~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, September 4, 2012

Novel : Cinta Bersaiz XXL! Bab 15




HUJUNG minggu itu, kami pulang ke rumah keluarga Hadif kerana mama meminta kami pulang. Entah mengapa, kami juga tidak pasti. Sebaik kereta masuk ke halaman banglo dua tingkat itu, aku dapati, ada beberapa kenderaan lain turut tersadai di hadapan rumah. Siapa pulak yang datang bertandang agaknya?
“EH Sara, buat apa dekat sini?” soalan yang terpacul dari mulut Hadif sebaik dia melangkah masuk ke dalam rumah, buatkan aku yang mengekor dari belakang, pantas memandang ke depan, ingin melihat wajah gadis itu.
Qaisara cuma tersenyum, seraya bangun dari duduknya di atas sofa sebelum mendekati kami.
“Abang Hadif baru balik?” Qaisara menyapa mesra, wajahnya tidak lepas dari memandang Hadif hinggakan aku di sebelah Hadif, langsung tidak dipedulikannya.
“Aah, baru saja sampai. Sara datang dengan siapa? Mak Ngah ke?”
Qaisara mengangguk laju. “Ibu ada dekat belakang dengan Mak Long.”
“Oh...” Hadif mengangguk-angguk. “Sara sihat?”
“Alhamdulillah bang.”
“Ada apa ni ramai-ramai ada kat sini eh?” Hadif menyoal sambil menggaru kepalanya yang aku pasti tidak gatal. Suami aku tak ada kutu ok. Haha.
Qaisara jongket bahu sebelum dia sendiri memandang ke arah dapur, memerhati keriuhan yang hadir dari sana.
“Mak Long panggil datang, nak buat makan-makan sikit katanya.” Qaisara bersuara sambil matanya kembali terarah ke arah Hadif. Wajahku cuma sesekali dijelingnya.
“Makan-makan? Untuk apa?” dahi Hadif berkerut. Qaisara menjongket bahunya.
“Entahlah. Sara pun tak pasti, tadi tiba-tiba saja Mak Long call ajak berkumpul.”
 Hadif terangguk-angguk macam burung belatuk mendengar bicara Qaisara.
“Abang Hadif dah pindah dari rumah Mak Long eh?” soalan itu tiba-tiba saja terluah dari bibir Qaisara. Aduh! Banyak panjang pula sesi soal jawab dua orang sepupu ni. Kalau bukan sebab Hadif masih menggenggam jemari aku, dah lama dah aku cabut masuk dapur. Segan nak menghadap wajah Qaisara yang asyik menjeling aku dengan pandangan semacam tu.
Hadif senyum seraya mengangguk.
“Dah seminggu dah pindah. Berdikari pulak, lagipun dah ada isteri, bolehlah tolong jagakan abang.” Hadif ketawa kecil. Qaisara turut tersenyum, namun aku masih dapat menghidu rasa cemburu.
“Tak apalah Sara, abang ke dapur dululah. Tengok Mak Long tengah buat apa.” Hadif meminta diri sambil menarik tanganku untuk ke dapur.
Aku lihat Qaisara mengangguk, namun jelingan tajam sempat menghantar langkahku yang mengikut langkah Hadif. Ah seram!

