~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Wednesday, October 10, 2012

Novel : Cinta Bersaiz XXL! Bab 17



“SEMUA dah ok?” mata Hadif tajam memandangku yang sedang asyik mengemas segala dokumen di atas meja. Dari tadi asyik dok menyemak dokumen ni je, sampai naik berbinar dah mata aku ni.
“Ok kot, InsyaAllah.” Aku bersuara tanpa memandang Hadif. Dokumen di atas meja itu aku susun satu persatu mengikut senarai yang diberikan pihak universiti. Senang nak menguruskan soal pendaftaran nanti. Tak adalah menggelabah.
Terasa bahuku dipegang Hadif lalu diurut perlahan. Aduh mak, leganya!
“Sudah-sudahlah tengok benda alah tu. Berapa hari ni, Deeba asyik mengadap benda tu aje. Mesti Deeba penat kan?”
Aku berpaling memandang Hadif di belakangku seraya tersenyum.
“Penatlah jugak, tapi nak buat macam mana. Nak tak nak, kenalah juga uruskan semua ni, tapi tak apa, dah siap dah pun.”
“Esok pergi dengan abang ye. Tak payah naik kereta Deeba tu, nanti abang hantarkan Deeba. Ok?”
Aku terdiam, wajah Hadif aku pandang lama.
“Tak menyusahkan abang ke? Nanti lambat abang nak ke tempat kerja.”
Hadif sengih.
“Tak susahlah. Abang pun nak tengok jugak tempat Deeba nak belajar ni. Abang nak ambil cuti, Deeba tak bagi. Abang dapat hantar pun jadilah!”
Aku sengih. Memang benar, aku tak izinkan Hadif mengambil cuti, sebab aku tak nak susahkan dia, teman aku uruskan semua ni. Banyak lagi hal kerja yang dia boleh uruskan dari teman aku seharian.
“Ok.” Pendek aku membalas. Hadif sengih macam kerang busuk.
“Dah, pergilah masuk tidur. Esok nak bangun awal.”
Aku cuma senyum sambil mengangguk. Aku bingkas bangun sambil menyorong semula kerusi ke meja, sampul surat besar yang terisi segala dokumen pendaftaran dan beg tanganku, aku sudah letakkan siap-siap di atas meja. Esok tak payah susah-susah fikir.

USAI mandi pagi itu, aku pantas menyelongkar almari, mencari pakaian untuk kupakai bagi hari pertama pengajianku ini. Semalam dek kerana terlalu penat dan mengantuk,  aku terus masuk tidur, langsung tidak memikirkan soal hendak menggosok baju. Pagi ni baru kelam-kabut jadinya. Haha! Kalut betul Cik Adeeba ni. Eh Puan Adeeba!
‘Eh!’ aku merasa pelik, apabila terpandangkan sehelai tudung yang lain dari tudung-tudungku yang sedia ada. Tudung berwarna merah jambu berawning lembut itu, aku keluarkan dari dalam almari sambil otakku asyik berfikir, bila pula aku beli tudung ini. Seingat aku, kali terakhir aku membeli tudung pun, masa raya tahun lepas, dan tudung tu bukan berwarna merah jambu ni.
“Abang yang belikan. Pakailah hari ni ya.” Soalan yang membuak-buak dalam dadaku, akhirnya terjawab. Aku berpaling ke belakang, melihat Hadif yang sedang memeluk tubuhnya sambil memandang ke arahku.
“Abang belikan? Bila abang beli?” dahiku berkerut seribu.
Hadif menghampiriku dengan derap perlahan. Tudung yang berada di tanganku digapainya lalu dibelek.
“Ok tak pilihan abang ni, sesuai tak? Abang tengok warna ni sesuai dengan baju Deeba yang ini.” Hadif berbicara, sambil tangannya yang satu lagi mengeluarkan pula baju kurung berwarna merah jambu lembut dari dalam almari.
Aku hanya memerhati perbuatan Hadif dengan persoalan yang masih tidak berjawab.
“Abang beli dekat mana ni?”
“Deeba suka tak?” Hadif tidak terus menjawab persoalanku, sebaliknya mengajukan soalan itu pula padaku. Aku hela nafas, sebelum mengangguk dan tersenyum. Baju kurung dan tudung yang berada di tangannya, aku ambil semula dan kubelek. Memang sesuai.
“Cantik sangat. Cuma...” keningku bertaut. “Abang beli dekat mana ni?”
Hadif tergelak kecil.
“Deeba ni, buat muka pelik macam tu, macamlah abang beli barang larangan yang kena seludup dari pembekal haram.”
Aku yang diasak soalan sedari tadi terus tergelak bila menyedari yang aku terlalu serius memikirkan persoalan itu hinggakan Hadif mengeluarkan kenyataan seperti tadi.
“Bukan apa. Nak beli tudung jenis macam ni, bukannya senang. Deeba selalu cari tak jumpa. Tapi abang ni, cekap je eh.”
Hadif tersengih sambil menggosok belakang kepalanya.
“Abang beli online. Abang jumpa satu laman web ni yang jual semua tudung labuh yang lawa-lawa. Dari situlah abang beli.”
Aku terangguk-angguk, sambil tanganku membelai tudung itu. Lembut je, jenis kain yang sejuk.
“Terima kasih, bang. Buat susah-susah je.”
“Tak ada apalah. Itu kira hadiah dari abang untuk Deeba la.”
Aku mengangguk lagi sambil terus membelek tudung tersebut.
“Hah! Cepatlah gosok baju tu. Pukul berapa dah ni?” Hadif mengejutkan aku yang masih terpaku di tepi almari.
“Alamak!” aku mencicit berlari ke bilik apabila memikirkan yang aku sudah lewat. Suara Hadif ketawa kedengaran, mengiringi langkahku. Sengal betullah suami aku tu, boleh dia bantai gelak pulak!

