~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, July 5, 2011

Novel : Love You Mr. Arrogant! Bab 22


Faisal mendengus geram, adegan di depan matanya tadi bagaikan membakar api cemburu yang menyala dalam tubuhnya. Sudah lama dia berdiam diri kerana tidak mahu menganggu kehidupan rumahtangga Zaara. Dalam pemikirannya Zaara itu seorang gadis yang baik yang tak akan mengkhianati suaminya, namun apa yang dilihatnya tadi menyangkal sama sekali persepsinya selama ini.
Faisal mengalihkan pandangannya saat melihat Zaara dan Hadry jalan beriringan masuk ke dalam pejabat. Ada bibit-bibit kemesraan yang dapat Faisal amati dengan mata kasarnya. Jemarinya digenggam dengan penuh rasa amarah.
Sengaja dia berjalan melintasi tempat Zaara saat itu namun Zaara langsung tidak mempedulikan kehadirannya sebaliknya asyik menyambung kerjanya tanpa menoleh ke arah Faisal walau sepicing.
‘Kau bukan gadis yang baik! aku mesti ajar kau nanti!’ Faisal mendengus marah.
----------------------------------------------------------
Zaara berjalan sendirian menuruni anak tangga bangunan pejabatnya untuk pulang, lewat dia pulang hari ini kerana masih banyak kerja yang perlu diselesaikan. Rakan sekerjanya yang lain sudah lama pulang.
Saat Zaara turun selangkah demi selangkah, tiba-tiba tangannya direntap seseorang. Rentapan yang kuat itu hampir membuat Zaara terjatuh namun imbangan badannya masih mampu mengawal dirinya dari terjelepok ke lantai. Pantas Zaara menoleh untuk melihat gerangan insan yang berani merentap tangannya sebegitu.
“Faisal?” Zaara terkedu saat melihat jejaka itu yang mencengkam tangannya dengan kuat sekali. Selama mereka bertemu di pejabat selepas Zaara berkahwin, Faisal langsung tidak menegurnya lagi. Zaara lagilah tak sanggup nak menyapa, dia cuma mengambil jalan berdiam kerana berdiam itu lebih baik dari mengeruhkan keadaan.
“Kenapa ni Faisal? Lepaskan tangan saya Faisal.” Zaara meronta.
Faisal cuma diam kaku di situ, tetapi tangannya masih kuat mencengkam tangan Zaara. Rontaan Zaara tidak mampu merungkai cengkaman tangan jejaka itu.
“Faisal lepaskan saya!” Zaara menjerit dengan linangan air mata yang mula bercucuran di pipinya dek kerana diasak dengan perasaan takut.
“Awak tahu Zaara, selama ni, saya masih cintakan awak...” Faisal akhirnya bersuara setelah lama berdiam diri.
Zaara menelan liur, mendengar butir bicara dari Faisal dengan perasaan gementar.
“Tapi saya tak nak ganggu hidup awak. Saya tak kacau awak selama ni sebab saya ingat awak setia dengan suami awak. Tapi saya tak sangka, rupanya awak bermain kayu tiga di belakang dia Zaara. Awak sanggup menduakan suami awak!” Faisal merenung Zaara, dengan renungan tajam.
“Apa yang awak merepek ni Faisal? Saya tak pernah curang la.”
“Awak tipu! Saya nampak awak bersuka-suka dengan project manager baru kita kat kopitiam tadi. Awak ingat mata saya ni buta ke Zaara?”
 “Faisal, awak salah faham saja tu. Saya tak pernah duakan suami saya. Percayalah.”
“Ah! Awak bohong Zaara. Awak bohong! Saya tak sangka awak perempuan macam ni. Awak curang! Kenapa mesti awak pergi kepada dia? Kenapa awak tak cari saya saja Zaara? Kalau awak tak bahagia dengan suami awak, saya boleh bahagiakan awak Zaara, tapi kenapa mesti awak pilih lelaki lain?”
Zaara tidak mampu membalas soalan itu, sendu hatinya tidak mampu dibendung. Bagaimana dia mahu jelaskan semua ini andai Faisal seolah sudah dikuasai nafsu amarahnya. Lagipun untuk apa dia jelaskan segalanya pada Faisal sedangkan antara mereka memang tidak punya dan tidak pernah ada apa-apa hubungan selain rakan sekerja.
“Jawab Zaara!” Mata Faisal merah menahan amarah yang menggelegak dalam hatinya, cengkaman tangannya dikuatkan hingga Zaara mengaduh kesakitan. Baginya perempuan itu perlu diajar agar dia tahu siapa dirinya yang sebenar. Zaara meronta-ronta namun matanya tak mampu bertentang dengan mata jejaka itu, kecut perutnya Tuhan saja yang tahu.
