“Bukan nak hina. Tapi memang tak sanggup naik pun. Lagipun mana boleh naik satu motor dengan bukan muhrim, kecuali ada bapak aku kat tengah-tengah, bak kata Ustaz Azhar Idrus.” Aku ketawa mengekek.
Hanum turut ketawa.
“Ikut suka kaulah. Tapi kesian kat kau kan, tak apalah, nanti aku suruh abang Rain temankan kau. Nak?”
“Jangan cari pasal eh Hanum! Aku sekeh kang nanti.”
Hanum ketawa lagi. Memang nak kena sungguh budak ni...
Bunyi suara operator yang bergema memberitahu destinasi saat itu membuatkan aku tersedar dari lamunan. Bosan sungguh duduk dalam LRT sampai boleh mengelamun entah ke mana, kalau aku tahu tadi, aku dah bawak dah novel Love You Mr. Arrogant kesayangan aku yang aku dah khatamkan empat kali tu. Boleh jugak baca di kala kebosanan.
Entah kenapa tiba-tiba aku rasa kenal saja mamat dekat depan aku ni. walaupun dia bertopi dan berkaca mata bingkai hitam, tapi wajah dia tu tetap aku ingat sampai bila-bila. Mamat muka selenga! Alamak!
Sebaik nampak aku tengah tengok dia, dia terus saja tersengih macam kerang busuk. Trademark dialah tu.
“Awak buat apa kat sini?” aku menyoal dalam nada perlahan tetapi tegas. Tidak mahu orang lain perasan, tapi biar dia sorang saja yang faham.
Dia terus bangun dan duduk di kerusi sebelahku yang kosong.
“Alamak, kantoi sudah. Hehe. Hai Mya...”
Aku membulatkan mata memandangnya.
“Awak ikut saya kan? Hanum bagitahu awak, saya naik LRT ni?”
“Ala, Mya yang cakap tak nak naik motor abang, abang tolonglah tengokkan Mya kat dalam LRT ni. Manalah tahu, kot-kot ada orang ganggu ke, boleh abang selamatkan. Tak salahkan?”
“Tak perlu! Saya pandailah jaga diri. Ish Hanum ni nak kena sungguh.” Aku mendengus.
“Ala, janganlah marah Anum, abang yang datang sini nak temankan sayang.”
Errk! Mula dah..
“Ah sudahlah, malas saya layan awak.”
Saat itu juga, destinasi yang ku tuju kedengaran dari corong pembesar suara, membuatkan aku segera berlalu dan meninggalkan dia terpinga-pinga. Padan muka!
 ---------------------------------------------------
“Kenalkan CEO kita yang baru, anak saya, Aydan Hayyat bin Dato’ Musa.” Sebaik mendengar nama yang unik itu, aku segera mendongak. Alamak aih! Seindah namanya, begitulah dirinya, sebijik macam pelakon Korea! Kalau ini namanya Rain, barulah aku tak kisah. Hahaha.
“Hai semua...” dia tersenyum. Pergh! Cair. Eh dia tengok aku! Dia senyum dekat aku! Ah lemah lutut...
Sebaik aku ingin melangkah keluar dari bilik mesyuarat, terdengar seseorang memanggil.
“Cik tudung Pink!” aku pandang tudung aku. Eh memang warna merah jambu, jadi akulah agaknya yang orang tu panggil. Cepat-cepat aku berpaling, alahai! Bos barulah..
“Ya bos. Ada apa saya boleh bantu?” cewah! Bukan main formal ayat aku.
“Eh tak payahlah ber‘bos’ dengan saya. Saya cuma nak tahu, awak setiausaha papa saya kan?”
“Aah bos!”
Dia tersenyum. Cair hatiku. Aduh..
“Kalau macam tu, lepas ni awak setiausaha saya lah kan?”
“Absolutely.”
“Good. Then, nice meeting you. I’m Aydan.”
“Damya... Damyatul Damirah.”
Tangan yang dihulur, aku balas dengan senyuman saja. Seketika kemudian, dia menarik semula huluran itu. Sorry bos, bos memang bos tapi hukum tetap hukum. Hehe.
“Ok jumpa lagi ya Damya.”
“Ok bos!”
“Nope! Bukan bos. Just call me Aydan.”
Amboi, suka hati pulak nak suruh aku panggil nama dia je. Nak kena maki aku dengan staff lain kalau dengar aku panggil bos dengan nama saja.
“Ok Encik Aydan.”
Dia tersenyum manis. Ah bunga-bunga cinta rasa macam dah berputik la...
“Mya! Mya!” senyuman meleret yang aku tak boleh hilangkan dari bibir aku sejak bercakap dengan Aydan tadi terus mati sebaik aku terpandang wajah mamat muka selenga. Tengah tercongok dekat bawah bangunan pejabat aku.
“Awak buat apa kat sini lagi? Awak mengintip saya eh?” aku menghalakan jari telunjuk padanya.
“Eh tak tak tak.. abang tunggu sayang la.”
“Ish kan saya dah cakap, jangan panggil saya sayang!” aku membentak, terus melangkah tanpa mempedulikan mamat itu.
“Ala, sorilah. Abang bergurau pun tak boleh. Ni Mya dah makan ke belum ni? kalau belum, jomlah makan, abang belanja.”
“Tak makan lagi, tapi tak rasa nak makan. Dah saya nak balik. Tata!”
Aku melambai padanya seraya berjalan laju. Aku nampak dia mengekori aku, aku nampak dia turut sama, ada dalam LRT dengan aku, aku nampak dia ikut aku sampai pintu pagar, tapi aku buat bodoh aje. Panggilan dia langsung aku tak sahut. Kejam kan aku? Haha. Sekali-sekala...
“Kau memang kejam!” Hanum menjerit nyaring di corong telefon bimbitku, fuhhh mujur aku sempat jauhkan telinga aku, kalau tak, tak pasal dah jadi pekak.
“Apa pulak?”
“Kau tahu, abang Rain tu sanggup tak pergi kerja tau, nak temankan kau. Teman kau naik LRT, tunggu kau sampai kau habis mesyuarat, tapi kau buat derrk aje dekat dia eh.”
“Siapa suruh dia buat macam tu?”
“Haih! Kau ni... bila orang tu dah sayang kat kau, apa saja dia sanggup kau tau. Aku dah cakap dah, abang Rain tu dah tangkap cintan sama kau, kau tak percaya.”
Aku mendengus.
“Aku tak peduli la. Dia suka ke tak suka ke, aku tetap tak suka dia.”
“Eiii berlagaknya kau. Tengoklah nanti, esok-esok kau yang tangkap cintan dekat dia. Kau jangan tak tahu, mulut aku ni masin, kita tunggu ajelah.”
Wah! Macam dah kena sumpahan dah aku ni. takutnyaaaa... hee...
-----------------------------------------------------
 “Ah kacaknya kamu Kim Bum!” rasa macam nak masuk je ke dalam skrin komputer aku saat ini, biar aku saja yang gantikan tempat heroin tak semenggah ni, berlakon di sisi Kim Bum. Ah comel betul beliau!
“Damya!” satu tepukan hinggap ke belakangku menyebabkan aku hampir tersedak.
“Woi, apa ni? tak reti bagi salam ke? Mujur aku tak tercekik keropok ikan ni tau.” Aku mengomel sebaik melihat wajah Hanum yang tersengih sampai ke gusi. Fon kepala yang tersarung di kepalaku segera kutanggalkan.
“Sorry la, kau tu yang tak dengar. Aku panggil dari tadi lagi tau.”
