~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Monday, February 21, 2011

Novel : Kalimah Cinta Bab 17

“Betul ke ni Ila? Tahniah!” Salima kelihatan gembira saat aku mengkhabarkan berita itu kepadanya di dalam bilik guru itu sambil ditemani Safwan.
“Tak sangka, akhirnya penantian cikgu Safwan tak sia-sia.” Salima memandang wajah Safwan pula, Safwan cuma tersengih dari tadi, kegembiraan jelas terpancar pada wajahnya.
“Tak sangka kan kak, akhirnya Ila yang jual mahal ni, terima jugak cinta saya,” Safwan bersuara tiba-tiba membuatkan aku tersenyum tawar. Mungkin inilah yang sebaiknya berlaku.
“Jadi bila agaknya kamu nak lansung majlisnya?”
“Bulan depan kami bertunang dulu kak, kahwin belum pasti, tengoklah perbincangan kedua belah pihak nanti macam mana.” Safwan membalas.
“Oh baguslah macam tu. Ila, kamu senyap je ni kenapa?”
Aku terpempan saat Salima menegurku, segera aku menggeleng padanya dengan senyuman yang cuba kuukir.
“Tak ada apalah kak. Ila ok.”
“Baguslah macam tu, kak gembira untuk kamu berdua.”
“Terima kasih kak.”
Saat Safwan keluar dari bilik guru itu, Salima segera menghampiriku semula.
“Jadi Ila dah buat keputusan untuk terima Safwan lah ye?”
Aku pandang wajah Salima yang kelihatan masih keliru.
“Aah kak. Mungkin ini yang sebaiknya. Dah lama dia tunggu saya kak.”
“Habis, Doktor Iman macam mana?”
Aku tersentak saat mendengar nama itu disebut. Wajahku yang sudah berubah riaknya cuba kuhalangi dari dibaca Salima.
“Kenapa pulak dengan Doktor Iman kak? Kami berdua kan tak ada apa-apa.”
“Kamu tak payah bohonglah Ila, dari pandangan Doktor Iman tu pada kamu pun akak dapat rasa yang dia tu sukakan kamu.”
“Ish merepeklah akak ni. Doktor Iman tu dah bertunanglah kak.”
“Eh ye ke Ila?” Salima seolah tidak percaya.
“Betullah kak. Takkan Ila nak tipu pulak.”
Salima menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Tak sangka dia dah bertunang. Akak ingat dia sukakan kamu.”
“Itu perasaan akak ajelah. Dia dengan Ila tu sekadar hubungan doktor dan pesakit ajelah.”
Salima cuma mendiamkan diri dengan riak wajah yang tidak puas hati.
Aku sekadar tersenyum padanya. Mengharapkan kata-katanya itu tadi omongan kosong belaka.
-----------------------------------------------------------
“Ila...” Safwan yang duduk menghadapku di dalam restoran segera itu memanggilku tiba-tiba membuatkan aku terhenti dari menyisip air di dalam gelas.
“Ada apa Wan?”
Safwan tersenyum gembira.
“Ila tahu tak, Wan masih rasa tak percaya sampai saat ni, yang Ila dah terima cinta Wan. Wan tak bermimpi kan?”
Aku tertawa kecil.
“Wan tak bermimpi, semuanya realiti. Mungkin dah tiba masanya Ila balas penantian Wan selama ni, mungkin dah tiba masanya Ila membuka hati Ila untuk Wan.”
“Terima kasih Ila. Wan takkan persiakan cinta yang Ila berikan pada Wan.”
Aku menggangguk seraya tersenyum. Seronok melihat kegembiraan pada wajah Safwan. Mungkin inilah sebaiknya, mungkin Allah telah tetapkan jodohku adalah dengan insan yang mencintai aku, bukannya dengan insan yang aku cintai. Aku akan cuba mencintai Safwan seikhlas hatiku.
“Eh Doktor Iman!” senyuman aku mati saat mendengar Safwan memanggil nama itu. Cepat-cepat aku berpaling ke belakang. Iman sedang memasuki restoran segera itu bersama Ida di sisi. Ah kebetulan sungguh!
“Cikgu Safwan, Ila...” Iman menyapa saat berdiri di hadapan kami.
“Doktor nak makan di sini ke? Marilah join kami...” ramah saja Safwan mengajak padahal selama ini bukan main bermusuh lagi dia dengan Iman. Pelik sekali aku melihat sikap Safwan hari ini.
“Eh tak apalah, nanti mengganggu awak berdua pulak.” Iman berkata sambil matanya disorot ke arahku. Aku diam kaku, tidak tahu membalas apa.