“SEDIA?” Hadif memandangku yang kelihatan cuak ni. Aduh jantung dup dap dup dap. Padahal nak daftar belajar je, bukannya nak kena pergi temuduga. Aku bab-bab kena buat benda baru, memang cuak sikit.
Aku tarik nafas dalam-dalam lalu kulepas perlahan, cuba tenangkan diri.
“Dah.”
“Baca bismillah dulu.” Hadif sengih.
Aku menguntum senyum.
“Ok bang, pergilah kerja. Nanti lambat pulak, Deeba dah boleh handle dari sini.”
“Amboi tadi bukan main cuak. Ni nak halau abang pulak.” Hadif mencebik. Aku ketawa kecil melihat keletahnya.
“Bukan halau la. Cuma tak nak abang lambat.” Aku mempertahankan diri.
“Yelah-yelah. Jaga diri elok-elok. Apa-apa call abang. Nak balik nanti pun call abang. Nanti abang datang ambil Deeba.”
“Baik bos!” aku mengangkat tangan tanda hormat. Tangan Hadif aku capai, sebelum bersalam dengannya. Hadif merenung mataku, mengusap kepalaku seketika sebelum tersenyum, manis seperti selalu.
Take care.” Ujarnya halus, namun masih bisa kudengar.
“Insya-Allah. Doakan Deeba!”
Always...”
Aku lekas keluar dari kereta lalu menutup pintu kereta itu. Hadif melambai seketika sebelum kereta itu meluncur laju meninggalkan aku sendiri.
Bismillah hi tawakkal tu alallah...”

