~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Saturday, October 23, 2010

Cerpen : Cinta Buat Kesatria Ducati


Sheyy sendirian di perhentian teksi waktu tu, tidak habis-habis dia mengerling jam tangan Swatch di tangannya. Sudah pukul 6.30 petang tapi bayang sebiji teksi pun belum muncul.
“Ish, mana teksi ni? Bengkek aku!” Sheyy mengomel sendirian.
Tak sempat dia memandang jalan semula, tangannya terasa seperti direntap. Selamba saja seorang peragut menarik porch beg yang disandang Sheyy.
“Woiii!” Sheyy menjerit macam singa betina. ‘Mana boleh lepas orang yang cari pasal dengan wa,’ hati dia dah panas.
Sheyy tarik balik porch begnya sekuat hati. Gedegang! motor peragut itu ditendang Sheyy sepenuh jiwa.
“Lu ni pehal arr?” Sheyy naik angin. Peragut yang terjatuh dari motor segera bangun.
“Amboi, berani kau minah. Nak kena ke hah? Bagi beg tu!!!” peragut tu sempat lagi meminta.
“Amboi suka hati engkau je nak beg aku, mana boleh. Pergi mampus la...”
Peragut tersebut mula keluarkan pisau lipat dari poketnya. Sengaja diacu-acukan pisau tersebut pada Sheyy, gerun jadinya hati Sheyy masa tu, tapi dia tidak kira, begnya takkan dilepaskan. Nak mampos, duit yang dia baru keluarkan dari ATM tadi ada dalam beg, takkan nak lesapkan camtu je, lepastu IC, kad-kad bank, ambik masa tu nak buat balik. Sheyy geleng-geleng kepala, tak mahu beralah.
“Ish geram aku dengan minah degil ni, ambik kau!” peragut tu cuba menghunus pisaunya pada Sheyy tapi tiba-tiba ada pula tangan lain yang menghalang.
Sheyy terkedu. Jejaka yang turun dari Ducati merah itu cepat-cepat memegang pisau peragut, erat dan kuat.
“Tak ada kerja lain ke hah? Berani pulak nak cederakan perempuan,” suara dari sebalik helmet itu buat Sheyy terkesima, rasa dirinya dilindungi, chewah...  Jejaka Ducati dan peragut itu bergelut seketika. Akhirnya pisau tersebut lepas dari tangan peragut, cepat-cepat peragut itu melarikan diri. Tidak berani melawan lagi.
Sheyy menyaksikan dari tadi aksi tersebut. Jejaka Ducati itu kelihatan sungguh berani dan gagah. Sheyy terlopong memerhatikannya.
“Awak tak apa-apa ke?” soal jejaka itu.
Sheyy menggelengkan kepala perlahan, tidak mampu berkata-kata.
“Lain kali jangan jadi berani sangat, bahaya!” jejaka itu segera naik ke Ducatinya semula.
Sheyy anggukan kepala pula, dah macam lagu Angguk Angguk Geleng-Geleng pulak jadinya.
“Nak tumpang?” soal jejaka itu. Sheyy tersentak, tak sanggup dia nak membonceng motor lelaki yang tak dikenalinya itu.
“Err, tak apalah. Terima kasih ya.” Sheyy menolak walaupun hatinya teruja melihat motor Ducati yang memang menjadi kegilaannya sejak dulu. ‘Dapat sebijik sure mak ajak keliling kampung ni...’ Sheyy berbisik dalam hatinya.
“Kalau macam tu tak apalah, lain kali hati-hati k...”
“Ok, chaw!” jejaka itu menghidupkan Ducatinya, memandang Sheyy semula sambil membuat isyarat lambaian dan segera memecut, enjin Ducatinya menderum dengan kuat memecah keheningan tika itu.
Sheyy yang sedari tadi terpegun mula kembali ke alam nyata, rasa terlalu cepat jejaka tu pergi sampai dia tak sempat nak ucapkan terima kasih, apatah lagi nak tanya nama. Sayang sekali jejaka itu masih memakai helmet bercermin gelap, kalau tak, boleh jugak dia tengok wajah Kesatria penyelamatnya. Oh, Kesatria.. Kesatria Ducatiku!! Sheyy tersengih sendiri.
