Daniel Rifqi pantas melangkah ke kedai kek itu, kek untuk ulang tahun perkahwinan mama dan papanya perlu diambil hari ni juga memandangkan majlis sambutan akan diadakan malam nanti. Mujur tahun ini mama ingin membuat majlis secara kecil-kecilan saja, tak adalah kek sampai lima tingkat macam tahun lepas, kalah kek roket Soyus Datuk Dr Sheikh Muszaphar.
Daniel Rifqi menarik nafas lega bila mama memberitahu ingin menjemput ahli keluarga saja. Kalau tidak, pasti dia rimas dengan kehadiran rakan-rakan perniagaan mama dan papa yang berpangkat berharta. Rimas rasanya menghadiri majlis yang berprotokol sebegitu, air muka mama dan papa harus dijaganya, tapi Daniel Rifqi lebih selesa bergaya santai, tak perlu berkot dan ber‘tie’.
Pintu masuk ke kedai kek itu ditolak Ain Nawwarah perlahan sambil matanya memerhati ke dalam. Sudah dua bulan dia tidak menjamah kek kegemarannya itu, kini peluang yang ada Ain Nawwarah gunakan sepenuhnya. Berkat menolong ibu di pasar malam membolehkan Ain Nawwarah menyimpan sedikit tabungan untuk membeli kek itu.
Selalunya wang yang ada hanya cukup makan untuk mereka sekeluarga, Ain Nawwarah tak mahu membazir wang untuk dirinya sahaja sedangkan adik beradiknya lebih memerlukan, sudahlah harga kek itu mahal dari kek di kedai biasa. Nak buat macam mana, kek itu saja yang Ain Nawwarah suka, menjadi kegemarannya sejak Aulia, rakan sekolahnya belanja dia makan di situ. Aulia itu anak orang kaya, tak apalah, Ain Nawwarah apa yang ada. Mengharap upah dari ibunya saja dikumpul sedikit demi sedikit.
Wang di dalam tangannya dikira satu-satu, risau jika tidak cukup nanti. ‘seringgit, dua ringgit, tiga ringgit....’
“Opocot peah kelabu!”
Daniel Rifqi melatah di situ jugak saat terlanggar seseorang, habis berterabur duit di dalam genggaman gadis di hadapannya. Daniel Rifqi terkesima saat melihat gadis itu, dunia bagaikan terhenti, lagu Adinda Kekanda dendangan Loque dan Atilia bagaikan berkumandang di telinganya. Eh kenapa lagu ni pulak, ahh hentam sajalah.
“Err, sori cik adik...” Daniel Rifqi cuba berbudi bahasa, almaklumlah gadis di hadapannya bukan main lawa, menangis Angelina Jolie kalau jumpa dia. Kulit putih mulus macam telur dikupas, wajah persis mutiara, eh itu lagu Mila pulak dah. Daniel Rifqi tersengih sendiri, cuba control macho.
Ain Nawwarah tak pedulikan jejaka di hadapannya yang tengah menyengih macam kerang busuk, yang penting wangnya yang harus diutamakan. Mencicit Ain Nawwarah mencari wangnya yang bertaburan.
“Alamak, mana duit syiling ni?!” Ain Nawwarah menjerit kecil.
“Err, cik, tak cukup duit ke? Saya boleh tolong bayarkan,” Daniel Rifqi cuba jual minyak, mana tahu laku nanti. Almaklumlah, wajahnya memang kacak bergaya, siapa tengok mesti rasa teruja, ada pulak tu yang jatuh cinta, tapi semua Daniel Rifqi buat tak layan aja.
Ain Nawwarah pandang wajah jejaka itu sekilas. Erk, macam kena panah, cepat-cepat dia menggeleng.
“Tak apa, adalah ni duit tu kat mana-mana,” ujar Ain Nawwarah sambil matanya meliar mencari baki wang syilingnya yang hilang.
“Tak apa cik, saya belanja cik sajalah, lagipun saya yang bersalah sebab melanggar cik tadi...”
