~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, March 12, 2013

Sinopsis Novel Cinta Bersaiz XXL


“Awak dah nampak saya depan mata awak, kan? Saya tak kisah kalau awak nak tarik diri daripada pertunangan ini sekarang. Saya terima segala keputusan awak.”

“Percayalah kepada jodoh yang ditetapkan oleh Allah ini ya, Deeba. Saya terima Deeba ikhlas kerana Allah.”

Nur Adeeba Addin - Rombongan merisik yang hadir membuatkan dia terpana. Tak betul agaknya lelaki yang datang merisiknya itu.Gara-gara saiz badannya yang comel, dia seringkali diejek gendut, debab, anak gajah, badak, tong dram, Doraemon, guni beras dan macam-macam lagi gelaran. Jadi mana mungkin lelaki sempurna seperti itu yang bakal dimilikinya?

Hadif Harith - Hatinya ikhlas memberi, kasihnya tulus menyinar meskipun sentiasa diragui. Ketampanannya digilai ramai namun cintanya utuh buat pemilik tubuh XXL.

Sehinggalah akad dilafazkan… Adeeba akur dengan landasan cinta itu.

“Deeba tau kan, abang tak suka Deeba rendahkan diri Deeba. Orang lain tak nampak apa yang abang nampak pada diri Deeba.”

“Nampak apa? Nampak lemak dekat badan Deeba ni?”

Hadir pula Qaisara, sepupu Hadif yang tak henti-henti menagih cinta.

Munirah, sahabatnya sendiri yang jatuh suka, dan juga gosip Hadif dengan Cik Irma yang melanda, membuatkan hati Adeeba kian curiga.

Benarkah masih ada ruang untuknya dicintai dan mencintai? Dan tak mampukah cinta seorang bersaiz XXL sepertinya menjadi realiti?

Suka? =)

30 comments:

  1. Suka..suka. Tapi kan AK. Setau akak, saiz XXL sekarang kat kedai2 nie kecik2 jer. Macam tak padan dengan Deeba. So Deeba ni XXL Thailand, atau XXL UK?

    P/S : Nak cuba menghayati watak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kalau XXL versi Malaysia aci tak? hehe. nk ckp cmne eh? ok cuba bayang beratnya 80kg ke atas. hahaha!

      Delete
    2. Dah order...Yeay! Tak sabar tunggu posmen depan pintu.

      Delete
  2. for sure, sy akan beli novel ni. cover pun comel sangat! :) <3

    ReplyDelete
  3. best2......mmg nantikan novel ini.......

    ReplyDelete
  4. Nak tanya, berapa m/s novel ni eh ? hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti, tapi rasa kurang dari 500ms. hehe

      Delete
  5. wahh,, dah lame tggu.. finally dh pblish. xsbar nk beli.

    ReplyDelete
  6. dah kuar ke novel nie?? nak angkat 1, mcam best je

    ReplyDelete
  7. dah lama tunggu novel ni... ^_^.. dah tempah melalui pembelian online karyaseni.. :D

    ReplyDelete
  8. wahhh , Pa'ah memang mengikuti e-novel akak AK ni..dah keluar! exciteddd!

    ReplyDelete
  9. Dah boleh tempah online.... Saya dah tempah... Da bayar... Tapi belum sampai lg....
    Setia menantiiiii....

    ReplyDelete
  10. nak g beli n baca lah..wah..kita pun xx tambah xxl ..hahaha...

    ReplyDelete
  11. Dah beli & baca buku ni. Best sgt! Rasa terharu pun ada.....especially part yg sedih2 tu...so to AK, congrats ye! Teruskan menulis chia yok!!!

    ReplyDelete
  12. Dah pun abis baca buku ni. Best & rasa terharu sgt dgn criter ni.....sampai skg ni masih teringat pasal Deeba & Hadif. To AK, congrats ye! Keep up the good work ok! So after this boleh la AK propose supaya novel ni di jadikan drama pulak...mesti gempak!

    ReplyDelete
  13. dah beli novel ni :) kema pon 80+ . so, cuba hayati dan bayangkan macam kema yang lalui semua tu :D
    teruskan usaha :)

    ReplyDelete
  14. Kalau jadi drama boleh gempak juga cerita ini...

    ReplyDelete
  15. baru beli smlm and dah baca sampai habis.
    My honest feedback: This is the best so far from you Cik Aliesha Kirana. You wrote it from ur heart...sweet and simple. Undefined-ly romantic (bak kata ameena).
    All the best!

    ReplyDelete
  16. hi...
    baru jer selesai baca novel Adeebah nie...
    rasa tersentuh hati baca citer nie,,,
    harap2la terjadi kat dunia nyata saya,,,hahahahaha...

    minta2 la dibuat drama la ye,,,

    BTW i like it..love it...and good job...

    ReplyDelete
  17. baru dapat setengah jam yg lalu saya habis bca novel nie,,,
    tersentuh hati baca citer nie,,
    harap2la dapat terjadi kat dunia saya...hahahahaha...

    minta2la jadikan drama,,,biar saya jdi Adeeba fahrin ahmad jadi Hadif,,,xixixixixi

    BTW,, thanks kak Aliesha,,dah buat cerita nie,,,buat saya bangga jdi dri saya sendiri,,,
    Assalam...

    ReplyDelete
  18. salam AK, hari pertama di pasaran sy beli CBXXL,bila membaca terharu ada, nak tergelak pun ada, dari situ sy telah memahami jiwa bersaiz tersebut.tq AK anda menyedarkan sy, now di alam realiti pun baik kawan atau klga terdekat sy xnak lg menyentuh saiz badan,,,, kedua2 novel AK dah dlm koleksi. sy suka sgt2 novel AK ...xberat n ada unsur kelakar sikit, membuat sy terhibur

    ReplyDelete
  19. assalammualaikum.. saya dh baca dah novel ni mmg best sangat2.. nak ada bakal suami macam Hadif Harith tu~~ hahah..

    ReplyDelete
  20. assalammualaikum.. saya dh baca novel ni best sangat.. nak ada suami mcm Hadif Harith~~ hahahha...

    ReplyDelete
  21. Dah beli siap khatam lagi baca novel ni.. Alangkah bertuahnya kalau dapat suami macam tu :-)

    ReplyDelete
  22. dekat mana nak dapat kan
    novel tersebut

    ReplyDelete
  23. Happy sangat sebab hari tu jalan2 dekat popular @ Melacca then ternampak your book, nasib baik lah I beli. Such a good book! Thank you :) x

    ReplyDelete
  24. Nasib baiklah hari tu when I turun malaysia ternampak your book, suka sangat2. It's sooo cute.

    Thank you :) x

    ReplyDelete
  25. Saya suka cerita ini, kemarin baca, lepas tu beli buku cerita, habis baca juga kemarin, betul betul best... seperti sebagaimana keadaan saya sekarang ini... Terima Kasih AlieshaKirana

    ReplyDelete
  26. Dh beli novel ni.. Best sgt cerita dy.. Smpai sy berdoa smoga di anugerahkan suami sebegitu.. Memg susah nk cari.. It's a nice work.. Well done.. :)

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u