~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, March 3, 2015

Novel : Miss You Mr. Arrogant Bab 1


Bab 1
SEBUAH BMW berhenti betul-betul di hadapan bangunan pencakar langit yang tinggi menyapa awan. Seorang jejaka bersut biru gelap lengkap bertali leher, turun dari kereta dengan langkah kemas. Dia mendongak merenung bangunan pencakar langit itu sebelum Raybannya dibuka dan diselit ke poket baju. Langkahnya diatur perlahan memasuki bangunan yang menempatkan syarikat korporat miliknya, Irham Holding.
“Selamat pagi, Encik Irham. Pagi ini Encik ada mesyuarat dengan pihak Ara Holding berkenaan projek di Setia Alam.” Hani, setiausahanya yang berusia lewat tiga puluhan itu lekas membacakan jadualnya hari ini sebaik Irham melabuhkan punggungnya di kerusi.
“Assalammualaikum Kak Hani,” tegas saja Irham bersuara bersama jelingan tajam, mengingatkan setiausahanya itu untuk memberi salam, bukannya ucapan selamat pagi semata. Hani tersipu-sipu malu sebelum bersuara kembali.
“Hari ini Encik Irham ada mesyuarat dengan pihak Ara Holding.” Ulang Hani sebaik memberi salam.
“Ya saya dah dengar tadi. Ada apa lagi?”
“Hmm, pukul tiga nanti, Encik Irham ada appointment dengan wakil dari pihak Yayasan Kasih Khadeeja berkenaan pemberian sumbangan kebajikan untuk anak-anak yatim dari yayasan terbabit.”
Irham mengangguk-anggukkan kepalanya tanda dia mengerti sambil otaknya ligat memikir agenda mesyuarat yang akan dihadirinya nanti.
“Ada apa lagi, Kak Hani?” Irham mendongak memandang Hani yang sedang berdiri di hadapannya semula.
“Itu saja, Encik Irham.” Hani tersenyum.
“Kalau macam tu, Kak Hani boleh keluar.” Tegas nada Irham memberi arahan, membuatkan Hani segera angkat kaki, keluar dari bilik itu.
Irham diam seketika sebelum butang ON ditekan pada komputernya. Wajahnya serius, cuba memusatkan fikirannya pada hal-hal yang akan diuruskannya nanti. Sebaik komputernya menyala, pandangannya menala kepada skrin komputer. Dengan tidak semena-mena, senyuman terukir di bibirnya, lebar sekali.
“Dah lima tahun rupanya. Sekejap saja masa berlalu,” Irham bersuara sendiri sambil matanya masih tertancap pada skrin komputer, lama. Gambar perkahwinannya menghiasi latar skrin itu membuatkan senyuman tak lekang dari bibir Irham.
“Zaara Amirah.” Nama itu meniti di bibirnya tanpa dia sendiri sedari.

