~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Thursday, March 5, 2015

Novel : Miss You Mr. Arrogant Bab 3


IRHAM merenung jam di pergelangan tangannya sekali lagi, masa yang berlalu terasa begitu lambat sekali. Dari tadi dia kegelisahan macam cacing kepanasan, menanti detik untuk pulang kerana ada agenda yang dia mahu selesaikan. Walaupun dia sendiri CEO kepada syarikat ini namun itu bukanlah tiket percuma untuk dia pulang atau keluar sesuka hati. Dia harus menjadi contoh kepada para pekerja dan bukannya menyalahgunakan kuasanya.
 “Irham…” Satu suara garau menerpa gegendang telinganya membuatkan Irham lekas mengangkat muka. Seraut wajah tua itu tersenyum padanya saat mata mereka bertentangan.
“Papa buat apa datang ke office ni?” Irham bersuara sebaik melihat wajah itu. Sejak Irham mengambil alih syarikat beberapa tahun lalu, sudah jarang bapanya datang ke pejabat tapi entah kenapa bapanya muncul sekarang dia sendiri tidak pasti.
“Saja, nak tengok keadaan pejabat. Dah lama rasanya papa tak menjengah.” Susuk tubuh itu melangkah masuk ke bilik pejabat Irham sebelum mengambil tempat di atas sofa bersebelahan meja Irham.
“Papa kan tak berapa sihat, papa rehat sajalah dekat rumah. Irham boleh uruskan semuanya, pa.” Irham turut melangkah ke sofa dan melabuhkan punggungnya di situ. Menghadap bapanya dengan penuh rasa hormat.
Tan Sri Zahir tersenyum. Dia tahu anak lelakinya itu memang boleh diharap untuk menjaga syarikat itu namun bukan itu tujuannya datang ke pejabat hari ini.
“Papa percaya pada kebolehan kamu, Am. Cuma…” Tan Sri Zahir berjeda seketika sambil merenung jam di tangan, baru pukul sembilan setengah pagi.
“Papa tahu kamu nak balik kampung Zaara hari ini. Papa datang ni nak tolong tengokkan office.” Wajah Irham berubah sebaik mendengar kata-kata bapanya, perlahan bibir Irham mengorak senyum lebar.
“Iye ke ni papa? Macam mana papa tahu?” Irham menyoal dalam nada teruja. Tan Sri Zahir tersenyum, sudah mengagak perkhabaran itu menggembirakan anaknya itu.
“Mama kamu yang beritahu papa. Alang-alang papa tak ada program apa hari ini, tak salah kalau papa tolong kamu uruskan syarikat kan?”
“Molek sangat tu, papa.” Irham tersengih, tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya. Memang dari tadi dia asyik menghitung detik untuk pulang. Hatinya seolah sudah tiada pada dirinya lagi, jiwanya terasa kosong.
“Tapi, tak menyusahkan papa ke?” Irham menyoal semula, gusar.
“Tak apa, kamu jangan risaulah. Sebelum papa serahkan syarikat ni pada kamu, sudah tiga puluh tahun papa uruskan syarikat ni sendirian. Setakat tolong urus hari ni, small matter.” Irham ketawa kecil mendengar kata-kata papanya.
“Terima kasih, papa. Hari ini tak ada perkara penting sangat pun untuk diuruskan, cuma pukul tiga nanti ada dua orang akan datang untuk temuduga jawatan pegawai pemasaran. Itu saja.” Irham mengingatkan sebelum dia sendiri terlupa.
“Tak apa, kamu baliklah Irham. Kalau ada hal penting nanti, Hani akan inform papa sendiri.” Irham mengangguk tanda mengerti sebelum mengemaskan barangnya.
“Kalau ada apa-apa, papa call je Irham ok?”
Tan Sri Zahir mengangguk perlahan bersama senyuman di wajah, enggan membuang masa Irham yang memang sudah kelihatan begitu teruja untuk pulang.
“Terima kasih, papa.” Irham bersuara ketika melangkah keluar dari biliknya itu dengan derap pantas.
‘Zaara, aku datang!!!’ Irham menjerit dalam hati.