“ALLAH!” aku tersentak tatkala sampul surat berisi dokumen penting yang kutitip sedari tadi, jatuh dan kertas-kertas yang berada di dalamnya ikut berselerakan apabila diriku dirempuh seseorang. Jejaka itu melihat aku dengan wajah serba salah. Dengan pantas dia mengangkat kertas-kertas yang bertaburan itu lalu menyerahkannya kembali padaku sebelum sempat aku sendiri mengutipnya.
“Maaf ya.” Dia tersengih, menyerlahkan lesung pipitnya. Comel! Macam budak-budak, hehe. Tapi saiz dia pun lebih kurang aku, eh aku rasa besar sikit ni.
“Maaf ye, cik...” dia mengulang lagi, membuatkan aku yang sedang asyik berfikir tentang kesamaan saiz kami, tergamam.
“Eh tak apa, hal kecil je ni.” aku menguntum senyum, namun mata masih leka menyusun semula kertas-kertas itu untuk aku masukkan ke dalam sampul semula.
“PSV?”
“Hah?” aku angkat wajah dan melihat dia dengan kening bertaut. Tidak mengerti.
“Awak pun budak DPLI Pendidikan Seni Visual eh?” dia menyoal sambil menghulur surat tawaranku yang ikut bertaburan tadi.
“Oh ye, aah. DPLI PSV. Awak pun sama ke?” aku menyoal sambil mengambil semula surat itu dari tangannya.
Dia sengih lebar. “Yup, selamat berkenalan classmate!”
Aku ketawa kecil. Ramah pulak jejaka comel macam beruang ni. Hehe. Eleh Deeba, macam la aku ni tak macam beruang. Haha haha.
“Nama saya Aiman. Tapi orang biasa panggil Mok je.”
“Mok?” dahiku berkerut. Apa kaitan nama Aiman dengan Mok pulak?
“Aah. Singkatan untuk gemuk.”
Pang! Rasa macam ada tangan menampar muka. Siapalah pandai-pandai bagi nama samaran kat Aiman ni sampai macam tu sekali? Tak pasal-pasal aku pun ikut terasa. Haih!
“Oh kalau macam tu saya panggil Aiman ajelah.” Aku mencadangkan. Tak sanggup pulak nak panggil Mok. Dah macam panggil diri sendiri, sentap dibuatnya nanti.
“Eh tak apa. Panggil Mok aje, saya dah biasa dipanggil macam tu.”
Aku geleng laju.
“Tak apa Aiman, saya tak selesa la nak panggil awak, Mok. Macam kena dekat diri saya sendiri pulak.” Aku ketawa kecil, buatkan Aiman ikut ketawa.
“Nama awak?”
“Oh lupa pulak, saya Deeba. Adeeba Addin.”
“Selamat berkenalan Deeba. Hope lepas ni kita boleh jadi kawan. Saya pun tak ada kawan ni. Dari tadi tercongok kat sini sorang-sorang. Tak tahu nak tegur siapa.”
Aku tarik senyum segaris. “Boleh je Aiman. InsyaAllah.”
“Dah, jom pergi daftar. Lepas ni saya dengar, ada taklimat untuk pelajar DPLI, kang kita terlambat pulak.”
“Okey, jom!”
Kami sama-sama melangkah masuk ke dalam dewan, yang mana berlangsungnya proses pendaftaran bagi pelajar DPLI.

