~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Thursday, April 26, 2012

Novel : Kalimah Cinta Bab 31



Sudah dua hari berlalu, sejak Iman datang ke kampung tempoh hari. Aku pun tidak tahu apa yang berlaku di sana. Aku tidak mahu tahu, biarlah segalanya selesai dengan baik saja. Saat hari pernikahan itu berlangsung pun, aku langsung tidak keluar bilik, apatah lagi melihat ke skrin telefon yang memang kubiar padam. Sepanjang hari aku menangis, dan cuba memujuk hati sendiri agar redha dengan ketentuan Allah yang aku dan Iman memang tidak berjodoh.
Hari ini, setelah lama bercuti, aku pulang semula ke rumah sewa, Syida dan Farah menyambutku dengan senyuman kelat. Pasti mereka simpati padaku, namun aku tidak memerlukan simpati mereka. Aku harus buktikan pada mereka yang aku kuat.
“Ila...” Farah menegur. Aku senyum padanya.
“Jangan bimbang, Ila okey la.” Aku cuba menceriakan suaraku walaupun kesedihan ini, entah mampu kuselindungkan atau tidak, aku sendiri tidak pasti.
Farah tiba-tiba saja memeluk diri ini, membuatkan aku terpempan. Syida turut mendekati dan memeluk kami.
“Kami ada kalau Ila perlukan apa-apa. Ila jangan risau ya.”
Aku tersenyum sendiri, terharu dengan sahabat-sahabatku yang sentiasa ada di waktu aku susah dan senang.
------------------------------------------------------------
Sesi persekolahan bermula semula hari ini, membawa bersama seribu satu semangat yang baru, aku ingin buang segalanya dan menumpukan perhatianku pada tugasku sebagai seorang guru. Ya ini nekadku, soal jodoh biarlah Allah yang tentukan. Aku sudah tidak mahu menyimpan perasaan  pada sesiapa lagi.
“Selamat pagi, Ila!” Salima seperti biasa, datang dengan wajah yang ceria, seolah tiada sebarang masalah di dalam dunia yang dapat menganggu hidupnya. Ah alangkah seronoknya andai aku mendapat sedikit kekuatan sepertinya itu.
“Assalammualaikum kak!” aku berpaling memandangnya yang sudah tersenyum melihatku.
“Ada orang cari Ila sampai ke kampung nampaknya... Ehem... Ehem...” dia tersengih lebih lebar, membuatkan aku terpinga. Orang cari aku di kampung?
“Jadi, akak yang bagi beritahu Iman?”
Salima angguk.
“Hari tu Doktor Iman telefon akak. Dia tanya akak, dekat mana kampung kamu, akak jawab ajelah.”
Aku terdiam. Rupanya Salima yang memberitahu Iman. Ah aku tidak boleh salahkan Salima, sebab dia tidak tahu apa-apa antara aku dengan Iman.
“Ila, kamu ok ke? Kalau kamu marah, akak beritahu dia, akak minta maaf.” Salima pantas meminta, apabila melihat aku diam seribu bahasa.
“Eh eh, tak lah kak. Ila tak marah pun.” Aku mengukir senyum, enggan membiarkan Salima rasa bersalah.
“Lega akak macam tu. Akak ingatkan akak ada buat salah. Jadi macam mana Ila, dah dapat pengganti Safwan ni, bila nak langsungnya?” Salima mengangkat kening, sengaja mengusik aku, tanpa mengetahui hal yang sebenarnya. Tanpa mengetahui yang dua hari lepas, Iman baru saja sah menjadi milik insan lain.
Aku geleng perlahan pada Salima.
“Tak ada apa-apa yang akan berlaku kak. Doktor Iman baru saja langsungkan pernikahan dia kak.” Aku bersuara seolah aku tidak berasa apa dengan kenyataan itu.
“Hah! Nikah? Biar betul kamu Ila.”
Aku tersenyum.
“La, betullah kak, buat apa Ila nak tipu.”
Salima terdiam, riaknya seolah sedang memikir sesuatu.
“Tapi bukan Iman tu memang sukakan kamu ke?” dahi Salima berkerut.
Aku menepuk bahu Salima seraya tersenyum tawar.
“Kan Ila pernah cakap yang Doktor Iman tu dah bertunang dulu. Dia nikah dengan tunang dia la.”
Salima terangguk-angguk.
“Akak ingat, adalah peluang untuk kamu bersama Doktor Iman, lepas kamu kehilangan Safwan. Akak terlupa pulak pasal tunang doktor tu.”
“Dia bukan jodoh Ila, kak. Mungkin ada insan lain yang lebih baik untuk Ila ni.”
“Hmm betul cakap kamu tu Ila. Kamu sabar ajela. InsyaAllah suatu hari nanti, jodoh kamu akan sampai.”
“InsyaAllah kak.”
Kami sama-sama berbalas senyuman.
“Cikgu!” seorang pelajar tiba-tiba menegur di depan pintu bilik guru.
“Ada apa Ira?” Salima menyoal.
“Tu, ada orang nak jumpa Cikgu Ila, dekat bawah.”
“Jumpa saya?” aku pantas bangun dari kerusi.
“Ya cikgu! Ada abang kacak datang nak jumpa cikgu. Cepatlah!”
“Abang kacak?” aku pelik, siapa pula datang jumpa aku pagi-pagi begini. Haih! Mengganggu konsentrasi nak bekerja betul.
Aku menuruni tangga, dengan pantas. Dalam hati asyik memikir, siapa pula gerangan yang ingin datang menemuiku pagi itu.
Dari kejauhan, aku lihat ramai pelajar mengerumuni bagaikan ada pesta, sama seperti suatu masa dulu, saat Iman datang menjengukku. Semua teruja melihat kehadiran Iman saat itu. Entah gerangan siapa pula kali ini, aku pun tidak pasti. Yang aku pasti, bukan Iman kerana dia baru saja melangsungkan perkahwinannya, pasti sekarang dia sudah pergi berbulan madu dengan Ida. Ah peritnya hati ini, tapi aku harus gembira lihat kebahagiaan dia walaupun kebahagiaannya itu bersama orang lain.
Aku berjalan perlahan menghampiri pelajar yang berkerumun, meminta mereka ke tepi, dan segera melihat ke depan. Aku tersentak saat apabila melihat gerangan insan itu. Dia tersenyum manis, sambil bersandar pada keretanya. Ya Allah... mataku terasa hangat...
“Iman...” bibirku menyebut namanya perlahan. Iman menegakkan badannya yang bersandar di kereta.
“Kamu semua, masuk ke kelas!” aku menjerit ke arah para pelajar yang masih tercongok di situ. Mereka semua pantas bersurai sebaik mendengar arahanku. Aku hela nafas perlahan sebelum berjalan menghampiri Iman.
“Ada apa awak cari saya dekat sini, Iman? Kan semuanya dah selesai antara kita.” Aku cuba bernada tegas, walaupun ada sebak di dadaku sebaik aku terpandang inai di jemarinya.
Iman mendengus. Belakang kepalanya digosok seolah begitu sukar meluahkan rasa yang terbuku di benaknya.
“Bukan Iman yang nak ketemu Ila, tapi ada orang lain.”
“Siapa?”
Iman diam, sebelum membuka pintu tempat duduk bersebelahan pemandu. Meminta aku masuk ke dalamnya.
“Saya...” dahiku berkerut. “Saya tak bolehlah, Iman. Saya... saya tengah bekerja. Awak baliklah, tak ada apa untuk dibicarakan lagi. awak dah sah bergelar suami orang. Jangan ganggu saya lagi!” Aku membentak, pantas berpaling untuk berlalu, enggan menghadap Iman lagi.
“Ila, tunggu.” Iman menggapai lenganku, membuatkan aku sedikit tersentak, aku lepaskan tanganku dari pautannya, sebelum berlari masuk ke dalam bangunan sekolah. Air mata yang ingin berderai, pantas kuseka sebelum orang lain perasankan hal itu.

