~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, March 15, 2011

Novel : Love You Mr. Arrogant! Bab 9


 Petang sudah larut, matahari kian tenggelam di ufuk barat, Zaara melangkah ke tempat keretanya diparkir dengan perasaan yang penat setelah seharian bekerja.
“Zaara...” suara yang memanggil dari arah belakang itu segera membuatkan Zaara menoleh. ‘Faisal!’ hatinya menjerit sendiri saat melihat jejaka itu kian menghampirinya. ‘Habislah aku!’
Zaara rasa cuak melihat jejaka itu, bukanlah kerana hatinya berdebar dek kerana perasaan yang menggebu sebaliknya cuak kerana tidak suka berhadapan dengan Faisal, segan ya amat.
“Err ada apa Faisal?”
Faisal kaku di hadapan Zaara, mata Zaara direnung dalam hinggakan Zaara naik segan. Cepat-cepat dia melarikan matanya dari pandangan jejaka itu.
“Saya dengar awak dah bertunang. Betul ke?” soalan yang terbit dari mulut Faisal membuatkan Zaara menelan liur. ‘Dari mana pulak dia tahu ni? Ah mesti sebab Mr. Raymond punya suara tu! Aduh!’
Zaara tersenyum nipis. Cuba untuk tidak menunjukkan perasaan cuaknya.
“Hmm betul. Minggu lepas saya bertunang.”
Faisal mengeluh panjang, membuatkan Zaara kian gusar.
 “Kenapa awak terima pinangan tu Zaara? Kan awak tahu yang saya cintakan awak!”
“Err, errr. Tapi, saya tak pernah cintakan awak.”
“Zaara, awak tahu kan, cinta boleh dipupuk. Saya ingat, awak akan terima saya satu hari nanti. Sebab tu saya bersabar selama ni walaupun awak tak layan saya.”
Zaara terkedu. Ayat yang cuba disusun di dalam hatinya seolah sukar untuk diluah.
“Awak tahu Zaara, saya seorang yang sukar untuk jatuh cinta, tapi sekali saya jatuh cinta, saya sangat susah nak lupakan orang tu.” Faisal menyambung.
“Faisal...” Zaara cuba mencari kekuatan dalam diri. Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum matanya memandang tepat ke arah Faisal.
“Saya harap awak boleh lupakan saya, memang kita tak ada jodoh. Saya minta maaf, kalaupun saya belum bertunang, saya masih tetap takkan terima awak dalam hidup saya.”
Faisal menggelengkan kepalanya dengan riak wajah yang keruh.
“Tapi kenapa Zaara?”
“Saya tak ada jawapan untuk soalan tu Faisal, cuma hati saya tidak pernah mampu membalas cinta awak. Saya minta maaf.”
“Tapi...” Faisal merentap tangan Zaara.
“Kenapa dengan awak ni? Lepaskan saya Faisal!”
“Tolonglah terima saya Zaara! Putuskan pertunangan awak tu!” Faisal memaut erat lengan Zaara membuatkan Zaara meronta minta dilepaskan.
“Tolong Faisal, jangan buat saya macam ni. Lepaskan saya.”
“Tidak, selagi awak tak terima saya Zaara.”
“Don’t be childish Faisal. Kita dah sama-sama orang dewasa. Terima hakikat ni, dan teruskan hidup awak!” Zaara menjerit sambil cuba melepaskan dirinya dari cengkaman Faisal.
“No Zaara. Tak mungkin, saya takkan lupakan awak!”
“Zaara, kenapa ni?” Irham yang muncul entah dari mana, berdiri menghadap Zaara dan Faisal.
Pautan Faisal yang mula longgar membuatkan Zaara mampu meloloskan diri. Segera dia berlari ke arah Irham.
“Tak ada apa-apa. Encik tak perlu masuk campur, ini urusan saya dan dia.” Faisal menuding ke arah Zaara.
Zaara yang kecut perut menyorok di belakang Irham.
“Tapi urusan dia urusan saya jugak.”
“Kau ni siapa nak masuk campur hah?” Faisal membentak.
“Saya tunang dia.” Irham bersuara sambil membuka kaca mata hitamnya lalu menghampiri Faisal.
“Saya Irham, Zafriel Irham.” Irham menghulur tangannya untuk bersalam dengan Faisal.
“Huh,” Faisal mendengus.
Salam dari Irham tidak disambut Faisal, sebaliknya dia berlalu dengan wajah tidak puas hati.
“Saya akan tetap cintakan awak...” Faisal berbisik saat berselisih dengan Zaara semula membuatkan Zaara menelan liur.
Saat Faisal hilang dari pandangan, barulah Zaara mengalih pandangan ke arah Irham yang sedang bercekak pinggang memandang ke arah Faisal yang sudah berlalu.
“Sombong gila. Siapa dia tu?” Irham bertanya dengan rasa tidak puas hati kerana salamnya tidak bersambut.
“Kawan sekerja.”
“Macam psiko je mamat tu.”
Irham masih tidak beralih dari memandang arah Faisal tadi tanpa mempedulikan Zaara yang sudah berdiri di sebelahnya.
“Dah lah, lupakan saja pasal dia. Awak ni datang sebab apa? Nak pergi mana pulak ni?”
“Kau cintakan dia ke?”
Soalan itu membuatkan Zaara kematian kata. Wajah Irham dipandang dengan riak tidak percaya.
“Mana ada!” Zaara seakan menjerit.
“Iye ke?” Irham menjeling pada Zaara.
“Yelah! Dah jangan tanya lagi pasal tu. Kenapa awak datang sini?”
“Ikut aku.”
“Tapi nak pergi mana?”
“Jomlah cepat!” Irham tidak menjawab sebaliknya terus berlalu ke keretanya. Zaara kalut mengunci semula keretanya sebelum mengekor Irham ke kereta.
“Saya dah penat lah mengekor awak ke sana sini... nak kahwin pun susah. Tak payah kahwin la, boleh tak?” Zaara menyoal pada Irham dengan wajah meminta simpati saat dia sudah berada di dalam kereta.
“Dah, kau jangan nak mengada, kau dah janji kan. Jangan kau berani nak batalkan perkahwinan ni. Kalau tak, siap kau!”
Zaara mencebik, muak mendengar ayat Irham itu. keluhan berat dilepaskan sebelum dia melepaskan pandangannya keluar tingkap. ‘Nasib badan...’ Zaara berbisik sendiri.
Kereta Audi S4 berwarna biru itu meluncur laju membelah jalanraya.
-------------------------------------------------------------
Zaara mengeluh panjang. Sudah dua hari dia bercuti dan pulang ke rumah keluarganya untuk membuat persiapan saat akhir, namun Zaara masih merasakan seolah dia sedang bermimpi.
Kenapalah aku takut sangat dengan ugutan dia tu? aku kan kuat? Kenapa aku tak melawan.
Sebab kau dah jatuh cinta dengan dia Zaara. Mengaku sajalah!
Jatuh cinta? Dengan Mr. Arrogant tu? ah tolonglah...
Jangan menafikan perasaan yang jelas kelihatan Zaara...
Tapi tak mungkinlah, takkanlah aku boleh jatuh cinta dengan dia?
Tiada apa yang mustahil Zaara...
Ah kau bohong!
Kau cintakan dia Zaara!
Aku tak cintakan dia! Fullstop! Tapi betul ke?
Zaara meraup-raup wajahnya. Barang hantaran yang sudah tersedia di dalam biliknya itu direnung satu-persatu. Semuanya dibeli saat Irham membawanya keluar tempoh hari. Hantaran itu semuanya diurus oleh Irham termasuklah soal menghiasnya, Irham sudah awal-awal lagi menempah gubahan hantaran yang ekslusif dari syarikat perancang perkahwinan.
“Kau akan jadi isteri orang Zaara... ingat tu...” Zaara bercakap sendiri macam orang gila. Wajah Irham sekali lagi menjengah dalam ingatan.
‘Aku tak suka dia! Aku tak suka dia!’ Zaara mengingatkan dirinya sendiri berulang kali sebelum dia berbaring di atas katil, cuba menutup mata, merehatkan dirinya yang sudah kusut memikir dan berdebar menanti hari-hari mendatang yang belum pasti ada sinar bahagia.