“Eh tak apalah,” Ain Nawwarah segera menolak, tak mahu terhutang budi dengan jejaka yang baru dikenalinya itu.
“Eh tak apalah,” ulang Daniel Rifqi, mana boleh dia mengalah pada gadis itu, mesti kena lawan, baru hati tertawan, echewah!
‘Ish dia ulang pulak cakap aku ni, apahal entah mamat ni, skru longgar ke?’ Ain Nawwarah mengomel sendiri.
Wang di dalam sakunya diseluk, untuk mencari kalau-kalau ada syiling lain yang tersembunyi dalam sakunya, namun hampa, habuk pun tarak.
Ain Nawwarah rasa macam nak menangis je, melepas nak merasa kek keju, atau lebih sedap dipanggil cheesecake, melepas! Kempunan tujuh keturunan.
“Cik, cik nak beli kek apa sebenarnya?” Daniel Rifqi tak berputus asa.
Ain Nawwarah Nawwarah cuma menggeleng sebelum berlalu keluar dari kedai itu.
****************
“Ciskek betul la... habis duit aku hilang, sebabkan beberapa sen tu, terus tak boleh beli cheesecake. Aaaa!” Ain Nawwarah merengus geram.
“Oit, meroyan ke hape ni Ain? Tolong mak potongkan bengkang ni lagi bagus,” Makcik Senah yang asyik menyusun dulang-dulang kuih di dalam talam itu menegur anaknya yang bercakap seorang diri. Tak lama lagi, pasar malam akan mula beroperasi, orang pun dah kian datang, dia kena cepat-cepat menyediakan segalanya, kalau tak mahu kalut. Ada anak pun boleh lagi mengelat, bukannya nak tolong.
Ain Nawwarah pandang emaknya sekilas, pandang bengkang sekilas. Sudah muak dia dengan bengkang ni, seumur hidupnya, bengkang dah merupakan makanan ruji, hari-hari emak jual bengkang, lepastu kalau tak habis, Ain Nawwarah dan adik-adik lah yang habiskan.
“Kan best kalau boleh makan cheesecake...” Ain Nawwarah bercakap seorang diri kembali sambil memotong bengkang tepung beras itu dengan berhati-hati. Takut bersepai kang, tak ada siapa nak beli lagi.
“Assalammualaikum,” suara itu macam Ain Nawwarah kenal, tapi di mana ya.
“Waalaikumussalam...” Makcik Senah melayan pelanggannya dengan ceria. Tunjuk muka ceria baru pelanggan suka, itu prinsip hidup Makcik Senah, eh prinsip perniagaan. Ain Nawwarah tak pandang pun pelanggan tu, malas nak ambil pusing, bukannya ada menteri yang datang.
“Dah bukak dah ke gerai ni makcik? Jual apa ni ek?” lelaki itu macam tak tahu apa-apa.
“Owh, ini tepung pelita, ini seri muka, ini kuih lapis, ini...” bersemangat Makcik Senah melayan, ditunjuk satu persatu pada pelanggannya itu. Tergelak Ain Nawwarah sendiri bila mendengar ibunya semangat sebegitu.
“Yang cik adik tu potong apa pulak makcik?” cepat-cepat lelaki itu memotong kata-kata Makcik Senah seraya menunjuk pada dulang di tangan Ain Nawwarah.
Ain Nawwarah tersentak. ‘Cik adik? Macam pernah dengar ayat ni,’ cepat-cepat Ain Nawwarah pandang ke depan. Erk!
Daniel Rifqi tersengih melihat Ain Nawwarah melihatnya. Saat itu juga seorang pelanggan lain datang, Makcik Senah asyik melayan pelanggan itu, meninggalkan Daniel Rifqi menanti jawapan.
“Kuih apa ni cik adik?” soal Daniel Rifqi sekali lagi.
Ain Nawwarah pandang emaknya yang sibuk. ‘Ala, aku kena layan lah ni... malasnya layan mamat sengal ni.’
“Bengkang,” pendek Ain Nawwarah membalas.
“Erk, bengkang? Nama apa tu?”
‘Ish tak paham bahasa pulak laki ni, datang dari planet Zargon ke?’
