Zaara diam di dalam bilik, awal-awal lagi dia sudah masuk ke bilik selepas selesai solat Isyak di dalam musolla yang terbina di dalam rumah itu, segan nak bergaul dengan ahli keluarganya yang baru. Usai majlis di rumah pengantin lelaki, keluarga Zaara terus pulang dan meninggalkan dia sendirian di bawah jagaan suaminya. Ah memang itu yang sepatutnya dilakukan, namun hati Zaara tetap dipagut sayu saat ditinggalkan tadi. Mujur dia masih mampu menahan air matanya dari jatuh.
Saat tiba di banglo empat tingkat itu tadi pun Zaara sudah terpana. Luas banglo itu menyamai sebuah padang bola sepak. Semua ahli rombongan terlopong biji mata, namun itu lansung tidak menjadi kebanggaan Zaara, sebaliknya lebih menambah risau di hati. Apa yang menjadi kerisauannya ialah bagaimana dia hendak bercampur dengan keluarga barunya itu sedangkan dia hanya berasal dari keluarga sederhana.
Zaara mengeluh, bilik yang lebih luas dari ruang tamu rumahnya itu diamati. Bilik yang berperhiasan moden dan elegan itu sesuai sekali dengan gaya hidup Irham. Dinding yang bercat putih digandingkan dengan perabut berwarna hitam dan merah. ‘Merahnya mak ngah! Patutlah garang semacam mamat tu. Banyak perabut warna merah. Tapi lawa jugak...’ Zaara berkata sendiri sambil membelek jam loceng yang berwarna merah.
Zaara membelek-belek majalah yang tersusun elok di atas rak di satu sudut berhadapan katil. Ruangan itu kelihatan seperti ruang kerja Irham, dengan komputer riba yang elok terletak di atas meja. Zaara belek-belek majalah itu satu persatu, namun semuanya hanyalah majalah perniagaan dan lansung tidak menarik minat Zaara untuk berlama membacanya.
Zaara menghampiri pula ruangan dinding yang dijadikan penghadang, berhadapan dengan katil. Di sebalik penghadang itu, ada bilik air yang sangat cantik hingga membuatkan Zaara terlopong. Tapi satu saja yang merisaukan Zaara.
“Mana pintunya? Kenapa pintu ni dari kaca?” Zaara membelek-belek sambil mencari pintu yang sepatutnya.
“Ah! Gila ke buat pintu lutsinar macam ni? Perlu ke?” Zaara mencebik, rasa cuak mula menguasai diri.
Cepat-cepat dia kembali ke ruang tidur semula, terbantut hasratnya nak mandi tika itu. Risau kalau-kalau Irham menjengah bilik tiba-tiba.
Selesai menjelajah bilik itu, Zaara gapai pula alat kawalan jauh yang terletak di tepi katil, punat on segera ditekan, lantas televisyen LCD 42 inci yang terlekap di atas dinding berhadapan katil segera terpasang.
----------------------------------------------------------
Irham mendaki anak tangga untuk ke biliknya di tingkat paling atas dalam banglo mewah itu. Bilik yang tidak berkunci itu segera dimasuki dengan derap perlahan.
“Ya Allah! Apa dah jadi dengan bilik aku ni?” Irham bersungut sendiri saat melihat barangannya tidak terurus. Susunan majalah yang teratur elok sudah berantakan, reka letak barangnya sudah tidak seperti biasa.
Irham berpaling dan menggeleng saat melihat televisyen sedang terpasang, namun Zaara pula sedang lena diulit mimpi. Perlahan dia menghampiri Zaara, alat kawalan jauh yang masih berada di tangan Zaara segera diambil dan punat mematikan televisyen segera ditekan.
Sebaik televisyen dimatikan, Zaara terus tersedar, barangkali suasana diam itu membuatkan dia terkejut. Zaara terpinga-pinga memandang sekeliling, Irham tidak menunjukkan sebarang riak pabila melihat Zaara terjaga.
“Eh saya.. saya kat mana ni?” Zaara macam orang hilang ingatan. Mamai agaknya.
