~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Friday, April 27, 2012

Novel : Kalimah Cinta [Epilog]



Tiga tahun kemudian...
Aku mendukung Insyirah yang merengek sedari tadi. Badannya panas membuatkan hatiku gundah. Aku memasuki perkarangan klinik itu dengan langkah pantas.
“Ya, Puan?” Pembantu klinik itu menyoal tanpa memandang aku, dia asyik mencatit sesuatu pada kertas.
“Anak saya demam.”
“Nama dia?”
“Nurul Insyirah binti Muhammad Nurul Iman.”
Wajah pembantu klinik itu berubah, pantas dia mendongak memandang wajahku.
“Eh, errr. Puan ni isteri Doktor Iman ya? Maaf Puan, saya tak perasan tadi.” Pembantu klinik itu pantas bangun, sebagai tanda hormat.
“Puan masuklah dalam bilik doktor dulu, nanti saya beritahu doktor, yang Puan datang.” Dia menyambung.
Aku geleng kepala.
“Tak perlulah. Ramai lagi pesakit yang tengah tunggu ni. Saya boleh ikut giliran, tak payah gunakan kuasa veto.” Aku ketawa sebelum melabuhkan punggung di bangku panjang. Insyirah yang hampir terlena, kudakap erat.
Aku memerhati sekeliling klinik yang baru dibuka Iman tidak sampai setahun itu. ini adalah hasil titik peluhnya yang bekerja keras, dan akhirnya dia berjaya memiliki klinik sendiri. Ah betapa aku bangga melihatnya berjaya sebegini.
“Aku suka datang klinik ni, sebab... doktor tu handsome.” Aku terdengar gelak tawa dua orang remaja yang baru saja masuk lalu duduk di sebelah aku. Aku tersenyum sendiri, nak buat macam mana, inilah nasib bersuamikan lelaki kacak, kenalah tahan rasa cemburu, bila orang asyik memperkatakan tentang Iman.
Ah, sudah tiga tahun berlalu, sekejap saja kurasakan, takkan ada penamat yang sentiasa membahagiakan selagi ini namanya kehidupan. Ya aku bahagia bersama Iman, tetapi tidaklah bermakna setiap detik kami mengecap bahagia tanpa ada sebarang ujian. Selepas Iman memutuskan untuk menikahiku, pelbagai ranjau yang kami tempuh bagi meyakinkan orang tua Iman bahawa aku boleh membahagiakan Iman. Ida juga masuk campur, hingga akhirnya perkahwinan ini menjadi satu kenyataan. Aku bersyukur sangat-sangat.
“Ila...” Iman tiba-tiba saja keluar terkocoh-kocoh, membuatkan aku tersentak dari lamunan. Iman mampir padaku, lalu pantas mendapatkan Insyirah.
“Kenapa dengan Insyirah, sayang?” Iman merangkul Insyirah seraya mendukungnya. Aku senyum pada Iman.
“Dia demam, dari pagi tadi merengek.”
Iman memegang dahi Insyirah sebelum pantas membawa Insyirah masuk ke dalam bilik doktor. Aku mengekori langkah Iman namun aku sempat melihat dua gadis remaja tadi memandang aku dengan rasa terkejut. Aku senyum pada mereka sebelum membolos masuk ke dalam bilik Iman.
“Ayah...” Insyirah yang baru berusia dua tahun itu memanggil ayahnya sebaik membuka mata, dan melihat ayahnya di depan mata.
“Ya sayang, ayah ni.” Iman membalas sambil tekun memeriksa Insyirah. Insyirah bangun seraya memeluk ayahnya erat. Aku tersenyum melihat keletah anak kecil ini, memang anak ayah! Dapat jumpa ayahnya, terus segar semacam, demam pun terus kebah. Pantang berjumpa ayahnya, ibunya pun dia dah lupa. Walaupun Iman sering sibuk di klinik, namun dia tak pernah abaikan Insyirah, memanjakan Insyirah lebih dari aku.
“Ila.” Iman pandang wajah aku, membuatkan lamunanku terhenti.
“Ya, bang.” Aku membalas pandangannya. Iman senyum sebelum menarik aku dalam rangkulannya. Dahiku dicium lama. Aku menolak tubuh Iman perlahan.
“Ish abang ni! Sempat lagi, tak malu ke dekat nurse semua.” Aku berbisik, wajahku merah padam, malu diperlakukan begitu. Jururawat yang sedang membantu Iman cuma tersenyum melihat kami. Iman buat tidak endah dengan teguranku sebaliknya asyik mencium pipi Insyirah yang tembam.
