Sudah lebih setengah jam jugalah Zaara tercongok sendirian sambil menunggu Irham di situ, nak naik ke bilik semula, takut Irham marah, terpaksalah Zaara menunggu sambil menjamu matanya dengan siaran filem Hindi di skrin televisyen bersaiz 65 inci itu.
“I sebenarnya masih tak faham...” Zafrina yang datang entah dari mana tiba-tiba bersuara di sebelah Zaara, tersenyum sinis padanya membuatkan Zaara sedikit terkejut, dadanya diurut perlahan. Hilang terus fokusnya pada babak Shah Rukh Khan sedang menari-nari di atas keretapi.
‘Fuh macam hantu. Datang serbu tiba-tiba saja, nasib baik aku tak ada lemah jantung.’
Zaara merenung wajah kakak iparnya itu dengan tanda tanya. Wanita yang berusia awal tiga puluhan itu memang terserlah anggunnya dengan rambut yang disanggul kemas, gaun petang yang polos dan mekap yang sedikit tebal, sesiapa yang melihatnya pasti akan tahu yang wanita itu dari golongan yang ada-ada.
“Macam mana you dan Irham berkenalan ya? I rasa you ni bukanlah jenis yang Irham suka.”
Zaara menelan liur, soalan itu ibarat menjerut lehernya. ‘Apa aku nak balas ni? ingatkan tadi dah selesai. Matilah aku!’
“Err... err...” Zaara memikir dengan ligat.
“Irham kenal Zaara masa Irham pergi pejabat tempat Zaara kerja dulu, atas urusan kerja.” Irham tiba-tiba membalas seraya duduk di sebelah Zaara. Jemari Zaara diraup dan digenggam erat.
“Kan sayang?” Irham tersenyum penuh makna, bagaikan memberi isyarat pada Zaara untuk mengiyakannya.
“Hmm aah. Betul betul.” Zaara mengangguk-angguk.
“Oh, habis... bila masa pulak kamu bercinta? Akak tak pernah tahu pun sebelum ni?”
“Kami jatuh cinta pandang pertama kak. Tak perlu bercinta pun dah tahu dalam hati masing-masing dah suka sama suka.”
Ayat Irham itu buat Zaara nak tergelak, tapi cepat-cepat ditahannya. Kang terburai gelaknya disitu, terburai sekalilah rahsia mereka. ‘Jiwang jugak ayat Irham ni, geli tekak aku.’
“Akak tak jangka pulak selera kamu dah berubah Irham. Dulu kan kamu layan perempuan-perempuan yang berada saja, anak-anak kenamaan. Zaara ni... tak setaraf dengan kita,” Zafrina menjeling dengan perasaan jelak.
“Akak, jangan cakap apa-apa pasal isteri Irham ok. Manusia boleh berubah, Irham pun sama. Kalau dah ditakdirkan Irham jatuh cinta pada gadis macam Zaara, siapalah Irham nak tolak takdir ini kak.”
“Huh!” Zafrina bingkas bangun lantas meninggalkan Zaara dan Irham.
Zaara merenung Irham yang masih memandang kakaknya yang kian menjauh. Perasaan terharu memagut hati Zaara.
“Terima kasih. Sebab bela saya tadi.” Perlahan Zaara bersuara.
Irham bingkas menoleh ke arah Zaara, sebelum melihat tangannya yang sedang memegang erat tangan Zaara. Genggamannya itu segera dilepaskan sebelum dia bangun dari duduknya.
“Dah, tak payah nak terima kasih. Aku bukan tolong kau, tapi tolong diri aku sendiri.”
Zaara mengangguk kecil, faham dengan maksud Irham itu.
“Kau jangan cuba nak bocorkan rahsia kita pulak!” Irham memberi amaran buat kesekian kalinya.
“Tahulah saya. Berapa kali awak nak ulang?” Zaara mencebik.
“Kau tu bukannya boleh harap sangat, muka macam kau ni, muka tak boleh nak percaya.”
“Eii bencilah!” Zaara memeluk tubuh seraya berpaling dari Irham. Menyampah mendengar kata-kata suaminya itu.