“MAMA buat makan-makan ni, sebab nak meraikan Adeeba yang dapat sambung pengajian dia.” Mama menerangkan dengan senyuman manis, sebaik mee udang siap dihidang di atas meja makan.
Aku terkedu, tak sangka ibu mertua aku ni sanggup bersusah payah sediakan jamuan ni untuk aku. Ok rasa nak menangis. Alamak, Drama Queen betul aku ni!
“Sambung pengajian?” terdengar suara Mak Ngah menyoal.
“Aah. Adeeba dapat tawaran DPLI, lepas ni bolehlah dapat jadi cikgu tetap.” Mama bersuara gembira, buatkan aku turut tersenyum lebar mendengar bicaranya.
“Oh... DPLI aje ke? Ingatkan sambung Master ke PHD ke?” terdengar nada mengejek di situ, namun aku buat tak endah saja. Biarlah apa Mak Ngah nak cakap, janji aku happy. Haha. Aku dapat sambung untuk jadi cikgu tetap, aku dapat bersuamikan lelaki yang anak dia suka, kira aku dah menanglah. Haha! Ok jahat gila aku punya fikiran, padahal aku tak pasti pun betul ke Qaisara tu ada hati pada Hadif.
Hadif pandang wajah aku, mungkin nak pastikan yang aku tak terasa. Aku senyum saja, buat wajah ceria macam tak kisah. Memang betul pun aku tak kisah.
“Tak apalah, dapat DPLI pun dah kira bagus. Lagipun Deeba memang minat jadi cikgu, kan sayang?”
Erk lidah aku kelu. Bukan sebab tak tahu nak jawab, tapi sebab Hadif panggil aku sayang depan-depan keluarga Hadif ni. Perlahan aku mengangguk seraya tersenyum.
“Betul tu. Memang baguslah Deeba dapat DPLI. Dari dulu lagi mama tengok, Deeba memang sesuai jadi cikgu. Bila Deeba dapat sambung DPLI ni, sebenarnya mama rasa mamalah orang paling gembira. Ada juga penyambung kerjaya mama, kalau harapkan orang lain, semua tak minat.” Mama tarik muncung sedepa.
“Hadif minat jugaklah mama, kalau tak, tak adalah Hadif jadi lecturer macam sekarang. Cuma jadi lecturer ni lainlah sikit dari jadi seorang guru. Hehe.” Hadif sengih.
“Jadi cikgu ni, dia punya hubungan dengan pelajar dia lebih rapat, lebih akrab. Bukan takat belajar, tapi juga faham permasalahan pelajar. Jadi lecturer, kamu sediakan notes je, lepas tu bercakap tiga puluh minit, lepas tu suruh student revised sendiri. Aura keguruan tu kurang sikit.” Mama laju berhujah menyatakan pandangannya.
Aku pandang wajah Mak Ngah yang hanya menjeling ke arahku dengan wajah masam mencuka. Qaisara di sebelahnya juga sama.
“Amboi mama, condemn Hadif nampak.” Hadif ketawa kecil buatkan orang lain di meja makan itu turut ketawa. Suasana terus meriah dengan pelbagai perkara berbangkit, namun aku cuma diam mendengar, tidak berani bersuara, segan pun ada sama, tambah-tambah bila tengok wajah Mak Ngah dan Qaisara yang masih tunjuk rasa tak puas hati sedari tadi. Ah perasan kau je Deeba.