“UHUK… Uhuk…” Zaara yang sedang menghirup air kopi panas di dalam cawannya tiba-tiba tersedak. Perit tekaknya terasa saat itu, membuatkan wajahnya berubah kelat.
“Kenapa ni, Zaara? Kamu tak apa-apa ke?” Hajah Amina menggosok belakang Zaara perlahan membuatkan Zaara lekas memandang wajah ibunya itu.
“Zaara ok, ibu. Tersedak sikit je.”
“Itulah, jangan minum laju sangat. Kopi tu panas lagi.” Hajah Amina mengomel melihat keculasan anaknya itu.
“Zaara minum perlahan-lahan dah tadi ibu, tapi entah kenapa boleh tersedak jugak,” Zaara mempertahankan dirinya sambil mengelap sisa air yang tumpah dengan tisu dapur.
Hajah Amina menggelengkan kepalanya perlahan, lucu melihat wajah anaknya yang enggan mengaku salah.
“Yelah tu, Zaara. Laki kamu rindukan kamu la tu, kot.” Sengaja Hajah Amina mengusik apabila melihat Zaara sudah kembali menghirup kopi panas itu.
Sekali lagi Zaara terbatuk-batuk saat terdengar kata-kata ibunya. Hajah Amina ketawa mengekek melihat gelagat anak tunggalnya itu sambil menggelengkan kepalanya.
“Zaara… Zaara… perangai tak berubah.”
“Ibu ni suka merepek masa orang tengah minum, kan?” Zaara tak henti mengurut dada, cuba melancarkan kembali pernafasannya yang terganggu.
“Betul apa ibu cakap.” Hajah Amina bersuara sambil tangannya menguis-nguis bihun goreng di dalam pinggan.
“Tak ada maknanya dia nak rindukan Zaara ni, ibu. Dia tu asyik sibuk dengan kerja dia je sampaikan nak ajak balik kampung pun susah.” Zaara mengomel, mulutnya sudah muncung sedepa.
“Ish kamu ni Zaara, tak baik cakap macam tu. Irham tu kerja keras untuk kamu jugak. Bukan kamu tak tahu, dia tu kan suka balik kampung ni, cuma bila dah sibuk sangat yang dia tak mampu nak ikut kamu balik.”
Zaara berjeda sendiri, menghirup air kopinya semula.
“Kerja keras sampai lupa anak bini.” Zaara bersuara perlahan hingga hampir tidak kedengaran.
“Hah, cakap pasal anak, cuba jenguk si Iman tu, entah-entah dah bangun.” Hajah Amina mengingatkan.
Zaara tergamam seketika sebelum kepalanya sendiri diketuk. Sedap je cakap Irham lupa anak bini, dia sendiri yang terlupa pasal Iman. Aduh!

ZAARA membuka pintu bilik sederhana besar itu dengan perlahan dan berhati-hati, tidak mahu mengejutkan Iman andai dia masih tidur.
Morning, mama.” Petah si itu bersuara saat Zaara menjenguk di muka pintu.
“Iman dah bangun?” Zaara bersuara terkejut ketika melihat anak kecil itu merenungnya dengan senyuman manja, ada tablet yang berada di dalam genggaman anak kecil itu.
“Hmmm…” mulut mungil itu bersuara halus namun matanya tak lepas dari merenung tablet dengan bunyi aplikasi permainan kedengaran.
Zaara melabuhkan punggungnya ke atas tilam sebelum merenung kembali anak kecil yang seolah tidak terkesan langsung dengan kehadirannya. Perlahan tablet di tangan anak kecil itu dicapai sebelum wajah itu ditatap penuh sayang. Iman yang terkejut, pantas memandang ibunya, tidak puas hati.
“Sudah, pergi mandi dulu lepas tu sarapan. Nenek dah masak sedap-sedap dah tu. Iman tak lapar ke bangun-bangun terus menghadap tablet?”
“Ala, cejukkkk la mama.” Balas Iman dengan pelatnya yang masih belum hilang.
“Dah jangan nak mengada. Kalau sejuk, Iman basuh muka gosok gigi dulu, mama bancuhkan susu coklat untuk Iman ok.”
Wajah yang sudah cemberut itu kembali tersengih saat minuman kegemarannya disebut si ibu. Dengan langkah berat, Iman menuju ke bilik air di belakang rumah sambil diperhati Zaara. Walaupun anak kecil itu pandai berdikari, tapi Zaara tetap mengambil langkah berhati-hati, bimbang apa-apa terjadi pada anak tunggalnya itu.
“Ahhhh cejukkk!” kedengaran Iman menjerit sebaik air kolah mencecah mukanya. Zaara yang menunggu di luar bilik air, ketawa kecil.

“Perangai sebijik macam papanya. Hesy!” Zaara mengomel sendiri tanpa menyedari senyuman sudah kembali terukir di bibirnya sendiri.

Suka? =)

5 comments:

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!