“Cik, nak ke mana?” pakcik teksi yang entah dari mana tiba-tiba menegur. ‘Potong betullah pakcik ni, tadi aku tunggu tak muncul-muncul, baru je nak ingatkan Kesatria aku, dia datang pulak, huh!’ Sheyy mengeluh dalam hati sebelum cepat-cepat masuk ke dalam teksi.
*************************
“Kau tahu, gagah gila dia, selamba je dia halang peragut tu, fuhh, memang Kesatria sungguh,” Sheyy teruja bercerita pada Ayra.
“Kesatria?” Ayra buat-buat tak faham.
Sheyy tersengih.
“Yelah, Kesatria Ducati aku...”
“Ducati?”
“Erk apehal kau ni lampi sangat ni?” Sheyy mengetuk dahinya.
“Apa benda Ducati tu Sheyy?” Ayra masih tak puas hati.
“Ducati tu jenama motor besar la cik Ayra sayang...” Sheyy sengaja lembutkan suara, mengejek Ayra yang blur.
“Ish, bukan Ayra la.. Water. Call me Water...” Ayra membetulkan ayat Sheyy.
Sheyy tersenyum sinis.
“Water konon, Indah Water adalah...” Sheyy tergelak besar.
“Sheyy... eii geramnyee, kau tu nama sedap-sedap tapi suruh orang panggil Sheyy ape kes pulak?” Ayra mendengus.
“Kau tu lembut Ayra, sesuailah dengan nama tu, aku tak apa, ganas, sempoi, sesuai la beb!” Shey tersenyum lebar.
“Ni ape kes pulak Kesatria Ducati kau tu? Tak paham la aku...” Ayra menggaru kepalanya.
“Water @ Ayra, kenapa kau lembab sangat ni, tadi ada sorang mamat macho naik Ducati selamatkan aku dari kene ragut, paham tak?”
 “Ohhh, baru aku paham. Eh kau ok tak ni? Ada barang hilang tak?”
Sheyy mengangguk. “Jangan risau, tak ada apa yang hilang.”
“Syukurlah...”
 “Tapi kan Sheyy.. mana kau tahu dia macho, kau tengok wajah dia ek? Hensem tak? Ada tak ala-ala Fahrin Ahmad?” sambung Ayra lagi.
Sheyy terdiam, rasa rugi pulak sebab tak nampak wajah Kesatria Ducati tu.
“Entah, tak tengok.”
“Erk, abis camne kau tahu dia macho?”
“Feeling beb... feeling...”
Ayra tergeleng melihat sahabatnya itu. ‘Kes angau dah ni...parah...’
“Sheyy...” Ayra menepuk bahu Sheyy membuatkan Sheyy yang sedari tadi tersenyum sendiri mula fokus pada Ayra kembali.
“Apa?”
“Kau tak tengok muka dia, mana kau tahu dia macam mana... entah-entah muka macam Nabil Ahmad, kurus kering je. Eh tapi Nabil ok lah jugak, entah-entah macam pakcik botak tak ada gigi mane lah.. eiii seriau aku,” Ayra buat geli geleman.
“Ayra.... sampai hati kau mengata Kesatria Ducati aku ek? Aku yakin la dia ok, walaupun aku tak nampak muka dia, tapi suara dia macho beb... suara jantan, perghh...” Sheyy kembali tersengih sendiri.
“Sah kau dah angau ni. Tak sangka kawan aku yang brutal ni boleh jatuh cinta...”
Sheyy terkedu. ‘Jatuh cinta? Takkanlah sampai aku jatuh cinta...’
*************************
Sejak peristiwa hari tu, hari-hari Sheyy terperasan akan motor Ducati yang menderum itu saat menunggu teksi untuk pulang ke rumah sewanya. Matanya tak henti memandang Kesatrianya itu walaupun jejaka itu belum tentu memandangnya.
Dapat dengar bunyi motor itu pun jadilah bagi Sheyy. Sehari tak berselisih dengan Kesatria Ducati, Sheyy rasa macam tak lengkap hidupnya. Makin hari Sheyy rasa makin jatuh hati pada Kesatria. Makan tak lalu, tidur tak lena bak kata orang dulukala.