Irham lansung tidak memperdulikan Zaara, sebaliknya duduk di atas katil betul-betul di tepi Zaara yang berbaring.
“Lain kali jangan sentuh barang-barang aku. Aku tak suka.” Irham berbicara tanpa berpaling ke arah Zaara. Zaara tergamam memikirkan apa yang telah dilakukannya. Kepalanya digaru perlahan sambil memandang Irham yang sedang membuka butang baju melayu yang dipakainya sedari tadi satu persatu.
“Eh, eh awak nak buat apa tu?” Zaara kaget.
Irham paling ke arah Zaara sebelum membuka baju melayunya, membiarkan dirinya cuma bersinglet.
“Kemas balik bilik ni.” Irham memberi arahan tanpa menjawab persoalan Zaara, seraya bangun dari katil lantas menggapai tualanya yang tersangkut di atas palang pada penghadang, sebelum membolosi bilik air. Mujur ada penghadang, jadi tak adalah Zaara ternampak perkara yang tak diingini.
Zaara urut dadanya, menggelabah jugak dia tadi. ‘Fuhhh, nasib baik. Tapi apa yang aku nak kemas? Macam sama je macam tadi?’ Zaara memandang sekeliling tanpa dapat mengesan kecacatan pada bilik itu.
Zaara bingkas bangun sebelum mengemas sekadar yang dirasakan perlu kerana dia merasakan bilik itu sudah sedia kemas.
‘Apa lagi nak kemas ni?’ Zaara terduduk di atas katil saat sudah buntu mahu mengemas apa. Irham yang sedari tadi berada di dalam bilik air, tiba-tiba keluar.
Irham lansung tidak pedulikan Zaara sebaliknya menyarung pakaian seolah Zaara tidak wujud di hadapannya. Zaara cuma membatukan diri tanpa berani mendongak ke arah Irham, dadanya berdetak kuat memikirkan apa yang bakal berlaku.
Irham cuma menjeling ke arah Zaara sebelum keluar dari bilik.
‘Ish, perangai macam apa je!’ Zaara menjuihkan bibir. Badannya yang terasa melekit, membuatkan Zaara pantas ke bilik air memandangkan Irham sudah keluar entah ke mana.
Zaara cuba melelapkan matanya di atas katil bersaiz King itu usai mandi, lebih baik dia tidur dari berduaan dengan Irham di dalam biilik itu dalam keadaan berjaga.
Walaupun menutup mata, Zaara masih belum mampu terlelap. Bunyi pintu bilik dibuka membuatkan dadanya berlari kencang. Zaara beristighfar di dalam hati, mengharapkan tiada apa yang berlaku.
Bunyi derap kaki kedengaran di telinga Zaara, kejap ke kanan, kejap ke kiri. Namun tiba-tiba Zaara merasakan ruang katil di sebelahnya tenggelam. Mungkin Irham sudah berbaring di tepi. Setelah merasakan dirinya sudah selamat, Zaara membuka matanya.
“Aaaa!” Zaara menjerit saat melihat Irham duduk menghadap dirinya dan memandang tanpa berkedip.
“Wei, kau jerit ni apsal?” Irham tersentak melihat perlakuan spontan Zaara.
Zaara cepat-cepat bangun dari pembaringan. Dia menjarakkan sedikit dirinya dari Irham.
“Awak tu la. Kenapa dok termenung kat tepi saya macam tengah bertapa tu?”
Irham mendengus kasar.
“Siapa izinkan kau tidur atas katil ni?” Irham menyoal dengan wajah serius.
Zaara tergamam.
“Kan... kan kita dah kahwin, memang la kena tidur sekali kan?” Zaara menyoal dengan wajah yang buntu.
“Kita kes lain, sekarang aku tak mahu tengok wajah kau atas katil mahal aku ni. Turun!”
“Habis, saya nak tidur kat mana?”
Irham cuma diam. Ibu jarinya dihalakan ke bawah.
“Apa? Atas lantai ni?”
“Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja.” Irham menjeling.
“Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja kan? Pasal saya ni awak tak fikir lansung. Awak ni memang tak guna!” Zaara menjerit.
