~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, March 8, 2011

Novel : Love You Mr. Arrogant! Bab 8


Zaara melangkah keluar dari butik mewah itu, usai memilih pakaian pengantin. Fikirannya asyik teringatkan gadis seksi tadi. Nak dibandingkan dengan dia, memang jauh langit dari bumi. ‘Tapi kenapa Irham tak kahwin dengan dia saja? Kenapa pilih aku?’ Zaara pandang wajah Irham yang lansung tak pedulikan dia di sisi.
“Kita lunch dulu, masih ada masa ni,” Irham bersuara tanpa menoleh walau sepicing pada Zaara. Zaara kerling jam tangannya. ‘Alamak, mana sempat! Dah pukul 1.45!’
“Eh tak boleh la, dah nak habis waktu lunch ni! Saya kena balik ofis cepat-cepat.”
“Tak apa, nanti aku cakap dengan bos kau yang kau masuk lambat sikit.”
“Ewah-ewah! Awak ingat tempat saya kerja tu, bapak awak punya syarikat ke hah?”
Zaara jegil matanya pada Irham. ‘Main sedap mulut je dia cakap. Huh!’
“Memang la bukan bapak aku punya syarikat. Tapi tu syarikat bapak aku punya client.” Irham ketawa dengan riaknya.
Zaara terkedu. ‘Cis! Kalah lagi aku!’
“Hello, Mr. Raymond. Ini Irham, itu CEO Irham Holding. You ada pekerja nama Zaara kan? Haaa... itu I punya tunang tau. Dia ada sama I sekarang. Nanti dia masuk ofis lambat sikit boleh ka? Oh boleh aaa. Thank you-thank you!”
Irham menekan punat merah selesai berbicara dengan  pemilik syarikat Zaara, tak berkedip Zaara mendengar Irham berbual dengan big bossnya, punyalah selamba. Padahal Zaara punyalah takut dengan big bossnya itu, garang bukan main. Irham boleh pulak cakap-cakap macam kawan baik dia sejak zaman sekolah. Zaara hela nafas panjang.
“Dah, jom. Jangan bagi alasan lagi.” Irham terus menapak ke keretanya, meninggalkan Zaara mengekori dari belakang dengan perasaan sebal.
---------------------------------------------------------------------
Zaara terlopong melihat restoran mewah itu, tak pernah sekali pun dalam seumur hidupnya, menjejakkan kaki ke dalam restoran mewah sebegitu. Irham selamba saja berjalan macam dah selalu masuk ke situ.
Zaara cuma duduk senyap-senyap bila pelayan datang. Bukannya apa, tak tahu dia nak sebut menu kat dalam senarai menu tu. Boleh buat tergeliat lidah aje menyebutnya.
“Yes Sir, may I take your order please?”
Yes please, I would like a black coffee decaf, a Bolognese meatball Spagetti, a roasted chicken chop, one garden salad, and one ice cappuccino.” Laju Irham bersuara tanpa bertanya pada Zaara.
“Awak tak tanya pun apa saya nak makan?” Zaara menyoal saat pelayan sudah berlalu.
“Tak payah tanya, kau bukan reti nak sebut pun menu-menu ni.”
‘Cis, berani dia merendahkan aku! memang la tergeliat lidah nak menyebut, tapi bukannya tak reti sebut, kurang asam jawa betul!’ Zaara bengang.
“Awak ingat saya tak sekolah ke hah? Dulu subjek English saya dapat A tau!”
“Ada aku kisah!”
“Huh!” Zaara berpaling ke arah lain. Malas layan Irham lagi, buat sakit hati aja.
“Your order, sir. Enjoy your meal!” seketika kemudian, dua orang pelayan membawa hidangan yang dipesan Irham.
Mata Zaara membulat melihat makanan yang tersedia. ‘Mak aih, bikin menggegar iman... tapi...’
“Mana nasi?” Zaara menyoal dengan rasa tak puas hati.
“Woi, kan aku order Western food, nak ada celah mana pulak nasi tu.” Irham mengomel sambil menarik hidangan chicken chop dekat padanya.
“Eii, tak puaslah makan tengahari tak ada nasi!”
Selera Irham terbantut mendengar omelan Zaara, pisau dan garfu yang sudah digenggamnya diletakkan kembali ke dalam pinggan.
“Habis tu, kau tak suka makanan ni semua?”
“Tak suka! Nak nasi campur!”
“Tak suka sudah. Sebab memang ni semua bukan makanan kau. Nah, ini aje kau punya.” Irham menolak mangkuk terisi salad.
“Eii, ape ni?” Zaara mencebik.
“Majlis dah nak dekat, diet la sikit. Kang gemuk, tak sepadan duduk sebelah aku.”
Zaara tarik muka empat belas, geram dengan perlian Irham.
“Sekarang ni kau nak makan ke tak nak makan ke, kau punya pasal. Yang penting aku nak makan.” Irham menyambung kembali menyuap kepingan ayam ke dalam mulutnya tanpa melihat Zaara lagi.