“Bengkang la, takkan nak letak nama cheesecake pulak, dah memang nama dia macam tu,” ngomel Ain Nawwarah.
Daniel Rifqi tersengih. Serius, ini kali pertama dia lihat kuih ini dan kuih-kuih lain di atas meja itu. Mungkin sebab dia tak pernah jejak pun ke pasar malam, apatah lagi nak beli kuih sebegini. Yang jadi makanan petangnya sehari hari cumalah makanan-makanan barat yang dikatakan ada class oleh mama dan papanya.
“Amboi marah nampak, oh patutlah, tak dapat beli kek tadi. Itulah, orang nak belanja, jual mahal.”
“Ah sibuk je lah, ni nak ke tak nak bengkang ni?” Ain Nawwarah malas nak layan lagi.
“Buat sendiri ke? Ke mak yang masak ni?”
“Masak sendiri lah. Kadang-kadang mak buat. Tapi hari ni saya buat. Nak tak nak? Tak nak, pergi la, jangan kacau orang...”
Daniel Rifqi terdiam seketika, matanya melihat tepat ke arah bengkang itu. ‘Hmm, try ajelah, tak salah mencuba sesuatu yang baru.’
“Oklah, bagi tiga ek!” pinta Daniel Rifqi. Ain Nawwarah segera memasukkan tiga potongan bengkang itu ke dalam plastik.
“Seringgit dua puluh sen,” Ain Nawwarah menghulurkan plastik itu pada Daniel Rifqi.
“Hah!” Daniel Rifqi tersentak.
“Kenapa? Mahal ke?” Ain Nawwarah berasa pelik.
“Betul ke ni?” Daniel Rifqi masih tidak percaya.
“Yelah, kenapa?”
“Tak, murah sangat-sangat. Betul ke ni?”
“Ish betullah. Cepat! Bak sini duit tu,” Ain Nawwarah meminta, banyak lagi kerja dia selain melayan karenah jejaka itu.
Perlahan Daniel Rifqi mengeluarkan wang dari dalam dompetnya lalu dihulurkan pada Ain Nawwarah.
“Jual ya,” Ain Nawwarah mengeluarkan ayat stereotaipnya dalam nada membosankan.
“Beli hati sekali boleh?”
“Hati?” Ain Nawwarah tercengang, tak faham.
“Hati awak la, nak beli. Berapa ringgit ek?”
“Tak dijual.”
Daniel Rifqi tersengih sebelum berlalu dari gerai itu.
“Babai sayang!” Daniel Rifqi melambai tanpa mempedulikan orang awam yang mula bersesak-sesak.
“Wek!” Ain Nawwarah cuma menjelir pada Daniel Rifqi.
“Ain cuba elok-elok sikit perangai,” tegur Makcik Senah.
“Bukan Ain yang mula, dia tu yang menggatal,” telunjuk Ain Nawwarah menghala ke arah Daniel Rifqi yang masih melambai, seraya melemparkan flying kiss pada Ain Nawwarah.
“Mak tengok lah tu.”
Makcik Senah mengawangkan tangannya ke udara, pura-pura menyambut flying kiss itu lantas dilempar ke tanah tanpa muka bersalah.
“Dah sambung keje.”
*************************
Daniel Rifqi masih terbayang-bayang rasa bengkang yang dibelinya minggu lepas. Sedap hingga menjilat jari kaki! Sudahlah yang jual pun cun melecun, patutlah ramai yang serbu gerai tu.
Seumur hidup tak pernah dia merasa bengkang sesedap itu, eh salah ayat, seumur hidup tak pernah dia merasa bengkang. Haha!
Laju Daniel Rifqi berjalan ke gerai itu. Oh dara pujaanku, berbaju kurung dan bertudung warna pink, cocok sekali dengannya. Makin pantas Daniel Rifqi berjalan, tak tahan menanggung rindu, menyesal pulak tak tanya ke mana lokasi gerai itu setiap hari, yang dia tahu, hari Sabtu saja di kawasan itu. Terpaksalah Daniel Rifqi menunggu seminggu untuk ke situ semula.