Aku mencebik, geram dengan tingkah Iman. Iman ketawa kecil, sebelum merenung aku tajam.
“Abang bahagia ni. Bahagia sangat-sangat. Jadi bagilah abang menikmati momen indah ni kejap dengan isteri dan anak abang yang comel ni. Lepas ni, abang kena berhadapan dengan stress kerja balik.” Iman ketawa kecil.
Aku tersenyum sebelum mencubit pipi Iman.
“Mengada! Dahlah. Ila keluar dulu, kang marah pesakit lain, kena tunggu lama.” Aku bingkas bangun sambil mengambil semula Insyirah dari dukungan Iman.
“Ok sayang, tunggu abang dekat restoren tepi ni ya. Kejap lagi abang datang dekat Ila, kita lunch sama-sama.”
Aku cuma senyum sebelum berlalu keluar. Iman turut mengekor aku, menyediakan ubat untuk diberi pada Insyirah sebelum menghantar aku ke restoren sebelah klinik itu.
-----------------------------------------------------
Aku tergamam saat melihat Ida di dalam restoren itu, Ida yang ternampak aku turut terkejut, seraya bangun dari duduknya.
“Ila...” dia tersenyum. Aku membalas senyumannya, namun sempat kuperhatikan seorang jejaka ada bersamanya.
“Lama tak nampak Ida, sejak Iman dah bukak klinik sendiri ni.” Aku bersuara, walaupun aku segan dengan Ida, selepas apa yang dia lakukan demi memastikan kebahagiaan aku dan Iman. Hati ini rasa begitu terhutang budi.
Ida tersenyum manis, wajah Insyirah dicuitnya.
“Aah. Tak sempat nak jumpa, hari ni kebetulan pulak, kan. Insyirah pun dah besar dah.” Ida membelai rambut Insyirah.
“Itu siapa, Ida?” aku sekadar menyoal.
Ida melihat pada mejanya tadi, sebelum tersenyum. Dia memberi isyarat pada jejaka itu, menyebabkan jejaka itu bangun.
“Ila, Ida kenalkan. Ini tunang Ida, Doktor Danial.”
Jejaka itu tersenyum. Aku membalas senyumannya.
“Marilah join kami.” Jejaka itu mengajak. Aku geleng kepala.
“Tak apalah, menganggu pulak, saya ni. Lagipun saya nak tunggu suami saya datang dulu.” Aku membalas seraya tersenyum. Jejaka bergelar Doktor Danial itu mengangguk seraya duduk semula di tempatnya.
--------------------------------------------------
Aku tersenyum sendiri, akhirnya Ida sudah menemui pengganti Iman. Lega sedikit rasa hatiku, sekurang-kurangnya rasa bersalahku sudah sedikit terubat dengan melihat kebahagiaan yang bakal Ida kecapi setelah dia menderita apabila memutuskan untuk tidak meneruskan pernikahannya dengan Iman. Kalau Ida terus sendiri, pasti aku akan lebih dihantui rasa bersalah yang tidak akan padam.
“Hah! Senyum sorang-sorang!” aku tersentak dari lamunan saat Iman menegur, dan duduk di depanku. Aku senyum memandang Iman. Pautanku pada Insyirah yang sudah terlena, aku eratkan, membetulkan posisinya agar dia selesa.
“Abang nak tahu, tadi Ila jumpa Ida.” Aku bersuara, Iman sedikit terpempan, namun dia berusaha untuk tidak menunjukkan riak wajahnya.
“Dekat mana?”
Aku diam seketika, melihat kembali tempat duduk Ida tadi, sebelum dia meminta diri untuk pulang, beberapa minit sebelum Iman tiba di situ.
“Tu...” aku menunjuk arah tempat itu. Iman berpaling, melihat ke arah yang sama.
“Tapi dia dah balik dah.”
Iman memandang aku semula seraya mengangguk.
“Abang kesian dekat dia. Banyak berkorban demi kebahagiaan abang.” Iman bersuara sambil menunduk.
Aku angguk perlahan. Mengerti apa yang dirasakan Iman kerana aku turut merasainya.
“Ila pun sama, bang. Ila rasa bersalah sebab Ila rasa macam Ila dah rampas abang dari dia.”
Iman lekas mendongak, sebelum menggeleng laju.
