~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Friday, May 22, 2009

Cerpen : ~~Untukmu Teman~~


Aku menutup penggera yang berbunyi, mengalunkan lagu Aku Sedang Ingin Bercinta nyanyian Dewa 19 yang memang membingitkan dari telefon bimbitku lantas menatap waktu yang terpapar lalu bingkas bangun untuk bersiap. Cahaya matahari menembus masuk ke ruang kecil bilikku bagaikan memberi isyarat bahawa hari telah meninggi. Nia yang lebih dahulu bangun dariku sudah berbaju kurung dan berada di meja tulisnya, mungkin bermain game di komputernya sementara menunggu aku dan yang lain-lain siap. Farah pula sedang bersarapan ala kadar di meja jepun di hadapan tempat menonton televisyen.

Usai mandi, aku segera bersiap, menyarung baju kurung hijau serta tudung warna sedondon. Kacamata kupakai sesudah selesai menyapu bedak di wajah, celak di mata dan secalit gincu dibibir. Begku segera ku isi kelengkapan kuliah dan fail kutitip bersama. Barang kesayanganku; kad matrik, dompet, telefon bimbit, dan pendrive pasti tidak kulupa. Begitulah kebiasaan rutinku sebelum ke kampus bagi menghadiri kuliah.

Selesai bersiap, aku memandang Farah yang sedang asyik membetulkan tudung di cermin, Nia baru selesai menyarung stokin, aku turut mengikut jejaknya lantas menyarung stokin. Apabila semua sudah bersedia, kami pun melangkah keluar dari rumah dengan niat menuntut ilmu. Langkah kami dicepatkan memandangkan waktu kuliah sudah kian hampir. Kami segera melabuhkan punggung di wakaf yang sepi itu. Hanya terik mentari menemani kami hingga peluh membasahi pipi.

”Takde la pulak, Avanza kuning hari ini”, Farah berseloroh sambil matanya tertancap pada arah jalanraya. Dahinya yang berpeluh segera disapu dengan tisu.

”Macam ni la nasib kita yang naik van, kena la sabar”, bagaikan seorang ibu, Nia menyabarkan kami yang kian geram. Memang salah satu kelebihan Nia yang sering bersifat keibuan dan matang. Farah tersengih mendengar kata-kata Nia.

”Baiklah mak, tengah sabarlah ni”, aku berkata lantas tersenyum melihat gelagat dua sahabatku yang pelbagai karenah.

”Tahu tak, semalam Nia mimpikan, Nia pergi Hollywood”, seperti biasa, Nia kembali membuka Hikayat 1001 mimpinya yang pelbagai. Kadang-kadang mimpi ular, kadang-kadang bertemu artist terkenal, dan macam-macam lagi hinggakan kami pernah bergurau dengannya untuk membukukan semua mimpinya.

Aku dan Farah bagaikan sudah lali dengan kisah mimpinya, lantas kami hanya tekun mendengar ceritanya tentang mimpi.

”Eh, van dah ada tu”, mataku segera berpaling ke arah van yang ditunjukkan Farah, segera kami menaiki van yang sudah berhenti. Cerita Nia segera bersambung di dalam van,biarpun suasana tidak selesa namun mendengar celoteh Nia bagaikan menghilangkan segala ketidakselesaan yang bertamu.

Pintu MSB segera kubuka sebaik tiba di situ, hawa dingin segera menghembuskan kedinginan yang pastinya menyejukkan kami yang basah disirami peluh. Kami segera mencari tempat untuk diduduki, hampir separuh dari pelajar jurusan Kejuruteraan Perisian itu sudah tiba di dalam dewan yang boleh menempatkan lebih kurang 80 orang pelajar itu.

”Lea, PITA dah siap?”, pertanyaan dari Amy di belakangku kubalas dengan gelengan perlahan sambil menoleh ke arahnya.

”Amy? Dah siap ke?”, pertanyaan balasku itu dibalas dengan senyuman tawar.

”Takdelah lagi, tapi tengah pulun bagi siaplah ni, minggu depan dah present”, aku mengangguk perlahan mendengar jawapannya. Ketibaan En.Mustafa menyebabkan kami mematikan perbualan dan segera memberi tumpuan pada kuliah yang baru hendak bermula. Nafas kutarik dalam-dalam, cuba mencari kekuatan untuk menempuh 2 jam kuliah yang begitu memenatkan demi mendapatkan ilmu yang mampu menyuluh jalanku kelak.