ZAARA sibuk memasukkan baju kotor ke dalam mesin basuh sewaktu telefon berdering dengan nyaringnya.
“Sekejap! Sekejap!” Zaara bersuara seolah telefon itu mampu mendengar katanya dan menunggu dia menjawab.
“Assalammualaikum.” Zaara memberi salam saat gagang telefon diangkat. Entah siapa yang menelefonnya pagi-pagi begini, dia sendiri tidak pasti.
“Kenapa lambat sangat angkat?” suara sedingin ais itu menerpa sebaik dia memberi salam. Zaara terpempan. Apa mimpi dia telefon pagi-pagi lagi ni? Aku ada buat salah apa-apa ke? Gagang telefon dijauhkan dari telinganya seketika, cuba mencari jawapan.
“Zaara!” suara yang kian nyaring buatkan Zaara kembali melekapkan telinganya pada gagang telefon.
“Ya awak? Ada apa call saya pagi-pagi lagi ni? Awak ada tertinggal barang dekat rumah ke? Nak saya hantarkan?”
Diam.
“Irham…” Zaara memanggil suaminya yang sudah kembali sepi di sebelah sana.
“Puan Zaara Amirah oi, awak fikir awak PA saya ke nak kena hantar barang-barang saya segala?” Zaara tergamam. Sakit pulak hatinya bila persoalannya dibalas sebegitu.
“Manalah saya tahu, kot awak ada urgent apa-apa ke, tertinggal apa-apa ke sampai call saya lepas baru setengah jam awak pergi kerja. Mestilah saya pelik, sebab tu saya tanya.”
Diam lagi. Kali ini lebih lama. Zaara menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Awak! Ish janganlah main-main, kalau ada masalah apa-apa cakap la. Kalau tak ada, saya nak sambung buat kerja ni.”
“Kerja apa sangat yang ada kat rumah tu?” nada Irham masih tidak berubah. Zaara menggelengkan kepalanya.
“Macam-macam saya nak buat ni, nanti Iman bangun saya tak sempat nak buat dah. Kalut jaga dia.” Zaara mengomel, geram pula bila Irham mempersoalkan kerjanya di rumah seolah seorang surirumah itu hanya duduk goyang kaki di rumah.
“Hari ini masak ikan keli bakar ya.” Zaara terpempan sekali lagi sebaik mendengar suara Irham yang sengaja dilembutkan. Hilang terus rasa geramnya, sebaliknya bertukar menjadi sengihan yang sukar lekang dari bibir. Mulutnya ditutup, risau sengihan itu bertukar menjadi tawa namun tawanya pecah jua seketika kemudian.
“Awak call saya semata-mata nak minta saya masak ikan keli bakar?” Zaara menyoal dalam tawa yang masih belum kebah.
“Iyelah, salah ke?” Zaara menggeleng namun sudah pasti Irham tidak dapat melihatnya tika itu.
“Iyelah Encik Irham, nanti saya masakkan ikan keli bakar cicah air asam ye.”
Irham menelan liur saat mendengar kata-kata Zaara itu. Mujur Zaara tidak ada di depan matanya, kalau tidak tentulah makin kuat Zaara mentertawakannya.
“Hmm… Yelah. Pergilah sambung kerja. Assalammualaikum.” Irham meletak gagang sebaik sahaja salam diberi sebelum sempat Zaara membalasnya. Wajahnya terasa merona kemerahan. Entah apa yang merasuk jiwanya sampai tiba-tiba sahaja dia mendail nombor telefon rumah. Kerana tidak tahu memberi alasan apa, naiklah soal ikan keli bakar segala padahal bukan kerana itu dia menelefon Zaara.
Jadi kerana apa dia menelefon? Dia sendiri tidak ada jawapannya.
Rindu barangkali?
Ah gila baru keluar setengah jam sudah rindu?

Hentikan Irham, jangan nak jadi mat jiwang sangatlah!

Suka? =)

13 comments:

  1. wow..bestnya, harap novel ni ada penerbit nak buat sambungan...

    ReplyDelete
  2. baru baca bab 1 dah best ! xD hihihihi ~

    ReplyDelete
  3. Trima kasih kak Aliesha kirana... Saya penggemar dr Indonesia, salam kenal

    ReplyDelete
  4. Salam kenal kak Aliesha kirana... Cerita novelnya bagus sangat, apalagi didramakan.. Saya dr Indonesia suka sangat dengan drama nya...teruslah berkarya.. Salam

    ReplyDelete
  5. nggak sabar buat nonton dramanya. apalagi di lakonkan sama pelakon love you mr arrogant( Zara zya dan azlee khairi)

    ReplyDelete
  6. Saya nak citer nie di.sambungkan
    Plsss panggil azlee khairi belakon balik
    Nak dye dgn zara zya..cmfm citer nie akan meletop

    ReplyDelete
  7. Best yer ada sambungan novel
    Tapi sayang azlee khairi dah taknak belakon dah.please pengarah panggil balik dye takpa la lau dye nk benti pun janji dye pelakon dalam citer nie dgn zara zya
    Cmfm akan meletop
    Rindu sgt2 dgn lakonan dorg sweet gitu..thanks aliesha kirana best novel ya :)

    ReplyDelete
  8. Saya nak citer nie di.sambungkan
    Plsss panggil azlee khairi belakon balik
    Nak dye dgn zara zya..cmfm citer nie akan meletop

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Zara zya ngn Azlee khairi..windudududu sngt kat depa...ley smbng citer nie..peliss

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u