“Saya tak perlu jelaskan apa-apa pada awak!”
Tiba-tiba Faisal gelak sekuat hatinya bagaikan dirasuk syaitan.
 “Kalau awak boleh curang dengan lelaki lain, bermakna peluang untuk saya masih ada kan? Awak boleh terima saya kan Zaara?” Faisal menyoal Zaara dengan nada mendesak.
“Faisal! Saya isteri orang Faisal. Tolong sedar semua tu. kita takkan boleh bersama.”
“Ah! Awak tipu! Awak boleh terima lelaki tu, kenapa awak tak boleh terima saya Zaara. Kenapa?” Faisal menjerit. Cengkamannya pada tangan Zaara kian kuat.
 “Sudahlah Faisal, ini semua hanya satu salah faham. Tolong lepaskan saya Faisal, tolong saya...” suara Zaara kian perlahan, sedangkan air matanya kian deras mengalir. Dayanya sudah tiada untuk melawan cengkaman Faisal.
Faisal yang terkedu mendengar rayuan Zaara, perlahan melepaskan cengkaman tangannya menyebabkan Zaara yang tidak bersedia dilepaskan jatuh tergolek di atas tangga itu. Saat tubuhnya mendarat di atas lantai, Zaara rasakan kepalanya pusing dan sekelilingnya hitam.
“Zaara, Zaara!” Faisal memanggil dari atas namun Zaara lansung tidak menyahut. Faisal turun pula ke arah Zaara namun dia melihat Zaara sudah pengsan. Faisal yang panik melihat Zaara yang tidak sedarkan diri segera melarikan diri dengan perasaan takut yang membuak-buak.
----------------------------------------------------------
Irham merenung jam dinding yang tergantung di ruang tamu itu, sudah melewati pukul lapan malam. Dia berjalan mundar mandir sedari tadi sambil matanya sekejap mengerling ke arah jam dan sekejap pula merenung ke luar rumah. Menanti bunyi enjin kedengaran di laman, mengharapkan Zaara yang pulang, namun dia masih kehampaan.
‘Mana pulak perempuan ni pergi? Telefon pun tak berangkat...’ Irham mengomel sendiri sambil cuba mendail nombor Zaara semula untuk kesekian kalinya.
“Isteri kamu belum balik Ir?” Puan Sri Maryam yang sedari tadi memerhati tingkah anaknya pantas menegur.
“Belum mama. Entah ke mana perginya, tak ada pulak dia beritahu nak balik lambat hari ni. Kalau dia lambat pun selalunya dalam pukul tujuh dah sampai rumah.”
Puan Sri Maryam tersenyum sinis apabila melihat wajah anaknya yang kerisauan namun pada masa yang sama riak amarah terpamer.
“Barangkali dia keluar dengan kawan tak? Tak patut sungguh dia tu, boleh pulak dia balik lewat tanpa keizinan kamu, isteri jenis apa entah macam tu.” Puan Sri Maryam sengaja mencurahkan minyak ke dalam hati Irham yang sudah membara.
“Jangan tuduh melulu Yam. Irham, baik kamu cuba contact dia lagi sekali. Manalah tahu ada kecemasan yang berlaku.” Tan Sri Zahir yang merenung keluar tingkap sedari tadi pantas bersuara, hatinya turut berasa risau dengan kelewatan Zaara hari itu. Dia tahu Zaara bukanlah jenis isteri yang akan berbuat sesuatu sewenang-wenangnya tanpa keizinan dari suaminya.
Irham mendail nombor telefon Zaara semula dengan harapan kali ini panggilan itu akan dijawab.
-----------------------------------------------
Zaara tersedar saat dia mendengar nada deringnya berbunyi. Kepalanya yang masih kepeningan digagahkan untuk beralih mencari telefon bimbit di dalam tas tangannya.
“Hello.” Zaara bersuara lemah tanpa melihat nama yang terpamer di atas skrin telefon itu.
“Mana kau pergi hah? Kenapa sampai sekarang tak balik lagi?” jerkahan Irham di hujung talian membuatkan Zaara tersedar yang dia masih di dalam bangunan pejabatnya. Kejadian yang menimpa dirinya sebentar tadi mula menerjah ingatannya semula. Bagimana Faisal mencengkam tangannya saat dia hendak turun ke bawah, bagaimana Faisal menuduhnya curang dan memaksa Zaara menerima dirinya dan bagaimana akhirnya tubuh Zaara jatuh tergolek ke bawah saat Faisal melepaskan genggaman tangannya. Zaara cuba menggagahkan dirinya untuk bangun saat itu.
