Zaara menggeliat kecil lantas menggosok matanya yang masih pedih. Pinggangnya yang sakit akibat tidur di atas lantai semalaman, diurut perlahan. ‘Adeh, hari-hari macam ni boleh tua sebelum usia ni. Belum apa-apa dah bongkok.’ Zaara mengomel sendirian.
Mata Zaara dikalih ke arah Irham yang masih nyenyak tidur sambil memeluk bantal peluk di atas katil bersaiz ‘king’ itu. Langsung tidak bergerak seolah tidurnya begitu nyenyak.
“Irham, Irham... awak bangunlah, dah pagi ni...” Zaara menolak bahu Irham perlahan saat Zaara usai bersiap.
“Hmmm...” itu saja yang keluar dari mulut Irham tanpa membuka matanya walau sepicing.
“Ish susah betul nak bangun...” Zaara membentak.
“Bangunlah cepat! Nanti saya dengan awak, lambat ke tempat kerja!” Zaara menjerit sekali lagi dengan harapan Irham akan mendengarnya.
“Ish, apasal kau memekak pagi-pagi buta ni? Aku tahulah! Aku nak bangunlah ni!” Irham menutup wajahnya dengan bantal, enggan mendengar suara Zaara lagi.
Zaara cuma mampu menggeleng melihat tingkah Irham, perlahan langkahnya diatur ke bawah.
--------------------------------------------
Zaara sedang bersarapan sambil ditemani Mak Tom saat Irham kelam kabut menuruni tangga. Zaara yang sedari tadi menunggu Irham, tergamam saat melihat Irham sudah berlari ke pintu besar.
“Eh! awak! Irham! Abang!” Zaara memanggil Irham dengan semua panggilan yang diingatinya namun suaranya sudah tidak didengari Irham lagi.
“Ish, dah pergi la pulak.” Zaara menepuk dahinya.
“Kenapa puan?” Mak Tom menyoal.
“Tu, Irham tu, dah tinggalkan saya Mak Tom. Dia janji nak hantar saya ke tempat kerja hari ni,” Zaara mengeluh.
“Encik Irham tu memang begitu, selalu saja kelam kabut pagi-pagi bila nak ke tempat kerja. Dah tak pandang kiri kanan dah.”
“Nampaknya terpaksalah saya naik teksi hari ni, Mak Tom.”
Mak Tom sekadar tersenyum, ada riak simpati di wajahnya namun tiada apa yang mampu dilakukannya ketika itu.
“Hati-hati ya puan, jangan tumpang orang sebarangan.”
Zaara mengangguk kecil, air kopi di dalam cawannya segera diteguk hingga habis sebelum dia bingkas bangun.
-----------------------------------------------------------------------------------
Zaara menunggu sendirian di perhentian itu, sambil memerhati kelibat kenderaan yang lalu-lalang. Sekali sekala, jam tangannya dikerling.
Sebuah kereta BMW berwarna hitam tiba-tiba saja berhenti di hadapannya lantas cermin kereta itu diturunkan. Zaara menjenguk sedikit untuk melihat gerangan pemandu itu sebelum dia ternampak Hadry sedang tersenyum padanya.
“Zaara nak ke mana? mari saya hantarkan.” Hadry mengajak sambil melambai tangannya, mengajak Zaara masuk.
“Eh tak payahlah Hadry, saya boleh tunggu teksi.” Zaara menggeleng-geleng, hatinya dipagut rasa segan yang amat.
“Tak apa Zaara, alang-alang saya dah ada kat sini, tumpang saya ajelah, jom.”
“Tapi...”
“Tak apa, Irham tak marahlah.”
Zaara kaku di situ, masih serba salah untuk menumpang Hadry.
“Jangan segan-segan, saya bukannya nak culik awak, bawak lari ke Siam.” Hadry mengusik sambil tersenyum manis.
“Nanti awak lambat ke tempat kerja, saya tak tahu.” Hadry menyambung lagi, apabila melihat Zaara tidak memberikan sebarang respon.
