~Pembaca Setia~

Ehem

Ehem

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Thursday, April 5, 2012

Novel : Cinta Bersaiz XXL! Bab 1


“Bismillah! Itadakimasu!” aku bersuara gembira saat sudah duduk di meja makan bersama Haiza pagi itu. Biasalah cikgu-cikgu, pukul sebelas sudah makan tengah hari. Hehe.
“Amboi DD, bukan main happy lagi kau bila dapat makanan kan?” Haiza mencubit pipiku yang yang tembam ini membuatkan aku menjerit kesakitan. Aku menggosok pipiku perlahan sambil memandang wajah Haiza dengan rasa marah. Ada jugak orang yang makan garfu hari ni!
“Sakitlah ngeng! Kan aku cakap jangan panggil aku DD! Aku bukan happy sebab dapat makan, aku happy sebab ini rezeki Allah. Salah ke?” aku menjelaskan, namun Haiza cuma tersenyum sinis.
“Eleh! Rezeki konon, nampak makanan macam tak makan sebulan.”
“Ceh! Aku happy pun salah. Bukannya aku makan macam tak makan sebulan. Sama je pun kuantiti nasi kau dengan aku, lauk pun sama. Kan?” Haiza cuma buat muka malas hendak melayan.
“Eh tengok jap, kau kena charge berapa ringgit.” aku cuba menyelak kertas terisi harga sepinggan nasi itu yang terselit di bawah pinggan Haiza, sama seperti kebanyakan kedai yang menyediakan lauk cedok.
“Empat ringgit. Kenapa?” Haiza pelik, dahinya berkerut. Pelik dengan soalan itu barangkali.
“Cis! Tak adil betul! Aku kena charge lima ringgit lima puluh sen!” hatiku rasa sebal, sebaik melihat kertas di bawah pingganku dan kubanding dengan harga nasi Haiza. “Padahal sama aje lauk kau dengan aku kan! Bencinya!” aku masih tidak puas hati.
“Mak cik tu nampak macam banyak kot.” Haiza menjawab acuh tak acuh, sambil mula menyuap makanan ke mulutnya. Kurang asam jawa betul!
“Kau nampak pinggan aku ni, banyak beza ke dengan kau?”
Haiza melihat pingganku sebelum menggeleng perlahan. Memang pinggan kami tidak banyak beza.
“Ah mentang-mentang aku ni gemuk, aku ambil lauk macam orang normal pun, orang tetap nampak banyak. Tetap nak charge mahal. Benci!” aku tarik muncung sedepa. Hati ini bukan main angin lagi. Mujur aku ini malu-malu kucing orangnya, kalau aku ni tak reti malu, aku dah tanya dah makcik kantin tu, kenapa charge dekat aku harga mahal.
Haiza cuma tergelak mengekek. Langsung tidak cuba memahami perasaanku yang sebal tidak terkata.
Ah diskriminasi betul! Inilah nasib orang badan XXL...
Menjadi XXL itu bukan bebanan bagi si pemilik saiz itu, tetapi mereka terbeban dek kerana layanan insan sekeliling pada mereka. Eh buat pesanan khidmat masyarakat pulak. Errr sambung cerita!

