~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, May 22, 2012

Novel : Cinta Bersaiz XXL! Bab 6



Aku tunduk saja memandang lantai, langsung tidak memandang ke atas. Tadi di dalam kereta pun aku diam saja, ayah di sebelah Hadif juga diam seperti kebiasaannya, cuma emak dan Ameena yang banyak berceloteh bertanya Hadif itu dan ini. Jantung aku berdebar-debar tak mahu surut. Di sebelah aku, Hadif duduk selang dua kerusi dari aku, dan di depan, pintu bilik tok kadi. Arghh!
Pejabat kadi itu lengang saja hari ini, cuma ada dua tiga pasangan yang menanti giliran untuk berjumpa tok kadi bagi meminta tandatangan pengesahan, tapi apa yang paling menakutkan aku, pastilah soalan-soalan dari tok kadi yang berkisar perihal fardu ain. Ahh! Bukan aku tak reti fardu ain, emak dan ayah sudah memberi didikan agama yang secukupnya pada aku, cuma aku ni darah gemuruh. Haish. Kalau aku tahu jawapan pun, bila ditanya secara tiba-tiba, hilang terus jawapan aku. Adeh.
“Tak perlu takut, abang pasti Deeba boleh jawab semua soalan tok kadi.” Suara itu tiba-tiba berbisik kecil, membuatkan aku tergamam, tahu saja dia apa yang sedang merungsingkan aku saat ini. Aku pandang ke tepi. Hadif sedang senyum pada aku. Aku membalas senyumannya tawar, sebelum kembali menunduk. Tidak mahu menambah debaran di dada aku dengan merenung wajahnya lama.
Jantung aku terasa memecut laju saat giliranku kian hampir, apabila hampir kesemua pasangan selesai berurusan dengan tok kadi. Mulutku terkumat-kamit membaca zikir, bagi menenangkan hatiku sebelum aku melangkah masuk ke dalam bilik tok kadi mengekori ayah yang terlebih dahulu melangkah.
“Macam mana kak? Senang tak soalan tok kadi tadi?” Ameena terus menyoal, teruja sebaik aku keluar dari bilik tok kadi, sepuluh minit kemudian.
Aku geleng kepala.
“Kenapa cepat sangat keluar?” giliran emak pula menyoal ingin tahu. Aku tersenyum memandang emak.
“Tok kadi tak soal apapun, dia terus tandatangan borang. Lepas tu sembang sikit-sikit, lepas tu habis.”
“Wah senangnya macam tu, kak.” Ameena tersengih.
Aku senyum makin lebar, lega bila segala urusanku dipermudahkan Allah. Hadif turut tersenyum padaku saat aku terpandangkannya, membuatkan debaran dadaku kembali semula. Adoii! Baru je nak rasa lega, Encik Hadif ni buat jantung aku berlari balik. Penat la jantung aku nanti.
“Kan abang dah cakap, Deeba mesti boleh punya.” Hadif tiba-tiba berbisik padaku saat kami sedang bergerak menuju ke keretanya usai segala urusan di pejabat tok kadi.
Aku cuma diam, segan hendak berkata-kata. Wajahnya cuma kujeling sekilas.
“Lagi sebulan, Deeba bakal menjadi suri di hati abang. Abang berdoa semoga segala urusan kita akan berjalan lancar, dan tidak akan ada halangan yang akan merencatkan perjalanan abang untuk memiliki Deeba. Amin...” dia sekali lagi berbisik sebelum mencepatkan langkahnya dan membuka pintu kereta untuk kami semua. Aku gumam. Dia seolah begitu tidak sabar untuk menempuh alam perkahwinan ini, sedangkan aku? Aku masih tidak bisa percaya yang lelaki seperti Hadif dengan rela hatinya bisa menerima aku. Seakan ada satu perasaan yang masih meragui keikhlasan hati Hadif. Adakah patut kuusir rasa curiga ini jauh-jauh atau biarkan saja ia di situ, agar bisa aku berhati-hati selepas ini?
Sepanjang perjalanan, aku asyik terngiang kata-kata Hadif, ligat menimbang keikhlasan dari kata-kata itu tadi. Apapun lagi sebulan aku akan menjadi milik dia. Arghh!

