~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Monday, March 16, 2015

Novel : Miss You Mr. Arrogant Bab 14



“IRHAM.” Satu suara garau menerpa gegendang telinga Zaara yang sedang khusyuk menghadap komputernya di pejabat, pagi itu. Zaara mendongakkan kepalanya, seorang lelaki sedang berdiri di hadapannya saat itu.
“Ya, encik?” Zaara menyoal sopan kerana kurang jelas dengan butir bicara lelaki itu tadi.
“Irham. Saya nak jumpa Irham.” Lembut lelaki itu bersuara sebelum satu senyuman manis dihadiahkan buat Zaara.
“Oh Encik Irham. Atas urusan apa ya encik? Encik ada buat temujanji?” Zaara menyoal mengikut prosedur.
“Belum. Kalau saya buat temujanji sekarang boleh?” Lelaki itu mengenyitkan matanya. Zaara membulatkan matanya. Apahal encik dekat depan aku ni semacam je? Dahlah tersengih macam kerang busuk. Zaara menyoal dalam hati.
“Tunggu sekejap ya Encik. Encik Irham ada tetamu sekarang ni. Nanti saya beritahu dia tentang kedatangan encik. Nama encik?”
“Marwan. Panggil saya, Marwan.”
“Baiklah Encik Marwan. Encik boleh tunggu di sofa yang tersedia itu dulu ya. Nanti saya panggil encik.”
“Nama awak? Dah lama kerja sini?” lelaki itu menyoal, cuba memulakan bicara dengan sengihan terukir di bibirnya namun Zaara hanya tersenyum, tidak melayan pertanyaan lelaki itu.
“Encik duduk dulu ya. Nanti saya panggil.” Zaara mengulang semula ayatnya tadi.
Lelaki itu menganggukkan kepalanya sebelum bingkas berlalu ke arah sofa yang ditunjukkan Zaara. Zaara kembali fokus pada kerjanya sebelum sesekali melihat lelaki itu dan arah bilik Irham silih berganti. Menunggu masa untuk memberitahu Irham tentang kedatangan lelaki itu. Setiap kali mata mereka bertembung, pasti lelaki itu tersenyum manis padanya. Zaara jadi seram sejuk.
“Ok Zaara, I balik dulu ya.” Mr. Raymond, bekas majikan Zaara yang punya urusan dengan Irham, lekas menegur sebaik dia keluar dari bilik Irham.
“Ok Mr. Raymond. Have a nice day.”
If Irham treated you badly, just come back to our office ok?” Mr. Raymond bercanda membuatkan Zaara ketawa kecil.
Don’t worry Mr. Raymond. If Irham layan I teruk, definitely I will go back to RT Agency.” Kata-kata Zaara buatkan tawa Mr. Raymond pecah.
“Bagus-bagus. Thanks ya Zaara, nanti jumpa lagi.” Mr. Raymond mengangkat tangannya tanda selamat tinggal.
“Ok Mr. Raymond. Drive safely.” Zaara menghantar Mr. Raymond dengan ekor matanya dan senyuman yang terukir di bibir.
“Eh! Mana encik tadi?” Zaara baru tersedar ketiadaan lelaki tadi saat matanya terpandang pada sofa tempat lelaki itu duduk tadi. Zaara menggaru kepalanya yang tidak gatal sebelum bingkas bangun menuju ke bilik Irham.