Aku pelik saat memasuki perkarangan rumah sebaik balik dari mengajar kelas tambahan hari Sabtu itu, dua buah kereta yang tidak diketahui pemiliknya elok terparkir di luar pagar rumah teres dua tingkat milik keluarga aku itu. Beberapa pasang kasut juga berselerakan di hadapan pintu utama. Aku masuk ke rumah dengan perlahan, usai memberi salam.
“Waalaikumussalam.” Ayah yang sedang khusyuk berbicara dengan tetamu-tetamu itu, segera menjawab salam.
Beberapa orang tetamu mendongak memerhatikanku membuatkan aku yang masih dalam keadaan kehairanan,melangkah dengan perlahan-lahan, menyalami semua tetamu wanita termasuk bekas guruku merangkap pengetua tempatku mengajar sekarang, Puan Hamidah yang asyik tersenyum memerhatikanku. Haih! Buat apa Puan Hamidah datang rumah aku pulak ni? Aku pelik, namun pantas berlalu ke dapur, mencari kelibat emak.
“Ada apa tu mak?” aku segera menyoal emak yang asyik membancuh air. Beberapa jenis kerepek sudah terhidang di dalam pinggan, membuatkan tanganku pantas mengambil sekeping kerepek dan mengunyah. Sedap aih!
“Ish tak baik macam tu, itu untuk tetamu. Dah-dah, tak manis pulak kalau bakal mertua kamu nampak kamu macam tu.”
Srappp! Darah rasa menyirap ke kepala, kerepek yang dah aku kunyah, rasa macam susah nak ditelan. Apa tadi? apa yang emak cakap tadi? aku macam tak dengar sangat la.
“Ba... baaa... bakal mertua?” aku jadi tergagap, meminta kepastian.
Emak tergelak kecil, melihat wajahku yang cuak.
“Aah la, bakal mertua kamu kat luar tu. Cikgu Hamidah.”
“Mak bergurau kan?” aku menyoal lagi dengan senyuman sinis, beranggapan bahawa emak aku cuma bercanda. Sengaja nak permainkan jiwaku yang rapuh ini. Auww!
“Ish nak main-main buat apa, tak ada kerja. Takkanlah saja-saja orang datang rumah kita bawak sirih pinang tu kalau bukan nak merisik.”
“Mungkin dorang datang merisik Ameena agaknya.” aku buat acuh tak acuh, yakin yang rombongan itu pasti bukan untuk diriku. Yelah, siapalah yang nakkan aku ni kan?
“Haish! Adik kamu tu baru enam belas tahun! Kalau ada yang meminang dia pun, mak takkan izinkan! Lainlah kamu tu, dah nak jadi anak dara tua!”
“Emak!” aku menjerit kecil. Malu bila dikata sebagai anak dara tua.
“Ish dah lah, mak nak ke depan ni. Nanti kering tekak tetamu semua.” emak tersengih, membiarkan aku keseorangan di dapur dengan penuh tanda tanya. Nak menghendap pun aku tak berani, tetapi hati aku tak keruan mahu tahu kebenaran! Ahhh!
Emak menyuruh aku keluar saat rombongan itu ingin pulang. Aku keluar dari dapur dan bersalaman dengan semua makcik-makcik yang ada di situ. Puan Hamidah yang duduk di hujung sekali, tiba-tiba bangun lalu terus memeluk aku, lama. Aku tergamam.
“Harap-harap Deeba boleh terimalah, peminangan cikgu ni ya!” Puan Hamidah sempat berpesan  sambil memegang tanganku erat, sebelum dia keluar dari rumah aku itu. Wajahnya penuh mengharap, menanti balasan dan keputusan dari pihak aku.
“Cikgu, eh mama balik dulu ya...” Puan Hamidah menepuk bahuku sebelum duduk di sebelah tempat duduk pemandu. Dia melambai sebaik kereta mula bergerak. Aku terpempan, masih terkejut dengan perkara itu. Terkejut ya amat! Adakah aku bermimpi?