Kata-kata Hadry itu buatkan Zaara segera mengerling jam tangannya semula. Memang dia akan terlewat kalau masih menunggu teksi di saat begini. Dengan berat hati, Zaara naik jugak ke dalam kereta Hadry.
Zaara cuma mendiamkan diri saat duduk di atas kerusi empuk kereta mewah itu, pandangannya dilepaskan ke arah pemandangan di luar. Segan hendak menatap wajah Hadry di sisi.
“Awak kerja dekat mana Zaara?” Hadry menyoal tiba-tiba saat sedang memandu.
Zaara segera berpaling menghadap Hadry, dalam keterpaksaan.
“Err, kat RT Agency, kat Jalan Indah.”
“Oh RT Agency! Saya kenal pemilik RT tu, Mr. Raymond kan?”
‘Popular sangat ke Mr. Raymond tu? hari tu Irham kenal, hari ni Hadry pun kenal.’ Zaara tertanya sendiri.
“RT Agency, client Irham Holding kan?”
“Hmm, agaknyalah. Saya pun tak pasti sangat sebab kerja saya tak deal dengan customer.” Zaara menjawab endah tak endah.
“Oh macam tu... jadi awak deal dengan siapa?”
“Dengan komputer.”
Hadry tergelak kecil, lucu dengan kata-kata Zaara.
“Awak ni pandai berguraulah Zaara.”
Zaara cuma tersenyum tawar, tidak merasa lucu pun di sebalik jawapannya itu. Jam tangannya dikerling lagi dan berharap Hadry akan membawa kereta dengan lebih laju supaya dia tidak perlu melayan Hadry lagi. Zaara risau, makin dilayannya Hadry ini, makin banyak pula rahsia yang terbongkar tanpa disedarinya.
Hadry memandang wajah Zaara sekilas, sebelum menumpukan semula pada pemanduannya.
“Awak macam tak selesa saja Zaara. Awak takut dengan saya ke?”
Zaara cepat-cepat menggeleng.
“Mana ada? Saya biasa ajelah.”
Hadry ketawa kecil.
“Saya tahu awak takut dengan saya kan.”
“Takut? Sebab apa pulak saya nak takut?”
“Yelah, awak takut rahsia awak terbongkar kan.”
Mata Zaara membulat, tidak mengerti dengan kata-kata Hadry.
“Apa maksud awak?”
Hadry tersenyum sumbing tanpa membalas apa-apa, membiarkan Zaara tertanya buat seketika.
“Saya dah tahu, yang Irham kahwin dengan awak untuk selamatkan Irham Holding dari jatuh ke tangan saya, kan?” akhirnya Hadry membuka cerita setelah hening seketika.
Zaara tergamam.
“Mmm..mana awak tahu semua ni?” Zaara tergagap.
“Kan saya pernah cakap sebelum ni yang Irham takkan berahsia apa pun dari saya.”
“Jadi awak tak kisah ke? Irham buat semua ni pada awak?”
“Soal Irham Holding tu saya tak kisah langsung Zaara, saya memang tak mahu warisi Irham Holding tu, Irham memang tahu saya tak berminat dengan Irham Holding, dari dulu lagi saya beritahu dia. Cuma satu je saya kisah...”
“Apa?”
“Saya kisah sebab Irham dapat awak.”
Zaara terpempan. Lidahnya kelu untuk berbicara.
Hadry tersenyum tanpa berkata apa lagi.
-------------------------------------------------------------
Irham sedang memandu saat dia teringat yang dia sudah berjanji pada Zaara untuk menghantarnya ke tempat kerja. Dengan segera Irham berpatah balik ke rumah namun dia hampa kerana Zaara sudah keluar.
Irham mencari Zaara di perhentian namun tidak terjumpa, menyebabkan Irham memandu sampai ke tempat kerja Zaara. Hatinya dipagut rasa bersalah kerana terlupa pada Zaara hingga menyebabkan gadis itu terpaksa bersusah untuk ke tempat kerja.