“Saya nak ucapkan terima kasih sebab selamatkan saya tempoh hari. Kalau boleh, saya nak jugak tahu siapa gerangan yang menolong saya... boleh tak awak tunjukkan rupa awak?” Sheyy meminta saat jejaka itu berhenti di hadapannya tika itu.
Jejaka itu cuma mengangguk sebelum membuka helmetnya.
“Aaaaaaaaaaaaaa!!!!!” Sheyy menjerit sekuat hati.
“Woi, woi, Sheyy, kenapa kau ni, mimpi hantu ke?” Ayra yang terkocoh-kocoh berlari dari biliknya bila mendengar Sheyy menjerit tadi, segera bertanya.
Sheyy pandang Ayra di sisinya, pandang pulak keliling. ‘Eh aku dalam bilik la, tadi ada kat perhentian teksi.’
Sheyy raup mukanya perlahan sebelum memandang Ayra.
“Kau tahu Ayra, aku mimpikan Kesatria Ducati aku tu...”
“So, ape jadi...”
“Kau tahu, aku mintak dia tunjukkan wajah dia, lepas tu dia pun bukak lah helmet. Sekali betul-betul pakcik botak tak ada gigi. Waaaa!!!”
Sheyy meraung, tapi Ayra pulak gelak sakan sampai menekan-nekan perutnya. Terlalu lucu dengan mimpi Sheyy.
“Itulah kau, tidur tak mahu basuh kaki, lepas tu asyik ingatkan Kesatria Ducati kau aje... padahal baru jumpa berapa kali je.”
“Ah, aku tak percaya pada mimpi tu, aku tetap sukakan dia. Tak kira...”
“Lantak kau lah Sheyy. Goodnite!” Ayra segera keluar dari bilik itu sambil tertawa.
Sheyy bingkas duduk. Bengang digelakkan sebegitu. ‘Oh Kesatria Ducatiku, walau apa yang terjadi, hatiku sudah kutitip buatmu,’ Sheyy bermadah.
 ‘Ecewah, jiwang pulak aku tengah malam buta ni, baik sambung tidur, mimpikan Kesatria Ducati yang tulen, lagi best. Hehe.’ Sheyy tergelak sendiri sebelum sambung tidur semula.
***************************
Seperti biasa, Sheyy menunggu lagi di perhentian teksi itu, volume MP3nya yang sedang mengalunkan lagu Pelesit Kota sengaja dikuatkan lagi bagi menghilangkan kebosanannya.
“Sorang lagi hari ni?” Sheyy macam dengar tak dengar suara tu. Cepat-cepat dia berpaling ke arah suara itu.
Sheyy terkesima. Kesatria Ducatinya sudah tercongok di hadapannya tanpa turun dari motornya. Sheyy segera tarik earphone yang tersumbat ditelinganya.
“Patutlah orang panggil tak dengar, dengar lagu rupanya.”
“Lu cakap pe tadi?”
“Sorang lagi ke hari ni?” jejaka itu mengulang semula ayatnya.
“Hari-hari wa sorang kat sini, memang macam ni la nasib wa...” Sheyy buat-buat biasa walaupun hatinya berdetak kencang.
“Wa? Apa tu? Nama timangan ke?”
“Erk..” mata Sheyy membulat. Tak paham pulak mamat ni dengan bahasa ganas aku ni, lesing kang baru tau.
“Wa... ala wa la.. nak sebut lagi ganas, jadi la gua... gua lu gua lu... paham...”
Jejaka itu mengangguk perlahan.
“Tak manis la sebut macam tu. Sebutlah saya awak ke, barulah mesra.”
“Erkk...” Sheyy terdiam.
“Muka dah lawa, cuma bahasa kene kasi cun sikit, pakaian pun kena ubah sikit. Biar nampak macam gadis melayu,” ujar jejaka itu panjang lebar, sambil memerhatikan Sheyy atas bawah. Sheyy turut sama memerhatikan dirinya. Baju t-shirt hitam dengan jeans, tudung lilit-lilit. Ok what?
“Kalau pakai baju kurung, mesti awak nampak cantik sangat...” jejaka itu bersuara.
“Baju kurung?” Sheyy tersentak. Dah lama benar dia tak pakai baju kurung, rimas rasanya. Tapi kata-kata jejaka itu ada benarnya.