“Aduh!” Zaara menjerit apabila kakinya terasa ngilu dan tidak bisa digerakkan ketika dia cuba bangun.
“Kau kat mana tu? kau ok ke? Apa dah jadi?” Irham menyoal bertubi-tubi di hujung talian saat mendengar Zaara mengaduh kesakitan.
Air mata Zaara bergenang semula, perasaan takut menyelubungi dirinya.
“Awak, saya... saya dekat dalam bangunan ofis saya lagi. Kat laluan tangga. Boleh tak awak datang ambil saya? Kaki saya sakit la. Tak boleh bangun.” Zaara menjawab dalam nada sebak yang cuba ditahan.
“Kenapa boleh jadi macam tu?”
 “Nanti saya jelaskan. Tolong datang cepat sikit ya. Saya takut...” Zaara menyambung lagi dengan esak tangis yang mula kedengaran.
“Tunggu aku!”
Irham menekan punat merah sebelum bergegas naik ke atas, menukar bajunya yang hanya bersinglet dan berkain pelikat kepada t-shirt dan jeans yang lebih bersesuaian, lantas mengambil kunci keretanya yang terletak di atas meja bersebelahan pintu rumah.
“Apa yang dah jadi Irham?” Puan Sri Maryam yang melihat Irham terkocoh-kocoh segera menyoal.
“Tak ada masa nak jelaskan mama, Irham pergi dulu.” Irham lekas keluar tanpa mempedulikan Puan Sri Maryam yang ingin tahu.
-------------------------------------------------
Irham bergegas memasuki bangunan pejabat Zaara itu sambil matanya meliar mencari kelibat tangga yang dimaksudkan. Pengawal yang bertugas segera menyoal tujuan kedatangan Irham dan segera menunjuk ke arah tangga setelah diberitahu tentang hal yang sebenar walaupun pengawal itu seolah tidak percaya yang ada perempuan yang cedera berada di kawasan tangga berkenaan.
Irham bingkas mendapatkan Zaara saat terjumpa isterinya itu terduduk di atas lantai dengan wajah yang lemah, matanya digenangi air saat Irham mendekati.
“Macam mana boleh jadi macam ni?” Irham berlutut melihat keadaan Zaara. Kakinya kelihatan merah dan bengkak. Zaara cuma menggelengkan kepala sambil tangannya mengurut kakinya perlahan. Sukar untuk bersuara kerana sebak di dadanya kian bertambah saat melihat Irham muncul di situ. Walaupun dia cuba menafikannya, namun hatinya sangat lega apabila melihat Irham.
 “Dah, jom!” Irham menarik Zaara ke dalam rangkulannya lantas mencempung isterinya itu keluar dari bangunan itu menuju ke arah keretanya. Zaara memegang erat leher Irham sambil tubuhnya dirapatkan dalam rangkulan suaminya itu. Matanya ditutup perlahan, cuba mengusir peristiwa ngeri tadi pergi dari hidupnya.
---------------------------------------------------------------
“Jatuh tangga? Yang kau ikut laluan tangga tu kenapa? Lif kan ada? Saja cari pasal!” Irham membebel saat mereka pulang dari klinik.
Zaara cuma membatukan diri, tidak berani menceritakan hal yang sebenar, sebaliknya dia cuma mengatakan bahawa dirinya jatuh tangga. Mujur dia tidak apa-apa, cuma luka-luka kecil dan kakinya terseliuh.
“Saya dah biasa turun ikut tangga. Jarang guna lif untuk balik,” Zaara bersuara perlahan setelah lama mendiamkan diri, risau amarah Irham padanya kian memuncak.
Irham menjeling ke arah Zaara dengan pandangan tajam sebelum beralih ke depan semula, fokus pada pemanduannya walaupun hatinya masih tidak puas hati.
“Habis tu, tak reti turun tangga ke sampai boleh jatuh?”
Zaara cuma diam. Air matanya tidak berhenti berjuraian di pipi. Bukan kerana dia sedih dengan kata-kata Irham, sebaliknya masih terkejut dan ketakutan apabila mengenangkan peristiwa tadi.
“Maafkan saya...” suara Zaara kedengaran perlahan di gegendang telinga Irham. Seolah gadis itu berbisik. Wajah Zaara dipandang sekilas, dan Irham dapat melihat pipi gadis itu basah dengan air mata yang tak henti berjuraian.
Irham menghela nafasnya perlahan, sudah tidak kuasa hendak menyoal Zaara lagi saat Zaara masih dalam keadaan terkejut sebegitu. Hening mula menyelimuti mereka saat kedua-duanya mengambil keputusan untuk diam sahaja, melayan perasaan masing-masing.