Aku merenung siling bilik dengan pandangan kosong. Kata-kata emak tadi masih terngiang-ngiang dalam ingatan. Sudahlah rasa terkejut tadi belum reda, disuruh terima bulat-bulat pulak. Aduh! Tak bagi aku berfikir langsung, mentang-mentanglah anak Cikgu Midah, laju je mak nak suruh terima. Ah macam mana nak bagi keputusan, kalau keputusan dah dibuat tanpa persetujuan aku?
“Terima sajalah lamaran dari Cikgu Midah tu, takkan kamu nak membujang sampai tua?” emak memujuk aku saat aku sedang khusyuk menonton drama di televisyen, hampir tersedak aku yang sedang mengunyah kerepek baki petang tadi, saat mendengar emak memujuk sebegitu.
Buang tebiat agaknya emak ini, sewenang-wenang hendak menerima pinangan orang, dan buang tebiat juga Puan Hamidah yang tiba-tiba hendak menyunting aku untuk anak bujang dia yang tak pernah aku kenal. Ah semua orang dalam dunia ni dah buang tebiat agaknya!
“Eii, tak nak lah Deeba, bukan Deeba kenal pun lelaki tu, tiba-tiba aje masuk merisik. Tak nak, tak nak!”
“Apa tak kenalnya, kan mak dia cikgu kamu masa sekolah dulu, mungkin mak dia berkenan kat kamu untuk jadi menantu dia.”
“Yelah tu mak, ada ke orang yang nak berkenan dengan Deeba ni. Deeba kan gemuk, tak cantik, tak ada siapa pun pandang Deeba selama ni, mak. Biar ajelah Deeba bujang seumur hidup. Deeba tak kisah, boleh jugak Deeba jaga emak dan ayah.”
“Jangan menolak tuah Deeba, bersyukurlah ada yang sudi terima kamu. Kamu pun dah nak masuk dua puluh enam tahun, sampai bila nak duduk bawah ketiak emak saja. Esok-esok mak dah tak ada, siapa pulak nak jaga kamu? Kiranya kamu ni bertuah la Deeba, lelaki yang boleh terima kamu seadanya memang lelaki yang baik.”
Aku telan liur, ada kebenaran juga pada kata-kata emak. Ah tapi...
“Ala emak, ni mesti Cikgu Midah yang paksa, bukan anak dia nak sangat pun kat Deeba. Entah-entah pandang muka Deeba pun tak nak.”
Emak menggeleng laju.
“Mana ada, dia sendiri setuju terima jodoh ni, maknanya dia tak kisah la, sayang.”
“Mesti dia tak tengok Deeba lagi kan? Lajulah dia setuju, cuba dia dah tengok Deeba, mesti dia tak nak.” Aku cuba serkap jarang.
“Kenapa anak mak ni suka buruk sangka sangat ni? kamu tu cantik Adeeba. Kamu saja yang suka merendah diri. Dia dah tengok kamu, Cikgu Midah yang beritahu mak sendiri, dia tak ada halangan pun nak terima kamu. Dah jangan banyak alasan lagi, terima ajelah ye. Rugi kalau kamu tolak dia Deeba, peluang macam ni jarang muncul. Jodoh dah ada depan mata, jangan nak bantah-bantah lagi ya, sayang. Terima aje ya!”
Aku tergamam, tidak tahu hendak membalas apa lagi, kelu lidah hendak bersuara. Aku sebenarnya sudah redha, redha jika memang tiada jodoh aku di dunia ini kerana sudah lama aku menanti jodoh, namun setiap insan yang aku cuba cintai tidak mahu membalas cinta aku. Ah inilah kesusahan menjadi insan bersaiz XXL, tiada siapa yang sudi memandang.
Benar juga kata emak, hendak memiliki cinta punyalah susah bagi insan seperti aku, bila dah datang bergolek takkanlah aku nak menolak? Tapi ada ke lelaki yang baik sangat nak terima aku? ah lelaki tu tak betul agaknya!
Aku berkalih badan dan menutup mataku. Cuba mengusir perkara yang mengganggu ketenanganku ini.