AKU sendirian di ruang tamu kerana Hadif sudah naik ke atas. Tadi selesai jamuan makan, dia meminta diri untuk naik ke bilik kerana katanya, ada barangnya yang ingin dibawa pulang ke kediaman kami.
Orang lain, semuanya sudah buat hal masing-masing. Mama dan Mak Ngah masih ada di dapur, begitu juga Qaisara yang menemani ibunya. Orang lain yang masih gagal aku ingati namanya pula, dengan hal sendiri. Ada yang khusyuk menonton televisyen, ada yang sibuk melayan anak, ada yang berbual sesama sendiri. Aku? Tak ada siapa pun yang sudi menegur. Huhu.
“Akak...” satu suara comel tiba-tiba menjengah gegendang telingaku. Aku berpaling ke arah suara itu. Seorang anak kecil berdiri betul-betul di hadapanku sambil tersenyum, anak kecil itu seperti baru berusia tiga ke empat tahun. Comel je. Aku rasa macam anak saudara sepupu Hadif kot ni, sebab tadi nampak budak kecil ni duduk di sebelah kakak kepada Qaisara, kak Qayyum kalau aku tak silap.
 Aku berlutut, menghadap dia. “Ye adik...”
“Kenapa akak gemuk?” Srappp! Rasa darah menyerbu ke muka. Aduh, budak kecil pun pandai tanya soalan macam ni, siapalah yang ajar. Masalahnya, apa aku nak jawab ni?
“Ainna, tak elok tanya macam tu. Akak ni bukan gemuk la, tapi comel.” Hadif tiba-tiba berada di sebelahku, turut sama melutut di hadapan anak kecil itu.
“Oh ye ke Pak Su Adif, sorry kakak! Kenapa akak comel?” soal bibir mungil itu kembali dengan wajah serius, buatkan aku hampir tergelak. Lurus betul budak ni, sekali Hadif tukar ayat, melulu saja dia mengikut.
“Akak ni comel, sebab Pak Su yang jaga dia. Pandai tak Pak Su jaga?” Hadif sudah mendukung anak kecil itu ke atas ribaannya. Anak kecil bernama Ainna itu hanya laju mengangguk. Hadif tersenyum seraya mengucup pipi tembam Ainna. Aku yang turut sama geram sedari tadi melihat badan Ainna yang boleh tahan montel ni, turut mencubit-cubit pipi itu.
“Ainna pun comel jugak, mesti mama Ainna pandai jaga Ainna, kan?” Hadif menyoal dengan suara manja, membuatkan Ainna tergelak suka. Seronoklah tu, dikatakan comel.
“Aah, Ainna pun comel, sama macam kakak kan?” Ainna menyoal dengan sengihan buatkan aku ikut mengangguk.
“Ainna lagi comel!” aku membalas sambil mencium pipi itu.
“Ainna, jangan panggil akak ni akak tau. Ainna kena panggil dia Mak Su.” Ucap Hadif tiba-tiba, buatkan aku dan Ainna sama-sama terpana.
“Mak Su? Tapikan, Mak Su tu Mak Su...” Ainna teleng-telengkan kepalanya seolah-olah sedang keliru. Aku pun turut sama keliru dengan ayat budak ni. Haha.
Hadif tersengih.
“Ainna ada dua Mak Su. Satu Mak Su Sara, yang ini Mak Su jugak. Senangnya, Ainna panggil Mak Su ni Mak Su Deeba la. Okey?”
Dalam keadaan terpinga-pinga, mungkin sebab belum benar-benar mengerti, Ainna tetap mengangguk.
Hadif usap kepala anak kecil yang bertocang dua itu dengan lemah lembut.
“Tak apa, nanti besar Ainna fahamlah, ok sayang?”
 “Okey!” Ainna bersuara akhirnya, buatkan aku dan Hadif sama-sama tergelak. Kesian anak kecil ni kena fikir semua ni. Hadif lah punya pasal, tak semena-mena Ainna ni pening. Hihi.
“Ainna! Dah mari sini, jangan ganggu Pak Su Hadif tu!” ibu Ainna, Kak Qayyum tiba-tiba melaung, membuatkan Ainna mencicit lari ke arah ibunya. Kami sama-sama tergelak melihat keletah Ainna yang berlari terkedek-kedek. Comel je!
Sorrylah kalau Deeba terasa tadi,” Hadif tiba-tiba bersuara sambil memandangku dengan wajah serius.
“Ish abang ni, biasalah budak-budak. Deeba tak ambil hatilah. Biasalah, budak sekecil tu memang jujur, main sebut je apa yang dia orang fikir. Deeba langsung tak terasa la. Buat apa nak terasa dengan budak kecil?”
Hadif ketawa sambil menggosok belakang kepalanya. Lega agaknya. Haish! Hadif ni tak habis-habis fikirkan perasaanku. Ok, sepatutnya aku rasa gembira sebab Hadif selalu fikir pasal perasaan aku kan? Apalah Adeeba! Syukurlah sikit!
“Dah, jom balik.” Hadif senyum sambil menarik aku untuk bangun dari dudukku. Aku pandang jam sekilas, dah pukul lapan setengah malam.
“Jom!” aku membalas senyuman Hadif dengan senyuman yang lebih lebar.