“Assalammualaikum dara pujaanku,” manis mulut Daniel Rifqi bermain kata. Ain Nawwarah tersentak, terkedu, terkesima, semuanya ada.
“Waalaikumussalam, awak lagi? Nak apa?” Ain Nawwarah takkan mungkin melupakan jejaka itu walaupun beratus orang yang dijumpainya dalam sehari.
“Nak awak boleh?”
“Ish, tolong jangan main-main boleh tak?”
“Sorry-sorry, nah ini untuk awak.”
Daniel Rifqi menghulurkan sebuah beg kertas yang comel, tertera lambang kedai kek di atasnya. “Apa ni?” Ain Nawwarah terkedu namun sempat jugak digapainya.
“Cheesecake.” Ain Nawwarah terus telan air liur saat mendengar kata-kata itu.
“Cheesecake? Mana awak tahu saya...”
“Saya tahulah...” cepat-cepat Daniel Rifqi memotong.
“Tapi macam mana?”
“Sebab saya dengar awak selalu sebut perkataan cheesecake tu...”
“Ramai orang ni, kamu ingat larat ke mak nak layan sorang-sorang?” Makcik Senah berbisik pada Ain Nawwarah, memerli anaknya yang asyik masyuk melayan Daniel Rifqi seorang.
“Biar saya tolong awak,” Daniel Rifqi cepat-cepat masuk ke bahagian dalam gerai dan ikut sibuk membantu. Ain Nawwarah terlalu sibuk melayan pelanggan hingga tak mampu nak melarang Daniel Rifqi membantunya.
“Fuhh penat jugak berniaga ni ya?” Daniel Rifqi mengelap peluhnya dengan hujung lengan, baru selesai mereka berkemas lewat jam sebelas malam. Kemejanya sudah basah disimbahi peluh. Ain Nawwarah memandang Daniel Rifqi disebelahnya.’Itulah gatal nak tolong sangat.’
“Itulah, siapa suruh awak tolong? Kan awak jugak yang susah.”
“Ala, tak apa, demi awak, apapun saya sanggup.”
“Eleh, nama pun saya tak tahu, ada hati pulak...”
“Eh lupa, nama saya Daniel Rifqi...” Daniel Rifqi menghulurkan tangannya. Ain Nawwarah cuma tersenyum.
“Bukan muhrim la, mana boleh awak...” Ain Nawwarah lembut mengingatkan. Cepat-cepat Daniel Rifqi tarik tangannya semula.
“Ain Nawwarah.”
“Ain, boleh tak nanti kita jumpa lagi,”
“InsyaAllah kalau ada rezeki.”
************************
Daniel Rifqi menutup pintu rumahnya perlahan, tidak mahu membangunkan sesiapa. Sudah pukul dua belas malam, pasti mama mengamuk kalau tahu dia pulang lewat.
“Pergi mana tadi Rifqi?”
Datin Hanim terpacak di ruang tamu, nasib baik lampu masih terpasang, kalau tak, tentu Daniel Rifqi pengsan menyangka mamanya hantu, dengan rambut yang menggerbang ala-ala singa itu.
“Err, mama.. Rifqi pergi...”
“Pergi mana?!” bentak Datin Hanim.
“Pergi rumah member Rifqi...”
“Don’t lie to me Rifqi! Mana ada kawan Rifqi kat kawasan ni, Rifqi kan belajar kat oversea.”
“Kawan sekolah la mama. Lama tak jumpa, baru je jumpa ni...”
“Hmm, iyelah tu.”
“Mama, kalau Rifqi cakap Rifqi dah jumpa jodoh Rifqi macam mana?” Daniel Rifqi tiba-tiba menjadi berani bersuara padahal siapa tak kenal perangai mamanya, garangnya mengalahkan Nyonya Mansoor dalm cerita Ibu Mertuaku. Oh silap, bukan garang macam tu, tapi lawak macam tu. Haha!
“Siapa dia tu? Lawyer, Majistret, ahlil muzik?”