“Bila sampai?”
“Baru aje. Hah! Keluarga aku kirim salam.”
“Waalaikumussalam.”
“Kau tahu Damya, dekat kampung tu, semua tanya aku, abang Rain dah jumpa orang yang dia berkenan ke.”
“So?” aku menyoal acuh tak acuh.
Hanum tersenyum sebelum meloncat ke katilku, terus berbaring di sebelah.
“Lepas tu, aku jawab la, dah ada.”
Aku tersentak, pantas aku menoleh ke arah Hanum. Takkanlah..
“Siapa yang kau cakap dia berkenan tu?” aku harus mendapatkan kepastian Hanum.
“Kaulah!” Hanum ketawa, tapi aku pulak jadi pucat lesi, kalau toreh ni tentu-tentu tak berdarah.
“Bengong!!!” aku ketuk kepala Hanum tiba-tiba.
“Ish apa salah aku? Betullah, abang Rain berkenan dekat kau.” Hanum menggosok-gosok kepalanya.
 “Habis, apa reaksi keluarga kau?”
“Apa lagi, bila dengar aja macam tu, terus dia orang suruh aku cepat-cepat suruh abang Rain hantar rombongan meminang.”
“Kau ni memang sengaja kan!” aku geram sungguh dengan Hanum ni. Haih! Hanum ni memang nak kena!
“Eh belum habis cerita lagi. Tadi aku cerita dekat abang sepupu aku, pasal hal ni. Kau tahu dia jawab apa?” Hanum mengangkat kening. Sengajalah tu, nak pancing aku.
Aku tarik muncung sedepa, terpaksa menunjukkan minat untuk tahu.
“Apa?”
Hanum menutup mulutnya yang asyik mahu tersengih. Geram aku tengok!
“Abang Rain cakap, memang dia nak bawak rombongan, tapi dia takut kau tak nak terima dia. Kalau kau nak, cepat-cepat dia nak masuk meminang. Kau nak tak?”
Mata aku membulat. Ish takkanlah mamat muka selenga tu seserius ni? Baru kenal beberapa bulan, dah nak hantar rombongan? Ah mintak simpang la. Tak berselera langsung aku tengok. Kalau kacak macam pelakon Korea tak apalah jugak, tak pun tahap pelakon Malaysia pun aku boleh terima lagi. Ini? Aduhh. Ish tapi macam mana nak cakap dengan Hanum baik-baik eh?
“Aku tahu, kau tak suka dia kan...” lirih Hanum bersuara.
“Iyelah, dia kan tak ada rupa macam artis-artis Korea yang kau gilakan tu.” Hanum menyambung. Eh macam mana dia tahu isi hati aku ni? haha. Bukan takat artis Korea, artis Malaysia pun abang dia tu tak lulus. Kah kah kah.
“Bukan macam tu Hanum. Tapi...”
“Dah, tak apa Damya. Aku faham.”
Hanum mengeluh kecil. Merenung dinding kosong di dalam bilikku itu. Entah apa yang difikirkannya, aku pun tak tahu.
Mamat muka selenga? Dengan aku? Ahhhh! Macam ngeri pulak kalau difikirkan. Tak sanggup aku nak bayangkan pun. Mujur Hanum faham sendiri, tak payah susah-susah aku bagi alasan yang tak munasabah dan kecilkan hati Hanum.
“Tapi aku nak tanya kau ni, untuk terakhir kalinya.” Tiba-tiba Hanum bersuara tanpa memandang aku.
“Apa?”
“Serius kau tak nak kat dia?” Hanum tersengih memandang aku, seolah mengharap.
“Kau pun tahu jawapan aku kan...”
 “Ala, tak nak ke Damya? Serius ni?” Hanum memandangku sekali lagi.
“Tak nak! Serius la ni.”
“Ala, sayang betul...” Hanum mengeluh.
“Apa yang sayangnya? Kalau kau sayang sangat, kaulah kahwin dengan dia. Kan dia tu cuma sepupu kau Hanum, bukannya abang kandung kau.”
“Gila kau! Kenduri kahwin aku lagi tiga bulan je tau.”
“Ala, kalau kau nak, bila-bila masa saja kau boleh batalkan. Kalau kau betul cintakan abang sepupu kau tu, tak payahlah kahwin dengan Azman tu.”
Hanum tergelak kecil. Entah kenapa.
“Cadangan kau tu lagi gila! Mana boleh! Dia tu saudara susuan aku la. Dulu kecil-kecil dulu, Mak Long aku pernah susukan aku. Mana boleh kahwin, dia tu kira abang kandung aku dah. Sebab tu aku tak kisah naik satu motor dengan dia pun.”
Aku terdiam seketika. Teringat macam mana aku pandang wajah Hanum bila dia balik kampung tumpang motor kapcai mamat muka selenga tu aja. Berdua. Naik terbeliak biji mata aku tengok, sebab aku tahu Hanum tu budak baik-baik jugak. Tiba-tiba je berani naik satu motor dengan sepupu dia. Memang pelik, rupa-rupanya ini sebabnya. Tak pasal-pasal aku dapat dosa berprasangka buruk. Astaghfirullah hal azim!
“Kalau boleh, kau nak kahwin la dengan dia ek?” aku sengaja menduga Hanum.
Dengan pantas Hanum menepuk pahaku.
“Ish mana ada! Dari kecil lagi aku anggap dia tu abang aku je.”
Aku tersenyum sinis.
“Iyelah tu...”
“Tak apalah kalau kau tak nak. Esok-esok kau menyesal aku tak tahu. Rugi oh tolak abang sepupu aku tu.”
“Eleh, tak heran...”
Hanum ketawa kecil sebelum bingkas bangun meninggalkan aku.
‘Rugi? Apa yang ruginya kalau tak kahwin dengan mamat tu? Muka tak meransang minda langsung. Tengok sekali pun dah tak berkenan, macam mana nak tengok hari-hari? Haish.’ Aku mengeluh sendiri.
-----------------------------------------------------
Bunyi ketukan di pintu menyebabkan aku pantas mencapai tudung di penyangkut, menyarungnya lalu berlalu ke arah pintu depan. Pintu itu kubuka perlahan. Satu wajah yang tidak ingin kujumpa setelah Hanum menyoal aku soalan pelik beberapa hari lalu, muncul di depan mata.
“Assalammualaikum...” dia memberi salam sambil tersengih sampai ke telinga.
“Waalaikumussalam.” Aku jawab nak tak nak. Malas hendak melayan lelaki itu saat ni, buat serabut perut aja.
“Amboi, masamnya muka sayang abang sorang ni...”
Sayang abang? Wek! rasa melugai perut aku, dengar kata-kata dia.
“Apa panggil orang sayang-sayang ni? geli tau tak!” aku membentak.
Dia menyeringai. Ah meluat aku tengok.
“Ala, takkan nak panggil Benci pulak. Tau lah tak suka tengok muka abang dekat sini, dah la lamaran abang pun ditolak. Apa la nasib abang ni kan? Tahu la muka tak handsome mana. tapi Damya kena ingat, muka abang ni manis tau...”
Aduh! Apa la pulak dia merepek ni. Lepas aku reject dia pun, berani lagi nak panggil sayang kat aku. Tak faham bahasakah dia ni?
“Dah lah, saya tak ada masa nak layan awak. Nak cari Hanum kan? Kejap saya panggilkan.” Aku ingin berlalu namun mamat ni berani pulak pegang tangan aku. Mujur lengan bajuku yang labuh menutupi tanganku.
“Ish! Apa ni? suka hati pegang tangan anak dara orang. Berdosa tau tak!” aku pantas menarik tanganku.
