~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Monday, January 3, 2011

Novel : Setulus Cinta Bab 2


Ammar tergamam saat melihat kelibat Zafira menghampirinya, wajah yang sering diharap muncul di depan mata, akhirnya datang sendiri menyerah diri. Ammar tersenyum sendiri namun cepat-cepat mematikan senyuman itu saat Zafira sudah berdiri betul-betul di hadapannya di laluan pejalan kaki itu.
“Assalammualaikum saudara,” Zafira menegur dalam nafas yang masih berombak kepenatan.
“Waalaikumussalam. Ada apa?” Ammar buat-buat tidak mengerti padahal dia yakin gadis di hadapannya itu ingin bertanyakan soal folio tugasannya yang keciciran.
“Puas saya cari saudara ke sana ke mari.”
“Cari saya? Untuk apa?”
“Er, saudara ingat saya tak lagi?” Zafira cuba mengingatkan Ammar akan dirinya supaya senang dia bercerita.
“Er, tak pastilah.” Ammar buat-buat tidak ingat.
“Kan kita berlanggar tempoh hari, ingat tak?”
Ammar berjeda seketika, berlagak seperti sedang memikirkan sesuatu, padahal perkara itu sudah sering bermain di dalam fikirannya.
“Oh ya! saya ingat dah. Jadi kenapa ya?”
“Assignment saya keciciran la, masa saya terlanggar awak tempoh hari. Awak ada ternampak tak assignment tu?”
“Assignment?”
“Aah. Folio yang sudah siap dibinding. Kulit depan warna merah jambu tertulis nama saya, Nur Zafira Aryssa.”
Ammar merenung gadis itu dalam-dalam, seolah cuba memahami kata-kata gadis itu. sengaja dia berbuat demikian, sekadar mahu merenung gadis yang membikin hatinya tak keruan sejak kebelakangan ini.
“Oh, saya rasa ada.”
“Betul ke?” hati Zafira terasa berbunga riang.
“Tapi saya tak ingatlah saya letak mana. Nanti saya cuba cari ya.”
Kata-kata jejaka itu buat Zafira kembali murung, risaunya bukan kepalang. Walaupun tugasannya itu ada tersimpan rapi dalam pendrivenya, namun hampir lapan puluh peratus dari tugasan itu ialah dari keratan akhbar, bagaimana lagi Zafira mahu mengumpul keratan akhbar yang serupa seperti di dalam folio tugasannya yang asal? Zafira buntu, masanya kian suntuk. Esok dia harus menghantar tugasan itu atau dia akan kehilangan banyak markah.
“Awak jangan risau ya, InsyaAllah saya akan cari assignment awak tu sampai jumpa. Jangan risau ok!” Ammar segera memujuk. Ammar jatuh kasihan saat melihat wajah murung Zafira.
“Terima kasih saudara. Esok saya dah nak kena hantar assignment tu, harap-harap boleh jumpa, kalau tak, matilah saya. Maaf menyusahkan saudara.”
“Tak apa. Tak susah pun. Er, tapi jangan panggil saya saudara ya, macam formal sangat aje. Panggil saya Fir ok?”
“Fir?”
“Aah, Firdaus.”
Sengaja Ammar meminta Zafira memanggilnya sedemikian, barulah eksklusif, hanya Zafira yang boleh memanggilnya sebegitu. Orang lain? Kekal dengan panggilan Ammar.
“Saya Zafira. Panggil Fira.”
“Eh lebih kurang kan? Fira dan Fir.” Ammar tersengih. Zafira tersenyum tawar, malu pula diusik sebegitu.
“Kalau begitu Fira, boleh tak saya nak minta nombor telefon Fira?” Ammar meminta dengan cermat, risau niatnya disalah erti.
“Nombor telefon?” Zafira angkat kening, kurang mengerti.
“Iyalah. Bila saya dah jumpa buku Fira, nanti saya mesej untuk maklumkan Fira, kat mana dan bila kita nak berjumpa esok. Ok tak?”
Dengan berat hati, Zafira mengangguk. Tidak pernah sekalipun dalam seumur hidupnya dia memberikan nombor telefonnya pada seorang lelaki asing. Zafira sangat pemalu dengan insan bergelar lelaki kerana dia merasakan tidak ada seorang lelaki pun di atas muka bumi ini yang sudi berkawan dengan insan sepertinya.
“Fira?” Ammar dapat menangkap resah di hati gadis itu.
“Oh ya, nombor telefon saya 017 *******,” Zafira segera memberikan nombor telefonnya saat melihat Ammar sudah bersedia dengan telefon di tangannya.
“Ok Fira, terima kasih. Apa-apa hal saya akan hubungi Fira ok? Jangan risau, InsyaAllah assignment tu akan saya jumpa.”
“Terima kasih. Kalau begitu Fir, saya minta diri dulu lah ya. Dah lewat ni, saya nak pulang ke asrama.”
“Ok!”
Ammar tersenyum saat melambai Zafira hingga gadis itu lesap di sebalik bangunan.
“Hoi!” Jeritan di tepi telinganya itu membuatkan Ammar tersentak, dadanya diurut perlahan akibat terlalu terkejut. Naim yang sudah ada di sisinya tersengih panjang.
“Terkejut aku Naim! Kalau aku ada sakit jantung, memang matilah aku tadi.”
Naim menepuk-nepuk bahu Ammar sambil ketawa kecil.
“Itulah kau, dah nampak awek depan mata, terus lupa kawan.”
“Bila masa aku jumpa awek?”
“Tu si budak gem...”
“Mulut tu baik-baik sikit eh, kang naik penumbuk aku ni, tak pasal!”
“Amboi garangnya! Demi awekmu itu, sanggup kau marahkan aku.”
Ammar tersenyum simpul.
“Kau ah mulut cam puaka. Tolong jangan sesuka hati panggil dia macam tu ok. Dia pun ada perasaan jugak.”
“Eh sejak bila kau kisah dengan perasaan aweks-aweks ni? Selalu bukan main senang je kau guna lepas tu tinggal. Tak fikir pun pasal perasaan.”
“Eh cakap baik-baik eh. Aku tak pernah gunakan diorang eh, diorang yang selalu gunakan aku. Sengaja nak rapat-rapat dengan aku, lepas tu kikis duit aku. Kau fikir aku tahan ke dengan perempuan macam tu semua?”
“Yelah aku faham. Tapi kau ni macam dah tak ada taste je aku tengok. Takkan sampai minah terlebih berat tu pulak kau boleh syok?”
“Cinta itu buta Naim.”
“Amboi, pandai bermadah. Tadi bukan main pandai berlakon, sekarang berpujangga pulak.”
“Berlakon? Bila masa aku berlakon?”
“Tu yang dengan minah tu tadi la. Konon-konon tak jumpa lagi folio tu, padahal ada je dalam beg kau tu kan. Macam aku tak tahu.”
“Kau mengintip aku lah tadi eh?”
“Aah, saja nak tengok drama sebabak kau.”
Ammar tersenyum sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Malu sebab kantoi dengan Naim.
“Kenapa kau tak pulangkan aja kat dia?”
“Saja lah. Bila aku cakap aku tak jumpa lagi folio tu, barulah ada peluang nak jumpa dia semula. Siap dapat nombor telefon lagi.”
“Bergeliga otak kau kan?”
“Tengok orang lah.”

Suka? =)

2 comments:

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!