Irham terkedu saat melihat Zaara keluar dari perut kereta BMW berwarna hitam itu. Irham pasti, itu kereta sepupunya Hadry.
Tanpa menoleh kembali ke arah Zaara, Irham memecut keretanya dengan perasaan yang bercampur baur.
“Terima kasih Hadry.” Zaara bersuara sebaik keluar dari kereta Hadry.
“Apa saja untuk awak Zaara.”
Zaara tersenyum tawar, takut pula hendak memandang Hadry.
“Kalau awak perlukan saya untuk ambil awak lepas kerja nanti, call saya ok. Ini kad saya.”
Hadry menghulur sekeping kad namanya. Zaara menyambut lambat-lambat seraya mengangguk.
“Tak apa Hadry. Saya boleh balik dengan kawan saya.”
“Kalau macam tu, simpan saja kad saya dan hubungi saya bila awak rasa nak hubungi saya ok?”
Zaara menggangguk.
Keluhan berat Zaara lepaskan saat kereta BMW hitam itu hilang dari pandangannya. Kad nama itu digenggam erat sebelum disimpan di dalam tas tangannya.
‘Kenapa pulak dia cakap macam tu tadi? Apa maksud dia?’ Zaara tertanya sendiri.
-------------------------------------------------
“Wah pengantin baru dah sampai!” Fiz memeluk sahabatnya itu saat Zaara datang menegurnya.
“Kau naik apa tadi? Myvi kau kan ada kat rumah kita.”
“Ada orang hantarkan.” Zaara membalas malas. Tas tangannya diletakkan di atas meja sebelum punat On pada komputernya ditekan bagi menghidupkan komputer itu.
“Irham?” Fiz tersengih.
“Mana ada. Dia tu bukan nak ingat orang.” Zaara merengus geram.
“Habis tu siapa?”
“Sepupu Irham.”
“Hah? Datang mana pulak sepupu Irham ni tiba-tiba?”
“Datang dari London.”
“Wah! Ada watak lain pulak dalam kisah cinta kau ni eh?”
“Haish, apa watak-watak pulak ni. Kau fikir aku tengah berlakon ke?”
“Yelah. Berlakon kahwin dengan Irham.”
“Aku kahwin betul-betul ok, halal.”
Fiz ketawa.
“Maksud aku, berkahwin bukan sebab cinta. Sebab terpaksa.”
“Ye, aku dah dapat tangkap kata-kata kau tu. Tak payah nak jelaskan.”
“Amboi garangnya Puan Zaara Amirah ni. Dapat laki garang, dengan diri dia jadi garang.”
Zaara ketawa kecil. Bahu kawannya diusap lembut.
“Maaf Fiz, aku serabut sikit. Entah macam manalah aku nak hadapi semua ni nanti kan.”
“InsyaAllah Zaara. Aku kan ada, kau boleh harapkan aku.”
“Terima kasih Fiz. Kaulah kawan aku dunia akhirat.”
“Tentulah!” mereka sama-sama ketawa.
“Petang nanti aku balik rumah sewa dulu, nak ambil kereta aku.”
“Ok, no hal beb. Nak balik terus rumah sewa tu pun tak apa.”
Zaara mengeluh.
“Kalaulah boleh Fiz. Memang aku nak balik je rumah sewa tu. Tak mahu dah jejak kaki kat banglo mewah tu. Stress aku bila kena berhadapan dengan mereka-mereka yang bencikan aku ni.”
“Kau ajaklah Irham pindah dari situ.”
Zaara gumam, tidak berani hendak menyuarakan cadangan Fiz itu pada Irham.
-----------------------------------------------------------------
Zaara menanti di hadapan lif untuk turun ke tingkat bawah. Sebaik pintu lif terbuka, Faisal sudah berada di dalam perut lif, membuatkan hati Zaara tidak tenang. Dengan langkah perlahan, Zaara membolosi perut lif dan berharap akan ada insan lain yang ingin menaiki lif bersamanya dan Faisal. Malangnya hasratnya itu tidak tertunai apabila pintu lif tertutup tanpa ada insan lain membolosinya lagi.
