~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Wednesday, February 16, 2011

Novel : Love You Mr. Arrogant! bab 4


Zaara merenung bangunan pencakar langit milik Irham Holding itu. Kad nama yang dipegangnya segera dibelek kembali. ‘Betullah sini. Kali ni apa nak jadi jadilah,’ hatinya nekad.
Pintu masuk ke Irham Holding segera diterjah Zaara, rasa amarahnya tak mampu ditahan lagi.
“Saya nak cari Encik Zafriel Irham.”
“Encik Irham? CEO syarikat ni?” penyambut tetamu itu seperti teragak-agak, wajah Zaara direnung dengan tidak percaya.
“Iyelah. Siapa lagi?”
“Err, naik ke tingkat 17. Tapi saya tak pasti awak boleh jumpa dia atau tak. Encik Irham selalunya takkan jumpa sesiapa tanpa temujanji.”
“Saya tak peduli. Oh by the way, thanks.”
Zaara cepat-cepat berjalan ke arah lif. Sebaik menembusi perut lif, butang ke tingkat 17 segera ditekan.
Mata Zaara terpana saat melangkah di tingkat 17 itu, kagum melihat pejabat yang kelihatan begitu elegan sekali. Zaara bergerak pantas tanpa mempedulikan mata-mata yang sedang memerhatinya. Sampai di hadapan pintu yang tertulis nama Zafriel Irham, cepat-cepat Zaara mahu memulas tombol.
“Eh cik, cik tak boleh masuk,” seorang wanita dalam lingkungan tiga puluh-an segera menghalang. Zaara pandang wajahnya dengan rasa tidak puas hati.
“Saya kena jumpa dia.”
“Cik ada buat temujanji tak?” soal wanita itu, lagak seorang setiausaha.
“Tak.”
“Kalau macam tu cik tak boleh jumpa dia. Encik Irham takkan jumpa sesiapa tanpa temujanji.”
“Saya kena jumpa dia, sekarang jugak!” Zaara berkeras. Tombol pintu itu segera dipulas tanpa mempedulikan halangan wanita itu tadi.
Di dalam, Irham dan seorang pekerjanya sedang asyik berbincang sesuatu. Wanita yang menghalang Zaara tadi cepat-cepat mendapatkan Irham.
“Saya cuba halang dia tadi, tapi dia berkeras nak jumpa Encik Irham jugak.”
Irham pandang sekilas pada wajah Zaara, sebelum mengarahkan pekerjanya tadi keluar.
“Tak apa Kak Hani, kak boleh keluar, terima kasih ya,” ujar Irham tenang, seperti dapat mengagak kehadiran Zaara ke situ.
Saat wanita yang dipanggil Kak Hani itu menutup pintu, Zaara segera meluru ke arah Irham.
“Kenapa awak buat macam tu hah?”
“Buat apa?” Irham buat-buat tak faham, dia melangkah ke depan meja dan bersandar menghadap Zaara.
“Yang awak mesej ibu saya, cakap yang bukan-bukan tu kenapa?”
“Bukan-bukan? Bukan-bukan macam mana?” Irham sengaja menduga Zaara.
Zaara gumam. Mencari kekuatan untuk bersuara.
“Kenapa awak cakap, yang saya ni tengah mengandungkan anak awak? Awak tahu tak, ibu saya dah fikir yang bukan-bukan pasal saya.”
“Suka hati akulah.”
“Awak ni memang dah melampau!” Zaara menjerit, mukanya merah menahan marah.
“Itu semua salah kau, sebab kau mungkir janji.”
“Tapi awak tak patut cakap macam tu! Awak macam merobek maruah saya!”
“Aku peduli apa! Itu kau punya pasallah!” Irham membentak.
“Awak memang kejam. Awak tahu kan, saya masih ada tempoh lagi dua hari,” Zaara bersuara dalam nada yang tersekat, menahan sebak di dada. Maruahnya terasa dipijak-pijak.
“Anggap saja mesej itu sebagai amaran. Lagipun aku yakin kau takkan mampu dapat kumpul duit dalam tempoh dua hari ni.”
“Jangan terlalu yakin Encik Irham.”
“Aku jamin kau takkan berjaya.”
“Huh! Tunggu sajalah nanti,” Zaara membentak.
“Aku tunggulah ni. Kalau kau tak selesaikan hutang kau dalam dua hari ni, kau tengoklah, lagi teruk dari tu aku boleh buat.” Irham ketawa besar.