“Ila jangan fikir macam tu. Ila bukan perampas. Kita memang ditakdirkan Allah untuk berjodoh, Ila janganlah rasa bersalah macam ni lagi. Dah terlalu lama Ila simpan rasa bersalah tu kan.”
Aku diam, tidak berkutik. Tidak lama kemudian, aku menguntum senyum.
“Tapi Ila gembira sekarang, sebab Ida dah jumpa pengganti abang.”
“Iya?” wajah Iman berubah ceria.
Aku angguk perlahan.
“Tadi Ida datang, dengan tunang dia. Doktor Danial.”
“Hah! Danial? Tak sangka betul!” Iman ketawa kecil sambil menggeleng-geleng.
“Kenapa bang?”
“Dari dulu lagi, Danial tu sukakan Ida. Abang memang tahu, tapi Danial tak berani beritahu Ida sebab Ida kan kawan dengan abang masa tu. Tak sangka, akhirnya Danial berani mengakui rasa cinta dia. Moga-moga mereka bahagia, dan sampai ke jinjang pelamin.”
“Ya. Amin!” aku tersenyum.
“Abang pun tak sangka...” Iman angkat kening. Aku mengerut dahi, pelik melihat senyuman sinis di wajah Iman.
“Apa dia?”
“Abang pun tak sangka, akhirnya Ila berani mengakui rasa cinta Ila.”
Srapp! Wajahku terasa merah, malu diungkit tentang soal itu. Iman bangun dan mengambil duduk di sebelahku. Bahuku dirangkulnya sambil tersengih macam kerang busuk, sengaja mahu mengusik aku.
“Abang sudahlah. Benci!” aku mencubit pahanya membuatkan Iman mengaduh.
“Ala, itupun nak malu. Abang beritahu Ila sejuta kali pun boleh, yang abang cintakan Ila.”
“Huh!” aku mencebik.
“Alala, merajuk pulak isteri abang ni.” Iman memicit pipiku yang mencuka. Aku buat tidak tahu saja padanya.
“Dahlah bang, tak malu ke depan orang ramai ni. Pergi sana balik!” aku menghalaunya untuk duduk ke tempat asalnya semula. Iman tergelak sebelum kembali duduk di hadapanku.
-----------------------------------------------------------------------------------
“Insyirah dah tidur?” Iman menyoal seraya merangkul pinggangku. Aku mengalih pandang, melihatnya di sisiku.
“Dah, tadi lepas bagi makan ubat, terus Ila tidurkan dia.”
Iman angguk sambil tersenyum. Pelukannya padaku dieratkan, malam yang dingin itu terasa hangat tiba-tiba.
“Abang bahagia sangat, dengan kehadiran Ila dan Insyirah dalam hidup abang...” Iman tiba-tiba berbisik, buatkan aku terkedu.
“Walau sampai syurga sekalipun, abang tetap ingin beristerikan Ila. Tak ada yang lain. Abang cintakan Ila.” Iman mengucup dahiku lembut. Air mataku yang kutahan, gugur jua. Iman memusingkan badanku untuk menghadap dirinya sebelum memelukku erat.
“Abang ni, saja nak bagi Ila menangis kan?” aku mencebik. Iman tergelak kecil seraya menyeka air mataku.
“Yelah, abang cakap depan-depan orang, Ila malu. Abang cakap bila berdua-duaan, Ila nangis pulak. Habis abang nak cakap masa mana?” giliran Iman pula mencebik.
Aku ketawa kecil, melihat tingkah Iman yang seperti anak kecil. Aku renung wajahnya dalam-dalam sebelum menarik wajah Iman untuk tunduk memandangku.
Iman membalas pandanganku,  namun wajahnya masih mencuka.
“Ila pun cintakan abang, sampai syurga. Ila tak kisah abang nak lafazkan kalimah cinta ni pada bila-bila masa pun. Betul! Tapi kalau abang tak lafazkan pun, dari kasih sayang yang abang curahkan pada Ila, Ila dah tahu.” Aku tersengih.
“Eleh perasan.” Iman mencuit hidungku. Aku ketawa sebelum memeluknya erat, Iman mengucup dahiku sebelum membalas pelukan itu. Aku terasa sangat-sangat bahagia hingga inginkan detik ini terhenti di sini, sampai bila-bila.
Kalimah cinta ini, yang dulunya terpendam jauh dalam hati, akhirnya bisa kuluah pada insan yang amat aku cintai, Muhammad Nurul Iman. Terima kasih sayang! Ya Allah, kekalkanlah rumahtangga kami sampai ke syurga. Satukanlah hati kami selamanya, dalam rahmatMu ya Allah... amin...

