~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Friday, August 17, 2012

Novel : Cinta Bersaiz XXL! Bab 14


“ADA apa mama?” aku segera menyoal sebaik aku duduk di hadapan mama, di dalam bilik pengetua itu. Mama hanya tersenyum seraya menghulur sekeping kertas padaku.
“Apa ni, mama?” aku pelik. Kertas yang terlipat dua itu tidak kubuka lagi, masih mengharapkan penjelasan dari mama.
“Deeba ada check tak result DPLI baru-baru ni?” soalan mama membuatkan dahiku berkerut. DPLI? Eh dah keluar eh resultnya?
“Belum. Deeba lupa terus pasal tu sebab...”
“Sibuk pasal hal kahwin ni kan? Tak apa, mama faham,” mama pantas memotong percakapanku.
Result dah keluar beberapa hari lepas, tapi mama pasti Deeba belum tengok. Sebab tu mama tolong semakkan.”
Aku angguk namun pada masa yang sama, ada debaran dalam hatiku. Kertas yang dihulur oleh mama sebentar tadi, kubuka perlahan.
Tahniah!
Ayat itu saja sudah cukup buat wajahku tersenyum lebar. Alhamdulillah!
“Tahniah Deeba, lepas ni bolehlah jadi cikgu tetap.” Mama tersenyum sambil menggenggam jemariku kuat.
“Terima kasih, mama! Deeba bersyukur sangat.” Mata terasa berair, terlalu gembira. Selain cepat bertemu jodoh, ini juga harapanku selama ini. Menjadi seorang guru dalam erti kata yang sebenar. Terima kasih ya Allah!

“DPLI?” Hadif angkat kening sebaik aku menyampaikan berita itu kepadanya, saat tiba di rumah petang itu.
“Aah, Diploma Perguruan Lepasan Ijazah. Dah banyak kali Deeba apply, baru sekarang dapat.” Aku mengukir senyum, yang sejak tadi tidak lekang dari bibirku.
“Alhamdulillah. Deeba dapat U mana?” Hadif menyoal, namun tangannya sudah pun menggapai kertas di tanganku. Hadif tersenyum sendiri, saat kertas itu dibacanya.
“Kenapa abang senyum-senyum macam tu?” soalan Hadif tidak kujawab kerana sah-sah Hadif sudah mendapat jawapan itu dari kertas yang sedang khusyuk dibeleknya saat ini.
Hadif panggung kepala, memandang ke arahku.
“Tak ada apalah, Deeba. Deeba kena duduk asrama ke?”
Aku geleng laju.
“Tak payah. Boleh ulang-alik dari rumah. Lagipun dekat je kan.”
“Alhamdulillah...” suara Hadif antara dengar tidak dengar, namun masih bisa kutangkap.
“Apa, bang?”
“Eh, tak ada apa-apalah.” Hadif sengih. Aku turut sama tersenyum, saja nak dengar kali kedua, tapi dia dah tak nak cakap pulak. Hehe.
Surat yang sudah Hadif letakkan semula di atas pahaku, aku ambil dan khatamkan semula buat kesekian kalinya. Rasa tidak percaya masih terasa. Ah semua benda aku tak percaya kan?
“Dah, jom.” Hadif tiba-tiba bangun dari duduknya.
Aku mengangkat kening sebelah. Kehairanan.
“Pergi mana, bang?”
Hadif senyum seraya menarik lenganku untuk ikut bangun.
Shopping...”

“BUAT apa nak shopping-shopping ni, bang? Barang-barang Deeba banyak lagi la...” aku malas-malas berjalan mengekorinya dari satu kedai ke satu kedai di pusat membeli-belah itu.
Mata Hadif mencerun memandangku.
“Kenapa? Deeba tak suka ke?”
Aku menghela nafas. Bukannya tak suka, tapi tak selesa. Mata-mata ribuan manusia kat dalam shopping complex ni asyik perhati aku macam aku ni ada buat salah. Haih!
“Bukanlah bang, cuma...”
“Cuma apa?” Hadif bercekak pinggang. Amboi garang pulak dia hari ni. Hehe.
“Cuma macam tak perlu pun nak shopping apa-apa. Semua dah ada.”
Hadif memegang bahuku.
“Deeba kan nak pergi tempat baru, jadi kenalah ada benda baru. Barulah semangat nak belajar.”
“Tapi bang...”
“Dah tak ada tapi-tapi lagi...” Hadif pantas menarik tanganku. Ah azab mai dah!

