lama xmenulis cerpen baru. bakal menyiapkan cerpen ni. tapi tengok dulu tahap kerajinan macam mana, so xleh nak janji, bila boleh siap.
yang penting AK akan usaha untuk siapkan cepat2. jadi sila bersabar ya! ^_^
-------------------------------------------------------------------------------------
Teaser : Mamat Muka Selenga!
“Minggu
depan abang sepupu aku nak datang KL.” Hanum tiba-tiba bersuara saat kami
sedang makan tengah hari di restoren biasa yang sering kami kunjungi, di depan
pejabat.
“Jadi?”
aku menyoal, tidak mengerti kepentingan Hanum memberitahu aku semua tu.
Hanum
tersengih.
“Jadi
nanti dia biasalah datang jenguk aku. Kau jangan pelik pulak.”
Aku
meneguk air teh ais itu perlahan. Wajah Hanum kupandang sekilas.
“Aku
tak kisah siapa pun nak jenguk kau, janji dia tak masuk dalam rumah sudah.”
“Ish
tak adalah sampai macam tu.” Hanum tersengih.
“Tak
ada tak apalah. Kalau ada, siap kau!”
Aku
menuding ke arah Hanum. Memberi amaran. Hanum tersenyum simpul, tidak
menyambung bicaranya lagi.
---------------------------------------------------
“Assalammualaikum!
Assalammualaikum! Ada orang tak, kalau tak ada saya balik!” laungan yang
membingitkan itu membuatkan aku pantas menjenguk dari lubang tingkap. Seorang
jejaka sedang tercongok di hadapan pagar rumahku, sambil melihat ke arah pintu
depan.Dia menggalas sebuah beg di belakang, dan sebelah bahunya menggalas gitar
kapok.
Aku
menyarung tudung, lalu pantas keluar.
“Ya,
ada apa?”
Jejaka
itu tersengih, menampakkan gigi taringnya. Wajahnya biasa-biasa saja. Lagak
seperti pemua kampung saja. Tidak ada apa yang istimewanya.
“Hmm
kak, ini rumah Nurul Hanum binti Ahmad Hanif ke?” dia menyoal sambil
menghalakan ibu jarinya ke arah rumah. Sopan la konon.
“Aah.
Awak siapa?” aku menjawab acuh tak acuh. Malas nak layan mamat tu, dah la
suka-suka hati aja panggil aku kakak. Apa muka aku ni nampak lagi tua ke dari
dia?
“Eh
lupa pulak nak kenalkan diri. Saya Ahmad Nazrin bin Ahmad Harun. Bapa saya
dengan bapa Hanum adik beradik. Jadi secara automatik kami berdua jadi
sepupulah. Betul tak? Ke saya salah?” dia tersengih lagi.
‘Ish
main-main pulak. Ini rupanya sepupu Hanum. Huh, tak semenggah langsung.’
“Eh
abang Rain! Bila sampai?” suara Hanum mengejutkan aku yang masih memandang
mamat itu. Nasib baik aku bukan tengah meneguk air, kalau tak, mahu bersembur
air tu keluar dari mulut dan hidung aku.
‘Rain???’
aku menjerit di dalam hati. Mamat muka selenga kat depan aku ni namanya Rain?
Kenapa kenapa? Oh dunia ini tak adil! Kenapa namanya mesti sama dengan hero
Korea bermata sepet itu? Tak layak!!!
Mamat
itu melambai ke arah Hanum.
“Anum,
baru tadi abang sampai. Anum sihat ke?”
“Sihat
bang. Jemputlah masuk dulu.”
“Haip!”
aku sempat menghalang. Wajah Hanum aku renung tajam.
“Maksud
aku, masuk ke dalam kawasan rumah, duduk dekat laman, bukan tercongok depan
pagar ni.” penjelasan Hanum itu membuatkan aku mengangguk.
“Terima
kasih ye kak,” si mamat muka selenga itu tersengih lagi. Ah meluat!
“Suka
hati je panggil orang kakak, macam la orang tua sangat.” Aku mengomel sendiri
namun sengaja kutekankan supaya dia mendengar. Langkahku terus kuatur ke dalam,
malas hendak melayan dan mengganggu dua orang sepupu itu.
“Jemputlah minum.” Aku meletakkan dulang yang
terisi dua cawan air teh o dan sepiring biskut di hadapan Hanum dan sepupunya
itu yang sedang duduk di meja bulat depan rumah.
“Terima
kasih. Buat susah-susah saja ayang abang ni.”
‘Ayang!!!’
Membuntang mataku pabila terdengar panggilannya itu. Nak muntah rasanya, lagi
teruk dari perasaan sewaktu dia panggil aku kakak tadi.
“Huh!”
aku menjeling seraya menarik muncung sedepa, geram dipanggil sebegitu. Langkah
segera ku atur untuk masuk ke dalam rumah semula.
“Eh
sayang tak nak minum sekali ke?” dia menyoal tanpa rasa bersalah, memanggilku
sebegitu.
“Tak.
Banyak kerja.” Aku terus berlalu, namun sempat menjeling ke arah Hanum yang
sedang menutup mulut, menahan tawanya.
bersambung....
-----------------------------------------------------------
Suka? =)
ibarat makan nasik sampainyer kat celah gg jerr.. nak lagi!! hehehehe.. entah perumpamaan ape ntah sy tlis tuhh.. hehehe..
ReplyDeletemcm best je. hehe
ReplyDeletemcm menarikkkk. suka lahhh.. hehe
ReplyDeletehahaha title mmg amat la menarik n lawak. haha.
ReplyDeleteoh nti esha kena explain maksud selenga tu tau, bkn suma org tau. sy pun baru tahu masa belajar kat ukm dulu dr kwn from pahang. hehe. SELENGA!mmg takleh blah betul.hahaha mmg lawak.
selenga? lama tak dgr hehehe.. nice!
ReplyDelete