~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Saturday, October 16, 2010

Cerpen : BearCinta

Awatif duduk kembali di tempatnya pagi itu setelah seminggu menghadiri kursus luar daerah. Rasa rindunya tak tertahan nak menatap wajah-wajah comel di atas mejanya. Hatinya berbunga nak berjumpa mereka semua.
“Satu, dua, tiga, empat,” Awatif mengira bilangan teddy bear yang berada di atas mejanya.
“Ahh, hilang satu! Mana Mr. Papprizio?” Awatif menjerit dari mejanya, gempar seluruh pejabat dengan kekecohan di meja Awatif.
Yatt terkocoh-kocoh ke meja rakannya itu setelah melihat Awatif membentak dan bermasam muka. Hilang seri terus wajahnya yang putih melepak macam Tiz Zaqyah tu. Pipinya merona merah menahan marah, tak payah tempek blusher lagi.
“ish, kenapa ni Wa? Kecoh satu ofis, malu laa...” Yatt menegur rakannya itu yang dah macam ibu ayam hilang anak, macam ayam berak kapur pun ada jugak. Eh apa kaitan ayam dalam cerita ni?
“Mr. Papprizio hilang! Ish siapalah ambik teddy aku, mahu kene hentak dengan jurus hentak berlipat aku ni.. aaa...geram ni!” Awatif merengus.
“Kau tak nampak dia ke Yatt? Kan aku suruh kau jagakan diorang semua ni untuk aku masa aku tak ada?”
“Mr. Papprizio? Yang mana satu ni, banyak sangat atas meja kau tu, aku pun tak ingat,” Yatt menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Mr. Papprizio tu yang comel-comel, perut buncit sikit, mata hitam macam pakai spek. Ala, macam Kungfu Panda tu. Tapi die bukan panda, dia rakun.”
Yatt tercengang, kurang faham dengan penerangan Awatif. “Rakun, menatang apa tu?” Yatt bertanya lagi.
“Ala, rakun pun tak tahu...” Awatif bengang, dia bingkas bangun lalu menjerit.
“Siapa-siapa ambik Mr. Papprizio aku sila pulangkan kalau tak mahu aku lesing korang sekor2!”
Terdengar riuh rendah satu ofis dengan hilai tawa, lucu dengan kata-kata Awatif.
“Apa kecoh-kecoh ni hah?” bos yang sedari tadi senyap dalam bilik tiba-tiba muncul sambil mencekak pinggang.
“Encik Adiey! Err... tak ada apa-apalah,” Yatt tolong memberitahu.
“Kalau tak ada apa-apa kenapa dari dalam lagi saya dengar terjerit-jerit. Kamu semua ni tak ada kerja lain ke?” Adiey mula membebel, wajah kacaknya itu sudah tidak lagi mencairkan hati sesiapa, sebaliknya cuma membawa kegerunan pada hati setiap pekerja Kencana Holding. Awatif yang bengang sedari tadi terus bangun.
“Dah lah Encik Adiey, saya tak ada mood la nak kerja. Saya on leave hari ni. Excuse me,” Awatif angkat kaki sambil membawa beg tangannya yang tergantung teddy bear comel.
“Awatif, Awatif. Listen to me,” Adiey memanggil tapi Awatif tak berpaling walau sepicing, laju dia berjalan mengalahkan pejalan kaki negara yang berjalan lenggang lenggok tu.
“Kenapa dengan dia tu Yatt?”
Yatt angkat bahu cepat-cepat. “Teddy bear dia hilang...” perlahan Yatt bersuara.
“Hah!”
******************
“Geram betullah aku, siapalah yang curi Mr.Papprizio...aaa...geram..geram...” mata Awatif bergenang dengan air mata. Laju dia berjalan ke kereta, hilang terus mood nak bekerja. Mana tak hilang mood, Mr.Papprizio papa belikan khas dari New Zealand, kesayangan Awatif, tapi teddy bear lain pun Awatif sayang. Tapi Mr.Papprizio....
“Awak cari yang ni ke?” Adiey menghulurkan teddy bear pada Awatif. Cepat-cepat Awatif mengesat air matanya yang hampir tumpah.
“Mr. Papprizio!!” Awatif menjerit suka seperti seorang kanak-kanak sambil memeluk teddy bear itu yang cuma sebesar tin minuman.