“Wei, wei, kau ni dah meroyan ke hah!” Irham menekup mulut isterinya itu. Bimbang suara Zaara didengari ahli keluarganya yang lain. Zaara yang sudah ditutup mulutnya, masih tak henti bersuara, geramnya pada Irham tak dapat dibendung lagi. sudahlah dipaksa berkahwin, Irham pula menyatakan seolah dirinya terlalu jijik untuk berada di sisi Irham. Cengkaman Irham yang kuat pada mulutnya membuatkan Zaara meronta-ronta, tangannya menarik-narik tangan Irham pada mulutnya, dan pada masa yang sama, mulutnya masih tak henti menjerit dan memarahi Irham.
Seketika kemudian, Zaara terdiam. Dayanya sudah tiada, hanya air mata yang membasahi pipinya.
“Kau jangan jerit lagi. kalau kau janji tak nak jerit, aku lepaskan tangan aku.”
Zaara merenung wajah Irham sebelum mengangguk.
Saat Irham melepaskan tangannya pada mulut Zaara, Zaara terus menjerit sekuat hatinya membuatkan Irham menutup mulutnya kembali.
“Wei!” Irham berang, namun tak mampu berbuat apa-apa apabila pintu biliknya segera diketuk seseorang dari luar.
“Irham, Irham, kenapa tu? Semua ok ke?” suara Puan Sri Maryam kedengaran di luar.
Irham bingkas bangun tanpa mempedulikan Zaara. Pintu biliknya dibuka lantas dia membolosi bilik itu sebelum menutupnya kembali. Wajah papa dan mamanya yang seperti terkejut itu direnung dengan senyuman.
“Er, hai mama, papa.”
“Irham, kenapa isteri kamu menjerit tadi? Dia ok ke?” Tan Sri Zahir seperti cemas.
“Eh ok papa. Tak ada apa-apa. Dia mengigau tadi.”
“Oh mengigau, ingatkan apa tadi. Terkejut papa.”
“Eleh, mengigau pun siap jerit-jerit. Macam ayam kehilangan anak! Huh!” Puan Sri Maryam menjeling.
“Sudah-sudah tu Yam. Pandailah kamu ayam hilang anak. Dah-dah, kita ni pun tak patut campur hal dia orang. Dah-dah pergi masuk tidur. Irham, kamu pun sama. Pergilah masuk tidur.”
Tan Sri Zahir berkata pada Irham sambil mengenyit matanya. Entah apa maksudnya Irham sendiri kurang pasti.
“Ok, good nite, papa, mama!” Irham berkata seraya memasuki biliknya semula. Geram dia dengan perangai Zaara. Baru saja kahwin sudah pandai buat perangai macam tu, bengang Irham dibuatnya.
“Kau ni kenapa hah! Gila ke?” Irham membentak saat menghempaskan tubuhnya di katil. Zaara cuma diam.
“Wei, aku cakap dengan kau lah. Pekak ke?” Irham bersuara lagi namun Zaara tetap tidak memberi respon. Hembusan halus kedengaran di telinga Irham.
‘Ceh, dah tidur rupanya,’ Irham menggeleng saat melihat Zaara sudah nyenyak tidur dengan pipi yang masih dibasahi air mata.
“Hei bangun!” Irham menguis-nguis tubuh Zaara namun Zaara lansung tak terusik. Irham menggaru kepalanya yang tidak gatal, buntu hendak berbuat apa. ‘Menyusahkan aku sajalah perempuan ni.’
Perlahan, Irham cuba berbaring di sebelah Zaara walaupun terasa aneh. Wajah Zaara di sebelahnya direnung diam-diam. Pipi Zaara yang masih basah disentuh perlahan lantas air mata itu diseka.
‘Eh apa aku buat ni?’ Irham mendengus sebelum berpaling dari memandang Zaara.
‘Tak apa. Hari ni aku bagi chance. Esok jangan harap kau boleh tidur atas katil aku ni. Jangan harap!’