Zaara tenung mangkuk salad itu, tak membangkitkan selera lansung. Zaara kaut sedikit salad itu dengan garfu dan disuapkan ke mulutnya. ‘Yaiks! Tak ada rasa lansung.’
“Eii, tak sedap. Saya nak makan yang ni!” Zaara menolak mangkuk salad itu sebelum menarik spagetti ke arahnya. Irham cuma jeling tanpa mahu menghalang.
Zaara gagahkan dirinya untuk makan walaupun seleranya tak terbuka. Mulut orang melayu, memanglah tengah hari nak cari nasi jugak.
--------------------------------------------------------------------------
Zaara cepat-cepat mahu keluar dari kereta itu, saat Irham memberhentikan keretanya dihadapan tempat kerja Zaara usai mereka makan tengah hari. Zaara tidak mahu melengahkan masa lagi, yelah, asyik kena buli saja. Baik dia cabut cepat-cepat dari Irham.
“Eh nanti dulu.” Irham menahan sebelum sempat Zaara membuka pintu kereta.
Zaara berpaling memandang Irham.
“Apa?”
Irham menyelongkar sesuatu dalam beg bimbitnya sebelum mengeluarkan suatu benda. Telefon bimbit berwarna pink!
 “Nah, ambil balik telefon cikai kau ni. Sekarang dah tak berguna dah bagi aku.” Irham bersuara sambil menghulurkan telefon nokia E72 milik Zaara kembali padanya.
“Wah!” Zaara menggapai telefon bimbit itu dengan wajah ceria. Rasa rindu nak menatap telefon itu kembali.
“Rindu rindu rindu!” Zaara peluk telefon itu erat-erat.
“Eh dah, tak payah nak buat jejak kasih kat sini. Dah-dah, keluar dari kereta ni. Syuh-syuh!”
 “Huh!” Zaara menjeling pada Irham sebelum keluar dari perut kereta.
“Wah beb! Tunang bawak keluar lunch!” suara Fiz terus menyapa telinga Zaara saat dia melabuhkan punggung di tempat duduknya.
Zaara mengeluh panjang.
“Tunang hape macam tu.”
Fiz duduk menyandar pada dinding, menghadap Zaara.
“Eh orang lain bukan main suka dapat keluar dengan tunang. Yang kau ni monyok apehal?”
Zaara renung wajah Fiz.
“Sori tau tadi. Aku tak dapat lunch dengan kau. Mamat tu la, tetiba aje...”
“Takpe. Tapi kenapa monyok ni?” Fiz memotong, tak sabar nak tahu.
“Tak ada apalah. Keluar dengan dia, asyik kena buli aja. Geram aku.”
“Eleh. Geram-geram pun kau nak jugak kat dia kan.”
“Huh! Terpaksa.”
Fiz ketawa kecil melihat wajah masam Zaara.
“Macam-macam la kau ni Zaara....” Fiz segera berlalu ke tempatnya semula.
“Zaara!” suara Mr. Raymond bergema satu pejabat. Zaara yang baru saja nak sambung kerjanya terus bangun dari tempat duduk. Kecut perut dengar suara big bossnya itu. ‘Apa masalahnya pulak kali ni? Dia marah ke aku masuk lambat ni? Matilah kau Zaara!’
“Hahaha. Zaara, tahniah-tahniah. You tak bagitau ma, you tunang sama itu bos Irham Holding. Banyak ong aaa you. Bagus-bagus. Lepas ni boleh kasi syarikat ini pulak untung. Hahaha.”
Zaara terkedu dan cuma mampu tersenyum saat big bossnya yang garang gila itu mengucapkan tahniah padanya. Habis satu ofis terdengar kata-kata itu dek kerana suara Mr. Raymond yang tak ada pitching rendah. Fiz yang baru saja balik dari tempat Zaara kembali mencari Zaara semula setelah Mr. Raymond masuk ke dalam biliknya semula.
“Wah beb! Kau tak cakap, Irham tu bos Irham Holding yang terkenal tu.” Fiz terus menerjah dengan perasaan teruja setelah mengetahui siapa Irham yang sebenarnya.
“Perlu ke aku cakap lagi? kan dah sah-sah nama dia dan nama syarikat tu sama.”
Fiz tepuk dahinya.
“Aah la. Kenapa aku tak perasan selama ni. Adui, blur betul aku ni.”
“Haha. Tau tak apa.”
“Untung la kau beb. Cari la satu macam Irham tu untuk aku jugak.” Fiz tersengih.
“Kau sanggup ke nak layan karenah orang macam dia tu.”
“Aih sanggup! Kalau kau tak nak, aku sudi ganti. Haha.”
“Amboi, pasal harta, laju kau sanggup ya.”
Fiz ketawa mengekek.
“Aku gurau ajelah. Hahaha. Eh tapi memang untung la kau. Irham nakkan kau, bukan orang macam aku ni...”
Zaara mendengus.
“Tak ada maknanya untung dapat si Irham tu.”

Suka? =)

3 comments:

  1. salam aliesha..hari hari i masuk blog u tau nak tau cerita selanjutnya ..pasal mrk..i love d story..cepat sambung ya..teruja bila membaca cerita ni..u make my day..

    ReplyDelete
  2. wah2x..bestnya..xsabar tunggu sambungan cite ni..

    ReplyDelete
  3. cepat laa sambung cite nie.. best sgt ! hehehe

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!