“Eh macam mana ada pada Encik Adiey?” Awatif segera bertanya.
Adiey merenung Awatif tajam.
“Saya terambil hari tu, nak lukis muka rakun untuk anak buah saya. Maaf tak beritahu,” Adiey bercakap dalam nada tegas.
Awatif tergelak kecil. ‘Lukis untuk anak buah, amboi baiknya,’ hatinya terfikir.
“Kenapa awak gelak?” pertanyaan itu buat Awatif terdiam, kecut perutnya.
“Err, tak ada apa. Kalau macam tu tak apalah Encik Adiey, maafkan saya buat perangai tadi. Saya tak ada mood lah kalau tak ada semua teddy bear tu atas meja saya,” Awatif memberi penerangan panjang lebar.
“Dah, dah, sekarang pergi naik atas sambung kerja. Saya tak luluskan pun cuti awak tu. Naik atas cepat!” arahan yang keluar dari mulut Adiey menggetarkan hati Awatif.
“Bb...Baik Encik Adiey...” Awatif tergagap membalas sebelum berpatah balik naik ke pejabatnya, tak berani dia nak melawan cakap bosnya itu yang garang mengalahkan singa betina.
Adiey tersenyum sendiri saat melihat Awatif berjalan semula masuk ke bangunan milik Kencana Holding itu.
******************
 “Awatif, kalau awak asyik dok kelek anak patung awak tu ke hulu ke hilir, macam mana awak nak buat kerja hah? Hilang satu dah meroyan satu ofis. Saya suruh awak buang semua teddy bear tu baru awak tahu...”
“Err, janganlah Encik Adiey. Kasihanlah pada diorang.”
“Ceh, awak ingat diorang tu bernyawa ke untuk saya kasihankan? Saya tak suka produktiviti kerja awak menurun hanya disebabkan patung-patung tu.”
“Lain kali jangan buat perangai lagi,” Adiey menyambung.
Awatif hanya diam, air matanya dah mula bergenang. Mujurlah hanya dia dan bosnya saja di dalam bilik itu. Kalaulah dia kena marah depan staf-staf yang lain, tak tahulah kat mana dia nak letak muka dia.
 “Dah-dah, sambung kerja awak. Jangan dok belek je patung tu semua.”
Awatif melangkah longlai ke tempatnya semula saat keluar dari bilik Adiey.
“Ah garang betullah, cakap lembut sikit tak boleh ke? Kalaulah jantung aku ni tak bersambung dengan kapilari-kapilari campur urat saraf bagai tu, mahunya terjatuh ke bawah. Fuhh... ” Awatif mengurut dadanya saat mengingati semula kata-kata bosnya sebentar tadi.
“Mr. Paprizzio, Miss Pinku, Momo-Chan, Romeo dan Juliet, hmmm...” Awatif memandang sambil menyebut nama-nama teddy bear kesayangannya itu.
“Apalah salah korang sampai bos tak suka kat korang ek? Hmm... jangan risau, aku takkan biarkan korang dibuang. Aku akan jaga korang. Sayang semua.” Awatif memeluk kesemua teddy bearnya macanm orang gila. Kalau petugas hospital gila ada di situ, pasti Awatif takkan selamat.
**********************
“Awatif, please help me,” suara Adiey di corong telefon mengejutkan Awatif yang sedang bersiap nak pulang ke rumah.
“Ada apa Encik Adiey?”
“Saya ada mesyuarat kat luar ni, tak sempat nak ambil anak buah saya kat tadika. Tolong fetch her up for me ok?”
“Err, tadika mana Encik Adiey? Nama anak buah Encik Adiey?”
“Tadika Anak Harapan, anak buah saya nama Myra Qalisha.”
“Ok Encik Adiey...”
“Myra ke ni?” Awatif bertanya pada seorang budak comel yang seperti mencari-cari seseorang.
“A’ah. Myra la ni. Kak ni siapa? Mana Pak Su?”
Awatif mengangkat Myra dalam dukungannya. Geram dia tengok pipi Myra yang bulat, kalah kecomelan teddy-teddy bear kesayangannya tu.
“Pak Su ada hal lah sayang. Ikut kakak ye.”
“Hmm, apa bukti kakak ni Pak Su yang hantar? Kalau kakak nak culik Myra macam mana?”