 “Nah, ambil ni. Cikgu Hamidah suruh ibu bagi pada kamu.” emak menghulurkan sekeping sampul surat bersaiz sederhana saat aku turun untuk sarapan, pagi itu.
“Apa ni ibu?” aku menyoal sebaik sampul itu bertukar tangan.
“Bukak ajelah. Cikgu kamu tu cakap, dia tak mahu kamu terima tanpa tengok tuannya.” Emak berkias sebelum tersenyum sinis.
“Ala, kalau tak tengok pun, memang ibu dah terima dah kan. Deeba tak boleh tolak pun...” aku mencebik membuatkan Puan Asiah ketawa kecil.
“Iyelah, sebab kalau kamu tolak kali ni, memang kamu tolak tuah!” emak menjawab sebelum berlalu ke dapur, meninggalkan aku keseorangan di meja makan. Aku pandang kiri dan kanan, depan dan belakang. Emak sudah sibuk membasuh pinggan, Ameena sedang asyik menonton kartun di televisyen, ayah pula sedang membaca surat khabar di ruang tamu. Ok line clear! Aku membuka sampul itu perlahan sambil masih memerhati sekeliling, takut kalau kelakuanku diperhatikan. Sekeping gambar yang berada di dalamnya, kutarik perlahan lalu kutatap dengan debaran yang kencang.
“Subhanallah! Ish, biar betul emak ni?” aku terkesima, sukar hendak kugambarkan dengan kata-kata lagi.

Suka? =)

23 comments:

  1. salam dik..akak nak ucapkan selamat berpuasa ..

    wah ..Ak..comelnya adeeba tu ek..mesti heronya hensem giler kan..tak sabar nak tunggu next E3
    syabas ..akak rasanya cetir ni mesti sehebat Mr Arrogant..


    salam
    Kak Ida

    ReplyDelete
  2. apsal deeba t'kejut tgk gmbr 2...?
    mst XXL kn? hehehe...


    t'tgu2 kisah Irham ngn Zaara sbnrnya nie... :)

    ReplyDelete
  3. salam AK...

    permulaan yg bestlah AK....bertuah deeba tu...sukaa cita ni

    sue_atie

    ReplyDelete
  4. rasenya deeba t'kejt sbb hensem kot?macam cerpen cinta bersaiz xxl yg akak AK tulis..betl x?hehe

    ReplyDelete
  5. mcm pernah baca lar..
    novel nim dr cerpen yg AK pernah karang ke???

    ReplyDelete
  6. dalam cerpen AK sebelum nih kan...hehe..nk pnjg kan jd novel...bgs2...cayok AK

    ReplyDelete
  7. dalam cerpen AK sebelum nih kan...hehe..nk pnjg kan jd novel...bgs2...cayok AK

    ReplyDelete
  8. cerita ni dah dipostkan ke Penulisan2u kan..

    ReplyDelete
  9. best la...
    jln cerita yg agk berlainan...
    agknya mcm mana la rupa si hadif tu smp adeeba terkejut?? hhmm....
    waiting for the next entry ;)

    ReplyDelete
  10. haha, apa la yg adeeba terkejut sgt bila nengok gambar bakal suami dia tu ek??? nice entry... teruskan usaha anda...

    ~Aisy~

    ReplyDelete
  11. mesti hensem gler or keding gler kan hadif tu...hehee

    ReplyDelete
  12. haha...best2!!konpem ensem gilerrr mamat tu!!!

    ReplyDelete
  13. AK.. adekah novel nie diambil drpd cerpen AK "Cintaku Bersaiz XXL" ?? tp cerpen tu mmg best !! :D ade ke lelaki mcm Hadif kat dunia nie ? =_=

    ReplyDelete
  14. Apa ada dlm minda adeeba agaknya bila tengok gambar tu...

    p/s: AK blog satu lagi dah tak ada ke?

    ReplyDelete
  15. ahhh! Kimbum... comelnyer dy...! Kawaii... kyeopta... hawaiting lagi ok? gambatte! <3

    ReplyDelete
  16. salam AK...
    seriusly bst.fst time jmpe blog ni ble tgk cerita love you mr arrogant at tv... cri2 jmpe jugk... heheh

    ReplyDelete
  17. Make mcm jep sepah kot...hehehehe

    ReplyDelete
  18. Muke macam Jep Sepah kot...hehehhe

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u