Jejaka itu cuma mengangguk.
“Ni tak nak tumpang ke?” jejaka itu mempelawa. Sheyy telan air liur, teringin memang teringin, tapi tak sanggup pulak dia.
“Tak apalah, tak elok pulak orang tengok,” Sheyy menolak.
“Awak ni baik jugak orangnya ya, nampak saja macam ganas,” Sheyy terkedu mendengar pujian itu. Malu-malu alah pulak jadinya dia. Muka dah merah macam buah epal. Perlahan dia tersenyum tapi bila dia memandang wajah Kesatria Ducati, tak nampak lansung wajahnya dek kerana cermin gelap di helmetnya itu. ‘Ahh, helmet tu menghalang betullah, kalau tak, mesti aku dah nampak dia senyum tak kat aku, adus..’
“Awak, saya nak ucapkan terima kasih sebab selamatkan saya tempoh hari. Kalau boleh, saya nak jugak tahu siapa gerangan yang menolong saya... boleh tak awak tunjukkan rupa awak?” Sheyy tergamam mendengar ayat yang keluar dari mulutnya sendiri. ‘Kenapa ayat ni macam sama dalam mimpi? Dejavu.. aaa... sejarah mungkin berulang....’ sempat lagi dia menyanyi lagu New Boyz.
Jejaka itu cuma mengangguk sebelum membuka helmetnya perlahan. Jantung Sheyy dup dap dup dap, risau akan muncul wajah pakcik botak, tak ada gigi macam dalam mimpinya tu.
“Aaaaaa!” Sheyy rasa macam tak sanggup nak tengok.
Namun saat jejaka itu menanggalkan helmetnya, Sheyy terpegun. Wajah itu kacak sekali, memang sebijik macam dalam bayangannya, macam iras-iras Aaron Aziz pun ada. ‘Tak salah lagi, wajah macam ni baru layak naik Ducati. Haha!’
Sheyy terpana seketika, rasa macam bermimpi.
 “Nama saya Shark, nama awak?” Kesatria Ducati bertanya.
“Eh teksi!” Sheyy cepat menahan teksi yang terlintas di pandangannya tanpa sempat membalas soalan Shark. Mujur teksi itu sempat berhenti, kalau tak, melepaslah Sheyy petang itu.
“Jumpa lagi ya,” Sheyy meminta diri sambil senyum simpul.
“Eh, sebelum tu, nama awak siapa ya?” jejaka itu menjerit.
“Jaszle!” Sheyy membalas.
“Jaszle? Ape jenis nama tu?”
“Suka hati saya la.....” Sheyy sempat membalas lagi sebelum membolosi perut teksi.
**************************
“Ayra! Kau tahu, hensem giler Kesatria Ducati aku...” Sheyy cepat-cepat membawa khabar saat sampai di rumah sewanya.
“Wah.. ye ke Sheyy, bertuah la kau ye.”
“Terus rasa macam jatuh cinta kali ke sepuluh dengan dia.”
“Kau ni gilalah Sheyy,” Ayra tersenyum.
“Dia tegur aku tadi, sebab ganas sangat. Plus macam-macam lagilah dia nasihat aku.”
“Haha. Memang betullah teguran dia tu. Kau tu tak padan dengan perempuan. Keras je aku tengok. Try jadi ayu sikit macam aku.”
“Ye la, kau memang ayu Ayra...”
“Waterlah!”
Sheyy bingkas bangun dari duduknya di atas sofa.
“Aku janji depan kau sekarang, lepas ni aku tak mahu ganas-ganas dah. Aku nak jadi gadis ayu. Boleh? Hehehe...” ujar Sheyy sambil mengangkat sebelah tangannya seolah-olah berikrar.
“Aku sokong! Demi mendapatkan cinta Kesatria Ducati, Sheyy harus menjadi perempuan sejati. Sokong!”
“Haha. Thanks beb.”
“Erk beb lagi..”
“Oh sorry-sorry. Tersasul, terima kasih awak.”
Ayra tersenyum.