“Ala, pegang berlapik la. Bukannya pegang betul-betul. Itupun nak marah.” Dia tersengih lagi. Ah benci!
“Berlapik ke, tak lapik ke, saya tak kira. Tetap tak boleh!” aku mendengus.
“Abang cuma nak bagitahu...” dia tiba-tiba bersuara perlahan.
Aku pandang wajahnya yang tiba-tiba suram.
“Apa?”
“Abang nak bagitahu, yang abang sedih sebab Damya tolak lamaran abang.”
“Itu aje?”
“Aah. Tu je.”
“Ok tunggu kejap. Saya panggilkan Hanum.” Aku bersuara tanpa mempedulikan luahan hatinya sebelum berlalu masuk ke dalam rumah. Malas hendak layan karenah dia.
“Hanum, tu abang kau datang tu. Pergilah tengok.”
Hanum terjengul dari dapur.
“Apa?”
“Abang sepupu kau yang tersayang tu, ada dekat luar. Pergilah jumpa dia.” Aku menjelaskan sekali lagi, namun kali ini dengan nada sinis.
Hanum mengelap tangannya pada sapu tangan yang tergantung di tepi peti ais, sebelum berlalu ke depan.
“Eh tak ada pun Damya!” Hanum menjerit dari arah depan sebaik dia menjenguk keluar.
Eh tak ada?
“Tadi ada la Hanum. Dia tunggu dekat luar pagar kot?”
Hanum terjenguk-jenguk.
“Tak adalah Damya, tak ada sesiapa pun.”
Hah! Aku bermimpi ke apa tadi?
“Dia datang jumpa kau kot. Bukan aku.” Hanum membuat telahan sendiri.
Aku terdiam. Jumpa aku? Ish takkan kot.Buat apa dia nak cari aku pulak? Ah biar ajelah, tak penting pun.
-------------------------------------------------------
Mamat muka selenga tu nak masuk meminang aku? Haha. Lawak pulak rasanya, tak sedar diri betul.
“Damya.” Suara garau yang menyapa gegendang telingaku itu buat aku tersedar. Pantas aku berdiri. Alamak, bos!
“Bos!”
Jejaka itu tersenyum, manis sekali.
“Kan saya cakap panggil Aydan jer.”
“Oh maafkan saya Encik Aydan.”
“Tadi saya tengok awak tersengih sorang-sorang. Ada apa-apa ke? Teringat pakwe ye?” dia mengangkat kening. Alamak, bos nampak aku tersengih tadi ke?
“Ish mana ada bos! Saya tak fikirkan siapa-siapa la. Pakwe pun tak ada, macam mana nak teringatkan dia.”
Dia ketawa kecil, alamak aih, comel sangat.
“Orang cantik macam awak ni, takkanlah tak ada yang punya lagi Damya. Awak jangan tipu saya, saya tahu awak mesti dah ada yang punya.”
Cantik? Aku tenung diri aku atas bawah, cantik ke? Biasa jer. Mata bos aku ni dah rabun ke?
“Sumpah bos. Tak ada...” aku menegaskan.
Bos meraup rambutnya yang jatuh menutupi dahi. Fuhhh kacak sungguh.
“Kalau macam tu, baguslah Damya. Jom.”
Aku mengerut dahi.
“Pergi mana, bos?”
Bos cuma diam. Eh kenapa pulak ni? Lama-lama baru aku tersedar.
“Eh Encik Aydan.” Aku tersengih sebab asyik terpanggil bos aku dengan panggilan ‘bos’ yang memang telah ditegahnya sedari awal lagi.
“Jom, ikut saya makan. Saya belanja.”
Hah! Belanja makan? Dengan bos? Berduaan? Wah! Ini boleh membikin api cemburu yang melampau di kalangan staff Indera Holding. Wah wah!
“Ok Encik Aydan. Boleh saja.” Orang cakap, rezeki jangan ditolak. Kan? Lagi-lagi rezeki dari jejaka kacak persis hero Korea ini, lagilah jangan tolak. Hahaha.
-------------------------------------------------------------------
Alahai! Indah betul dapat keluar dengan jejaka kacak, semua orang kiri kanan pandang dengan wajah teruja. Yang lelaki dengan muka menyampah sebab tak kacak macam tu, yang perempuan dengan muka menyampah jugak, tapi sebab cemburu. Haha. Aku suka!
Pap! Satu tamparan hinggap ke belakang aku. Aduhhh! Makluk Allah mana yang berani-berani ganggu aku berjiwang ni. haish!
“Hah! Angau dekat bos la tu.” Hanum pandang aku dengan wajah serius.
“Kau ni Hanum, sakitlah!” aku gosok-gosok belakang yang mampu dicapai.
“Apa hal kau datang tempat aku ni?” aku menyoal setelah kesakitan yang kurasa mula berkurangan.
“Kau dah berkenan dekat bos ke Damya? Hati-hati sikit, dia tu anak orang ada-ada, kita ni tak layak untuk dia, kau tau.”
Aku menjeling Hanum.
“Ala, kau jealous kan? Sebab bos ajak aku keluar makan?” aku tersengih.
“Ish mana ada. Aku cuma risau tengok kau, macam dah cair sangat dengan bos tu. Kau kena ingat, dia tu playboy Damya. Banyak dah aku dengar cerita pasal dia.”
Aku mendengus pendek.
“Dahlah Hanum, tak payah susah-susah nasihatkan aku. Aku pandai jaga diri aku. Lagipun bos yang datang dekat aku, bukan aku yang terhegeh dekat dia.”
Hanum mengangguk kecil.
“Tak apalah macam tu. Tapi kau kena hati-hati ok.”
Aku tersenyum sambil memegang bahu Hanum.
“InsyaAllah, kau jangan bimbang yer.”
---------------------------------------------------------------------
Aku tergamam. Kenapa mesti dia lagi! Ahhh!
“Damya. Perkenalkan, staff kita yang baru. Nazrin.” Eksekutif Sumber Manusia itu memperkenalkan mamat muka selenga itu pada aku.
Dia tersengih seperti selalu, membariskan giginya yang tidak tersusun.
“Hai Damya!” Dia mengangkat tangan.
Aku cuma mengangguk sebelum mataku aku alih ke arah Hanum yang turut sama memerhatikan abang sepupunya dari mejanya.
Setelah mamat muka selenga itu berlalu bersama Ekskutif Sumber Manusia tadi, aku pantas menuju ke meja Hanum.
“Apa semua ni, Hanum? Kau sengaja kan?”
Hanum terkebil-kebil.
“Apa? Tak paham la...”
Aku mendengus.
“Itu abang sepupu kau tu, kenapa dia tiba-tiba kerja dekat sini pulak? Kau sengaja kan? Nak bagi dia dekat dengan aku? Kan?”
Hanum menggeleng laju.
“Ish mana ada. Kan kau dah tak nak kat dia, tak kuasa lagi aku nak jodohkan korang, kau ingat aku ni telangkai? Hari tu dia tanya aku pasal kerja kosong dekat sini, sebab dia dah tak tahan kerja kat tempat lama dia tu. Dah ada kosong, aku bagitahu ajelah. Tak sangka pulak dia dapat.”
Aku terdiam. Kurang yakin dengan kata-kata Hanum itu. Manalah tahu, memang dia ada niat nak dekat dengan aku, saja nak kacau hubungan aku yang baru je nak berputik dengan bos. Haish! Terganggu jiwa.
------------------------------------------------
“Jom Mya. Abang belanja makan hari ni.” Mamat muka selenga itu datang tiba-tiba ke meja aku. Ah aku dah agak dah, ketenangan aku telah diragut saat wajah itu muncul di pejabatku pagi tadi.