“Mama ni, jangan la buat lawak, sakit perut Rifqi ni...” Rifqi ketawa mengekek.
“Orang serius dia ingat lawak pulak.”
“Mama, dia tu orang biasa saja, tapi Rifqi rasa dah jatuh cinta kat dia, bolehkan Ma? Terimalah dia jadi menantu mama ya?”
“Tengoklah dulu, yang penting bawak datang jumpa mama dulu.”
“Okeh!”
*********************
“Makan la cheesecake ni,” Daniel Rifqi menghulurkan kotak kek yang dibawanya buat Ain Nawwarah, setiap hari, setiap kali bertemu Ain Nawwarah, pasti Daniel Rifqi membawa cheesecake sampaikan Ain Nawwarah dah tak perlu menyimpan duit untuk membelinya lagi. Jimat duit Ain Nawwarah.
“Sekejap lagi la. Hari-hari bawak cheesecake nanti gemuk la saya,” Ain Nawwarah mengomel.
“Ala takpe, gemuk pun comel what?”
Ain Nawwarah dan Daniel Rifqi sama-sama tertawa.
“Terlepas saya nak makan bengkang tadi, laku betul la...” sengaja Daniel Rifqi datang lewat hari ini supaya dia dapat berjumpa Ain Nawwarah saat selesai Ain Nawwarah dan emaknya berniaga, baru aman sikit dia nak berbicara, hati ke hati,
“Nah ambil ni...” Ain Nawwarah menghulur sepotong bengkang pada Daniel Rifqi.
“Eh macam mana ada lagi?”
“Saya tahu awak suka makan, saya sempat simpan satu tadi,” Ain Nawwarah tersenyum.
“Terima kasih!” Daniel Rifqi kelihatan gembira, bengkang itu dimakannya dengan lahap sekali.
“Awak...” Daniel Rifqi tiba-tiba bersuara saat selesai menjamah.
“Saya rasa saya dah jatuh cinta dengan awak la...”
“Erkk!”
Makcik Senah cuma menjeling dari tepi, semuanya dapat didengar tapi sengaja dia beri peluang pada anaknya itu. Dia tidak mahu mengganggu, tapi tidak sanggup meninggalkan mereka berdua-duan. Bimbang ada yang ketiga bertenggek di situ, biar dia saja jadi yang ketiganya. Sekali sekala ada orang yang berkenan, apa salahnya, untung-untung sangkut, anaknya pun dah sesuai sangat kalau nak kahwin, umur dah 24 tahun, nak sambung belajar entah bila peluangnya ada.
Anaknya bijak, tapi sebab tiada siapa nak bantunya di gerai, Makcik Senah terpaksa halang Ain Nawwarah dari sambung belajar. Adik-adiknya masih kecil, kalau Ain Nawwarah pergi belajar, siapa nak tanggung semua kos pembelajarannya, dia pulak nanti kehilangan pembantu di gerainya. Sedar tak sedar Ain Nawwarah dah dewasa, dah layak kahwin. Air mata Makcik Senah hampir menitik, tapi ditahannya.
Daniel Rifqi pandang wajah Ain Nawwarah, meminta pengertian.
“Saya serius ni awak, percayalah.”
Ain Nawwarah terdiam. Terkejut dengan luahan rasa yang tiba-tiba terbit dari mulut Daniel Rifqi. Otaknya berputar ligat untuk membalas. Dia sendiri tidak menjangkakan semua ini, tapi dalam diam hatinya juga terpikat dengan jejaka itu, dengan kesungguhannya, setiap hari berkunjung ke gerai, sanggup membantu walaupun berpakaian macam orang-orang kaya, tak kena dengan gerainya yang dhaif, yang kadang-kadang becak bila hujan.
“Err, saya pun sebenarnya...”
“Jangan risau, dia pun sukakan kau, hari-hari cerita pasal kau. Naik bernanah telinga makcik, hari-hari dengar pasal kau.”
“Mak!!” Ain Nawwarah jadi malu sendiri.
Daniel Rifqi tersengih pada Makcik Senah. ‘Sporting betul bakal mak mertua aku ni.. hehe..’