--------------------------------------------
Nantikan penamatnya selepas ini. Bab 32. T_T

Suka? =)

6 comments:

  1. la dah nak tamat kew???....x puas g baca.hukhukhuk

    mesti ida yg nak jumpa ila kan?
    nak explain yg dy x jd kahwin gan iman
    semoga ada sinar kebahagian bt ila n iman.aminnnn...hahahahha

    ReplyDelete
  2. hurm.... ala, blh x kejap lg entry ke-32? hehehe.... x sabar.

    ReplyDelete
  3. cik writer..... betul ke tekaan cik anonymous tu......
    moga2 betullah kan.....
    tak sabar nak tunggu next n3.....

    ReplyDelete
  4. hahaha. harapnyeh ending nyeh nanti so sweet lah ek.hahahahha

    ReplyDelete
  5. teruja nak tahu.......cepat2 next n3

    ReplyDelete
  6. cian illa...betapa kuatnya hati die untuk melupakan cinta yang tidak kesampaian.......suka watak illa....walaupun die tahu iman sayangkan die....tp die x amik kesempatan diatas kasih sayang itu......die brusaha tidak merosakkn dan myakitkan hati ida......bgs2......

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

Goodreads!

Aliesha Kirana's books on Goodreads
Love You Mr. Arrogant Love You Mr. Arrogant
reviews: 4
ratings: 15 (avg rating 3.80)

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u