Aku menjeling tajam.
“Jangan kacau la, orang sibuk ni.” aku mendengus.
“Ala, nak ajak makan pun marah. Gigit kang!”
“Eii apa ni? Syuhh! Pergi. Kalau awak tak pergi, saya jerit.”
“Jeritlah...” dia menyeringai.
“Awak ni kan...” aku bangun dari dudukku di meja, lalu terus berlalu ke meja Hanum. Geram saja rasa hati ni.
“Haih, monyok nampak.” Hanum mendongak memandangku.
Aku memeluk tubuh memandang tepat ke arah Hanum.
“Benci la...”
“Benci? Benci aku ke?”
“Aah. Benci kau, sebab kau lah abang kau tu kerja sini, meluat aku.” Aku menjuihkan bibir.
Hanum ketawa kecil.
“Ala, abang aku tu saje je usik kau. Bukan dia sengaja pun nak kerja sini. Betul, aku tak tipu, percayalah.”
“Ah aku tak kira, kau tolong pesan dekat dia, jangan kacau aku. Tak aman jiwa aku ni tau.”
“Abang tak suruh kira pun.” Tiba-tiba mamat muka selenga muncul menyebabkan darahku pantas menyirap ke muka.
“Kalau Mya tak suka abang kacau Mya kat sini, abang tak kacau Mya dah. Jom Anum, abang Rain belanja hari ni. orang yang tak sudi tu, biarkan ajelah.”
Hanum tersengih sambil menjeling ke arahku.
“Jom!” Hanum bangun sambil menggalas tas tangannya, mahu keluar rehat. Ah! Bukan setakat ragut ketenangan aku kat sini, dengan bestfriend aku sekali dia ragut? Habis aku nak rehat dengan siapa ni? ahhh!
------------------------------------------------------------
“Damya, kau marahkan abang sepupu aku lagi ke?”
Persoalan dari mulut Hanum itu pantas membuatkan bacaanku terhenti. Novel Kampung Girl yang baru kubeli itu, kututup pantas. Hilang mood hendak membaca.
“Mamat muka selenga tu? Tak ada masa aku nak marahkan dia. Nak fikirkan pasal dia pun aku tak hingin.”
Hanum memeluk anak patung lembu yang terletak di atas katilku itu lalu berbaring di sebelahku.
“Kau jangan cakap macam tu Damya, kang menyesal. Sekarang tak ingin la, esok-esok kepingin. Nanti jatuh cinta baru kau tau!” Hanum tenggelam dalam ketawanya.
Aku tarik muncung sedepa. Geram!
“Ah, tak mungkin aku jatuh cinta dengan mamat muka selenga macam abang kau tu. Tak ada selera langsung.”
“Hah! Cakap la macam tu...”
Aku tersengih.
“Ah tak takut pun.”
“Tapi, aku sukalah kalau kau jadi kakak ipar aku.”
Aku tergelak kecil.
“Tapi aku tak suka jadi kakak ipar kau.”
“Damya!” Hanum pantas membaling anak patung lembu itu padaku.
“Aduh! Sakitlah!” aku pantas membaling semula anak patung itu hingga akhirnya tawa kami berderai.
------------------------------------------------
Jam tangan, aku kerling. Sudah pukul lima, pantas aku siapkan diri untuk pulang. Sebaik tas tanganku, ku gapai, aku pantas membawa langkah keluar dari pejabat.
Sebaik memasuki perut lif, seseorang memanggil menyuruh aku menghalang pintu lif itu dari tertutup.
Mamat muka selenga! Aduh!
Dia pandangku sekilas lalu tersenyum sebaris. Kemudian dia terus pandang ke depan.
Aku pandang dia, dia tak pandang aku pun. Langsung tak.
Dari tingkat empat sampai ke tingkat bawah, langsung tak terdengar suaranya. Hmm, baguslah. Dia kotakan janji, tak nak kacau aku dah. Aku tersenyum, puas.
“Jom balik dengan abang...” dia tersengih sekali lagi, seperti biasa saat aku berselisih dengannya di tempat parkir. Tempat duduk pembonceng di belakang motor kapcainya itu ditepuk perlahan.
‘Aik, tadi bukan main serius, tiba-tiba je kena sawan balik? Apa hal?’
“Ish! Hari tu cakap tak nak kacau saya dah...” aku mendengus.
“Ala,abang tak kacau Mya dekat pejabat je. Lepas balik ofis, abang kacaulah balik.”
Ahh! Sewel!
“Awak ni gila tau tak?”
Dia tersengih.
“Aah, memang gila. Gilakan Mya.”
“Saya tak makan la dengan kata-kata manis awak tu. Awak gunakan aja ayat tu semua dekat perempuan lain.” Aku terus masuk ke dalam perut kereta tanpa mempedulikan dia lagi.
----------------------------------------------
“Damya, malam ni saya ada function. Awak ikut saya eh? Be my date.”
Mulut aku ternganga mendengar perlawaan bos itu.
“Function apa bos?”
Bos bersandar pada kerusi empuknya sambil memandang aku.
“Majlis sambutan hari jadi one of our client. So pakai lawa-lawa ok. Nanti pukul lapan, saya jemput awak dekat rumah.”
Aku mengangguk laju. Tak sabarnya nak jadi date bos!
‘Hmm pakai baju yang ini ke yang ini?’ Baju blaus berwarna hitam dan ungu gelap itu kutayangkan di cermin, ingin melihat yang mana lebih sesuai.
“Kau nak ke mana ni?” Hanum menyoal saat merebahkan diri di atas katilku. Aku tidak mengendahkan pertanyaannya, sebaliknya terus berfikir.
“Num, yang mana lagi sesuai? Hitam ke ungu?”
Hanum menggaru-garu dagunya.
“Hitam kot. Nampak elegan sikit.”
“Ok. Aku pakai hitam.” Aku meletakkan blaus berwarna ungu gelap ke dalam almari semula dan meletakkan blaus hitam ke atas katil, sebelum mencapai tuala di penyangkut.
“Eh Damya, bagitaulah, kau nak ke mana?”
Aku tersenyum penuh makna.
“Hari ni aku ada date.”
“Date?”
Belum sempat Hanum menyoal apa-apa lagi, aku bingkas memboloskan diri ke dalam bilik air.
---------------------------------------------------------
Aku pandang wajah bos di sebelah, dia kelihatan tampan sekali malam ini. Mengenakan tuksedo berwarna hitam, memang menyerlahkan lagi ketampanannya.
“O, here we are.” Dia bingkas turun dari kereta, lalu membuka pintu untuk aku. Ah gentlemannya!
Aku turun dengan berhati-hati, bimbang terpelecok dek kasut tumit tinggi yang tersarung, yang ku pinjam dari Hanum.
Aku pandang ke depan, tersergam sebuah Club House yang mewah disinari cahaya lampu yang bergemerlapan.
Bos menarik lenganku supaya berjalan seiring dengannya.
“Hello Angela! Happy Birthday!” bos pantas menegur sebaik terpandangkan gadis tinggi lampai berkulit mulus itu. Gadis itu tersenyum manis sebelum menghampiri bos. Mereka berpelukan menyebabkan aku tergamam. Satu ciuman hinggap di pipi gadis itu. Mataku terus membuntang.