“Eh tak ada menganggunya, lagipun kami tengah raikan sesuatu ni. Lebih ramai yang ada di sini lagi bagus. Kan Ila?” Safwan macam tak sayang mulut. Mahu saja aku cubit dirinya.
“Rai? Raikan apa ni? Ila tak cakap apa-apa pun.”
“Duduklah dulu, nanti saya beritahu.” Safwan kelihatan begitu teruja. Iman segera mengambil tempat di sebelah Safwan manakala Ida duduk di sebelahku.
“Ok, Doktor. Sebenarnya saya nak bagitahu yang...” Safwan tersengih padaku.
“Saya dan Ila, akan bertunang tak lama lagi.” Safwan menyambung bicaranya.
Aku cuba melihat reaksi Iman. Riak wajahnya kelihatan terkejut namun seketika kemudian, dia tersenyum.
“Tahniah ya Ila, Safwan...” Iman tersenyum kelat. Ida yang sedari tadi diam mendengar butir bicara Safwan segera menggenggam tanganku.
“Tahniah ya Ila... tak sangka lepas kami bertunang, Ila pulak nak bertunang.”
“Eh doktor dah bertunang?” Safwan menyoal.
Perlahan Iman mengangguk.
“Aah, baru dua hari lepas.”
“Oh baguslah macam tu.” Safwan kelihatan gembira sekali, mungkin dia rasakan tiada halangan lagi antara aku dan dia. Ah entahlah.
Saat mataku bertembung dengan mata Iman, Iman akan merenungku tajam seolah-olah meminta penjelasan hinggakan aku terpaksa melarikan mataku dari pandangannya. Alangkah terseksanya aku saat itu hanya Tuhan yang tahu.
---------------------------------------------------------------
“We need to talk! Please Ila. Tolong jumpa Iman. sekali ni aja!”
Mesej ringkas di dalam telefonku itu kubaca untuk kesekian kalinya. Iman masih tidak berputus asa untuk mengajakku berjumpa dengannya secara berdepan. Apa lagi yang dia mahukan dariku, aku sendiri tidak tahu. Tidak cukupkah penjelasanku sebelum ini?
“Ila rasa betul ke keputusan Ila ni?” Syida yang muncul tiba-tiba duduk di atas katilku. Aku pandang wajahnya dengan keluhan berat.
“Ila pun tak tahulah Syida. Yang Ila tahu, Ila mahu lari dari dia sejauhnya.”
Syida menepuk bahuku yang terhenjut-henjut menahan sebak di dada.
“Ila kan dah pernah lari dari dia dulu. Tapi lihatlah sekarang, dia muncul balik kan? Tak kiralah sejauh mana Ila lari, kalau Allah takdirkan pertemuan kembali, pasti Ila akan ketemu dia jugak.”
Aku menyeka air mata yang asyik berjuraian di pipi. Dudukku segera dibetulkan.
“Habis apa yang patut Ila lakukan sekarang? Ila tak mahu dituduh sebagai pengganggu kebahagian orang.”
“Tapi salah cara Ila ni, Ila lari dari dia dengan mengikat diri Ila pada orang lain. Ila menipu diri sendiri.”
“Syida... Ila lebih rela serahkan hati Ila pada Safwan daripada merampas kebahagiaan orang lain.”
Syida menepuk bahuku lembut.
“Syida tak rasa tindakan Ila ni betul, tapi andai Ila rasa itu yang sebaiknya Ila lakukan, Ila teruskan sajalah.”
“Ila cuma bertepuk sebelah tangan saja selama ni Syida. Dulu pun sama, sekarang pun sama. Ila tak mahu menaruh harapan yang tak pasti ini lagi. Memang Ila akui, Ila masih cintakan Iman, tapi... Ila tidak pernah rasa yang Iman pun cintakan Ila. Sekarang dah terbukti yang perasaan Ila betul. Iman dah pun bertunang dengan Ida. Ila memang bukan siapa-siapa dalam hidup Iman.”
“Tapi, Iman ada nak berjumpa Iman lepas majlis pertunangan tu kan?”
Aku terdiam. Ya, Syida tahu segala-galanya tentang itu.
“Ya, tadi pun dia ada hantar mesej pada Ila. Nak berjumpa.”
“Apa kata Ila jumpa saja dia. Dengar apa yang dia nak beritahu Ila.”
“Tak payahlah Syida. Semuanya dah terlambat. Ila pun dah nak bertunang.”
“Ila. Jangan bohongi hati Ila. Syida tahu Ila teringin nak jumpa dia kan? Apa kata ikut kata hati Ila sekali ni. Jumpa dia, lepas tu baru Ila fikir tindakan selanjutnya.”
Aku berjeda seketika. Mungkin ada benarnya kata Syida. Tak salah jika aku berjumpa Iman, sekali ini saja. Sekadar memenuhi permintaannya untuk bertemuku. Adakah betul tindakanku ini? Ah bantulah hambaMu ini Ya Allah...