Awatif tersenyum, rasa nak gigit je pipi comel Myra tu. Geram sungguh dia, dah lah petah berkata-kata.
“Myra tak percaya kan kakak ke? Jap akak call Pak Su Myra ye?” Myra cuma mengangguk perlahan.
Selesai menghulur kembali telefon Awatif, Myra tersengih manja. ‘Apa kenanya budak ni? Kena pujuk dengan Pak Su agaknya.’
“Pak Su cakap suruh kakak bawak Myra jalan-jalan,” Awatif terkedu. ‘Tadi suruh aku hantar balik je, ni suruh bawak Myra jalan-jalan pulak. Ish ish ish... mujur budak ni comel sangat, sejuk sikit hati tengok dia. Kalau harapkan Pak Su dia tu, boleh bikin hati panas je...’
“Myra, hari tu Pak Su ada lukis rakun kat Myra ek?” Awatif cuba berbual mesra dengan Myra saat mereka singgah di kedai makan itu.
“Rakun? Benda apa tu? Tak tau pun,” pantas mulut mungil itu membalas.
Awatif terdiam.
“Rakun tu, yang mata hitam tu....”
Myra menggaru-garu kepala sambil menggeleng.
“Tak ada pun. Tak pernah tengok rakun tu macam mana la kak?”
Awatif cepat-cepat mengambil Mr.Papprizio yang berada di dalam begnya. Sengaja dia bawa pulang hari tu sebab nak mencuci Mr.Papprizio yang dah kotor berhabuk.
“Wahhh, comelnyaa... Myra nak!” Myra terus merampas Mr.Papprizio dari tangan Awatif.
“Bagi kat Myra ye kak? Bolehlah?” pujukan manja dari Myra buatkan hati Awatif cair, tanpa sedar dia mengangguk.
“Yeay! Yeay! Dapat teddy bear!” Myra menjerit gembira.
“Ehem dah lama kat sini?” suara garau itu segera membuatkan Awatif berpaling. Adiey segera mengambil tempat di sebelah Awatif.
“Pak Su!! Kakak ni baiklah, dia bagi Myra teddy bear ni... bolehlah kakak ni jadi maksu Myra....” Myra petah bercakap membuatkan Adiey tersenyum.
“Terima kasih ya Awatif...” ujar Adiey dengan nada yang lembut yang tidak pernah Awatif dengar selama ini. Cair pulak jadinya dia mendengar suara lembut Adiey. ‘Eh terima kasih?’ hatinya terdetik. Wajah Awatif berubah keruh, baru dia tersedar yang teddy bearnya itu sudah jatuh ke tangan budak kecik itu...
‘Aaaaaa!!!’ hatinya menjerit tapi tiada siapa mampu mendengar.
*******************
“Kenapa kau ni Wa? Sugul je aku tengok. Ada masalah ke?” Yatt menegur Awatif yang kelihatan lemah tak bermaya. Entah ke mana semangatnya hilang.
“Mr. Papprizio...” Awatif menyebut nama teddy bear kesayangannya itu sambil menunjuk pada rak tempat Mr.Papprizio selalu berada yang kini sudah kosong.
“Eh mana bear kau tu?”
“Mr.Papprizio dah tak ada!” Awatif menekup wajahnya pada meja, sedih mengenangkan ketiadaan Mr.Papprizio.
“Eh hilang lagi ke?”
Awatif menggeleng tanpa memandang Yatt. Perlahan wajahnya diangkat semula.
“Dah diambil orang.”
“Hah! Siapa ambik? Kan kau sayang Papprizio tu, takkan suka-suka kau bagi kat dia. Siapa orang tu? Cakap? Meh aku mintak balik...” Yatt ingin membantu.
“Anak saudara Encik Adiey, kalau berani pergilah, waaa!” Awatif meraung tapi dalam nada perlahan supaya tidak didengari rakan sepejabat yang lain.
“Gulp...” Yatt menelan liur mendengar nama bosnya.
“Cik Awatif Awaddah?” suara yang memanggil nama Awatif segera dipandang walaupun dia lemah tak bermaya.
“Ya saya...” Awatif membalas walaupun hairan melihat orang itu memegang sejambak bunga dan satu teddy bear yang sangat comel.
“Ini untuk cik, sila tandatangan ya.”
Sebaik penghantar itu melangkah pergi, segera Awatif membuka kad yang tersisip di atas bunga.
Buat Awatif,
Terimalah teddy bear dan bunga ini sebagai tanda cintaku buatmu~
