~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Wednesday, January 4, 2012

Novel : Kalimah Cinta 21


‘Ila, kita perlu jumpa. Untuk kali terakhir.’
Mesej dari Iman itu aku pandang sepi, setelah memalukan aku di hadapan rakan sekelas tempoh hari, apa lagi yang dimahunya dari aku? Mahu malukan aku untuk kali kedua?
Aku menghempuk telefon bimbitku di atas meja. Aku sudah tidak punya masa untuk memikir soal dia lagi. Aku perlu berikan sepenuh tumpuan pada kertas peperiksaan terakhir esok, dan esok juga aku akan menamatkan pengajianku di kolej ini. Ah begitu cepat masa berlalu, tapi bagus juga. Sekurang-kurangnya aku tidak perlu lagi berhadapan dengan Iman. Biarpun hatiku perit untuk berpisah dengannya, namun aku sudah tidak sanggup lagi menghadapi cacian dan perlian orang lain terhadapku setelah dimalukan Iman dan rakan-rakannya.
Perempuan tak tahu malu. Itu panggilan yang aku terima dari seluruh warga kolej terutamanya perempuan yang gilakan Iman, setelah terbongkar surat cinta untuk Iman itu. Ah mereka tidak tahu perasaan aku yang sebenar, siapa mereka untuk menilai aku siapa, sekurang-kurangnya aku berani meluahkan rasa hati aku. Namun apa yang aku kesalkan dan aku malukan, bila isi surat itu tersebar ke serata kolej, dan Iman sekali turut mengejek aku. Ya Allah! Terasa begitu terhinanya diriku ini.
‘Sudah Ila! Sudah! Fokus untuk exam! Bukan pada Iman lagi.’
Aku membuka buku dan enggan terganggu lagi dengan perihal Iman.
---------------------------------------------------------------
“Ila, saya perlu cakap sesuatu dengan awak.” Iman menahanku saat aku ingin keluar dari dewan peperiksaan, setelah kerta terakhir kujawab.
Aku terpempan, namun sempat ku usir perasaan sukaku pergi.
“Saya rasa dah tak ada apa untuk kita cakapkan lagi, Iman.”
“Tapi Ila...”
Aku merenung Iman tajam. Air mata yang ingin tumpah, aku tahan semahunya.
“Sudah! Cukup! Saya dah tak sanggup dengar walau satu ayat dari mulut awak. Setelah awak malukan saya, setelah awak hina cinta saya, awak nak apa lagi dari saya Iman? saya tak sanggup dimalukan untuk kali kedua. Cukuplah Iman. Cukup!”
Aku terus berlari tanpa memberi peluang pada Iman lagi. Dan itulah kali terakhir aku bertemunya tujuh tahun lalu. Dan kini, setelah bersuanya kembali tanpa diduga, di hospital dulu, barulah aku sedar yang Iman sudah cuba untuk meminta maaf padaku dan menerangkan segalanya, cuma aku yang enggan memberi peluang padanya untuk bersuara.
Air mataku tumpah lagi. Ya aku sedar, hatiku terlalu rapuh jika berkaitan Iman. Mudah sekali aku menangis kerana insan itu.
‘Ya Allah, usirkanlah segala perasaanku pada Iman, ya Allah. Aku tidak sanggup menyakiti hati Muhammad Safwan, bakal suamiku ya Allah. PadaMu aku meminta...’
-----------------------------------------------------------------------
Aku merenung cermin di hadapanku saat itu, baju nikah berwarna putih susu itu sudah elok tersarung di tubuhku, wajahku juga sudah dicalit mekap. Hanya menanti rombongan pihak lelaki tiba kerana majlis pernikahan itu akan berlangsung di rumah. Itu permintaan ibu yang mahu aku bernikah di rumah saja.
Farah tersenyum sambil membetulkan selendang yang tersarung di kepalaku.
“Ila dah sedia?” soalnya.
 “InsyaAllah Farah. Ila sedia.” Aku menguntum senyum.
“Tak menyesal?”
Aku menggeleng laju.
“InsyaAllah tak.”
“Baguslah kalau macam tu.” Farah menggosok bahuku perlahan. Memahami isi hatiku yang kupendam.
“Ila...” aku sedang hanyut dalam perasaanku sendiri, saat seseorang tiba-tiba memanggil.
“Ida...” aku terkejut melihat kehadirannya saat itu. Tidak terjangka di fikiranku yang Ida akan sudi menghadiri majlisku hari itu.
“Ila nampak cantik sangat.” Ida kelihatan teruja saat melihat aku. Tanganku digenggamnya erat.
“Terima kasih Ida.”
“Tak sangka kan, Ida yang bertunang dulu, Ila pulak yang kahwin dulu.” Ida ketawa kecil.
“Jodoh...” pendek aku membalas.
“Bila tengok Ila dah nak nikah, rasa macam tak sabar pulak Ida. Nanti nak suruh Iman cepatkanlah pernikahan kami.”
Aku tersenyum, kelat.
“Baguslah macam tu. Lagi cepat lagi bagus kan.”
Ida mengangguk laju.
“Ida datang dengan siapa ni?” aku menyoal walaupun aku sudah dapat mengagak jawapannya.
“Dengan siapa lagi Ila, dengan Iman la. Dia ada dekat luar, takkan nak ajak dia masuk bilik Ila pulak.” Ida ketawa kecil membuatkan aku juga ikut sama ketawa walaupun hatiku terasa sedih.
Iman... tidakkah dia sedar, dengan kedatangannya, bisa menggoyah sekeping hati ini?
‘Sabar Ila, sabar. Jangan jadi bodoh!’
Aku cuba memujuk hati sendiri, ya aku yakin aku mampu. Biarlah Iman datang sekalipun, aku tetap nekad menikahi Safwan yang mencintai aku seadanya. Aku tidak akan goyah biarpun Iman bakal menyaksikan pernikahan aku nanti. Ya aku yakin!
Bunyi deringan telefon mengejutkan aku dari lamunan. Telefon bimbit yang terletak di atas meja mekap, segera aku gapai.
“Astaghfirullah hal azim!” hanya ungkapan itu mampu terbit dari mulutku, serentak dengan itu juga, air mataku berhamburan turun.
“Kenapa ni, Ila?” Farah menyoal.
Aku merenung ke arahnya dengan air mata yang berlinangan.
“Safwan... Safwan...”
“Kenapa dengan Safwan?”
“Dia...” aku tidak mampu menghabiskan ayat itu. Sesuatu harus kulakukan.
Tanpa membalas soalan Farah, aku pantas berlari ke luar.

Suka? =)

8 comments:

  1. safwan kemalangan ek??? cian ila...sedih..

    np ila b'lari ke luar?? x kn nk jmpa iman kot....

    ReplyDelete
  2. ala..mesti jadi aper2 kat safwan kan..adoi...sian ila...x saba nie nak tau ape jadi ...;)

    ReplyDelete
  3. ana rsa pun ad s'suatu jd dgn wan....part nie yg suke nie...

    ReplyDelete
  4. ap jady kat safwan ?? AK cepat2 la smbg eh .. ta saba .. hehe

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!