p/s : ramai yg teka Irham yg nampak Zaara dan Hadry bersama. hehe. salah!

Suka? =)

27 comments:

  1. sukaaa !!! x sabar tggu next entry :D

    ReplyDelete
  2. sian zaara....next n3 cpt....xjgn la upload lambat2...xsaba nk bce....

    ReplyDelete
  3. wah,cpt la next n3...hrp yg romntik
    hehehhehehe....x sabaq nk tau pe jd!!!
    =)

    ReplyDelete
  4. bilalah irham nak buka pintu hati dia kat zaraa...tak sabar nak tgu saat irham lafazkan kata cinta kat zaraa

    ReplyDelete
  5. penuh suspen n3 kali ni. Irham ni pun satu, nk marah plak. kesian la zaara tu kn tgh sakit. huhuhu...tapi marah tanda syg kan? ^_^

    ReplyDelete
  6. sweet..teruskn usha anda (irham) 2 tandanyer irham dh syg kat zaara suke3x.....next....TERBAIK..

    ReplyDelete
  7. btul xsangka...ingt Irham rupanya Faisal...hehe...nice~~ suspens gitu...:)

    ReplyDelete
  8. cute!!!
    nk lagi... (n_n)

    ReplyDelete
  9. alahai..kesiannya Zaara..malaun brtui la..Faisal dibiarkan aje minah tu...dan berlalu pergi..betui betui dayus...zaara report ajr kat polis atau HR katakan aja sexual harrasement...biaq dia tau ..langit tu tinggi rendah

    ReplyDelete
  10. buat suupen je... bagilah love thriller c.ket mcm tu baru best . juz bagi suggestion , kalo nak buat pon lg sy suke . 4 the next N3 cepat c.ket boleh?

    Miss_BZbody

    ReplyDelete
  11. hehehe 'betul..betul...salah..!'(upin ipin pya version)
    ala..awat pendek je entry ni. kasi la lagi,huhuhu.nak lagi! nak lagi! tak kira nak lagi jugak!(wat gaya bdk kecik la plk)

    ReplyDelete
  12. amboi writer suka yek dpt kenakan ktorg...
    hahaha...
    caring gak si irham kat zara nk...
    hehehe

    ReplyDelete
  13. t'bayanglah pulak jang geun suk pakai kain pelekat!hahaha....cpt2 smbg lgi!Chaiyok writer!

    ReplyDelete
  14. suke2, nk lagi AK =))

    ReplyDelete
  15. nk lg nk lg nk lg n3..... bg ari2 lg best tau!!!!
    n3 yg sentiasa dinanti2...

    ReplyDelete
  16. nk lg n3!!!!! best2 sgt sentiasa dinanti2.

    bg ari2 pun sodap... hi hi hi

    ReplyDelete
  17. very sweet....bilalah irham nak jatuh cinta kat zara

    ReplyDelete
  18. sangat suka cool nya jang geun suk ni dalamm mary me marry taklah cam ni heee

    ReplyDelete
  19. jgn la lambat upload... ternanti-nanti cerita

    ReplyDelete
  20. nk lagi...
    xcited nk tau apa jdi next... ^_^

    ReplyDelete
  21. next bab?ada jual kat pasaran x novel ni..x pnah nmpak la..

    ReplyDelete
  22. haha.. siapa tahu siapa yg nmpak hadry n zaara? saya!!

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!