Zaara segera menghampiri Irham yang sedang menunggunya di taman itu, sambil bersandar pada keretanya, jejaka itu melepaskan pandangannya pada tasik yang membiru.
“Apa lagi yang awak tak puas hati dengan saya hah? Saya cuma berhutang dengan awak, bukannya menyakitkan hati awak. Kenapa sanggup awak buat macam-macam pada hidup saya?” Zaara melepaskan segala isi hatinya yang terbuku saat menghampiri jejaka itu.
Irham yang tiba-tiba mendengar suara Zaara mengomel, segera membuka kaca mata hitamnya seraya memandang Zaara tanpa perasaan.
“Tak boleh bagi salam dulu ke? Macam ribut.” Irham kembali memandang tasik. Zaara jadi bengang, jejaka dihadapannya itu masih dengan sikap dinginnya dan tidak ada sekelumit rasa bersalah.
“Orang macam awak ni tak perlu nak beri salam.”
Irham memandang Zaara semula.
“Kau fikir aku kebulur sangat dengan salam kau tu. Tak ingin pun.” Irham membentak sebelum berpaling menghadap tasik semula.
“Awak ni dah tersampuk hantu tasik ke? Asyik pandang tasik je, saya tengah cakap dengan awak ni. Soalan saya awak masih tak jawab.”
Irham pandang wajah Zaara dalam-dalam.
“Sebab tasik tu menenangkan aku, tapi kau menyerabutkan aku.”
Zaara segera menghadap Irham, tidak memberi peluang untuk Irham memandang tasik semula.
“Saya tak kira, awak kena jawab soalan saya. Sekarang, kenapa awak mengaku dengan keluarga saya yang awak ni kekasih saya? Lepas tu cakap yang awak nak meminang saya. Apa motif awak ni Irham?”
“Sebelum tu, kau jawab dulu soalan aku ni. Kau dah sediakan ke lima ribu yang aku mintak tu?”
Zaara menelan liur.
“Be... belum. Tapi...”
Irham menjeling dengan pandangan sinis.
“Aku dah agak.”
“Tapi, kalau awak bagi saya tempoh sebulan lagi, mesti saya mampu kumpul lima ribu tu,” Zaara seakan merayu.
Irham menggeleng-geleng.
“Tak perlu. Dah terlambat.”
“Dah terlambat? Jadi apa yang awak nak buat dengan saya? Apa lagi fitnah yang awak nak lemparkan pada saya?”
Irham merenung Zaara yang kelihatan seperti hendak menangis.
“Aku takkan buat macam tu lagi. Cuma satu je yang aku nak dari kau.”
“Apa?” Zaara jadi kurang sabar.
“Kahwin dengan aku.”
“Apa kahwin?” mata Zaara membulat mendengar jawapan dari Irham.
“Yelah, kahwin.”
“Awak dah gila ke?”
“Tak, aku serius.”
“Takkan.. takkan sebab lima ribu tu aje saya kena kahwin dengan awak?” Zaara tidak puas hati.
“Itu harga yang awak perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik.”
Zaara merengus. Tidak puas hati dengan kehendak Irham yang tidak masuk akal itu.
“Kalau saya tak nak, apa awak nak buat?”
Irham memandang Zaara dengan pandangan nakal.
“Aku boleh buat lebih dari apa yang aku buat dulu. Aku boleh musnahkan hidup kau.”
“Mm..maksud awak?”
“Aku boleh buat kau betul-betul mengandung.”
“Awak gila!!!” Zaara menjerit sekuat hati sambil menjarakkan dirinya dari Irham. Seram mendengar kata-kata Irham itu.
Irham ketawa semahunya, lucu melihat gelagat Zaara yang ketakutan.
“Kalau awak cuba buat macam tu pada saya, saya buat laporan polis.” Zaara cuba melawan.
Irham menjeling Zaara tanpa rasa takut.
“Kau fikir dia orang akan percaya ke? Mak kau sendiri akan jadi saksi yang kita ni memang pasangan kekasih. Kan? Takkanlah bakal menantu mak kau ni sanggup nak apa-apakan bakal isteri sendiri.”
Zaara terkedu.
“Kalau kau tak nak itu semua terjadi, baik kau kahwin dengan aku. Aku janji aku takkan apa-apakan kau kalau kita kahwin. Boleh?” Irham menyambung.
“Awak memang gila Irham. Gila!”
Zaara terus berlari ke keretanya semula. Rasa takut menyelubungi dirinya. Takut dengan tindakan yang boleh Irham lakukan jika mereka berduaan lebih lama. Baik dia angkat kaki segera.