“PAKSU?” Irham terpempan saat melihat susuk tubuh yang sudah lama tidak dia temui itu berada betul-betul di hadapannya ketika itu.
“Iyalah. Ni Paksu, kenapa Irham macam nampak hantu je? Tak percaya?” Marwan menyeringai. Lucu dengan keletah anak saudaranya saat itu. Irham yang baru tersedar dia tidak bermimpi, lekas menghampiri bapa saudaranya itu lalu bersalaman. Marwan membalas salam Irham dengan kemas dan kejap.
“Bila Paksu balik dari London? Kenapa tak beritahu Irham dulu?” Irham menyoal dengan rasa teruja sebaik mereka sama-sama melabuhkan punggung di atas sofa di dalam bilik Irham. Sudah hampir sepuluh tahun dia tidak ketemu bapa saudaranya itu sejak Paksunya memulakan hidup baharu di London usai pengajiannya di sana.
“Paksu pun balik tergesa-gesa, tanpa perancangan pun. Just rindukan Malaysia and decide to stay here, back for good.”
Good for you, Paksu.” Irham tersenyum, gembira menyambut kepulangan Paksunya kembali ke tanah air. Jejaka berumur pertengahan tiga puluhan itu masih kelihatan tampan dan punya karisma tersendiri yang bisa mencairkan hati para wanita. Umur mereka tidak jauh bezanya jadi ketika kecil mereka memang rapat, cuma apabila Paksunya membuat keputusan untuk tinggal di London maka mereka sudah jarang berhubung. Paksunya juga jarang pulang ke Malaysia sejak itu.
“Awak, tadi ada orang cari awak…” Zaara yang muncul tiba-tiba terus menyampaikan berita sebaik membuka pintu bilik Irham.
Irham dan Marwan sama-sama menoleh dan memandang Zaara serentak. Zaara tergamam saat melihat lelaki tadi ada bersama suaminya.
“Kan saya cakap, nak masuk ketuk pintu dulu.” Irham bersuara dingin. Tidak gemar apabila orang main serbu biliknya tanpa memberi sebarang tanda terlebih dahulu.
“Eh maaf awak. Maaf encik.” Zaara menunduk pada Irham dan Marwan, tanda meminta maaf sebelum keluar semula dari bilik itu.
“Menggelabah.” Irham bersuara separa berbisik namun masih jelas di pendengaran Marwan.
“Siapa tu, Irham? Setiausaha kamu ke?” Marwan menyoal. Pandangannya masih tidak lepas dari memandang keluar melalui dinding kaca bilik Irham yang lutsinar dan tirainya yang terbuka, melihat Zaara berlalu semula ke tempatnya.
“PA.” Irham menjawab pendek tanpa memandang ke arah Paksunya.
“Lawa.” Marwan membalas. Irham terkedu mendengar jawapan Paksunya, pandangannya mengekor arah mata Paksunya yang masih memerhati Zaara di luar.
“Kalau dibuat bini pun sesuai. Tak sia-sia Paksu balik Malaysia semula.” Marwan tersenyum-senyum.
“Ehem.” Irham berdeham, cuba melawan perasaan cemburunya yang menyala tiba-tiba. Marwan mengalih pandang ke arah Irham semula sebaik mendengar suara anak saudaranya itu.
“Dia dah ada suami.” Irham menerangkan tanpa memberitahu secara terperinci.
“La, iya ke? Sayanglah. Rugi Paksu.” Marwan ketawa kecil namun Irham langsung tidak berkata apa. Hatinya benar-benar rasa sakit namun disabarkan sahaja kerana Paksunya tidak tahu apa-apa.
“Aah betul. Baik Paksu jauhkan diri dari perempuan tu.” Irham mengingatkan.

“SIAPA sebenarnya lelaki tadi tu, Zaara? Bukan main lama lagi mengayat awak, akak tengok.” Hani muncul saat Zaara melabuhkan punggung di tempatnya.
“Ish mana ada dia mengayat. Entahlah kak, saya pun tak pernah tengok dia datang ke pejabat ni sebelum ni. Akak dah kerja lama dekat sini kan? Takkan akak tak kenal?” Zaara pula menyoal. Mustahil Kak Hani tidak kenal klien-klien Irham?
“Ish tak kenallah akak. Sepanjang lapan tahun akak kerja sini, tak pernah lagi akak jumpa lelaki tu.”
Zaara mengangguk, dia sendiri hairan dengan gerangan lelaki yang muncul tiba-tiba di pejabat Irham Holding ketika itu.

IRHAM keluar dari biliknya sebelum berjalan beriringan dengan lelaki yang masuk ke dalam biliknya tadi, membuatkan mata Zaara lekas mengekori langkah mereka. Irham menghantar lelaki itu ke perut lif sebaik bersalaman dengannya. Sebaik pintu lif tertutup rapat, Irham segera membawa langkahnya ke biliknya semula, melintasi meja Zaara.
“Siapa tadi tu, awak?” Zaara sempat menyoal sebelum sempat Irham membolos masuk ke dalam biliknya. Langkah Irham terhenti, menukar arahnya ke meja Zaara dan berhenti betul-betul di hadapan isterinya itu. Isterinya itu dipandang atas bawah dengan pandangan penuh curiga.
“Kenapa? Berminat? Jangan cuba-cuba nak berkenalan dengan lelaki tadi ya?” Irham menuding jari, memberi amaran setelah lama mendiamkan diri.
“Ish apa awak ni? Saya tanya sajalah.” Zaara mencebik.
“Dah. Tak payah tahu.” Irham berpaling sebelum berlalu kembali ke dalam biliknya.

“Huh! Arrogant tak ingat!” Zaara menjuihkan bibirnya. ‘Nak tanya sedikit pun tak boleh,’sebalnya di dalam hati.

Suka? =)

4 comments:

  1. interesting!!!sambung la lagi AK...best,sangat2 best

    ReplyDelete
  2. Best sangat..the best
    -damia-

    ReplyDelete
  3. Daebak! Love ittt

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum. Harap kalian sudi mengunjungi blog saya. http://balqisluv99.blogspot.my/2015/09/kekeluargaan.html?m=1

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u