                                                            -Mr. Ax-
‘Mr.Ax. Ax mana pulak ni?’ Awatif berfikir ligat, cuba mengingati andai ada kenalannya yang bernama Ax.
“Hmm, tak ada pulak aku kenal orang nama Ax ni, kau kenal tak Yatt?”
Yatt tergeleng-geleng. “Ax, kalau A.X.E Axe tu aku tau la kapak... ni Ax... huhu...hah! entah-entah nama buruh Burma yang tengah buat renovation kat ofis bawah kot.”
Yatt tergelak besar, cepat-cepat Awatif mencubitnya.
“Aduh, sakitnyaaa...”
“Padan muka, buat lagi andaian macam tu.” Awatif mencebik bibir, geram.
Saat itu juga Adiey melangkah melintasi meja mereka.
“Seronok nampak, tak ada kerja ke?”
Awatif dan Yatt terus terdiam. Kecut perut lagi, tiap-tiap kali ditegur bos, mereka mesti kecut perut. Siapa tak takut pada Adiey Zackery bin Dato’ Yahya Zakaria, pemilik Kencana Holding ni, kucing pun takut.
“Sudah, saya bayar gaji awak bukan untuk bersuka bergelak ketawa. Sambung kerja.”
“Err, baik bos,” Yatt segera berlalu ke tempatnya.
“Awatif...” Awatif yang baru nak mula bekerja, terkedu ditegur Adiey.
“Kalau awak nak kumpul banyak-banyak teddy bear kat sini, bukak saja kedai teddy bear. Tak payah kerja dah.”
Berbisa sungguh kata-kata itu hingga menusuk jantung Awatif. Teddy bear yang baru saja diterimanya segera ditolak masuk ke dalam tong sampah. ‘Ahh, biarlah! Puas hati aku. Suka sangat nak sakitkan hati aku ni. Dah lah anak buah dia yang ambik teddy bear aku. Ni ada orang lain tolong gantikan pun dia nak bising. Benci.’
“Kenapa awak buang teddy bear tu?” Adiey kelihatan terkejut dengan tindakan Awatif.
“Saya tak nak bukak kedai teddy bear kat sini. Teddy bear saya dah cukup.” Perlahan Awatif bersuara dan segera menyambung tugasnya tanpa memandang Adiey lagi.
********************
‘Siapa Ax ni agaknya ya? tiba-tiba je luah rasa cinta kat aku... hmmm.. dah lah hari-hari hantar bunga dan teddy bear tu. Kalau Encik Adiey nampak, mampus dia cakap aku dah jadi kedai teddy bear betul-betul. Kena buang jugaklah nampaknya, walaupun sayang,’ Awatif terfikir sendiri sambil memegang teddy bear yang baru diterimanya tadi.
Awatif,
Andai teddy bear boleh bernyawa, pasti dia juga kan jatuh hati padamu seperti mana aku menyintaimu~~
                                                                                                            -Mr.Ax-
Awatif membelek kad itu sebelum menyimpannya di dalam laci. ‘Jiwang betul Mr.Ax, dahlah tahu kesukaan aku pada teddy bear. Heheh... ni yang rasa macam cair ni. Tapi siapa dia ya?’
“Wa!!!” Yatt terjerit memanggil Awatif. Segera Awatif ke tempatnya.
“Kau tahu Wa, aku dapat maklumat.”
“Maklumat apa Yatt?” wajah Awatif berkerut.
“Aku dah tahu dah siapa yang hantar kad, bunga dengan teddy bear tu,” Yatt tersengih bangga kerana kerja penyiasatannya berjaya.
“Siapa?” Awatif tak sabar untuk tahu.
“Azam, budak technicion tu la...”
Awatif cuba mengingati kembali Azam.
“Oh yang hari tu tolong repairkan komputer aku yang masuk virus tu ek?”
“Hah! Yang tu laaa....”
“Mana kau tahu ni Yatt? Entah-entah kau hentam kromo je ni?”
“Betullah, budak department bawah cerita kat aku yang Azam tu syok kat kau. Dia tangkap cintan dengan kau masa tolong repairkan komputer kau hari tu laa...” Yatt yakin dengan teorinya.
*****************************
“Awak Azam kan?” Awatif bersuara saat berjumpa Azam di koridor saat itu.
“Ya saya, awak Cik Awatif kan...”