“Hujung minggu nanti aku datang bawak rombongan. Ingat, jangan tolak pinangan aku, atau teruk akibatnya,” Irham sempat berpesan saat melambai dengan selamba ke arah Zaara.
-------------------------------------------------------------------
Majlis pertunangan secara mendadak itu berlansung dengan meriah sekali, kedua-dua belah pihak rombongan memenuhi ruang tamu rumah Haji Zaidi.
“Kami datang bawak hajat, nak memetik bunga di laman,” berpuitis sungguh Tan Sri Zahir memula bicara. Sayangnya ayat itu sudah stereotaip.
Zaara yang diam di dalam bilik, menjenguk ke luar sedikit.
‘Eh macam pernah kulihat pakcik itu, tapi di mana ya?’ Zaara memikir sendiri sambil mengintip keadaan di luar.
Fiz yang berada disisinya sejak tadi, cuma diam memerhati Zaara tanpa mampu berbuat apa. Sudah ditanya pada Zaara, kenapa tiba-tiba saja mahu bertunang dengan jejaka yang baru dikenalinya itu, namun Zaara masih belum mahu membuka suara. Dari tingkah laku Zaara, Fiz rasakan seolah sahabatnya itu di dalam ketakutan.
“Panggil Zaara,” suara Haji Zaidi yang berdegar membuatkan Zaara tidak perlu dipanggil sesiapa lagi kerana dia sudah mendengar. Perlahan Zaara melangkah keluar dari biliknya.
“Zaara, mereka ni datang nak meminang kamu, jadi di depan semua orang, ayah nak tahu, seikhlas hati, sudi ke kamu terima pinangan mereka ni?” Haji Zaidi menyoal dengan serius.
Zaara telan liur. Kata-kata Irham masih terngiang di telinganya.
Saat Zaara mengangkat pandangan, dia ternampak Irham di luar rumah sedang memerhatikannya dengan pandangan tajam, seolah memberi isyarat supaya menerima pinangan itu.
“Sss...sudi...” dalam takut-takut Zaara membalas, walaupun keikhlasan tiada dalam hatinya.
Rombongan lelaki kelihatan ceria, saat mendengar jawapan dari mulut Zaara. Irham yang sedang memerhati dari tadi turut tersenyum, sinis.
“Ok, mamanya, cepat sarung cincin tu.” Tan Sri Zahir kelihatan gembira berbeza dengan Puan Sri Maryam yang monyok dari awal lagi. Dalam keterpaksaan, dia menghampiri Zaara yang sedang duduk di atas kusyen empuk khas untuk majlis pertunangan itu.
Saat Puan Sri Maryam selesai menyarung cincin, Zaara segera mencium tangan bakal mertuanya itu, namun Puan Sri Maryam cepat-cepat menarik tangannya, enggan berlama disalami Zaara.
Zaara tergamam. Belum berkahwin pun Puan Seri itu bukan main sombong dengannya, entahlah apa akan terjadi bila dia benar-benar menjadi menantu dalam keluarga itu.
“Nasib baik kau terima, kalau tak...” Irham sempat berbisik pada Zaara saat rombongan lelaki sedang bersiap untuk berangkat pulang.
Zaara mengetap bibir. Geram kerana dipaksa, namun pada masa yang sama, takut untuk melawan.
“Lagi dua minggu kita nikah, masa tu kau jangan tolak pulak. Kalau tak, nahas kau aku kerjakan.”
“Tahulah!” Zaara membentak sambil menjegilkan matanya pada Irham. Irham ketawa kecil sebelum berlalu ke arah kereta Audi S4 berwarna biru, anak mata Zaara mengekori langkah jejaka itu dengan pandangan sayu.
Geram dan sedih bercampur baur menjadi perasaan yang sukar digambarkan lagi, tidak menyangka zaman bujangnya bakal berakhir dalam waktu terdekat, dengan lelaki yang berhati kering macam Irham.
Zaara melepaskan pandangan pula pada beberapa orang ahli rombongan pihak lelaki yang sedang memasukkan dulang hantaran yang dibalas pihak perempuan ke dalam bonet kereta, masih belum mampu percaya yang hari ini ialah majlis pertunangannya.
Keluhan berat Zaara lepaskan, cuba menyingkirkan sedikit beban yang berselirat dalam hatinya.
Suka? =)
kak kiran.....cepatla upload smbgannya.... xsabo..huhuhuu
ReplyDelete