Aku cepat-cepat berpaling ke arah lain, enggan melihat kemesraan keduanya. Meja buffet kelihatan penuh dengan hidangan, namun mataku terganggu apabila melihat kehadiran beberapa botol arak dan gelas wain yang disusun bertingkat.
‘Ah ini parti orang bukan Islam, biasalah tu.’ Aku cuba menyedapkan hati sendiri.
“Hai gorgeous.” Seseorang menegur dengan mulut berbau tengik, di tangannya ada segelas air berwarna kekuningan. Sah! Dia sudah meneguk arak itu. Aku pandang wajah lelaki itu, kulitnya sawo matang, persis melayu. Tapi mungkin dia itu bukan melayu.
“Hai Ismail. Meet my date.” Bos memperkenalkan aku membuatkan aku tergamam. Ismail? Nama seorang nabi, tapi perangainya, masyaAllah!
“Aydan, long time no see. Cantik date you malam ni, you pass la dekat I.”
“Haha. You jangan nak mengada ok. Dia I punya.”
Ok kembang-kempis aku dengar.
“Ok fine. Dah, jomlah minum. Dah lama kan, kita tak dapat minum macam ni.”
Aku pantas berpaling memandang bos. Takkanlah dia pun?
Laju saja bos mengikut rakannya tadi ke meja buffet. Satu gelas diambil lalu botol arak yang sudah sedia dibuka, dituang ke dalam gelas. Air kekuningan itu diteguk laju.
Astaghfirullah hal azim! Ya Allah! bos pun sama.
Aku memencilkan diri di satu sudut, enggan mencampuri bos yang sedang asyik meneguk air kencing syaitan itu bersama rakan-rakannya. Seketika kemudian, saat muzik dialunkan, mereka menari terkinja-kinja pula seolah tidak sedarkan diri.
Air mataku rasa ingin mengalir. Tidak menyangka jejaka yang baru saja aku ingin cintainya, rupanya terlebih dahulu bercinta dengan air kencing syaitan itu.
“Damya, come! Join us!” bos menarik aku ke sisinya, cuba mengajakku menari. Macam nak menangis aku rasa, bila aku dihimpit rakan-rakan bos yang kebanyakannya sudah mabuk. Baunya Tuhan saja yang tahu.
“Bos, saya nak balik dulu.” Aku meminta dengan suara yang hampir sendu menahan ketakutan.
“Apa?” muzik yang bingit dan tahap kemabukan yang tinggi mungkin menyumbang kepada kurang pendengaran bos saat itu.
“Saya nak balik!” aku separa menjerit lalu terus memboloskan diri dari ruang itu. Bos kelihatan ingin menarik aku kembali namun dengan cepat aku mengelak.
Saat keluar dari Club House itu, hujan sedang turun dengan lebatnya. Aku tidak tahu arah mana hendak dituju, air mata mula bercucuran dek kerana ketakutan yang mula menggebu.
Ah apa nak jadi, jadilah!
Aku pantas berlari menongkah hujan malam itu, hingga tanpa sedar, aku terjatuh dan hampir-hampir dilanggar kereta.
Jejaka itu turun dari kereta lalu mendapatkan aku. Dalam kesamaran malam, dan hujan yang mengaburi mataku, aku bersuara.
“Tolong saya encik.”
Tiba-tiba aku teringat scene Ombak Rindu, sebijik sangat. Adakah, Harris datang selamatkan aku? Auww.
“Mya!” suara yang memanggil itu terus menghilangkan wajah Aaron Aziz yang baru nak muncul, dan berganti dengan wajah sepupu Hanum, Rain. Mentang-mentanglah hujan, dia pun muncul eh? Ish apa aku merepek dalam keadaan genting ni?
“Awak?”
“Mya, cepat masuk dalam kereta!” dia memberi arahan sambil menarik aku untuk bangun.
Aku diam di dalam kereta, walaupun terasa nak menyoal, kenapa hari ni dia datang menaiki kereta, sedangkan dia selalu naik motor saja.
“Mya ok ke? Abang tengok Mya kelam kabut berlari tadi.”
Aku pandang wajah dia yang sedang khusyuk memandu tanpa menoleh ke arahku.
“Errr. Saya ok. Cuma...”
“Itulah! Hanum dah cakap, bos Mya tu buaya. Entah apa yang dibuatnya dekat Mya. Ish geramlah abang! Rasa macam nak tumbuk-tumbuk aja muka dia tu.”
Aku ketawa kecil, rasa geli hati melihat reaksi mamat muka selenga itu, yang tidak tahu hujung pangkal tiba-tiba saja nak marah-marah.
“Saya oklah. Jangan risau.”
“Kalau ok, kenapa Mya lari macam tak cukup tanah tadi? Cuba cerita dekat abang.”
Aku menggeleng laju. Segan nak mengadu pada mamat muka selenga.
Lepas ni, sumpah aku tak nak terima perlawaan bos lagi dah. Biarlah muka dia handsome macam jejaka Korea sekalipun, kalau arak tu jadi minuman harian dan maksiat tu jadi teman dia, aku reject terus! Hilang terus kekacakan dia di mata aku. Phuui!
“Aku yang bagitahu abang Rain, kau nak keluar malam ni. Lepas tu, dia minta nak pinjam kereta aku, sebab dia nak tengokkan kau. Dia cakap, kalau ada apa-apa jadi, dia boleh bawa kau balik. Kalau dia bawak motor saja, sah-sah kau tak nak ikut dia.”
Aku tergamam mendengar penerangan Hanum. Tidak menyangka mamat muka selenga begitu mengambil berat tentang diriku.
---------------------------------------------------------
Sejak kejadian itu, aku cuba menjauhkan diri dari bos dan bercakap soal kerja saja. Bos ada juga cuba bergurau senda dengan aku, tapi aku malas hendak layan. Perasaan yang baru saja nak tumbuh dalam hati aku ni, terus layu lepas tengok dia malam tu.
Tapi kan... perasaan aku tiba-tiba saja beralih pada mamat muka selenga pulak. Adus. Apa kena entah. Tiba-tiba saja rasa nak tengok dia. Aku selalu curi-curi pandang dia yang sedang khusyuk buat kerja, aku perasan kadang-kadang dia bercakap seorang diri, garu-garu kepala dengan memek muka yang lucu. Haha. Comel sangat.
Eh? Aku cakap dia comel? Ahh! Sah aku gila!
“I lost control, because of you babe!” lagu nyanyian asal kumpulan Scorpions itu didendangkan mamat muka selenga saat dia sedang menunggu Hanum di halaman rumah. Gitar kapoknya dialunkan seiring dengan nyanyiannya. Begitu merdu rasanya, beralun di telingaku yang sedang menyorok di sebalik dinding rumah. Kalau dulu aku dengar dia menyanyi, rasa nak hempok saja gitar kapoknya itu, tapi sekarang? Nyanyian dialah yang paling merdu, macam buluh perindu.
“Anum!!! Cepatlah! Kita dah lambat ni!” laungan mamat muka selenga yang membingitkan telinga aku menyedarkan aku dari realiti.
“Yelah, yelah. Anum datanglah ni.” Hanum yang sudah bersiap, keluar dari biliknya dengan terkocoh-kocoh.
Aku tersengih melihat wajah Hanum yang mencuka. Itulah, bersiap mengalahkan pengantin, kena sound dah dengan abang sepupunya. Hehe.