Sudah 3 tahun aku menempuh kehidupan ini, mungkin agak memenatkan tetapi penuh suka duka yang banyak memberikan pengajaran dan pengalaman. Bijak pandai pernah menyatakan bahawa guru terbaik adalah pengalaman, memang benar segala yang dikata apabila aku sendiri merasainya.

Tidak lama lagi akan berlaku perpisahan buat diriku untuk kesekian kalinya, setelah begitu banyak perpisahan yang pernah aku rasai dulu, namun perpisahan kali ini begitu berat untukku hadapi kerna setelah 3 tahun bersama pastinya agak menyedihkan.

Malam itu, di saat semua telah melayar bahtera mimpi yang indah, aku masih belum mampu melelapkan mata. Wajah sahabat-sahabatku terbayang satu-persatu, Farah, Nia, Ana, dan rakan-rakan yang lain. Walaupun persahabatan kami penuh ranjau liku, kami masih berjaya menghadapinya biarpun ada juga yang tersungkur di tengah jalan. Mungkin jodoh bersama mereka itu tidak sepanjang aku bersama sahabat-sahabatku sekarang.
Nia, gadis manis yang punya banyak sifat keibuan itulah tempat aku banyak mencurah rasa dan kepahitan dalam hidup. Kami sama berkongsi rasa dan bertukar kegemaran. Memang banyak persamaan di antara kami, kerana dialah, aku tidak berasa kesunyian di rantauan. Kebaikan hatinya buatkan aku sedar, masih ramai lagi insan yang berhati mulia. Sepanjang berada di bumi Terengganu ini, dialah insan paling baik hati yang kukenal. Masih terngiang-ngiang lagi kata-katanya, biarlah segala kejahatan kita balas dengan kebaikan kerana tak ada gunanya untuk berdendam sesama manusia.

Farah, gadis nakal yang sering mengenakan Nia, aku jua selalu mengikutnya menyakat Nia kerana bagi kami, itulah hiburan buat kami sama-sama gembira menempuh kehidupan ini. Bersama dengan dia, memang tidak kering gusi, apatah lagi, pelbagai ideanya untuk mengenakan orang, namun dalam kenakalannya teselit semangat untuk dia berusaha dan bangun dari kegagalan. Aku banyak belajar darinya tentang erti tidak putus asa.

Ana, gadis yang berwajah Cina ini memang kental. Biarpun pelbagai liku ditempuh, dia tetap bersemangat dalam berjuang. Aku begitu kagum dengan keyakinannya, biarpun terpaksa bertukar jurusan, dia kental demi untuk tidak menghampakan ibu dan ayah. Wajahnya sentiasa ceria dan sering bertindak sebagai ketua dalam rumahtangga kami dan membantu di saat kami memerlukan.

Aku menghela perlahan, airmata yang ingin mengalir kutahan dari berjuraian. Aku harus melangkah dengan tenang. Aku harus kuat kerana ikatan yang telah kami bina begitu kukuh hingga takkan terputus dek perpisahan yang bakal terjadi. Kesunyian yang berlagu buatkan aku merasa sebak yang amat.
Dalam keheningan malam yang kian bertamu, ingin kukhabarkan padamu sahabat, terima kasih atas teduhan payung persahabatan ini yang melindungiku dari terik kepahitan dan kesunyian hidup. Moga takdir menentukan pertemuan buat kita kembali, untuk mencambah kembali benih kenangan bersama. Terima kasih atas segalanya, tiada coretan yang mampu menggambarkan penghargaanku ini. Hanya sebuah lagu kenangan yang mampu kucatat buat tatapanmu. Terima kasih teman...

Untukmu....

Sahabat, dalam kabur tercari-cari cahaya
Akhirnya kutemui sinar ceria di raut wajahmu
Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yang bertuah
Punya sahabat sepertimu...

Sahabat, kau bimbinglah menuju cahaya Ilahi
Sahabat, aku lemah mengharungi ranjau dunia
Sahabat, aku ingin sepertimu dalam ketenangan
menghadapi hidup ini...

Sahabat,
Ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Kuharap kitakan terus bersama
Menghadapi segala suka-duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia....

p/s: cerpen pendek ni aku hasilkn khas untuk bestfren aku mase kt UMT dl~~ni pn ader dlm buku nostalgia Comtech~~~ehehehee~~~

Suka? =)

2 comments:

  1. ku kenali setaip insan yang diceritakan disini..:)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum w.b.t,
    Saya ingin meminta izin untuk menjadikan cerpen cik sebagai bahan kajian tugasan Sintaksis Bahasa Melayu saya. mohon halalkan ye.terima kasih.

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!