~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Thursday, December 11, 2014

Novel Miss You Mr. Arrogant - Teaser 2



IRHAM duduk di atas titi sambil memegang joran di tangannya, mata kail yang dicucuk dengan umpan cacing tanah segera dilepaskan ke dalam sungai. Iman yang duduk di sebelahnya hanya khusyuk memerhati sungai yang perlahan airnya itu.
“Ada ikan apa dalam ni, papa? Nemo ada tak?” soal Iman teruja.
“Ish mana ada. Itukan ikan laut, dalam ni ikan keli, ikan puyu, ikan sepat ada la.”
“Oh ikan keli yang papa suka makan tu ya.”
“Aah, pandai anak papa ni.” Irham mengusap lembut kepala anaknya itu.
“Iman, jom balik rumah. Banyak nyamuk kat situ.” Zaara memanggil anaknya dari jauh. Penat dia mencari dua beranak itu, rupanya ke sini mereka tuju.
“Kejap la mama. Iman teman papa mancing ikan ni.” Iman menoleh ke arah ibunya itu. Zaara menggeleng kepala melihat keletah bapa dengan anak yang sama saja perangai, degil!
“Bertuah betul budak ni. Ingatkan hilang ke mana, teman papa kamu memancing rupanya. Dah Iman, meh ikut nenek kait buah rambutan meh.” Hajah Amina yang mengikut Zaara mencari cucu dan menantunya itu lekas memanggil Iman pula.
“Iman pergilah ikut nenek, lambat lagi nak dapat ikan ni.” Irham bersuara tiba-tiba.
“Ala tapi Iman nak tengok papa dapat ikan.” Iman merengek.
“Alah tak apa, nanti papa bawak balik rumah nenek, tunjuk dekat Iman, ikan yang papa dapat.”
“Yay! Ok papa.” Iman bingkas bangun menuju ke arah neneknya dengan langkah girang. Tak sabar rasanya dia nak tengok ikan yang ditangkap bapanya nanti. Tangan neneknya segera dipegang, mengikut neneknya mengait buah rambutan di halaman rumah.
“Yang awak ni tiba-tiba saja bawa Iman memancing ni kenapa?” Zaara menyoal saat dia melabuhkan punggungnya di sebelah Irham.
“Saja. Nak bagi dia enjoy kehidupan kampung.” Irham menjeling pada Zaara di sebelah.
“Eleh, dulu awak mana reti memancing semua ni. Saya jugak yang ajar awak kan?” Zaara sengih mengejek.
“Itu dulu ok. Sekarang saya champion menangkap ikan ye.”
“Ceh berlagak. Dekat kampung pun nak jadi Mr. Arrogant.” Zaara mengomel.
“Apa? Mr. Arrogant?” Irham mengangkat keningnya, tidak berpuas hati dipanggil sebegitu.
“Yelah. Mr. Arrogant.” Zaara mencebik. Irham memicit hidung Zaara membuatkan Zaara meronta-ronta minta dilepaskan.
“Lepaslah awak!”
“Padan muka. Panggil saya Mr. Arrogant lagi.”
“Memang betul apa.” Zaara menggosok hidungnya yang merah setelah dilepaskan Irham.
“Dahlah, diam. Nanti ikan lari.” Irham kembali khusyuk memandang jorannya yang masih tidak bergerak.
“Ikan tu lari sebab dengar suara awak, bukan saya.”
“Diamlah!”
Zaara kembali diam, ikut memerhati joran Irham. Tiba-tiba joran itu kelihatan bergerak-gerak buatkan Zaara pantas menjerit.
“Awak! Ikan!”
Irham yang panik, lekas menarik jorannya naik ke atas, dengan sepenuh tenaganya. Seekor ikan keli tersangkut pada mata kail.
“Tengok champion tangkap ikan.” Irham kembali dengan lagaknya ketika dia selesai meletakkan ikan keli itu ke dalam baldi yang dibawanya.
“Eleh baru seekor.”
“Cukuplah seekor. Untuk saya seorang.” Irham ketawa.
“Ceh, paling kurang tangkaplah empat belas ekor ke baru layak gelar diri tu champion,” Zaara pula memulangkan paku buah keras.
“Kalau awak terror sangat, awak tangkaplah empat belas ekor tu saya nak tengok.” Irham mencabar Zaara.
“Ish tak ada kerja saya nak menghadap sungai ni berjam untuk tangkap ikan. Banyak lagi kerja saya kat rumah tu.”
“Tadi pandai sangat cakap.”
“Dahlah. Saya nak balik dululah.” Zaara mengangkat punggungnya, ingin kembali ke rumah.
“Eh tunggulah dulu. Temankan saya.”
“Malaslah saya. Bosan menunggu.”
“Macam tu, jom!” Irham tiba-tiba buat muka teruja.
“Jom apa?” dahi Zaara berkerut, tidak mengerti.
“Jom!” Irham bangun menolak Zaara ke dalam sungai sebelum dia sendiri terjun ke dalamnya.
“Awak!!!” Zaara menjerit sebaik dia tercampak ke dalam sungai itu, tercungap dia mengambil nafas yang hampir hilang saat ditolak tiba-tiba sebegitu. Mujurlah sungai itu cetek sahaja kalau tidak memang tak pasal, dahlah dia memang tidak reti berenang.
“Apa?” Irham tersengih macam kerang busuk, langsung tak ada rasa bersalah.
“Eiii geramnya saya!!!” Zaara kematian kata, hanya itu sahaja yang mampu disebutnya sambil menampar-nampar dada Irham. Irham hanya diam namun senyumannya masih tidak hilang. Air sungai itu dipercikkan pula pada Zaara buatkan sekali lagi Zaara menjerit.
“Habis basah baju saya! Awak ni kejam!” Zaara yang bengang, memercikkan kembali air sungai itu pada Irham namun Irham masih galak mengusik Zaara tanpa mempedulikan amarah Zaara.
“Ala relaks la, balik kampung memang la kena mandi sungai.”
“Kalaupun nak mandi sungai, bagitahulah saya dulu. Ini tak ada isyarat langsung.”
“Awak tu banyak cakap sangat. Cuba enjoy sikit.” Irham bersuara sebelum menikmati air sungai itu tanpa mempedulikan Zaara lagi. 

Suka? =)

2 comments:

  1. Xsabar nk tggu makcik blkndr kl, sbb hari tu dia yg pg pwtc beli novel ni..
    jauh dr sarawak nk pg...

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u