Hari ini, aku akan mengikut Hanum pulang ke kampungnya sebab esok Hanum akan melangsungkan pertunangannya. Rasa berdebar pulak, walaupun bukan aku yang bertunang. Ah! Segannya nak jumpa keluarga mamat muka selenga, rasa macam nak berjumpa keluarga mertua pulak rasanya ni. Huhu.
“Siap!” mamat muka selenga bersuara saat selesai menyusun beg di bonet belakang kereta Hanum.
“Siapa nak pandu?” Hanum menyoal.
“Hah! Biar abang saja pandu. Hanum kan darah manis, esok nak bertunang, tak elok buat kerja.”
“Iyelah tu...” Hanum menjeling.
“Mya, meh duduk sebelah abang, biar Hanum duduk belakang sorang-sorang.” Mamat muka selenga menepuk-nepuk kusyen di tempat duduk penumpang itu.
“Ish tak payahlah. Saya boleh duduk belakang, biar Hanum saja duduk depan ya.” Aku menolak dengan lembut. Segan...
Wajah mamat muka selenga kelihatan kecewa. Aku tergamam, tidak sangka pulak penolakan aku itu memberi kesan di hatinya.
“Mak, ini Damya.” Hanum memperkenalkan aku pada ibunya, saat aku sampai ke kampung mereka.
“Oh, ini Damya ya. Cantik orangnya. Patutlah...”
“Ehemm...” mamat muka selenga pantas berdehem.
‘Patutlah apa?’ aku tertanya.
Ibu Hanum tersengih.
“Sesuai.. sesuai...” ibu Hanum menambah lagi.
‘Sesuai apa? Arghh!’
“Kak Chah! Tengoklah ni, siapa datang...” ibu Hanum memanggil seseorang. Seorang wanita tua, keluar dari dapur lalu mendekati kami.
“Kak Chah, inilah dia orangnya.”
“Oh! Inilah yang kamu suka tu, Rain?”
Aku terkedu. Mataku membulat memandang mamat muka selenga dan Hanum silih berganti.
“Ish mana ada mak, Rain gurau ajelah hari tu. Lagipun Mya bukan nakkan Rain pun.” Mamat muka selenga bersuara lirih.
“Oh... sayanglah. Mak suka kalau Damya ni jadi menantu mak.”
Errkk! Makin melalut dah ni. Macam mengharap pulak mak mamat muka selenga ni. Kalau dulu, mungkin aku melenting, tapi sekarang, aku pun tak kisah. Haha. Cuma masalahnya, macam mana aku nak bagitahu mamat muka selenga yang aku pun dah suka kat dia? Haish!
Itulah kau, dulu jual mahal sangat. Tak nak dekat mamat muka selenga tu, sekarang kau jugak yang susah. Nak luahkan perasaan kau pun dah tak boleh. Malu! Macam ludah lepas tu jilat balik. Yek!
Tapi nak buat macam mana, hati aku tiba-tiba saja jatuh hati dekat dia. Kan cinta itu tak perlukan masa untuk terjadi, tiba-tiba saja kita boleh jatuh cinta. Alamak, dah bermadah puisi dah ni. parah!
“Semakin jauh menyusur matahari, semakin jauh ku hilang arah tujumu...” kedengaran suara mamat muka selenga mendendangkan lagu rock kapak itu di bawah pokok rambutan sana. Aku pantas mendekatinya dengan derap perlahan.
“Eh Mya. Sorry abang tak perasan.” Mamat muka selenga pantas menghentikan nyanyiannya.
“Eh janganlah berhenti, saya suka dengan awak menyanyi.”
Mamat muka selenga pandang wajah aku dengan rasa terkejut.
“Betul ke ni?”
Aku tersenyum seraya mengangguk.
“Kalau macam tu, abang nyanyikan lagu khas untuk Mya. Ok?”
“Ok!” aku menunjukkan simbol OK padanya.
“Sebelum tu, abang nak minta maaf pada Mya.”
Aku pandang wajahnya yang tiba-tiba berubah riak.
“Minta maaf kenapa pulak?”
Dia pandang wajah aku.
“Sebab mak abang cakap macam tu tadi. Biasalah, orang tua kan, bila nampak je anak dara, terus nak jodohkan dengan abang.” Dia ketawa.
Aku tersenyum.
“Tak apa. Saya tak ambil hati pun.”
“Eh ambillah, abang bagi free aje.”
Aku tidak mengerti.
“Ambil apa?”
“Hati saya la...” dia tersengih macam kerang busuk.
“Ish!” aku marah, tapi sebenarnya, dalam hati rasa suka. Hehe.
------------------------------------------------------
Sudah dua bulan, Hanum bergelar isteri orang. Sejak itu, lagilah aku susah nak bertemu mamat muka selenga. Almaklumlah, dulu dia adalah sebab untuk berkunjung ke rumah kami, tapi sekarang, aku tinggal seorang saja. Hanum dah mengikut suaminya berpindah ke rumah lain.
Dekat pejabat sajalah peluang yang ada, untuk aku berjumpa dia. Dulu, akulah yang paling meluat, bila dia bekerja di pejabat yang sama dengan aku. Sekarang ni, akulah orang yang paling bersyukur dia bekerja di sini, sebab sekurang-kurangnya aku dapat jugak berjumpa dia.
Ah aku memang dah angau la. Itulah, dulu cakap lagi yang bukan-bukan. Sekarang siapa yang susah? Memang aku dah kena sumpahan si Hanum tu. Dulu aku benci mamat muka selenga, sekarang aku lah yang angau gila dekat dia. Hmmm. Bila kesengsaraan aku ni nak hilang hah? Macam mana aku nak luah dekat dia, yang aku pun cintakan dia? Tolong...
Hari tu, aku masuk ke pejabat seperti biasa. Teruja hendak bertemu mamat muka selenga, tapi hampa, sampai ke petang dia tak ada. Hanum pun sama. Ke mana agaknya mereka pergi?
“Hanum, kau ke mana? kenapa tak datang pejabat hari ni?” aku menyoal, sebaik terdengar suara Hanum di talian.
“Oh, aku cuti wei. Sorry lupa nak bagitahu.”
 “Kau cuti sebab apa ni? abang sepupu kau pun tak ada.”
“Aku nak balik kampunglah. Ada kenduri.”
“Oh.. aku ingatkan kau pergi check perut, manalah tahu dah mengandung.”
“Cet! Aku baru kahwin dua bulan ok. Relakslah kejap.”
Aku ketawa kecil. Eh! Kenduri? Takkanlah..
“Err, Hanum. Aku nak tanya ni. kau balik kampung, kenduri apa?”
“Oh! Kenduri kahwin... abang Rain...”
Srapp! Darah rasa menyirap ke kepala. Rasa macam nak pitam. Suara Hanum di talian langsung tak kudengari lagi. Air mata rasa nak mengalir.
Ya Allah... hati aku rasa sakit... Itulah kau, jual mahal lagi. Hambik! Sobs.
Ah! Tak boleh jadi ni, aku mesti halang semua ni! aku mesti halang! Mamat muka selenga kata, dia sukakan aku kan? Takkanlah dia sanggup kahwin dengan perempuan lain. Oh tidak!
-------------------------------------------------
“Eh, Damya! Kau buat apa kat sini?” Hanum menyoal sebaik melihat aku sedang berdiri di hadapan rumahnya. Sebuah khemah sudah terpasang di hadapan rumah itu, dan ramai orang sudah berkumpul. Aku pasti, hari ini adalah majlis pernikahannya... tak syak lagi.
“Abang sepupu kau mana, Hanum? Tolong panggilkan dia.” Aku bersuara dengan sebak yang mula mengisi dada.
