Aku
melabuhkan punggung di atas katilku, terasa lenguh sekali seluruh badanku dek
kerana asyik mengemas rumah yang berantakan angkara majlis pertunanganku siang
tadi. Dinding bilik aku pandang kosong, cuba memusatkan ingatan pada sesuatu
yang aku hampir terlupa.
‘Hadiah
Iman!’ saat teringat kembali, aku pantas mengeluarkan kotak hadiah itu dari
laci tepi katil itu. Kotak kecil itu segera kukoyak pembalutnya hingga satu
kotak berwarna biru baldu terserlah.
Aku
membuka kotak kecil itu dengan berhati-hati. Satu rantai tangan emas dengan
hiasan berbentuk hati duduk elok tersimpan di dalamnya. Aku terkesima.
‘Ya
Allah! Mahalnya hadiah ni...’ aku risau, teragak-agak hendak menerimanya.
Rantai tangan itu aku gapai dan aku cuba di pergelangan tanganku. Begitu indah
sekali rantai itu, namun sayangnya aku rasa tidak sanggup hendak memakainya
kerana ia hanya akan tambah mengingatkan aku pada Iman.
Saat
ingin meletakkan rantai tangan itu kembali, baru aku perasankan satu kad kecil
yang terselit di dalam kotak itu. Kad itu kucapai lalu kubaca perlahan.
Buat kesayanganku, Ila.
Tahniah di atas
pertunangan ini. Iman bahagia bila melihat Ila bahagia, walaupun kebahagiaan
Ila itu dengan orang lain.
Iman tahu semua ini
berpunca dari kesalahan Iman yang tidak berterus terang dengan Ila selama ini.
Iman akan cintai Ila
sampai syurga, walau kita tak berjodoh di sini, Iman berdoa agar Allah
menjodohkan kita di akhirat kelak. Amin.
Aku
menangis, tersedu sedan tapi aku tidak terasa hendak menyeka air mataku yang
laju berhamburan di pipi.
‘Iman...’
hatiku merintih sendiri.
-----------------------------------------------------------
“Ila
bahagia tak?”
“Hah?”
aku tersedar dari lamunan sebaik mendengar suara Safwan di hadapanku.
“Ila
rasa bahagia tak?” Safwan mengulang soalannya, membuatkan aku mengangguk
perlahan.
“Bahagia.
Sesiapa yang dapat bakal suami macam Wan, mesti akan rasa bahagia.” Aku
bersuara akhirnya.
Safwan
tergelak kecil.
“Wan
tahu. Siapa yang boleh tolak Wan kan?” aku tersenyum mendengar usikan Safwan
itu. Air di dalam gelas, aku hirup perlahan.
“Lepas
ni nak ke mana pula?” soal Safwan, bersemangat.
Aku
menoleh ke arah beg kertas di sebelahku yang terisi pelbagai barang kelengkapan
untuk majlis perkahwinan kami nanti.
“Hmm.
Ila rasa kita kena pergi kedai pengantin yang dekat sebelah sana pulak, Ila nak
pilih bekas untuk buat hantaran nanti.”
“Ok!”
Safwan menguntum senyum.
Aku
turut membalas senyumannya. Ah Safwan, jejaka ini terlalu baik, aku tidak akan
mampu bertemu insan sebaiknya lagi, yang mencintai aku seadanya. Aku janji akan
cintai dia dan bahagiakan dia. Ini janji aku!
Lagi
dua minggu aku akan jadi milik Safwan, jadi aku tidak berhak untuk punya
perasaan pada sesiapa lagi, terutamanya Iman. aku harus hapuskan semua perasaan
ini. Harus!
“Ila...”
Safwan memanggilku dengan suara lembut.
“Hmmm...”
“Wan
cintakan Ila. Wan janji akan jaga Ila sebaiknya sampai akhir nafas Wan.” Safwan
tiba-tiba bernada serius, wajahku direnungnya dengan pandangan tajam.
Aku
mengangguk seraya tersenyum.
“Ila
tahu. Ila pun cintakan Wan.” ya, aku tidak berbohong, kerana saat ini memang
aku sedang berusaha mencintainya dan aku tahu, biarpun masih sedikit, namun
cinta itu ada untuknya.
Safwan
tersenyum tanpa berkata apa lagi.
Suka? =)
rasanya mcm si safwan ni nak pergi jauh je...herm... :/
ReplyDeletex smpat kawin wan dh meninggal k..semacam jek ckp cm tu ngn ila..
ReplyDeletealahai... xmau la ila n wan. nk ila ngan iman jgk. someone plz stop the wedding plz or change place n iman to be ila bride. n wan with iman fiance. he... ;D
ReplyDeleteermm menarik :)
ReplyDeletesafwan mati ke sblum diaorg nikah?? cm cite gemersik kalbu la plak jd ny nnti...huhu
ReplyDeletesafwan mati ke nnti sblum diaorg smpat nikah??? jg cm cite gemersik kalbu la plak nnti...huhuhu
ReplyDeleteSaya pon rasa wan nie nk pergi.
ReplyDeleteX kesah ila kwen dgn siapa sbb dua2 tu syg dia...
ReplyDelete