“Boleh saya berkawan dengan anak makcik?” pinta Daniel Rifqi.
“Ahh, tak payah berkawan, kahwin je terus.”
“Yes!” Daniel Rifqi kelihatan sangat teruja.
“Err, tapi kena datang jumpa mama saya dulu lah, boleh tak awak?” Daniel Rifqi tiba-tiba menyuarakan soal itu.
“Hah?” Ain Nawwarah kecut perut.
************************
Ain Nawwarah terlopong saat memasuki banglo mewah itu, pertama kali dia melihat rumah sebesar itu, jauh berbeza dengan rumahnya yang macam sarang merpati, rumah flet kos rendah la katakan. Daniel Rifqi mematikan enjin saat memarkir keretanya di depan rumah.
“Ini rumah awak ke Rifqi, takutlah saya.. saya nak balik lah...” Ain Nawwarah tiba-tiba bersuara.
“Eh ehh... kenapa ni? Rumah saya bukannya rumah hantu.”
“Awak tak bagitahu pun yang awak ni orang kaya Rifqi.”
“Awak tak tanya pun. Tapi yang kaya tu papa saya, bukannya saya.”
“Kalaulah saya tahu lebih awal...”
“Kalau awak tahu kenapa?”
“Saya tak mahu kawan dengan awak!” Ain Nawwarah menjerit kecil. Geram rasanya dipermainkan begitu. Kenapa Daniel Rifqi tega menyembunyikan status dirinya yang sebenar.
“Ain, listen hear. Sebab saya tahu, awak takkan kawan dengan sayalah saya sembunyikan hal ni. Saya nak awak cintai saya sebab diri saya seadanya.”
“Awak ingat saya akan mencintai awak kerana harta awak ke kalau saya tahu hah?” Ain Nawwarah berasa geram.
Daniel Rifqi pantas menggeleng.
“Tak sayang, saya takut awak tak mahu mencintai saya kalau awak tahu siapa diri saya yang sebenar. Saya tak mahu kehilangan awak Ain...”
Ain Nawwarah kematian kata. Mungkin ada benarnya kata-kata Daniel Rifqi, jika dia tahu dari awal bahawa Daniel Rifqi itu orang yang ada-ada, pasti dia tidak akan melayan Daniel Rifqi lagi. Pasti dia akan menjauhi orang sebegitu kerana darjat mereka tidak sama, Ain Nawwarah merasakan dirinya tidak layak untuk bersama golongan sebegitu.
“Yang penting saya cintakan awak, itu dah cukup kan? Jangan fikir soal lain lagi, darjat, harta, kedudukan... saya tak mahu dengar lansung pasal tu. Ok?”
Perlahan Ain Nawwarah mengangguk seraya tersenyum.
“Saya pun cintakan awak.”
Apa boleh buat lagi, nasi sudah menjadi bubur. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak cinta buruk padahnya.
“Mama, ini Ain Nawwarah...” Daniel Rifqi memperkenalkan, Ain Nawwarah segera mencium tangan wanita di hadapannya itu. ‘Cantik, walaupun berusia, masih kelihatan cantik,’ Ain Nawwarah memuji dalam hati.
“Papa mana, Mama?”
“Biasalah papa kamu, hujung minggu ni. Main golf la.”
“Owhh...”
“Ain, sedap nama tu. Kerja apa ya? mak ayah kerja apa?” Datin Hanim segera menyoal.
“Err... mak berniaga di pasar malam. Ayah dah lama meninggal, saya pun kerja di pasar malam, tolong mak saya.”
“Apa?” Datin Hanim mencekak pinggang.
“Kau fikir kau siapa hah? Nak dekat dengan anak aku... kalau setakat berniaga pasar malam, baik tak payah. Buat malu saja keturunan aku.”
Muka Ain Nawwarah mula merah, rasa malu diperlakukan begitu. Air matanya sudah bertakung di tubir mata.
“Ini mesti kes nak tumpang senang lah ni. Jangan harap mama izinkan. Kalau artis tak apalah jugak, boleh tumpang glamer. Ini apa yang ada? Bengkang aja.”