“Siapa? Abang Rain ke? Dia ada kat dalam.”
“Tolonglah aku Hanum, tolong panggilkan dia. Aku nak cakap sesuatu sebelum apa-apa terjadi.” Air mataku hampir mengalir.
Hanum terpinga-pinga.
“Kenapa kecoh-kecoh ni, Anum?” mamat muka selenga yang segak berbaju melayu warna biru firus, berdiri di hadapan aku. Dengan serta-merta sebakku tidak dapat kubendung. Air mataku terus laju mengalir diiringi dengan sendu yang tidak dapat kukawal. Aku terduduk di muka pintu.
“Eh.. eh.. Mya. Kenapa ni?” dia menyoal aku, seraya turut duduk berlutut di hadapanku.
“Saya minta maaf. Saya minta maaf.” Aku mengesat air mata di pipi.
“Minta maaf? Sebab apa?”
Aku pandang wajah dia, terus rasa nak menangis lagi.
“Saya tahu awak marahkan saya, sebab tak pernah layan awak dengan baik, sebab saya tak pernah balas cinta awak. Sebab tu awak nak kahwin kan? Saya memang salah sebab selama ini saya memang tak suka dengan awak. Tapi semua tu dah berubah!”
“Aaa.. apa maksud Mya?”
Aku menarik nafas perlahan.
“Saya mengaku! Sekarang saya dah jatuh cinta pada awak! Pada muka selenga awak tu, pada perangai selamba awak, pada nyanyian awak, pada alunan gitar awak, pada rasa caring awak dekat saya. Saya dah jatuh cinta! Sebab tu, saya harap, awak tak teruskan perkahwinan ni. tolonglah...”
Mamat muka selenga pandang wajah aku dengan rasa terkejut, sebelum riaknya itu bertukar menjadi senyuman dan akhirnya bertukar pula pada ketawa yang berdekah-dekah.
Aku terkedu. Punyalah sedih aku luahkan perasaan, dia boleh bantai gelak? Ciskek betul.
“Awak ni kenapa?” aku membentak. Pantas aku bangun. Hanum yang sedang memerhatikan sedari tadi, turut ketawa tapi masih dikawalnya.
“Kenapa ni Rain? Ada masalah ke?” mak mamat muka selenga muncul dari dalam, mungkin terdengar kekecohan yang berlaku.
Mamat muka selenga tersengih. Dia berdiri di sebelah aku.
“Tak ada apa mak. Ini, bakal menantu mak ni, datang minta kita hantarkan rombongan ke rumah dia.”
“Ye ke? Alhamdulillah! Tak sangka mak akan dapat dua menantu sekaligus tahun ni.”
Aku terdiam. Tidak faham langsung!
Mak mamat muka selenga datang memelukku, sebelum menarikku ke dalam.
“Alang-alang dah sampai, jomlah join majlis ni dulu ya? Lepas dah makan baru balik.” Pesanan mak mamat muka selenga aku balas dengan wajah terpinga-pinga. Sehinggalah sampai aku tiba di ruang tamu, tempat tok kadi duduk, dan seorang jejaka yang wajahnya seiras mamat muka selenga duduk di depannya, barulah aku mengerti apa yang terjadi.
Ya Allah! malunya aku!!! Mana aku nak letak muka ni?
Sebaik Hanum duduk di sebelahku, dengan sisa tawanya yang masih kedengaran, segera aku menyoalnya.
“Kenapa kau tak cakap terang-terang tadi?” aku berbisik.
“Aku dah cakap terang-terang, kau yang tak dengar agaknya.” Dia ketawa lagi.
“Apa yang kau cakap? Yang aku dengar, kau cakap kenduri kahwin abang Rain.”
“Aku cakap... Kenduri kahwin, abang Rain punya adik.”
Aku terkedu.
“Lain kali cakaplah betul-betul. Tak pasal-pasal aku dapat malu, habis semua benda aku luahkan dekat dia.”
“Haha. Padan muka kau. Jual mahal sangat, sekarang kau yang kena, tangkap cintan sama abang sepupu aku tu. Haha. Mujur jugaklah kau salah dengar, barulah kau berani nak luah perasaan kau kat dia. Kan?”
“Eii bencilah aku!”
“Tapi aku suka. Haha.”
Ish geram betul! Ah! Macam mana aku nak hadapi semua ni? macam mana aku nak menghadap mamat muka selenga nanti? Aku mendongak mencari dia. Erkk! Dia tengah pandang aku sambil senyum la pulak. Malunya.
Sebaik majlis tamat, aku pantas menyusup ke kereta, malu hendak bertemu sesiapa lagi. Tak sanggup!
“Astaghfirullah hal azim!” beristighfar aku sebaik membolos perut kereta, kerana mamat muka selenga ada di dalamnya.
“Macam mana awak boleh masuk kereta saya ni?”
Dia tersengih.
“Dah tak kunci. Abang masuk la.”
“Awak nak apa? Saya dah nak balik dah ni?” aku tidak memandang wajahnya, sebab wajahku dan merona merah. Malu.
“Abang nak tanya, betul ke apa yang Mya luah tadi?”
Ah! Makin merah mukaku jadinya.
“Entah! Sudahlah saya nak balik. Keluar-keluar!” aku menghalaunya.
Dia tersengih.
“Abang bahagia sangat Mya. Tak sangka, Mya pun cintakan abang. Tak sia-sia abang tunggu selama ni. abang janji, hujung bulan ni, abang hantar rombongan. Ok?”
Aku tersenyum malu.
“Ikut awaklah...”
“Yes!” dia menggenggam dan menggoyang tangannya tanda suka.
“Tapi abang ada satu soalan lagi.” Dia menyambung.
“Apa?”
“Muka selenga tu apa?”
Aku ketawa. Dari dulu lagi, aku memanggilnya begitu.
“Muka selenga tu, muka macam awak la. Muka poyo, macam tak ada perasaan. Muka macam orang baru lepas bangun tidur, muka tak mandi. Hahaha!”
“Mya cakap muka abang muka tak mandi?”
Aku menutup mulut menahan tawa.
“Muka tak mandi nilah yang Mya tergilakan tau!”
Aku ketawa lagi. Ya memang betul pun.
“Dahlah. Saya nak balik ni. tak sanggup nak menghadap muka orang lain. Malu awak tahu tak.”
“Ala nak malu apanya, abang sorang saja dengar luahan hati Mya tadi. Khas untuk abang kan?”
Aku tersenyum seraya mengangguk.
“Abang pun cintakan Mya. Walaupun Mya garang nak mampus! Macam singa betina.”
“Apa?!”
Dia tersengih sebelum tiba-tiba...
“Indah sinar sang suria, merdu irama sang bayu...” dia mula menyanyi membuatkan aku tak jadi marah, sebaliknya tersenyum sendiri.
Begitulah kisah cinta aku. Dari membenci mamat muka selenga, aku terus jatuh cinta. Cinta itu bukan bersandar pada paras rupa tapi pada keikhlasan seseorang mencintai kita. Walaupun mamat muka selenga tidak sekacak mana, tapi hatinya yang baik buat aku tertawan, sampai aku boleh tersawan masa dapat tahu dia nak bernikah. Haha! Kerja gila, dok menangis depan rumah kenduri. Malu tahu tak!
Walaupun dia mamat muka selenga, tapi hatinya yang baik buatkan wajahnya sentiasa nampak kacak di mataku. Aku dah tak perlukan aktor Korea dah, sebab cintaku hanya untuk mamat muka selenga!
 Tamat.