Zaara mengetap bibir, sakit hati mendengar kata-kata Irham, cepat-cepat  dia keluar dari bilik itu. Geram sungguh hatinya bila berhadapan dengan insan tak sedar diri macam Irham tu.  Hatinya rasa panas saja bila memandang wajah Irham. Memang la Irham tu kacak, tapi setakat kacak luaran, tapi perangai berlagak macam tu, siapa yang boleh tahan.
Zaara enggan memperdulikan mata-mata yang asyik memandangnya. Bagi dirinya, yang penting dia harus keluar dari bangunan milik lelaki berlagak itu. Langkah Zaara dipercepatkan supaya air mata yang kian bertakung tidak berguguran di situ.
Saat mahu keluar dari perut lif di aras lobi, Zaara terlanggar seorang lelaki tua yang baru hendak melangkah masuk menyebabkan lelaki tua itu tertolak ke tepi.
“Eh maaf pakcik,” Zaara bersuara walaupun ada sebak dalam dadanya yang masih bersisa.
“Tak apa, pakcik yang salah tadi, meluru terus nak masuk.” Lelaki tua itu menggosok bahunya yang terhentak ke dinding.
“Saya benar-benar minta maaf, saya tak sengaja.” Zaara rasa bersalah pabila melihat lelaki tua itu seperti menanggung kesakitan.
“Jangan risau nak, pakcik tak apa-apa.”
Lelaki tua itu segera bangun, Zaara segera mengutip beg bimbit lelaki tua itu sebelum dihulur padanya.
“Terima kasih nak.”
“Sama-sama pakcik.”
Lelaki tua itu merenung Zaara dalam hinggakan Zaara takut, segera dilarikan anak matanya dari pandangan lelaki tua itu.
 “Anak ni nampak sedih je, ada masalah ke?” lelaki tua itu tiba-tiba menyoal.
“Tak ada apalah pakcik, ada masalah sikit tadi.”
“Oh, kalau ada apa-apa yang pakcik boleh tolong, beritahulah ya.”
“Eh tak apa pakcik. Saya ok, saya balik dulu ya, Assalammualaikum.” Zaara cepat-cepat meminta diri, segan pula bersembang lama dengan pakcik tua yang tidak dikenalinya itu.
“Waalaikumussalam.”
Saat Zaara ghaib dari pandangan, lelaki tua itu segera ke kaunter, bertanya sesuatu pada penyambut tetamu, tersenyum-senyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya sebelum membolosi perut lif semula.
 Zaara mengambil duduk di dalam perut kereta Myvinya. Satu persatu perkara kembali menerjah ingatan membuatkan fikirannya bertambah kusut. Zaara terkenangkan perbualan antara dia dan ibunya sebentar tadi, ibu beria suruh Zaara mengaku yang dia sudah mengandung padahal Zaara sendiri tidak pernah tergamak melakukan perkara terkutuk itu dengan mana-mana lelaki.
Didikan agama yang telah ibu dan ayah berikan membuatkan Zaara masih mampu memikirkan halal dan haramnya sesuatu perkara. Dia takkan sanggup melakukan sesuatu yang ditegah agama, apatah lagi mengandung anak luar nikah!
Irham sengaja cari pasal, hantar mesej yang bukan-bukan pada ibu Zaara sampaikan ibunya berfikir dia telah menconteng arang ke muka keluarganya.
‘Anak makcik sedang mengandungkan anak saya,’ mesej yang dikirim Irham buat ibunya itu masih terngiang-ngiang di kepala, tega benar Irham menulis sebegitu tentang dirinya. Malu sungguh dirinya nak berhadapan dengan keluarga, mujur penjelasannya diterima ibu setelah puas menerangkan.
Zaara memberi alasan, pengirim mesej itu ialah pencuri yang telah mencuri telefon bimbitnya dan sengaja menghantar mesej itu untuk memburukkan namanya. Kalaulah ayah tahu akan perihal yang tidak betul itu, pasti ayah mengamuk dan tak mahu mengaku dirinya anak lagi. Zaara merasa takut membayangkan keadaan itu.
‘Geram betul aku dengan mamat berlagak tu!’ Zaara menjerit dalam hati.
-----------------------------------------------------------------------------
Irham tergelak sendiri di dalam pejabatnya, rasa seronok dapat mengenakan gadis itu. Semakin gadis itu bengang, makin seronok Irham jadinya.
‘Baru puas hati aku!’ hatinya berbicara sendiri.
“Ehem,” Tan Sri Zahir berdehem saat memasuki pejabat anaknya itu.