Ain Nawwarah membisu seribu bahasa. Sendu di hatinya tak mampu dibendung.
“Ain fikir makcik nak cakap macam tu kan? Tak adalah, makcik bergurau saja,” Datin Hanim ketawa mengekek.
“Mama!” Daniel Rifqi yang melihat suasana tegang dari tadi, cepat-cepat menegur mamanya. “Kalau bergurau, tak adanya nak gurau cara berhemah, gurau ganas saja kerjanya, sampai Ain boleh menangis. Kejam la mama ni..”
Ain tercengang, tidak faham, air mata yang hampir mengalir segera diseka. “Ain, jangan ambil hati sayang. Mama Rifqi memang macam ni. Gurau tak bertempat, jangan nangis lagi okeh.”
“Alalaaa..sorry sorry, mama tengah praktis skill ibu mertua yang kejam, tapi tak berapa jadilah, sebab kesian menantu mama dah menangis. Haha.” Datin Hanim segera menarik Ain Nawwarah dalam pelukannya.
“Menantu lawa macam ni, pandai buat makanan kegemaran anak mama pulak, takkan mama nak tolak. Selama ni mama terlalu manjakan Rifqi sampai tak pernah ajar dia tentang budaya kita, mujur dia tak terikut sangat budaya barat masa menuntut kat sana dulu. Rifqi memang perlukan gadis macam Ain Nawwarah untuk buat dia kenali jati diri dia semula. Masa mama dapat tahu Rifqi suka makan bengkang, baru mama sedar, mama dah jauh dari dunia sendiri, semuanya nak tiru barat sampai lupa adat resam sendiri. Ain tolong mama bimbing dia ya?” Datin Hanim mengusap wajah bakal menantunya itu.
“Saya pun tak reti sangat lah Datin...”
“Entahnya mama, favourite dia tu cheesecake tau, jangan main-main. Nampak je macam Perempuan Melayu Terakhir,” Rifqi ketawa mengusik.
“Tak apa, cheesecake memang sedap, siapapun suka kan?”
Ain Nawwarah tersenyum simpul.
“Tapi Rifqi tak suka, Rifqi suka bengkang, bengkang air tangan buah hati tersayang.”
“Ah sudah jangan melalut Rifqi, esok kita pergi merisik Ain, ok?”
“Ok mama! Beres!”
“Ain ok?”
“Errr.... ok kot.”
*********************
Perkahwinan kedua mempelai diadakan dengan begitu meriah sekali, namun secara sederhana. Uniknya kek mereka bertingkat dan berlapis dengan bengkang dan cheesecake. Betullah orang kata, walaupun kita berbeza tapi kehadiran masing-masing akan saling melengkapi.
Ain Nawwarah hidupnya miskin tapi gemarkan cheesecake, Daniel Rifqi anak orang kaya tapi gemarkan bengkang. Takdir menentukan sebuah pertemuan antara dua orang berbeza. Biarpun bengkang dan cheesecake itu berbeza, tapi keduanya membawa kepada satu tujuan, kenikmatan buat yang memakannya, begitu juga cinta. Kita berbeza, tapi tujuannya tetap untuk mendapat cinta yang membahagiakan.
Err, pasal Makcik Senah, jangan risau, dia dah tak berniaga di pasar malam, tapi besannya dah sediakan kedai dan modal untuk dia memulakan perniagaan yang lebih besar. Hidup mereka sudah tidak susah lagi. Mereka semua hidup bahagia InsyaAllah selamanya walaupun mungkin kadangkala ada dugaan, tapi itu biasalah fitrah hidup....
-Tamat-
p/s: otak tengah sewel, ape ntah yang AK merepek..hahaha.. harap dimaafkan kecacatan cerita ini. Ini kiranya cerita komedi merepek romantik dari AK.. hahhaha.. lepas ni nak fokus novel Kalimah Cinta dan cerpen yang berunsur Islamik pulak.. pastu nak mula menulis novel baru... nantikan ok? Heehehe~
Suka? =)
hehehe..boleh lak mak si rifqi berlakon....uish..wat suspend jer...hehe.. ;)
ReplyDeletehaha..