p/s : dah lama xmenulis cerpen. dah hilang momentum skit. haha. punyalah makan masa, nak siapkan cerpen ni. tapi citer ni lagi panjang dari apa yg AK selalu tulis. apa entah yang AK merapukan dalam ni. hehe. maafkan salah silap yer. enjoy!

Suka? =)

16 comments:

  1. hahaha..memang kelakarlah AK..tapi best.akak suka.tiba-tiba teringat kat jep sepah..hahahah

    ReplyDelete
  2. suka cite nih, ha ha ha gelak sensorang baca citer ni, tambah2 bila bayangkn jep sepah tu.

    ReplyDelete
  3. lagu-lagu tu pon lagu yang jep sepah suke nyanyi kann.. hahahhhaha... nice job sis! ^_^

    ReplyDelete
  4. hahah best..cayarlahh AK...unie

    ReplyDelete
  5. hahaha lawak betul... bila membayangkan jep sepah lg lawak.. gub job AK!

    ReplyDelete
  6. haha....gelak seorg2 baca cerpen AK nie....

    ReplyDelete
  7. suke sangat jep sepah..muke dye selamba dan ade lesung pipit..kiut jew..sweet cm abg rain

    ReplyDelete
  8. suke jep sepah..nmpk sweet je jep tu

    ReplyDelete
  9. best ...........

    ReplyDelete
  10. best jgk klu bt telemovie... pelakon jep sepah... hehehehehe

    ReplyDelete
  11. best..byk kali dah baca.senyum sendiri.teringat Jep sepah...

    ReplyDelete
  12. best...,byk kali dah baca.tersenyum sendiri bila baca.hehehe........

    ReplyDelete
  13. best. bc smbil t'ingat jep sepahtu. t'byng mcm die yg ckp ;)

    ReplyDelete
  14. :) daebak kak...

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!