Suka? =)

13 comments:

  1. teruskan usha anda...xsbr utk mgthwi kisah slanjutnya....

    ReplyDelete
  2. sedihnyer... iman betul2 ke brcinta ngan dr ida... ila tu nape ler nak brtunang ngan safwan walau x cinta... cpt smbung ....

    ReplyDelete
  3. sentiasa mnanti perkmbngan seterusnya.....

    ReplyDelete
  4. emm,tak sabar nak tau kisah selanjutnya?Apakah Iman akn terus bersama Ida dan Wan bersama Ila?Cuma saya harapkan adalah sebaliknya...Minat sgt citer nie coz,kita minat gak ngan AM tu hahaha...jgn mare aaa.....

    ReplyDelete
  5. cptla smbung cte ni...x sbr nk taw...ske la dr iman 2...

    ReplyDelete
  6. bile nak smbung???
    nape lmbat sgt...
    x sabar nak tau ape akan t'jadi...
    biarlah iman & ila b'satu...

    ReplyDelete
  7. AK, biler nk sambung citer ni???
    Banyak pertanyaan x terjwb lg ni antara Ila n Iman....pls update...
    Thanks
    -ieda ismail-

    ReplyDelete
  8. on da way! hahaah.. AK dh buat separuh, tgh siapkan bab baru ni.. harap bersabar.. tehee!

    ReplyDelete
  9. bile nk update nih.. xsabr.. hihihi
    ~cik pingu~

    ReplyDelete
  10. AK...cepat ciap kan!...
    excided nak bace...kipidap bebey..hihi

    ReplyDelete
  11. mcm bukan tindakan bijak ila terima safwan...
    melarikan diri bukan jalan penyelesaian..
    cepat2 lah sambung... tak sabar ni.... hehehehe

    ReplyDelete
  12. cinte ta boleh dipakSe ! huhu
    ta saba na bace yg seterusnyer ...

    ReplyDelete
  13. Kesiannya ila. Tp yg pasti tindakan die bertunang dgn safwan tu tk betul

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!