“NAK apa? Pilih je. Nanti abang bayar.” Hadif bersuara, sebaik kami berhenti di salah sebuah kedai yang menjual pakaian wanita. Aku diam, namun dalam hati, Tuhan saja yang tahu.
“Tak apalah bang, tak ada yang Deeba nak pun kat sini.”
Hadif pandang wajahku seketika, sebelum senyum dan menarik tanganku keluar dari kedai, menuju ke kedai lain pula.
“Yang ini?” Hadif memegang salah satu blaus di dalam kedai yang berikutnya itu. Digawangkan pakaian itu di hadapanku dengan senyuman semanis gula.
“Kenapa ni?” Hadif menyoal apabila tiada respon dariku, sebaliknya wajah kelat yang terpamer, biarpun aku cuba untuk tahan perasaanku saat itu.
Aku menghela nafas, sebelum berusaha untuk senyum, biarpun aku rasakan senyumku saat itu tahap air mineral. Payau je.
“Tak muat.” Ringkas, tapi rasa macam menikam jiwa sendiri.
Hadif pandang aku sebelum jatuh ke baju di tangannya.
“Tak muat? Abang tengok macam muat je.”
Aku geleng laju.
“Cubalah dulu. Manalah tahu, boleh muat.”
Aku geleng lagi.
“Tak muat punya.” Aku membalas dengan nada yang macam nak menangis.
“Takkan kot. Abang tengok ok ajelah. Ni tengok ni, saiznya. Saiz XL ni.”
Aku tarik senyum, kelat.
“Deeba saiz XXL la bang. Lagipun, Deeba tengok pun tau, tak muat.” Aku mencebik. Memang kadang-kadang orang tengok macam muat je baju tu untuk aku. Tapi aku sebagai tuan punya badan, aku tahulah mana yang muat, mana yang tak muat.
Hadif terdiam, blaus itu diletakkan kembali ke tempatnya, sebelum dia menuju ke arahku.
“Tak apalah, macam tu kita cari benda lain ya.” Hadif memeluk bahuku, cuba menenangkan hati aku kot.
“Tak payahlah bang, Deeba memang tak kisah pun. Deeba boleh guna lagi baju-baju yang ada.” Aku menjawab dengan mata tidak memandang wajah Hadif, segan bercampur malu.
Hadif cuma diam. Jemariku digenggam erat, seolah memberitahu yang dia mengerti perasaanku saat itu.
“Baju kurung, nak? Kita cari baju kurung. Pergi kuliah mesti banyak pakai baju kurung.” Hadif bersuara tiba-tiba setelah lama berjeda.
“Deeba selalu kena tempah dululah bang, baju-baju Deeba. Yang beli siap, selalunya sendat. Tak selesa.”
Hadif mengeluh berat.
“Kasut?”
“Kasut pun susah nak cari. Sebab kaki Deeba jenis kembang. Nanti lama pulak nak cari.”
“Tudung?”
Aku diam. memang tudung tidak ada kaitan dengan saiz badanku, tapi...
“Deeba pakai tudung bidang 60’, dekat kedai biasa susah nak jumpa. Deeba beli online je selalu.”
Hadif diam lagi, belakang kepalanya digosok perlahan. Mungkin dah bosan mendengar alasan aku yang macam-macam ni. tapi nak buat macam mana, memang itu pun kebenarannya.
“Hah! Abang tahu! Kali ni mesti Deeba tak ada alasan lagi dah untuk beli barang baru.” Hadif sengih, wajahku yang sudah keruh, dicubitnya.
“Apa?” aku bertanya malas-malas.
“Beg tangan.” Hadif menarik senyum segaris, seolah memberitahu padaku melalui matanya yang dia sudah menang dalam pertarungan ‘Teka barang yang boleh dibeli untuk Adeeba.’
Aku ketawa kecil. Tak sangka, Hadif begitu gigih memikir, untuk membelikan aku barang baru untuk pengajianku nanti.
“Jom, cari beg tangan, dengan beg kuliah sekali.” Hadif menarik tanganku pantas, namun aku masih belum bergerak. Mata terasa panas, rasa macam nak menangis, tapi kena control sebab di tempat awam.
“Jomlah, Deeba.” Hadif berpaling, mengajak lagi. Aku bergerak setapak, menghampiri Hadif. Wajahnya aku pandang takut-takut.
“Terima kasih bang, sebab memahami Deeba. Maaf sebab Deeba banyak songeh. Itu tak boleh, ini tak boleh.”
Hadif kelihatan tergamam dengan bicaraku itu. Wajahku dipandangnya dalam-dalam.
“Abang yang patut kena minta maaf, sebab tak faham Deeba. Abang kesian dekat Deeba. Macam-macam yang Deeba tak boleh beli sesuka hati. Kalau perempuan lain, dapat shopping, mesti dia orang cari baju, kasut, macam-macam lagi. tapi Deeba, keinginan nak shopping Deeba pun dah tersekat. Deeba dah tak rasa nikmatnya bershopping macam perempuan lain.”
Aku diam mendengar katanya. Ya memang kata-kata itu benar belaka.
“Selama ni, kalau datang sini, apa yang Deeba beli?”
Aku senyum tawar.
“Selalu tengok je barang-barang ni. lepas tu beli barang dapur, dengan makan dekat restoren. Itu jelah.”
Hadif menghela nafas panjang.
“Kesian isteri abang ni...” Hadif memeluk bahuku. “Tapi tak apa, Deeba tak boleh shopping benda-benda ni, selamatlah sikit duit abang.” Hadif ketawa mengekek.
“Abang!” aku menyiku perutnya sebelum menarik muncung panjang.
“Elele, merajuk pulak dia. Sorry-sorry. Dah-dah, jom abang belanja Deeba, beg satu dozen.”
“Amboi perli nampak.”
“Alamak, makin teruk muncungnya tu. Iyelah-iyelah, abang belanja apa saja yang Deeba nak. Ok sayang, maafkan abang ya.” Hadif sengih, buatkan aku turut tersenyum. Aduh tak boleh merajuk lama-lama, kejap je dah ok dengan Encik Hadif ni. Ilmu apalah yang dia pakai entah.

