Irham merenung keretanya yang kemek di hadapan. BMW putih itu dibelek-belek dan diusap perlahan. Rasa tidak puas hati masih bersisa dalam dirinya.
“Tak reti bawak kereta punya perempuan, suka hati aje dia langgar kereta aku,” Zafriel mengomel sendiri sambil matanya meliar melihat sekeliling keretanya, mencari lagi kecacatan yang mungkin ada pada kereta mewahnya itu.
“Nasib baik kereta BMW ni yang kena, kalau kereta Audi kesayangan aku tu yang kena, memang nahas la aku kerjakan,” Irham masih tak puas hati.
“Kenapa ni sayang?” Sherry yang datang entah dari mana tiba-tiba memeluk belakang Irham, tersentak Irham dibuatnya. Cepat-cepat dia meloloskan diri dari pelukan gadis genit itu, rimas rasanya.
“Tak ada apalah,” Irham malas nak melayan anak gadis rakan mamanya itu yang memang menjengkelkannya. Sudah berkali Irham cuba lari dari cengkamannya, namun dia masih lagi terhegeh-hegeh menagih cinta Irham.
“Eh kereta you, kenapa ni Irham?” Sherry menghenjutkan bahu Irham, mahukan kepastian. Matanya yang bercalit tebal dengan mekap dikedip-kedipkan. Naik berpinar Irham tengok, sekali pandang macam opera cina pun ada.
“Ada orang langgar tadi,” Irham bersuara malas tanpa memandang Sherry.
“Hah! Langgar? You ok tak ni?” Sherry usap-usap bahu Irham, seolah-olah cuba mencari sebarang kecederaan pada badan jejaka itu.
“I ok lah, you jangan kacau I boleh tak? I dah lambat nak masuk kerja ni. Nanti papa cari.”
“Ala, you ni, I ambil berat pasal you pun nak marah,” Sherry seakan merajuk.
“Sorry, tapi I ok, you tak payah risau. Sekarang I nak sambung kerja, boleh tak?” Irham cuba berlembut. Anak gadis rakan mamanya itu harus dijaga perasaannya, kang tak pasal Sherry mengadu pada mamanya. Nanti siaplah Irham kena dengar syarahan mamanya sendiri.
Sherry tu memang favourite mamanya untuk dijadikan menantu. Iyalah, pasti mama suka nak jodohkan Irham dengan anak rakan karibnya sendiri. Ayah Sherry, Dato’ Bakar ialah salah seorang rakan niaga Irham Holding, Sherry pula menguruskan butiknya sendiri, maklumlah anak orang kaya, pasti ibu bapa dapat menanggungnya untuk membuka butik mewah itu.
Mama Irham selalu memaksanya untuk lekas berkahwin dengan Sherry tapi Irham yang belum bersedia nak kahwin. Umur dah masuk dua puluh lapan tahun, tapi hatinya belum terbuka nak dirikan rumahtangga, yang difikirkan sekarang ialah urusan bisnes keluarganya itu.
“Boleh, tapi nanti lunch dengan I ok?” Sherry tersenyum menggoda.
“I try.”
“Ok! Nanti I jumpa you kat office you eh? Pukul satu tepat.”
“Whateverlah.” Irham cepat-cepat melangkah meninggalkan Sherry yang tidak berganjak di tempat letak kereta itu.
‘Mentang-mentanglah butik dia depan Irham Holding ni aja, hari-hari kacau aku, ada saja masanya nak mengganggu kerja orang lain,’ Irham membebel sendiri.
-------------------------------------------------------------------------------
Zaara melabuhkan punggungnya di dalam pantri, sengaja mencari ruang yang sunyi supaya dia dapat berbicara dengan lebih aman dengan ibunya di telefon. Nombor telefon ibunya segera didail pada telefon bimbit Fiz yang dipinjamkan padanya. Mujur Fiz ada dua telefon bimbit, dapat jugak dia gunakan telefon simpanan Fiz itu.
“Assalammualaikum ibu! Zaara ni. Zaara nak bagitahu, telefon Zaara hilanglah bu. Nanti apa-apa hal ibu telefon nombor baru Zaara ni eh.”
“Waalaikumussalam. Macam mana boleh hilang Zaara? Cuai lah anak ibu sorang ni...”
“Tak tahulah bu, tiba-tiba dah tak ada,” Zaara enggan menceritakan hal yang sebenar.
“Kena ragut ke kena curi? Kamu tak apa-apa?”
“Zaara ok, hilang la ibu, bukan kena ragut. Zaara pun tak tahu nak jelaskan macam mana.”
“Tak apalah macam tu. Lain kali hati-hati sikit, jaga barang-barang kamu baik-baik. Jangan letak merata.”