“Panggil Awatif je... sebenarnya saya ada nak tanya awak sikit ni. Soalan peribadi.”
Azam kelihatan terkejut namun segera mengangguk.
“Awak ke yang hantar kad, bunga dan teddy bear kat saya selalu?”
Azam terdiam, namun seketika kemudian dia mengangguk.
“Sayalah tu.”
Lepas kejadian tu, beberapa kali juga Awatif keluar dengan Azam, sekadar mahu berkenalan, namun entah mengapa perasaannya hambar setiap kali bertemu Azam. Perasaan bertemu bosnya yang garang gila tu pun lagi best dari perasaan bertemu Azam. Eh bos? erk...
“Awatif!” bosnya tiba-tiba muncul di depan matanya hari itu saat dia tengah makan tengah hari dengan Azam. Baru saja dia berangan lagi best jumpa bos, bosnya dah sampai. Panjang umur...
“Ye Encik Adiey!” pantas Awatif menjawab dalam ketakutan.
“Awak ikut saya, lunch dengan saya, sekarang.”
“Eh bos, kenapa?” soal Awatif. Namun tanpa sempat berbuat apa-apa, Adiey dah menarik lengannya. Mujur dia pakai baju kurung, jadi tak bersentuhanlah. Kang tak pasal-pasal dia dapat dosa, bukan muhrim tu...
“Saya tak suka awak keluar dengan dia Awatif!” tegas suara Adiey saat mereka berada di dalam kafe house itu.
“Kenapa pulak Encik Adiey?” Awatif tertanya.
“Dia tu penipu... penipu besar. Suka-suka hati nak menyamar,” Adiey mengomel sendiri.
“Apa Encik Adiey, saya tak dengarlah...” Awatif tak mampu mendengar suara Adiey yang perlahan. Part penipu besar je yang sempat dia dengar.
“Awatif. Saya terus terang saja dengan awak ya. I... love... you... Titik.”
“Apa?” Awatif terkedu.
“Ish awak ni pekak ke apa?” Adiey berang.
“Saya cintakan awak Awatif Awaddah!!!” Adiey menjerit hingga satu kafe mendengar suaranya.
Awatif terkesima. Ada suara-suara yang tergelak kecil di sekelilingnya. Hatinya tak mampu percaya.
“Tapi Encik Adiey, saya rasa saya dah jatuh cinta dengan Mr.Ax.... dia lebih memahami jiwa saya... maafkan saya...” Awatif terus berlalu pergi, tak sangka bosnya itu akan meluahkan perasaan padanya.
‘Orang yang garang gila tu jatuh cinta dengan aku? Ajaibnya. Tapi betul ke aku jatuh cinta dengan Azam ye? Hmm.. aku jatuh cinta dengan Mr.Ax dalam kad tu, bukan dengan Azam di alam realiti. Macam dua orang yang berbeza je. Hmmm...’
*******************************
“Ting tong!” bunyi loceng rumahnya itu membuatkan Awatif segera bergegas ke pintu. Tudung yang tersedia di atas penyangkut segera dicapai dan disarung ke kepalanya.
Satu teddy bear besar berada di hadapan pintu rumahnya, mungkin sebesar manusia.
“Eh siapa pulak yang tinggal teddy bear kat sini ni?” Awatif menyoal sendiri.
“Awatif...” Adiey menjenguk dari belakang teddy bear itu.
“Eh Encik Adiey....”
“Awatif, please, stop calling me that. Panggil Ax saja.”
Awatif terkedu. ‘Ax!’
“Tak mungkin!” Awatif terjerit kecil, tidak percaya dengan kata-kata itu kerana Azam awal-awal lagi sudah mengaku yang dirinya lah Mr.Ax. ‘Kalau nak dibanding Encik Adiey yang memang bencikan teddy bear aku ni, aku lagi percaya yang Azam itulah Ax... tak mungkin Encik Adiey, tak mungkin!’
“Andai teddy bear boleh bernyawa, pasti dia juga kan jatuh hati padamu seperti mana aku menyintaimu, Awatif...”
“Mana Encik Adiey ambil ayat tu, Encik Adiey baca kad saya ke?”
Adiey mengeluh.
“Awatif, saya yang tulis kad tu, saya tahulah apa yang saya tulis.”
“Saya tak percaya!”
“Macam mana saya nak buat awak percaya ya?”
Awatif terdiam. Dia sendiri tidak pasti bagaimana caranya untuk meleraikan kekeliruan ini.