*********************************
Hari itu Sheyy memakai baju kurung yang paling cantik dalam simpanannya. Belum pernah dia sentuh baju itu walaupun sudah lama dibeli. Malas nak memakai baju kurung katanya. Tapi dek kerna aura dari Kesatria Ducati, tiba-tiba Sheyy rasa bersemangat nak menyarung baju kurung itu ke ofis hari ni. Tudung awning yang baru dibelinya beberapa hari lepas segera dipadankan dengan baju itu. Biar nampak berseri.
Sheyy rasa bersemangat mahu berubah, bukan saja kerana kata-kata Kesatria Ducati, tapi juga kerana dia sedar dia memang ingin berubah, dan cinta yang kian mekar di dalam hatinya buat Kesatria Ducati itu membuatkan hatinya menjadi lembut. Sheyy yang dulunya keras dan brutal, kini jiwang lentok macam lagu-lagu Eddie Hamid.
Sheyy menanti kehadiran motor Ducati merah itu untuk lalu di hadapannya, tak sabar untuk bertemu dengan Shark, Kesatria Ducatinya. Jam di tangannya dikerling, masih awal dari waktu Kesatria Ducati akan muncul, tapi Sheyy sudah tidak sabar untuk ketemunya lagi.
Tiba-tiba Sheyy terkedu. Kesatria Ducati baik punya bawak awek naik motor. Sakit mata Sheyy saat tu, selamba je jalan slow-slow masa dekat perhentian teksi tu. Macam sengaja nak sakitkan hati Sheyy. Hati Sheyy rasa macam nak pecah.
Perempuan yang membonceng kat belakang jejaka itu pun selamba je lambai-lambai kat Sheyy. Sheyy jadi bengang, buat-buat tak nampak dan pekakkan telinganya. Mahu bernanah mata kalau tengok lama-lama.
Saat motor itu hilang dari pandangan, Sheyy dapat rasakan hatinya dipagut sayu. ‘Kenapa Kesatriaku? Why you do this to me?’ Sheyy merintih sendiri. Air mata dah mula bertakung di tubir matanya.
‘Dasar jantan buaya! Bawak motor besar pulak tu, mestila ramai awek sangkut, aku yang bodoh sebab menaruh hati kat dia sampai sanggup ubah diri aku macam ni.’
‘Woit Sheyy, jangan nangis. Kau macho, brutal, mana boleh nangis tangkap leleh. Malu der..’Sheyy ingatkan dirinya sendiri sambil sapu air matanya.
“Pergi mampuslah dengan ayu ni...” Sheyy cabut kasut tumit tingginya lantas jalan berkaki ayam dek kerana geram.
****************************
“Sheyy, kenapa dengan kau ni?” Ayra menyoal saat Sheyy tiba di depan pintu pagar dengan mekap yang berseronyeh dan berkaki ayam.
“Sia-sia aku ubah diri aku kalau orang tu tak sukakan aku Ayra...” Sheyy bersuara dalam nada sendu.
“Sheyy kenapa ni? Kau tahu tak, nak berubah bukan sebab orang Sheyy, tapi harus datang dari hati kau sendiri. Kalau sebab orang kau berubah, tak gunalah.”
Sheyy terdiam. Malu dengan kata-kata Ayra.
“Aku memang nak sangat berubah Ayra, aku memang nak jadi lembut. Tapi bila aku nampak Shark dengan perempuan lain tadi, aku jadi bengang. Aku marah, hilang terus semua kelembutan yang aku cuba hadirkan dalam diri aku ni...”
“Nanti dulu, nanti dulu, siapa kau sebut nama tadi?”
Sheyy pandang wajah Ayra. Pelik dengan soalan itu.
“Shark, kenapa?”
Ayra mengetuk dahinya.
“Sheyy!!! Shark tu PakSu aku la....Sharkyl Shaharil. Kau nampak perempuan tu lambai kau kan? Itu aku la...”
“Hah!” Sheyy terkejut.
“Aku lambai sebab aku nampak kau kat perhentian tu tadi.”
“Erkk, aku tak paham la Ayra...”
“PakSu aku ajak jumpa makan-makan tadi, sambil nak tunjuk motor baru dia. Manalah aku tahu Kesatria Ducati kau tu PakSu aku Sheyy....”
Sheyy tergamam. Tak mampu bersuara.
“Jadi yang PakSu ceritakan kat aku tadi tu mesti kau kan?”