-------------------------------------------------
tinta penulis :
Assalammualaikum semua! ya saya masih bekerja, esok baru mula bercuti raya. di kesempatan yang ada ni, saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! maafkan segala kekhilafan saya sepanjang saya berkarya ni eh.
Jangan lupa komen atau like entry ni eh. sayang semua! ^______^

Suka? =)

19 comments:

  1. kesiannya kat deba...deba kena bersenam selalulah...sedih plak rase dengan deba neh..

    ReplyDelete
  2. best2...:)
    selamat hari raye AK..

    ReplyDelete
  3. Best...#^_^
    Selamat hari raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best,:D
      Selamat hari rayer,,,

      Delete
  4. best la kak..x sbar nk 2nggu bku nie kluar..slamat hari rye mf zhir & batin..^_^

    ReplyDelete
  5. best2..^_^x sbar nk 2nggu bku nie dikeluarkan...
    SelAmAt HaRi RaYa AidilFitRi MaAf ZaHiR & BaTiN..

    ReplyDelete
  6. best sgt . sy mmg ikut cerita ni . terbaik la AK . sbb adeeba ni mcm sy . saiz xxl jgkk . . tq sbb buat cerita cam ni . akn adakah halangan selepas ni ? ke akn dibukukn macam
    love u mr.arrogant ?

    love it AK !AK hwaiting !

    ReplyDelete
  7. Ya. Harap deeba kuruslah.

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaikum.xpe la Deeba,lepasni Hadif skong & teman deeba bersenam k.. Bukn Hadif x syg,tp utk kbaikan Deeba jugak.=)

    ReplyDelete
  9. rasa macam jadi deeba plak..kuat merajuk mudah terpujuk..haha...salam aidilfitri dan salam perkenalan =)

    ReplyDelete
  10. sungguh besabar hadif.....suami muthali...x sanggup berjauhan dgn isteri terchenta

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya jugak... novel ni makin lama makin best nnt cepat2 lah tulis bab baru ye... thanks fo effort!!!

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya jugak!!! citer ni makin lama makin best... cian kat deeba rendah diri sangat... nasib baik ada suami yg memahami... cepat2 lah tambah entri baru...

    ReplyDelete
  13. ala ak suh deeba amalkan pemakanan sihat...calori intak 1200 - 1500 je sehari plus bersenam...mesti dapat kurus....

    ReplyDelete
  14. Siannnn... Deeba. Deeba ni kena diet skit... Cuba AK buat Deeba jadi kurus skit... Mesti terbeliak mata2 yg memandang sinis pd Deeba tuuuu.... Tmbh2 mak mah jiran diorg tuu... Yg cuba nak kenenkan anak dia dgn Hadif... Papepun... Gud job cik wrIter... Slamat Hari Raya Aidil Fitri...

    ReplyDelete
  15. Deeba x perlu diet... kalau kurus utk riak dan menunjuk2 wat apa kan!.. Yg penting Deeba kena ubah perasaan rendah diri dia and kekal jaga hati Hadif mcm mana Hadif syg kat dia... kekadang asyik luah benda sama boring gak... tu rasa mcm suspen gak takut Hadif berubah hati...

    ReplyDelete
  16. Tak sabar nk tunggu sambungan novel ni...harap2 jgn banyak sgt konflik...

    ReplyDelete
  17. kita pn sush nk cr ksuttt...sme nsib ktakn deeba

    ReplyDelete
  18. knp hadif x ckp yg dia cintakan deeba

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u