“HAH dah nak balik dah?” Mama menyoal saat aku menghulur salam padanya sambil meminta diri untuk pulang.
“Ye mama, esok kan kerja. Lain kali ada masa kami datang lagi.”
“Yelah...” mama bersuara datar. Dah masak dengan alasan yang Hadif berikan agaknya.
“Deeba bila mula pengajian?” Mama beralih memandangku pula.
“Awal bulan depan, mama. Dalam dua minggu lagi.”
Mama mengangguk-angguk sambil mengurut dagunya, seolah sedang memikirkan sesuatu.
“Eh Deeba tunggu kejap eh.” Mama berkata tiba-tiba sebelum bergegas ke biliknya membuatkan aku dan Hadif saling berpandangan. Hadif membuat isyarat menyoal kenapa, tapi aku hanya angkat bahu. Aku lagilah tak tahu apa sebab mama suruh aku tunggu. Seketika kemudian, mama keluar dari biliknya dengan membawa satu bungkusan berbalut kemas.
“Apa ni, mama?” aku bertanya sebaik bungkusan itu bertukar tangan. Mama cuma tersenyum.
“Hadiah kecil je, untuk Deeba.”
“Buat susah-susah mama je.” Aku bersuara, serius terharu!
Mama yang masih tidak lekang dengan senyuman, menarik aku dalam dakapannya.
“Selamat menyambung pengajian ya Deeba. Belajar elok-elok, lepas tu jadi guru yang terbaik!” Mama bersuara sambil menepuk-nepuk bahuku. Amboi semangat betul puan pengetua ni.
“Insya-Allah mama.” Aku senyum, wajah Hadif aku pandang sekilas. Dia buat muka cemberut, tangannya didepangkan, minta dipeluk juga. Cemburulah tu, mama peluk aku. Haha.

Suka? =)

14 comments:

  1. yes...org pertame...hadif ni gi mane2 semue org berkenan....jeles2...sabor je la deeba

    ReplyDelete
  2. ada ke lagi species cam Hadif ni eh?.....sweet nyer dia....selalu nk jaga perasaan Deeba...buat akak senyum je tau entry ni....hihih...

    ReplyDelete
  3. Best...
    Alahai Hadi...,bukannya orang lain yang peluk Deebaa tu mama dia juga,itu pun nak jealous...#^_^

    ReplyDelete
  4. Ainna? adeh! terasa lah pulk. hihi sweet betl lah Hadif.

    ps: entah kenapa, rasa betul2 benci dengan si sara tu.

    ReplyDelete
  5. So sweet.. Suka sgt hadif dan adeeba

    ReplyDelete
  6. kak dah tak sabar nk beli nih hihihihi

    ReplyDelete
  7. pewwit2. romantisnyeh hadif n deeba. pedulikan mane2 pihak yg x berkenaan. buang karan jeh klau layan nanti

    ReplyDelete
  8. Haha..sweet je hadif tue,sntiasa beri smangat kt isteri dia walaupun byk yg tk suka dia kwin dgn Deeba.kn bgus andai lelaki mcm Hadif nie btul2 wujud

    P/S : akak,bgilh scene romantik Adeeba ngan Hadif,aha..teingin tgk diorang ada anak plak

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum warahmatullah. Kak AK~~=)

    Alhamdulillah kitorang masih berpeluang untuk baca kat sini. Betul jugak eh perbezaan antara cikgu ngan lecturer tu. Stuju sgt! Sebelum ni x terfikir pun tentang tue...

    Sweet sgt la Hadif ni. Bila terlalu sweet, dugaan/konflik yg bakal datang pasti hebat ombak besar yang melanda nnti. Bg saspens la kak AK...Teruskan sambung tau~~ <3

    ReplyDelete
  10. Alamak! dah cantik dah komen yang saya taip td. Hopefully selamat dihantar. =.='

    Assalamu'alaikum warahmatullah kak AK~~

    Bila tengah baca part beza guru ngan lecturer tu, terdetik dalam fikiran saya 'Betul jugak eh' sebelum ni tak terfikir pun ada perbezaan. Bg Saspens lah karya akk yang ni. Hadif tu sweeet sangat~ Bila terlalu sweet, pasti dugaan/konflik yang bakal ada hebat. Huhu tp ttap sambung tau akk....N terima kasih sebb bg peluang kat kitorang baca karya akk. Best!! Mmg tak menghampakan... =) <3

    ReplyDelete
  11. nk komen pa ye...:)...x sbr nk tggu smbungan...

    ReplyDelete
  12. budak dalam gambar tu macam mia sara nasuha je sekali tengok...........

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u