SEKARANG aku rasa macam masuk Jejak Kasih je. Munirah dengan Ibtisam yang aku tak jumpa sejak lepas habis universiti, tiga tahun lalu, tiba-tiba saja aku jumpa dekat sini balik. Rupa-rupanya budak satu kos dengan aku dulu, ramai yang dapat DPLI tapi lain-lain universiti la. Aku manalah tahu, sebab semenjak jadi cikgu ni, jarang aku buka Facebook atau contact dia orang, memang macam katak bawah tempurunglah aku. Tapi dah takdir, akhirnya aku jumpa jugak dengan dia orang dekat sini. Suka sangat!
Dari jauh lagi Ibtisam dah menjerit nama aku sebaik dia nampak aku masuk ke dalam dewan untuk taklimat DPLI, malu aku bila semua mata tengok aku, tengah berjalan dengan Aiman pulak tu. Mesti orang ingat kami ni pasangan.
“Kau makin bambam la, Deeba. Dah ada kekasih hati ke?”  Ibtisam, yang memang jenis happy go lucky tak ingat dunia punya budak, terus tegur aku begitu sambil tepuk bahu aku. Aiman yang di sebelah aku, dipandangnya sambil angkat-angkat kening. Hah! Itu tak ada lainlah tu, nak buat spekulasi liarlah tu.
“Ish merepeklah kau ni, Sam!”
“Ehem. Manalah tahu, kau dah siap bawak bodyguard dah ni. Aku ingatkan pacar kau.” Ibtisam tersengih.
Aku pandang Aiman di tepi yang masih senyap di sisi aku. Kesian pulak, sebab dia tak ada kawan lain. Tak apalah Aiman, kawan ajelah dengan aku, aku tak kisah pun. Eh cakap sorang-sorang pulak aku.
“Aku baru kenal la dengan dia. Aiman, ni kawan-kawan saya, Sam dengan Mun.”
Tiba-tiba Aiman ketawa, berdekah-dekah. Berkerut kami mendengar tawa Aiman. Kami berpandangan sesama sendiri sebelum Munirah pandang aku sambil angkat kening, tanda menyoal. Aku cuma angkat bahu tanda aku sendiri tak tahu, apa yang dah sampuk mamat ni.
“Kenapa awak gelak?”
“Sorry, sorry. Saya tak boleh control.” Aiman bersuara sebaik tawanya reda.
“Tapi nama kawan-kawan awak ni, lawaklah bila digabung. Sam dengan Mun. Sam-Mun, jadi Samun!” dia menyambung sebelum ketawanya pecah semula.
Kami yang pada mulanya terpinga-pinga, akhirnya ikut sama tergelak bila kami sudah dapat menangkap maksud kata-kata Aiman.
“Kawan kau ni kelakarlah Deeba.” Munirah yang diam sedari tadi, tiba-tiba bersuara.
“Aku pun baru tahu dia kelakar wei.” Aku buat kenyataan tak boleh tahan. Ye lah, aku pun baru kenal Aiman ni awal setengah jam saja dari dia orang ni. Manalah aku tahu kan? Tapi memang orang-orang secomel kami ni kelakar belaka. Haha, sempat lagi puji diri sendiri.
“Jom duduk. Dah nak start dah taklimat.” Munirah mengajak.
Aiman sudah bergerak ke tempat duduk lelaki, sedangkan kami dengan pantasnya duduk di tempat yang agak ke belakang itu. Senang buat kerja jahat. Haha, almaklumlah dah dapat geng. Ok Deeba, sedar sikit kau tu dah bini orang, buat perangai macam masih gila-gila remaja tu kenapa?
“Aiman tu bukan pakwe kau ke, Deeba?” Munirah menyoal apabila kami dah dalam posisi yang selesa. Aku pandang wajah Munirah di sebelah, dengan mata yang sengaja aku besarkan. Haih, kena jelaskan kaw-kaw ni.
“Bukan la! Aku baru kenal dia masa nak daftar tadi. Dia kata tak ada kawan, aku pun kawan ajelah dengan dia.”
“Tapi serius Deeba, kau nampak padanlah dengan dia.” Munirah masih tak berhenti meluahkan rasa terujanya. Ah, tak habis-habis orang nak padankan aku dengan orang yang sama saiz. Aku dah kahwinlah. Opps!
“Merepeklah kau ni!” aku mendengus.
“Kalau betul pun tak ada salah, kan? Amin...” Ibtisam menyapu wajahnya seolah berdoa. Aku geleng kepala. Macam-macam perangai.
“Korang ni pulak, apa cerita? Kau still dengan pakwe kau yang dekat U tu ke Mun? Si Hisyam tu?” aku cuba mengalih topik. Asyik aku saja disebut-sebut, nak juga tahu kisah dia orang. Lepas habis U, tak ada dah nak contact, masing-masing sibuk, dah la duduk lain-lain daerah.
Munirah geleng laju namun matanya fokus ke depan.
“Dah break. Dia curang dengan aku, mentang-mentanglah kacak, kejap je dapat awek lain lepas dia dapat kerja kat kompeni dia sekarang ni. Macam apa je.” Munirah buat muka meluat.
“Kau tu la, nak lagi laki kacak macam tu. Kau bukan tak tahu, laki kacak ni semua playboy!” Ibtisam macam cuba menambah minyak pada api. Aku hanya senyum, mujur Hadif tak begitu. Sampai saat inilah, lepas ni aku tak tahu, ah tapi mintak jauhlah!
Munirah angkat bahu. “Nak buat macam mana, dah taste aku macam ni.”
“Kau pulak apa cerita?” aku menyoal Ibtisam pula. Ibtisam pandang aku seraya tersengih sambil mengangkat tangannya. Sebentuk cincin belah rotan, elok tersarung di jari manisnya itu.
“Wah! Bila ni wei? Dengan siapa?” aku teruja sambil membelek jemari Ibtisam.
“Baru je, sebelum masuk sini.”
“Wah, ganas-ganas kau ni, ada jugak yang nak eh?” aku sengaja mengusik.
“Tengok oranglah... ganas luaran je, dalam perempuan Melayu terakhir. Dalam hati ada taman orang cakap. Haha.”
“Siapa wei?”
“Cikgu jugak. Mengajar satu sekolah dengan aku.”
“Untunglah kau. Aku kat sekolah tu, tak ada pun jumpa yang single lagi available. Semua dah berpunya. Tak kahwin lagi pun, dah bertunang la, dah ada kekasih la.”
“Ala relakslah Mun. Kau tu cantik, mesti ramai je yang nak nanti.”
“Haih, bilalah nak jumpa kan? Jangan tak jumpa sudahlah. Nanti membujang kita sampai ke tua, kan Deeba kan?”
Aku telan liur. Perlahan aku angguk sambil senyum. Rantai tangan, yang berada di pergelangan tanganku, aku elus perlahan. Dia orang ni langsung tak terfikir yang aku dah kahwin kan? Tapi betul jugak, aku mana ada cincin kahwin, rantai tangan ni adalah sebagai tandanya, sebab aku yang mintak macam tu. Aku mana suka pakai cincin-cincin ni. Rimas! Ah nak cerita tak nak, nak cerita tak nak? Arggh! Nantilah dulu...
“Ok-ok, diam wei. Taklimat dah nak mula.” Ibtisam yang tiba-tiba saja lantik diri dia jadi fasilitator tak bertauliah, tiba-tiba saja bagi arahan. Kami pun apa lagi, terus fokus di hadapan.
“Mak aih, handsomenya lecturer tu!” Munirah tiba-tiba menjerit kecil, buatkan kami berdua yang sedang fokus dengan taklimat, segera menoleh ke tepi.
“Kau ni tak habis lagi kan? Frust dengan mamat handsome pun, mata tu dok cari laki handsome jugak.” Ibitsam membebel.
“Tapi yang ni betul-betul punya handsome ni wei. Cair mata aku tengok dia ni!”
“Yang mana satu?” Ibtisam menyoal acuh tak acuh. Sekadar melayan Munirah gamaknya.
“Tu...” Munirah memuncungkan mulutnya ke arah tepi dewan, bahagian lelaki. Beberapa orang lelaki sedang berdiri di situ seperti sedang memerhati keadaan. Mungkin mereka pensyarah, mungkin fasilitator, mungkin tutor dan mungkin boleh jadi apa saja. Aku malas nak teka.
“Yang mana?”
“Tu yang hujung sekali tu, pakai baju merah jambu lembut tu. Aduh aku rasa macam jatuh hati la...” Munirah macam dah kena sampuk dewa cinta. Aku ketawa kecil, namun mataku sibuk mencari gerangan lelaki yang ditunjukkan Munirah tadi. Sajalah nak tengok, kacak sangat ke sampai kawan aku ni meroyan.
Erk! Rasa nak pitam sekarang jugak! Tolong!