 “Eh papa, ada apa hal datang ke mari? Kan papa tak sihat.” Irham kelihatan terkejut dengan kehadiran papanya yang tak diduga.
Tan Sri Zahir merenung anak bujang kesayangannya itu yang sudah menginjak usia dua puluh lapan tahun, satu-satunya pewaris Irham Holding. Semenjak Tan Sri Zahir menyerahkan tampuk pengurusan syarikat pada Irham, sejak itulah Irham terlalu sibuk dengan urusan syarikat tanpa mempedulikan soal lain, termasuklah soal mencari menantu buat Tan Sri Zahir yang begitu lama kepingin melihat Irham berumahtangga.
Sebentar tadi dia terjumpa seorang gadis manis di depan lif, datang menemui anaknya, pasti gadis itu kekasih hati anaknya yang disorokkan selama ini. Tan Sri Zahir jadi tidak sabar mahu mendengarnya dari mulut anaknya sendiri.
“Ada apa pa?” Irham cepat-cepat bangun dari duduknya. Terkejut dengan kehadiran papanya secara tiba-tiba. Tan Sri Zahir menghampiri Irham perlahan, lalu duduk menghadap Irham. Irham kembali duduk dalam keadaan teragak-agak, musykil dengan niat papanya yang tiba-tiba muncul tanpa memberitahu.
“Kekasih Irham ke tadi?” Tan Sri Zahir bertanya tegas. Dia mahu memastikan segalanya.
“Apa papa cakap ni?” Irham hilang punca.
“Gadis tadi, yang datang jumpa Irham tadi. Cantik-cantik, pakai baju kurung merah jambu, bertudung litup tu, kekasih Irham kan?”
Irham berjeda seketika. Cuba mengingati gadis seperti yang diterangkan papanya. ‘Erk! Budak tu!’
“Yang tadi tu? Ish mana ada papa.” Irham cepat-cepat menafikannya.
“Kamu tak payah bohong papa, sekali tengok pun papa dah tahu.”
“Tapi papa silap!” Irham menegaskan.
“Papa nak kamu bernikah dengan dia secepatnya.”
“Tapi papa...” Irham kaget, papanya telah tersalah anggap.
“Tak ada tapi-tapi Irham. Selama ni papa suruh kamu kahwin, macam-macam alasan kamu. Sekarang kamu dah ada kekasih, buat apa nak tangguh lagi.”
“Tapi papa, itu bukan kekasih Irham la.”
“Sudah, tak baik mempermainkan perasaan anak gadis orang, papa tak pernah ajar kamu kurang ajar dengan perempuan. Kali ni kamu kena ikut cakap papa, kahwin dengan dia. Kalau tak...”
“Kalau tak apa?”
“Papa takkan wariskan Irham Holding pada kamu, segala saham kamu akan papa serahkan pada sepupu kamu, Hadry.”
“It’s not fair papa! Kenapa tiba-tiba saja? Lagipun perempuan tu bukan kekasih Irham!”
“Papa tak peduli.”
“Tapi papa!”
“Tak ada tapi-tapi lagi Irham, mama kamu suruh kamu kahwin dengan Sherry kamu tak mahu, sekarang dah ada kekasih hati, kamu tetap tak nak kahwin ya!”
“Tapi...” Irham kehilangan kata.
“Sekarang kamu pilihlah sendiri, Sherry atau gadis tadi. Papa nak kamu kahwin secepat mungkin, paling lambat pun papa bagi tempoh sampai hujung tahun ni. Kalau kamu tak kahwini salah seorang dari mereka, papa akan wariskan syarikat ni pada Hadry. Keputusan papa muktamad.”
Irham terpempan. Tan Sri Zahir pantas keluar dari bilik itu usai membuat keputusannnya, meninggalkan Irham terpinga-pinga.
“Hujung tahun tu lagi sebulan je pun. Papa sengaja buat aku dalam dilema macam ni. Ah kusut!!!”

Suka? =)

6 comments:

  1. best cter nie...next entry plsss...cpt2 ea post next entry..=>

    ReplyDelete
  2. beshnyer....
    cpt post entry bru...
    xcited ne..
    :)

    ReplyDelete
  3. hahhaa.best la cite ni...pdn muka irham, suka sangat kenakan orang, skrg dia pulak yg terkena....

    ReplyDelete
  4. hmmmm....semakin geram dgn perangai irham....melampau le!

    ReplyDelete
  5. sombong btul irham...huhu

    ReplyDelete
  6. Hmmm nnti mesti Irham pilih Zaara walaupun dia tk cintakan Zaara...Last2 Irham cintakan Zaara

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!