“Zaara...” degupan jantung Zaara kian kencang apabila Faisal cuba memecah kesunyian antara mereka.
“Ya Faisal.” Zaara membalas sambil memandang Faisal sekilas, takut hendak melihat wajah itu lama-lama. Bimbang Faisal bertindak di luar dugaan kembali.
“Tahniah atas perkahwinan awak tu, maaf saya tak dapat hadir.”
“Err terima kasih. Tak apa Faisal.”
“Saya harap awak bahagia.”
Zaara pandang wajah Faisal dengan rasa sedikit terperanjat dengan ucapannya itu.
“Ter...terima kasih...”
“Kalau awak tak bahagia, awak beritahu saja saya, pandailah saya mengajar lelaki tu!” Faisal menggenggam penumbuknya.
“Eh.. eh saya bahagia Faisal. Saya bahagia.” Zaara mula cuak. Kang tak pasal-pasal, dia pulak yang dapat hadiah penumbuk tu.
“Ting!” pintu lif terbuka membuatkan Zaara pantas keluar dari perut lif dan berjalan dengan lajunya.
“Zaara!” Faisal memanggil kembali namun Zaara tak berani nak pandang ke belakang semula. Langkahnya dihayun laju dan berharap Faisal takkan mengejarnya.
Langkah Zaara terhenti sebaik melihat tingkat bawah itu lain benar dari kebiasaan. Tidak ada lobi sebaliknya pintu masuk ke pejabat lain.
“Alamak, aku salah tingkat daaa! Patutlah Faisal panggil tadi!” Zaara menepuk dahinya sebelum berlari ke arah pintu keluar.
‘Itulah, takut sangat dengan Faisal sampai lif terbuka pun main serbu aja, Zaara... Zaara...’ Zaara mengomel sendirian saat dia menuruni anak tangga untuk ke bawah.
p/s : silalah komen ye.. hehe. kalau ade yg kureng, boleh jugak AK perbetulkan..heeheheh...
Suka? =)
nampak nyer hadry menjadi saingan irham...
ReplyDeletebuat la irham cemburu giler....bior padan muko ko...heheheheh
best2 buat la cerita yg laki dia rasa cemburu..he..he..
ReplyDeletebest2...rajin2 la update...buat la..biar irham cemburu pula...he..he...
ReplyDeleteHardy suka zaara ya, irham mcm cemburu aje....cepat samb.... tak sabar nak tahu citer selanjutnya...:)
ReplyDeletewow sudah lama saya tunngu next entry .... baru hari ni dapat baca best ... best
ReplyDeletemiss jieha
yeah.. best ! :D
ReplyDeleteahha.. Hadry ade hati kat Zaara la.. adoi Zaara nie, kan da salah tingkat.. tula, takut sgt ngan Faisal.. p/s: tp klau saya pon, saya rase takut jugak.. ngeh3 :p
wah best lak, cp2 la smbg kak AK
ReplyDelete*Zaara tu maen serbu je :DD
yea!!! irham cemburu!!!!! harap2 zaara forever n alwayz love irham.. XD LOL
ReplyDeletebeastt..
ReplyDeletenak lg yea.
ReplyDeletecepat2 smbg......hehhee...
ReplyDeletealhamdulilah...abis jugak bace..huhu
ReplyDeletewah...seronot bace karya AK..mmg patut pun dibuat novel...
leh la mintak tunjuk ajar kalu ade salah pape kt AK camni kan..
mr arrogant! suke2!! singgah la blog sy gak..sy pun dlm dunia penulisan novel..hoho
ReplyDeletekak AK, nnt kalau novel nie nk dibukukn, guna trbitan kaki novel ek?? snang skit nk beli....
ReplyDeletemana smbungannya?
ReplyDeletebila nak update n3 bru???
ReplyDeleteMmg nampak Hadry suka kat Zaara,Tapi..nnt Hadry suka kat Fiz😊kan?😅
ReplyDelete