“Ye baik ibu. Zaara janji akan hati-hati lepas ni.”
Usai berbicara seketika dengan ibunya, pantas Zaara menekan punat hijau pada telefon Nokia 1100 itu. nasib baik Fiz memberinya pinjam telefon itu, kalau tak, memang betul-betullah Zaara jadi katak bawah tempurung.
“Zaara, cantik telefon baru awak,” Faisal yang baru masuk ke dalam pantri tiba-tiba menegur.
“Err, aah. Cantik kan,” Zaara berbicara sambil menahan malu.
“Awak ada masalah ke Zaara? Muka awak macam ada masalah je, kalau ada, ceritalah, boleh jugak saya tolong.”
“Eh tak ada apa-apalah Faisal,” Zaara jadi kekok berduaan dengan Faisal saat itu.
“Kalau ada jangan segan-segan beritahu saya tau. Saya tak suka lah tengok wajah monyok awak, kalau awak senyum barulah cantik.”
Kata-kata Faisal membuatkan bulu roma Zaara meremang, geli pulak dia mendengar pujian sebegitu.
Satu pejabat tahu yang Faisal sukakan Zaara, tapi sengaja Zaara buat-buat tak tahu, takut pun ada. Mana tak nya, orang macam Faisal tu memang romantik habis, siap bagi bunga, bagi kad ucapan, bagi coklat. Zaara pulak memang alergik dengan mamat-mamat romantik, geli-geleman rasanya.
Pernah sekali, masa hari jadi Zaara, dibaginya kad sebesar-besar alam kat Zaara, jadi malu Zaara dibuatnya masa tu, satu pejabat nampak kad tu, nak sorok pun tak boleh sebab besar ya amat. Lepas tu dibaginya bantal bentuk hati, adus tak boleh tahan Zaara dibuatnya, jiwang betul.
Zaara cuma tersenyum tawar pada Faisal lalu bangun dari duduknya.
“Saya keluar dulu eh,” ucap Zaara sambil cepat-cepat keluar dari pantri. Tak mahu berlama di situ dengan kehadiran Faisal yang pastinya menyemakkan lagi jiwa Zaara.
Saat duduk di mejanya, Zaara merenung kembali kad nama bertulis nama Zafriel Irham itu. tiba-tiba saja wajah jejaka itu kembali terbayang dalam mindanya, biarpun jejaka itu berlagak gila dan garang padanya, namun hati Zaara tetap rasa berbunga. Pelik sungguh perasaan yang sedang bergelodak dalam jiwanya. Hatinya terasa ingin sekali bertemu jejaka itu sekali lagi, dengan segera.
“Hah! Mengelamun!” Fiz menyergah sahabat baiknya itu yang menerawang entah ke mana.
“Mana ada?” Zaara cepat-cepat menyangkal.
“Ini risaukan hal tadi lah tu eh? Relaks la Zaara, pasti ada penyelesaian punya.”
“Tak adalah Fiz. Bukan pasal tu...”
“Habis?”
“Aku tak fikir apa-apa pun,” Zaara berdalih.
“Takkan lah kau fikirkan mamat yang kau langgar tadi pulak?” Fiz macam seorang ahli nujum, yang dapat mentafsir hatinya.
“Ish merepeklah kau ni, buat apa aku fikirkan mamat berlagak tu. Menyampah aku.”
“Eleh, menyampah ke suka ni? Baik kau terus terang.”
“Mana ada, tak kuasa aku nak suka lelaki garang plus berlagak macam dia tu.”
“Manalah tahu, kan anak orang kaya, ada BMW, mesti orangnya pun boleh tahan hensem kan?” Fiz tersengih penuh pengertian.
“Ish kau fikir semua anak orang kaya hensem-hensem macam dalam novel ke?”
“Aku tak cakap pun, aku cuma teka aje.”
“Bolehlah...” Matanya mula terbayang wajah Zafriel Irham.
‘Boleh tahanlah, sesuailah dengan perangainya tu... Mr. Arrogant!’ Zaara tersengih sendiri.
“Hah! Angau!” Fiz menjerit kecil membuatkan Zaara tersentak.
“Ish mana ada. Pandai-pandailah kau ni, dah la, sambung buat kerja.”
Zaara malas nak melayan Fiz lagi, baik dia siapkan kerjanya yang masih tertangguh. Dia kena berusaha untuk mengumpulkan lima ribu ringgit dalam bulan ini. Zaara kusut!
Suka? =)
suka!hehe...
ReplyDelete:-)
ReplyDeleteBestla cite ni.saya dah baca novelnye.hebatlah kak alisha kirana.😘❤👍
Delete