Suka? =)

15 comments:

  1. wahh...bahaya btul faisal 2...
    nsib baik irham smpai...
    ape2 pn...thnx 4 d n3...
    best sgt..
    cpat2 post bab bru...
    kalu bleh post hari2 pn xpe...
    (^_^)

    ReplyDelete
  2. harap2 dorang kawin arr...
    ala biasalah tu zarra..kata benci nanti lama2 jatuh cintalah tu...hehe

    best cik ak..

    sambunglah panjang2 sikit ye..tak puas..heheh

    ReplyDelete
  3. terbek!!..^_^..best2x!..muncul lak owg baru..kalau laaa si zaara minat jgak kt faisal, lg laa konflik..!..sombong betoi si irham tu kan!.arap zaara dapat tundukkan ksombongan dia..:)..smbung bg pnjang kit yea=D..good job akak KA!!^_^..

    ReplyDelete
  4. Tak saBar menunggu mereka kahwin...
    HeHE mcm mana nanti k'hdupan diorang..

    Next kak El, ema nak lagik:-D

    ReplyDelete
  5. mulut kata tak suka..tapi hati kata suka...hihihi

    ReplyDelete
  6. sukaaaa sgt..hihihihih..
    next..next plzz

    ReplyDelete
  7. wahhh...xsaba nk bce kesah diorg lps kawen...hahahahaha
    cpt2 la upload next n3...

    ReplyDelete
  8. Ermmm dah jatuh cinta la tue....tak per....tapi berjaga2 sikit gan faisal tue..mcm psiko jer...takutnyer

    ReplyDelete
  9. Ermmm dah jatuh cinta la tue....tak per....tapi berjaga2 sikit gan faisal tue..mcm psiko jer...takutnyer

    ReplyDelete
  10. hish.psiko si faisal 2..
    xsaba nk tgu dorg kwen.lme lg ke?hoho

    ReplyDelete
  11. Ak..thanks 4 d entry..i like...comel sunggug zaara n irham..takut pd faizal yg tak betui tu..nak tahu part dia org kahwin..cepat upload ya...

    ReplyDelete
  12. best...
    nk smbungan...
    cpat post erk..hehe x sbar nk tnggu.

    ReplyDelete
  13. ahaha.. best ! nasib baik Irham dtg. =)

    ReplyDelete
  14. best siot..faisal psiko!!

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!