Sebulan kemudian, majlis perkahwinan aku dan Hadif berlangsung. Dengan sekali lafaz, aku sudah sah menjadi milik Hadif Harith bin Hambali. Alangkah syahdunya rasa hati ini sebaik tok kadi dan saksi mengesahkan lafaz akad dari Hadif, dan aku sudah selamat menjadi isterinya. Hadif yang segak mengenakan baju melayu putih bersulam warna merah jambu, kelihatan begitu segak sekali, dan sedondon dengan aku yang berbusana nikah rona serupa. Dia menjeling aku saat kami menadah tangan untuk berdoa. Aku cuba tidak menunjukkan sebarang riak walaupun perasaanku brcampur baur, ada suka ada duka.
Sebaik selesai berdoa, aku pantas memeluk emak yang sedang duduk di sisiku, air mata yang aku halang dari berjuraian, tumpah jua sebaik kehangatan tubuh emak meresap dalam jiwa aku. Aku rasa cukup tersentuh, akhirnya sudah selesai tanggungjawab emak dan ayah padaku dan aku kini atas tanggungan suamiku semata-mata. Ah betapa cepatnya masa berlalu.
“Dah-dah, jangan menangis, nanti cair maskara.” Emak sempat berseloroh, sambil tangannya menyeka pipiku dengan tisu di tangannya. Pandai emak memberi nasihat, padahal dia sendiri terlebih dahulu berhujan air mata. Emak emak...
Aku bangun bersolat sunat, setelah selesai bersalam dengan saudara mara. Dari awal lagi, aku sudah mengambil wuduk, sebelum dimekapkan. Hadif juga sudah terlebih dahulu mengerjakan solat. Saat dahi mencecah sejadah pada rakaat terakhir, aku berdoa semoga perkahwinan ini akan diberkati Allah dan kebahagiaan akan menjadi milik aku sampai syurga. Aku mengusap wajah, usai memberi salam, lalu pantas memandang ke depan. Hadif berpaling memandangku, usai dia berdoa. Mata kami bertautan dan bibirnya lekas menguntum senyum. Aku terkesima.
Aku diam, saat Hadif duduk menghadapku, bagi upacara membatalkan air sembahyang. Wajahnya yang kacak lebih kelihatan segak dengan songkok tersarung kemas di kepala. Aku jadi segan untuk memandangnya lama, walaupun dia sudah halal untuk aku.
Aku dapat rasakan, tanganku sedingin ais saat itu, jantungku bagaikan sudah bercelaru rentaknya sebaik mataku memandang Hadif. Hadif apatah lagi, langsung tidak mengalih pandang memandang aku. Haish!
“Ok, jangan dok renung dia saja. Salam suami tu, cepat.” Arahan dari jurugambar yang diupah pihak kami itu, menyedarkan aku. Wajahku merona merah, sengaja betul jurugambar itu mengkantoikan aku. Hadif yang mendengar kata itu, turut ketawa kecil, membuatkan wajahku terasa hangat sekali.
Aku hulur tanganku lambat-lambat, Hadif menyambut tanganku dengan pantas. Kehangatan tangannya sedikit meredakan kedinginan tanganku yang seperti sudah berada di Kutub Utara. Aku cium tangannya itu, lama hingga aku rasakan sudah tidak ada cahaya dari kamera yang berkelip sebelum mengangkat wajahku semula. Hadif mengukir senyum, sebelum mula mendekatkan dirinya padaku. Dahi aku dikucup lembut, dan lama, hinggakan aku terasa seolah wajahku sudah kebas, menahan rasa malu.

Aku berdiri di depan dewan di mana majlis perkahwinanku berlangsung. Rombongan pengantin yang tiba diarak dengan bunga manggar dan paluan kompang. Dadaku rasa sangat berdebar, asyik memikirkan beratus orang yang ada di dalam dewan, bagaimana agaknya rasa mereka apabila melihat aku dan Hadif? pasti ada kata-kata yang tidak sedap didengar nanti.
Sejak dari majlis pertunangan aku dulu lagi pun orang sudah berkata macam-macam sampaikan perihal aku dan Hadif menjadi buah mulut orang di kawasan perumahan kami termasuklah anak-anak dara yang begitu cemburukan aku kerana mendapat lelaki sekacak Hadif. Mereka semua tidak berpuas hati hinggakan ada yang menuduh emak mengamalkan ilmu sesat supaya aku mendapat jodoh yang hampir sempurna seperti Hadif. Nauzubillah!
Aku sebenarnya malu, malu hendak bergambar dengan Hadif, malu hendak makan berhidang, malu hendak duduk di pelamin namun aku cuba menyembunyikan perasaan aku ini dengan menebalkan muka walaupun entah semerah mana wajahku saat ini, aku sendiri tidak pasti.
“Deeba nampak cantik sangat hari ini,” kata-kata yang Hadif bisikkan padaku, membuatkan aku tersedar dari memikirkan pelbagai perkara yang tak henti menganggu ketenangan aku saat ini. Wajah Hadif di sisi, aku pandang, lama. Hadif seperti biasa mengukir senyum.
“Dah sedia?” Hadif menyoal, namun aku tidak sempat membalas, apabila dia tiba-tiba saja menggenggam jemariku, erat. Dengan langkah yang berat, aku mengikut langkah Hadif, berjalan beriringan dengannya untuk masuk ke dalam dewan.  
Ah pedulikan saja renungan mata mereka yang macam nak membunuh aku tu. Bismillah...
 

Suka? =)

6 comments:

  1. kesian deeba, dgn persoalan2, eh ikhlas ke si hadif tu? crita ni lain sikit. tak dpt nak pastikan apa akan jadi hmmmmm i tunggu nxt n3 ya

    ReplyDelete
  2. sabar lah Deeba.. jodoh tk mgenal rupa paras. perempuan cantik pun rmai yg kahwin degn lelaki tak brape nak handsome. diorang mgumpat tu sbb jeles lah . sibuk je.. perempuan yg lebih cantik drp selena gomez pun, kalau mulut tempayang bt apa...

    ReplyDelete
  3. sya pon gemuk....sbar ea deeba

    ReplyDelete
  4. sya gmok jgak kta gang erkk deeba

    ReplyDelete
  5. best citer ni..sy dh ikuti sumer tulisan awak..

    ReplyDelete
  6. kita same size la deeba !!

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!