-Tamat yang betul-betul tamat. hehe.-


p/s : akan bercuti menulis seketika, dan offline sebab nak turun PBAKL. jumpa di sana bagi yang berkesempatan. dan alangkah moleknya andai, sebaik AK online minggu depan, banyakkkk komen yang masuk. alangkah moleknya kan. heeee. ok salam sayang buat semua! ^________^

Suka? =)

21 comments:

  1. AK..good job..best sesangat..next novel plzz..Kau Imamku kan..huhuhu

    ReplyDelete
  2. wah!best sangat...sweetlah..akak puas hati dengan endingnya ni..okeylah,tunggu novel terbaru pulak ya...nanti kita jumpa kat pesta buku ari ahad ni

    ReplyDelete
  3. akhirnya..... kalau dah jodoh tak kemana... walau seribu rintangan tetap bersatu jua.... memang dah tersurat jodoh Iman bersama Ila... rasa bangga dgn Dr Ida..... sanggup lepaskan kebahagiaannya bersama Iman kepada Ila... bukan semua org mampu membuat tindakan sebegitu.... dan akhirnya dia akan bersatu dgn Danial pengganti Iman....

    ReplyDelete
  4. cerita yang bagus..plotnye pun bagus..tapi ade sedikit musykil..tentang kenderaan doktor iman..sekejap honda accord, sekejap mitsubishi lancer. sy berprasangka baik sahaja mungkin dia ada dua kereta he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekaseh! alamat saya pun dah pening dah. kah3! buat citer ni lama sgt, smpai kereta Iman pun sy dah lupa. mekaseh tegur~

      Delete
  5. wah. thumbs up lah 4 u. haahahha. gud job maah. arap2 pas nih ade aah citer best lagi ek kat blog nih.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...ending yang cantik dan kisah yang menarikk...tahniahhh...moga terus berkarya. ~ Hann ~

    ReplyDelete
  7. kisah cinta yang sangat menyentuh hati..
    bukan mudah untuk bahagia..banyk rintangan dan dugaan yang terpaksa dilalui..
    tapi mungkin dengan ini,ikatan kasih akan lebih erat dan dihargai..
    bukanlah bermaksud sesuatu perhubungan tanpa dugaan yg hebat tidak sehebat dan sekukuh berbanding dgn kasih syang yg dugaannya maha hebat.
    cuma,kita akan lebih menghargai sesuatu itu dgn sebaik-baiknya..teruskan berkarya..

    ReplyDelete
  8. Akhirnya Ila bahagia juga!

    ReplyDelete
  9. bez la cite nie..!! ^_^ sy minat sgt menulis dulu tapi sekarang da kurang sebab x taw macam mana nak start balik..huhu

    ReplyDelete
  10. ending yang best....

    ReplyDelete
  11. Sweet la akak.. hehe..

    ReplyDelete
  12. akhirnya.......part epilog nie,,,,the best.....suke sangat....akhirnya ida pon bahagia........

    sesungguhnya Allah telah menetapkan jodoh untuk semua hamba2Nya....hanya perlu bersabar dan berusaha........

    apa pon best sangat kak cerita nie...

    ReplyDelete
  13. sungguhla bahagia...danial dgn ida..ahernya bertemu jodoh jgk...bahagia ila n iman, jodoh dari Allah

    ReplyDelete
  14. seriuS , beSt ! hepI nyEr bilER da berkelUarge kn ,, lagy2 biler jumpe oRg yg hargai kitedenga seEnuh haty , <3

    ReplyDelete
  15. best KC..lain dari novel yg lain sbb sy byk baca novel...cdgan sy bukukan kalimah cinta ini...thanks

    ReplyDelete
  16. Bezz....klu d bkukan confirm sy beli

    ReplyDelete
  17. baca dari bab 1 to prolog,
    cite ni mmg best....
    meleleh air mata,
    tahniah AK.

    ReplyDelete
  18. Seandainya bisa merasakan dicintai sedalam itu, best la citer ni
    good job writer

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u