Tinta Penulis : Novel ini mungkin akan dihentikan sementara dan hanya akan disambung semula di Penulisan2u. Setelah keluar bab seterusnya di P2U, baru AK sambung semula cerita ni di sini. Harap maklum. hehe.

Suka? =)

19 comments:

  1. itu mesti hadif kn?
    harap2 hadif.. biar kwn2 dia tau...

    ReplyDelete
  2. Aigooo...mesti Hadif ni....tetiba berdebor2 le pulak....hihih...

    ReplyDelete
  3. hadif kn lecturer...xkn deeba xtau kot ktne...kn dh kn2 terpikat...

    ReplyDelete
  4. awww,suka plak saya. cepatlah sambung. jgn tangguh lama. sungguh menikam hati saya menunggu tahu.

    ReplyDelete
  5. alaaa.....sambong la cpt...aduhh mesti asbenn die lectrr tu kann... unie irah

    ReplyDelete
  6. hadif...trsentuh hati...siap blikn deeba tdung & bju merah jmbu....so pasti hadif yg handsome kai bju merah jmbu tu...lkas2 deeba...gtau tu suami hang....! best..!

    ReplyDelete
  7. opsss...dap du dap dup dap dup.......AK cepat sambung

    ReplyDelete
  8. best la... sambung la kat sini cepat2.... x sabar nak tunggu :)

    ReplyDelete
  9. Msti hadif to .. ahaha xsbr na bce y strus nye :D

    ReplyDelete
  10. eh, hadif lecturer erk? aduhai! knp xingt ni? huhu

    ReplyDelete
  11. hadif la tu yek?hadif tu lecturer ke?tp mmg bleh smile 1hr la bc citer ni..lmbt plak bleh update yek?

    ReplyDelete
  12. Cik hubby deeba le tu keke,.cpt2 smbg eh hihi

    ReplyDelete
  13. wahh...menarik, akk smbung cepat2 tau. hehe

    ReplyDelete
  14. xsabar rasanya nak tunggu sambungan nie...

    ReplyDelete
  15. Assalamu'alaikum.alala comey2.Tu msti Hadif.Baju pun sama pink.Awwwww~rsa caur hsti cheq na~~ nak lagi kak AK~~ <3 <3

    ReplyDelete
  16. Assalamu'alaikum.alala comey2.Tu msti Hadif.Baju pun sama pink.Awwwww~rsa caur hsti cheq na~~ nak lagi kak AK~~ <3 <3

    ReplyDelete
  17. hi, tolong bagi saya sokongan ye :) http://semangatuntukku.blogspot.com/

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u