“Nah, ambil ni, tanya Azam sendiri...” Adiey menghulurkan telefonnya yang sudah berdail nombor Azam.
“Saya minta maaf Awatif, saya bukan Mr.Ax. saya mengaku sebab saya fikir mungkin ini caranya saya dapat dekati awak. Saya tak pernah hantar apa-apa pada awak. Cuma memang saya ada memendam perasaan pada awak. Itu saja. Saya mintak maaf kerana menipu awak, Awatif...”
Awatif terdiam saat menekan punat merah pada telefon itu.
“Awak percaya cakap saya sekarang Awatif?”
Awatif masih menggeleng. Tidak mampu untuk percaya lagi. Adiey mengelus rambutnya ke belakang, cuba berfikir cara untuk meyakinkan Awatif.
“Awak ingat tak Awatif, masa awak pulang dari kursus, Mr. Papprizio awak hilang. Memang saya ambil, tapi bukan sebab nak lukis gambar rakun untuk anak buah saya, tapi sebab saya rindukan awak. Saya simpan teddy bear tu dalam ofis saya untuk hilangkan rindu pada awak.”
Air mata Awatif mula mengalir. Terlalu terkejut dengan semua ini.
“Selama ini saya pura-pura benci awak, marah awak sebab saya nak kaburi perasaan saya, saya malu. Saya takut awak sedar yang saya cintakan awak. Saya tak reti meluahkan perasaan saya ni.”
“Setiap kali saya marah awak, hati saya turut terluka, apatah lagi bila nampak air mata awak. Tapi saya tak mampu nak terus-terang.”
“Lepas anak buah saya Myra ambil Papprizio, saya sedar awak sedih, sebab awak sangat sayangkan teddy bear tu, sebab tu saya hantar teddy bear baru setiap hari pada awak. Tapi sayangnya awak buang semua teddy bear tu...”
“Awak yang cakap tempat saya macam kedai teddy bear!” Awatif bersuara dalam esak tangis.
Adiey tergelak kecil.
“Hanya itu caranya untuk saya sembunyikan semua perasaan ni sebelum saya bersedia untuk berterus terang.”
Awatif tersedu sedan, perlahan dia mula percaya kata-kata Adiey.
“Lepas saya tahu Azam mengaku yang dialah Mr.Ax, saya rasa sedih sangat, rasa menyesal sebab tak terus terang dengan awak awal-awal. Sebab tu saya luahkan perasaan saya. Tapi...”
“Tapi saya dah jatuh cinta dengan Mr.Ax kan?” Awatif menelah.
“Ya, tapi awak percaya yang Azam tu lah Mr. Ax... sebab tu saya datang pada awak hari ni, untuk luahkan segalanya. Maafkan saya Awatif, saya cintakan awak setulus hati saya sejak dulu lagi. Maafkan saya. Kalau awak dah jatuh cinta pada Azam, tak apalah. Saya relakan awak pergi padanya walaupun hati saya sakit.”
Awatif tersenyum. “Saya jatuh cinta pada Mr.Ax dalam kad, bukan Azam.”
“Maksud awak?”
“Saya cintakan awak jugak, Mr.Ax!” Awatif berterus-terang.
Air mata Adiey perlahan mengalir.
“Eh janganlah nangis Ax, buruk la lelaki menangis.” Awatif mengusik.
Adiey tersenyum dan menyeka air mata yang mengalir di pipinya. “Saya rasa bahagia sangat sebab awak mahu terima saya.”
“Saya terima awak dengan sepenuh hati Encik Adiey, tapi jangan bencikan teddy bear saya lagi...”
“Ya baik sayang...”
Mereka sama-sama ketawa riang.
“Nah...” perlahan Adiey menghulurkan satu teddy bear kecil. “Mr.Papprizio!!” Awatif menjerit gembira sambil memeluk Mr.Papprizio.
“Eh tapi Myra, kesian dia...”
“Tak apa, saya dah bagi semua teddy bear yang awak buang tu sebagai ganti Mr.Papprizio...” Adiey tergelak kecil.
“Mana boleh bagi kat dia Mr. Papprizio, kan dia Bear Cinta kita...” sambung Adiey.
“Apa?”
“BearCinta!!!”
“Aku cinta padamu, benci padamu...” Awatif menyanyi kecil.
“Itu Bencinta laaa awak..”
“Suka hati saya la....”
Mereka sama-sama ketawa. ‘Terima kasih Mr. Papprizio! BearCintaku!’