Sheyy pandang wajah Ayra dalam-dalam.
“Cerita apa?”
Ayra tersenyum. “Dia cerita dia dah jatuh hati dengan perempuan ganas yang dia baru kenal. Nama perempuan tu Jaszle. Kau kan? Aku tak ingat nama Jaszle tu nama timangan kau jugak sebab selalu aku panggil Sheyy je.”
“Er, biar betul Ayra?” Sheyy tak mampu percaya.
“Weih, betullah Sheyy. Wah, lepas ni kau jadi MakSu aku lah ye. Seronoknya...”
Sheyy terkedu, tidak sangka cintanya tidak bertepuk sebelah tangan.
“Ayra, PakSu kau pergi mana?”
“Dia cakap nak jumpa Jaszle balik kat perhentian tu, nak luahkan perasaan. Eh maknanya dia nak cari kau lah. Baik kau pergi perhentian tu balik.”
“Ok!”
****************************
Saat Sheyy turun dari teksi ke perhentian itu, Sheyy lihat ramai orang sedang berkerumun di tengah jalan seperti ada kemalangan berlaku. Perlahan Sheyy hampiri mereka.
“Ya Allah, Shark!” Sheyy menjerit sekuat hati saat melihat Ducati merah terbalik di tengah jalan. Segera dia mencari bayang Shark.
“Jaszle...” Shark bersuara dari belakang Sheyy. Segera dia mengalihkan badannya. Air matanya sudah berguguran dek kerana terkejut dengan kejadian yang berlaku.
“Shark!! Awak ok ke?” Sheyy risau.
“Saya ok, sikit je luka. Cuma motor yang teruk sikit,” ujar Shark sambil merenung luka-luka dan calar di lengannya yang tidak serius.
“Macam mana boleh accident ni?”
“Mungkin saya bawak terlalu laju kot untuk dapatkan cinta awak.”
“Apa?” Sheyy terkedu.
“Jaszle, saya rasa saya dah jatuh cinta pada awak.”
Sheyy ketawa.
“Shey, Sheyy Jaszle. Kesian terbelit lidah awak sebut Jaszle.”
“Owh Sheyy... Sheyy, saya rasa saya dah jatuh cinta pada awak.”
Sheyy ketawa lagi.
“Saya pun rasa dah jatuh cinta pada awak sejak awak jadi penyelamat saya, Kesatria Ducati...”
“Hah! Kesatria Ducati?”
“Aah, sedap tak nama tu?”
“Sedap sangat tapi buat masa sekarang kena cuti dululah dari jadi Kesatria Ducati sampai Ducati dah sihat,” Shark tergelak.
“Cantik sangat awak pakai baju kurung hari ni, tadi saya nak cepat hantar anak saudara saya sampai tak perasan awak dah ada di perhentian. Tapi kalau awak tak berubah pun saya tetap cintakan awak Sheyy,” sambungnya lagi.
“Saya berubah sebab saya nak berubah. Tapi saya tetap akan cintakan awak Kesatria Ducati...”
“Saya pun tetap cintakan awak Sheyy Jaszle...”
“Syahidah Jazlyna,” Sheyy membalas pendek seraya tersenyum.
“Erkk...”
Akhirnya cinta ini jadi milikku jua, terima kasih Kesatria Ducati kerana menjadi penyelamat hatiku dan menerima cintaku buatmu ini. Aku cinta padamu, Kesatria Ducati!



Suka? =)

12 comments:

  1. waaah berbunga2 baca hehe
    keep it up my fren hehe

    ReplyDelete
  2. Hats off..salute..terbaek

    ReplyDelete
  3. feeling jer baca citer nie.. sweet......

    ReplyDelete
  4. bestttttttttttttttttt

    ReplyDelete
  5. ahhhhhh...... bestnya citer ni.... thumbs up!! high 5 AK!!!

    ReplyDelete
  6. tak tahan betul, sampai boleh suka pak su kawan die

    ReplyDelete
  7. gelak x ingt dunia .. mse bce cerpen niy XD

    ReplyDelete
  8. Memang best giler...kalau buat cita novel nie msti lagi best..kn3...hehe...ap2 pon good luck la...

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!