Bantal peluk diletakkan di tengah-tengah sebelum Irham berpaling ke arah berlawanan dari Zaara, tak sanggup nak memandang wajah itu lagi. Yang penting dia sendiri tidak mahu mengalah untuk tidur di bawah. Dia takkan melepaskan katilnya itu hanya kerana seorang perempuan. No way!
Suka? =)
hehe . maken best cite nie .
ReplyDeletebest ! next, please ~ :D
ReplyDeletenanti mesti Irham akan jatuh hati gak kat Zaara. :p
bab ni drp 5 sy bg 2 bintang. kenapa 2 je?sebab sy rase watak irham tu tak cukup arrogantnya. sy rase nak nk gambarkan lelaki belagak ni ada dua: 1 jenis tak banyak cakap tp perlakuan die menunjukkan dia belagak, sekali ckp dah buat orang lain menyampah. 2. jenis byk ckp.yg ni jenis ckp menyakitkan hati.
ReplyDeletepd sy kalau nk buat watak arrogant..biar dia belagak habis-habisan.
contoh terbaik: lakonan hyun bin dlm citer secret garden.
hrp xambik hati dgn komen sy sbb sy suka baca tulisan AK dan sy hrp novel yg bakal terbit ni takkan buat orang lain menyesal beli.
sikit nye. sob2. update la ary2
ReplyDeletemenanges i duk tunggu citer ni..lambt sgt post...
ReplyDeleteemmm..n3 kali ni okey jer...agree ngan Cheq Tun Irham x cukup arrgnt...hehehe..(just comment)
sukaaaa sgtt hihihihihi
ReplyDeletesmbung agi ye...^^
smbung jgn xsmbung..best sngt2
ReplyDeleteurmm..
ReplyDeleteego nyer dia
best2...update bnyk2 sket...hehehe..
ReplyDelete~ika~
best la kak ak..best sgt2 cite nie..makin lame baca makin best..:)
ReplyDeletenak lagi!!!
ReplyDeletebgus btul la Zaara menjerit...
hahaha...kelakar....pdan muka Irham...
post cpat2 ye kak....
klu lambat sgt nk smbung blh wat pembaca jd malas nk follow..ye la..berhari2 tggu blh lupe bab sblumnya...rajin2 la update brula org syok nk baca
ReplyDeletebest sgt2...
ReplyDeletecpt2 smbung ar..:))
akak sokong pndapt cheq tun...rsnya wtk irham mcm biasa2 aje...kurg brlagak...wtknya biarlh buat org btul2 mnympah...xbrhati perut...wtk sebegitu lh buat crita mkin terisi...ni cm pndpt akak...
ReplyDeletemmg best..
ReplyDeletetiap2 hr buka website nk tgk kalu ade entry br..
xsbr nk tau ape jd pasni..
Sure ada adengan yg x ingin dibaca nih...uhuk3
ReplyDeletesangat suka! AK upload la cepat-cepat untuk episod akan datang ye.^_^
ReplyDeleteala pendek sgt ler, AK...boleh x next n3 wat pjg2 hehehe...bolehla yek
ReplyDeletepelik lah kenapa irham ni bersungguh nak kawin tapi tak suka pun kat zaara sebenarnya
ReplyDeletealar... awat rgkas sgt...? tp xpe jnji de n3 bru.. hehehhe.. stuju dgn ckp cheq tun, irham x ckup arrgnt lorh... tp xpe nice story... slalu tggu n3 bru dpn lptop.. huhuuhuuu..
ReplyDeletecpt la smbung...best citer ne,x sabar dah ne....next please!!!!!!
ReplyDeletebest sgt2..tak sabar nk bc bab yg seterusnya:p
ReplyDeleteCepat la update! Hari2 sy tggu AK update bab baru..hhuuuu
ReplyDeletesaya setuju ngan kawan kawan yg beri komen tu..tak cukup arrogant..tapi saya suka plot cerita ni..sampoi...hope next entry lagi pjg..
ReplyDeletenak bg arrogant lg takpe,,tp jgn kijam sgt,,sian kat zaraa,,heehe
ReplyDeletebest2.....
ReplyDelete