*Salam semua! Hehehe.. tiba-tiba rasa nak ubah angin kejap, buat cerita romantik merapu camni... heheeheh.... semoga memenuhi citarasa anda semua. Sebarang pendapat dan komen sgt dialukan. Terima kasih!*



Suka? =)

15 comments:

  1. suke sgt....
    citernye pon comei cm bear jugak....
    huhu....

    ReplyDelete
  2. bestnyer, sweet sgt lorh..

    ReplyDelete
  3. sweetnye cter ni.....sk sgt...mcm bear

    ReplyDelete
  4. ahaks!
    mesti heroin pon comel mcm bear kan..
    hehehehhe...

    ReplyDelete
  5. walupn aku bkn hantu teddybear tp aku suke tengk kecomelnnyaa..
    kdg2 menympah jugk tengk org lain blh peluk teddybear......krn aku alah pd bulunyaa....uawaaa...serius, cite nie sweet & comel..

    -ara-

    ReplyDelete
  6. sweet..sukeeeeeeeeeeeeeee <3

    ReplyDelete
  7. bearcinta<3
    so sweeet :')

    ReplyDelete
  8. Best3....bf sy pun bg bear sebesar sy...tempah khas tau...hahaha
    Btw , suka3....

    ReplyDelete
  9. Mr Papprizio ! Untunglah siapa dapat Mr Adiey ni. Hehehe :) Btw, best cita ni.

    ReplyDelete
  10. Nak Mr Papprizio & Mr Adiey. Btw, best cite ni :) suka sangat :)))

    ReplyDelete
  11. AK buatlh dlm bentuk novel.. Mesti best..

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!