Irham cuma menjeling sebelum bingkas bangun dari situ. Zaara yang menyedari Irham mahu berlalu, segera ikut bangun mengekori langkah Irham yang langsung tidak berpaling pada Zaara lagi. Irham yang sedang berjalan laju, tiba-tiba saja berhenti menyebabkan Zaara terlanggar belakangnya.
“Adoi!” Zaara memegang hidungnya yang sakit terlanggar Irham.
“Kau ni kenapa?” Irham menoleh ke belakang.
“Kenapa apa?” Zaara menyoal sambil masih memegang hidungnya yang sudah merah.
“Yang kau dok ikut aku macam bayang-bayang ni kenapa?”
Zaara mencebik.
“Tadi kau cakap, benci sangat kat aku.” Irham menyambung dengan nada ejekan.
“Saya takut duduk sorang-sorang kat situ, nanti family awak tanya saya pasal kita lagi, macam mana saya nak jawab.”
“Jawab je lah apa-apa.”
“Nanti saya jawab salah, awak jugak yang marah.”
“Ish! Kau ni menyusahkan betullah!”
“Saya pulak...” Zaara tarik muka masam sambil memeluk tubuhnya.
“Irham, Zaara. Kenapa ni? Irham marah kamu ke Zaara?” Tan Sri Zahir yang lalu dihadapan mereka segera menyoal.
“Eh mana ada papa.” Zaara tersenyum, cuba menyelindungkan wajahnya yang kelat.
“Betul ni Irham?” Tan Sri Zahir merenung anaknya pula.
“Betul papa. Mana ada Irham marah dia. Kan sayang?” Irham memaut bahu Zaara erat sambil tersenyum membuatkan Zaara rasa menyampah, namun diiyakan saja kata-kata Irham itu dengan anggukan kecil.
“Baguslah kalau begitu. Dah jangan berkepit saja. Bawak isteri kamu ni berkenal-kenalan dengan yang lain, barulah dia tak segan.”
“Baik papa.”
Irham menarik nafas lega saat Tan Sri Zahir kembali ke depan. Wajah Zaara di sebelahnya direnung tajam.
“Nasib baik tak kantoi. Kalau tak, siaplah kau.”
“Saya pulak.”
“Dah-dah. Sekarang ikut aku. Tapi kau duduk senyap je, biar aku yang cakap.” Irham segera menarik tangan Zaara menghampiri ahli keluarganya, membiarkan Zaara duduk bersamanya saat dia bersembang dengan ahli keluarganya yang lain.
Zaara kaku, dan cuma memerhati Irham yang sedang rancak berbual tanpa ada niat mahu mencelah. Tangan suaminya yang sedang memegang tangannya digenggam lebih erat, mencari kekuatan untuk berhadapan dengan keluarga barunya itu.
Sepasang mata yang asyik memerhati Zaara yang diam sedari tadi, tersenyum sendiri melihat tingkah Zaara.
p/s : sorry bab ni memang pendek sebab sambungan dari part yg lepas..heheeh. kang panjang2, meleret lak part tu..sorry semua..heheeh.. ^___^
Suka? =)
best3!!!
ReplyDeletesape pulok mata yang memandang zaara tu??
sepupu irham kew??
sape nama budak tu??
rasyid??
degil betullah irham nie... salah sendiri disalahkan org lain pulok...
sabanr ya zaara hayat khan...
baik kau masuk dalam tv tadi berlakon jadi pretty zeinta...
hahahhaa...
best2..
ReplyDeletependek la..
cpt sambung ye...:)
bgus, smbg cpt yerk ? (:
ReplyDeletemesti yg tgk dorg tu sepupu si irham tu kan...
ReplyDeletedia suka kat zaara gak ker???
alahai.. pendek benor.. kalo pendek... next entry kene cpatla.. n kasi panjang.. n best gitu!!! hehe
ReplyDeleteasal pendek sangat??
ReplyDeleteLahh boleh pulak. Hahaha
ReplyDelete