ReplyDeletebest ar..
mak rifqi mang x boleh blah..
bikin orang cuak jee..
thumbs up!!
as salam..
ReplyDeletehahaha..lawak lah cter ni..
tpi still besh.. hikhik.. ;)
cay0k2 tok terus berkarya~~ :)
waa....sy pon suka kek!!!
ReplyDeletealiesha kirana: sedapnya tgk cake tu!
ReplyDeletewahhh, bagus jgk cerita AK :) saya dah lama tak menulis cerpen dekat blog..
ReplyDeletebtw, AK di jemput utk join kontest
di blog saya :)
http://ainzulaikhas.blogspot.com/2010/11/contest-cerpen-sesedap-rasa.html
hahaha... cerpen yg mnarik.. tahniah2x.. tp xde konflik pown kan.. klu ade msti ag bez.. huhu
ReplyDeletemenarik.... sedap cheesecake tu....bahagia akhirnya.... karya yg simple tpp menarik.... yg suspen tu gaya nyonya mansor...
ReplyDeletesgt2 bez..lwk btol mama rifqi..
ReplyDeletehahah lawak la mak rifqi...adeihh....best2..UNIE
ReplyDeletemacammana nak buat bengkang?serius ini kali pertama dengar ada kuih bengkang macam sedap je.....terliur terliur.....
ReplyDeletesalam kenal ...
ReplyDeletesimple but best..
ReplyDeleteKelakar lg..cerite awk mmg byk yg kelakar la.. Anyway.. Sgt best.. ;-)
ReplyDeleteSporting nye mak Rifqi.. Buat b'debar je,igtkn marah btol2.. Last2,bergurau je rupenye.. Mmg best la ad mak mertua cm tu.. Cerpen ni mmg best,,!
ReplyDeletewah bestttt..suke2 <3
ReplyDeletebest giler x tipuuu.. Datin Hanim mmg ganas gilerr
ReplyDeletebest cerita ni. kelakar la mamy rifqi tu. boleh pulak berlakon. buat cuak je.
ReplyDeleteBest..sweet je cite ni. suka sgt.
ReplyDeletegila kentang larh!!! gelak guling2 sampai jatuh sofa... en.cinta terkejut gila... apahal ni? bila tunjuk bahagian mak Ain sambut flying kiss Rifqi campak ke tanah en. cinta pun sengih2... bukan senang nak suruh dia baca cerpen / novel ( mmg x pernah sekalipun nampak sejak kawin 12 tahun dulu... ) Hahaha AK you are awesome!!! You make my day....
ReplyDeletePart dialog" siapa. dia tu lawyer?majestrik? ahli muzik" buat saya ketawa guling2. Saya pun gadis pasar malam juga, kenapa tak ada anak orang kaya datang ngorat
ReplyDeletePart dialog "Siapa dia tu,lawyer, majestrik, ahli muzik"buat saya gelak guling2. saya pun gadis pasar malam gak, nape tak ada org kaya dtg ngorat?he he he
ReplyDeleteCUKUP baik cerita ini....
ReplyDeletecukup menarik cerita ini..
ReplyDeletecerita yg cukup menarik.kita dapat mengambil inti dari cerita ini.
ReplyDeletecerita yang cukup menarik kita dapat mengambil inti dari kisah ini,suksessaja..
ReplyDeletehehe...gelak sorang baca
ReplyDeleteBest ape..pndai plk mak si rifqi acting..good job
ReplyDeleteterbaik!!!!
ReplyDeleteterbaik!!!!
ReplyDeletebest citer ni,gelak sorg2 sambil gulink2 d buatnye,hehe,tahnia pnulis..
ReplyDeleteBest gila.....
ReplyDeletebagus sgt cerita ini. siap ade moral sekali..pertemuan yg tak dijangka... sweetnya!!!!...macam cheesecake hehehe... kalau buat novel ni... pergh!! terbaikk!!
ReplyDeleteberjurai air mata bac...bestnya
ReplyDelete