Irham berjalan mundar-mandir di dalam biliknya di dalam Irham Holding itu. Fikirannya kusut dan tidak tenang. Dia fikir, dengan berkahwin dengan gadis yang disalahertikan sebagai kekasihnya itu, segala masalahnya akan selesai namun akhirnya masalah lain pula yang timbul. Barulah Irham sedar betapa susahnya hidup berpasangan, apatah lagi dengan insan yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini.
Irham akui, dia rimas. Memegang status sebagai suami ibarat meletakkan Irham pada penjara yang dibinanya sendiri. Irham tidak reti dan tidak bersedia untuk menjadi seorang suami.
“Gelisah je ni. Kenapa bro?” Hadry menyoal saat menjengah masuk ke dalam bilik itu. Dia segera mengambil duduk di atas sofa sambil tidak lepas memandang ke arah Irham yang kegelisahan.
Irham menjeling ke arah Hadry sebelum turut duduk menghadap sepupu merangkap sahabat baiknya itu. Satu keluhan berat Irham lepaskan.
“Entahlah Had, aku pun tak tahu nak terangkan macam mana.”
“Ala, kalau kau ada masalah, kau cerita jelah kat aku. Kita kan dah kenal dari kecil. Rahsia kau semua ada dalam tangan aku kan.”
Irham mengeluh. Rambut yang menutupi matanya segera dikuis ke belakang.
“Masalah aku ni tak sepatutnya diceritakan pada sesiapa..”
Hadry mengangguk-angguk.
“Masalah rumahtangga eh?” Hadry menebak membuatkan mata Irham membulat.
“Aku dah agak dah. Lagipun aku tengok Zaara tu, bukan taste kau.”
Irham tertunduk memandang lantai. Tidak tahu bagaimana harus memulakan bicaranya dengan Hadry.
“Aku tak tahu macam mana nak explain dengan kau Had.”
“Kau cerita ajelah, aku sudi dengar, dan aku janji aku akan rahsiakan.”
Irham menarik nafas panjang sebelum memandang Hadry semula.
“Kau tahu kan, Irham Holding ni impian aku sejak kecil. Aku membesar bersama Irham Holding dan menghabiskan seluruh hidupku untuk membangunkannya bersama papa.”
Hadry mengangguk-angguk. Mengakui segala kata-kata Irham itu.
“Tapi papa... papa buat syarat yang tidak masuk akal sebelum mahu mewariskan aku dengan hasil titik peluh aku ini sendiri! papa hanya akan wariskan Irham Holding pada aku, kalau aku kahwin! Kau pun tahukan, betapa aku bencikan komitmen dan perkahwinan. Aku tak pernah rasa yang aku akan bersedia untuk semua ini.”
“Jadi, kau kahwin dengan Zaara semata-mata untuk warisi Irham Holding? Kau tak pernah bercinta dengan dia kan?”
Tekaan Hadry yang tepat itu membuatkan mata Irham membulat memandangnya.
“Mana kau tahu?”
“Aku teka aja.” Hadry tersengih.
Irham bingkas bangun dan melepas pandangnya ke tingkap.
“Kalau aku tak kahwin, papa nak serahkan syarikat ni pada kau.”
Hadry diam mendengar kata-kata itu.
Irham menoleh memandang Hadry yang seolah tidak terkesan dengan kata-katanya itu.
“Aku tahu kau memang layak untuk Irham Holding, kau cucu lelaki sulung dalam keturunan Tan Sri Irham Hadi, datuk kita yang dah bangunkan Irham Holding sampai ke tahap sekarang. Tapi...”
“Tak perlu cakap lagi Irham. Aku tak layak, kau lebih layak. Kalaupun uncle Zahir nak wariskan Irham Holding ni pada aku, aku tetap takkan terima. Kau pun tahu, aku tak minat bidang ni.”
“Sebab tu aku tahu, kau akan faham tentang niat aku untuk warisi syarikat ni kan? Aku mahukan Irham Holding bukan kerana kekayaan, tapi kerana cinta aku padanya.”
“Ya aku faham Irham.”
Hadry bangun seraya menepuk bahu sepupunya itu.
“Dan aku berterima kasih pada kau sebab majukan Irham Holding selama ni. Aku memang takkan mampu buat apa yang dah kau buat selama ni pada syarikat kita.”
Irham tersenyum, lega kerana Hadry faham akan niatnya.
“Cuma satu je aku tak faham...”
“Apa?”
“Kenapa kau pilih Zaara? Bukankah selama ni auntie Maryam nak jodohkan kau dengan...”
“Irham!!” suara seseorang kedengaran menjerit dari luar, nyaring sekali hingga membuatkan Hadry dan Irham menutup telinga.
Seorang gadis yang tinggi lampai, bermekap tebal, berskirt pendek menyerbu masuk ke dalam bilik Irham.
“Sampai hati you buat I macam ni Irham. Sampai hati!” gadis itu macam dah kena histeria.
“Sherry...” Irham tergamam.
Sherry menghampiri Irham lantas menumbuk-numbuk dada jejaka itu.
“Sampai hati you. Sampai hati you!”
“Sherry, tenang. Kenapa ni?” Irham cuba meredakan gadis itu.
“You memang kejam Irham. Sampai hati you tinggalkan I dan kahwin dengan perempuan lain ya!”
“Err... err... Sherry sabar.” Irham tidak tahu mahu berkata apa lagi.
“Kenapa you kahwin dengan dia Irham? Why?”
“Sherry, ini office I, tolong kawal diri you.”
“Macam mana I nak kawal diri I kalau orang yang I cinta, kahwin dengan orang lain? You kena explain dengan I, kenapa you kahwin dengan dia...” air mata yang mengalir di pipi Sherry mencomotkan matanya dengan maskara yang sudah mencair.
Irham buntu, otaknya ligat memerah idea namun satu pun tidak kena padanya.
“You tanyalah isteri I sendiri, kenapa I kahwin dengan dia.” Irham tiba-tiba bersuara, cuba melepaskan diri dari musibah yang baru menjelma ini.
Hadry menggeleng kepala, melihat gelagat Sherry sedari tadi.
‘Patutlah Irham tak nak kahwin dengan dia...’ hatinya berkata sendiri.
-----------------------------------------------------------------
“Hei perempuan, turun kau! Turun!” Sherry bagaikan orang yang sudah tidak waras, dari tadi dia menjerit sebaik saja pembantu rumah membukakan pintu banglo mewah itu.
Zaara yang mendengar bising-bising di bawah, segera menuruni anak tangga. Dari jauh dia dapat melihat seorang gadis tinggi lampai sedang memandang ke arah tangga.
‘Eh ni kan, gadis kat butik tempoh hari...’ Zaara cepat menangkap seraut wajah itu.
“You! You isteri Irham?” Sherry terus bertanya sebaik terlihat kelibat Zaara.
Zaara mengangguk perlahan.
Sherry segera menghampiri Zaara yang kaku tidak berganjak.
“Kenapa you kahwin dengan Irham hah? You tak tahu ke Irham tu buah hati I?”
Zaara diam. Malas hendak bergaduh dengan gadis itu.
Sherry tidak puas hati apabila soalannya tidak dibalas. Dia mengelilingi Zaara seolah seperti sedang tawaf. Diri Zaara diperhatikan atas bawah.
“Apa yang ada pada you yang tak ada pada I? I rasa I lagi cantik dari you.” Sherry berkata sambil memeluk tubuhnya.
“Irham tak patut pilih you! Dia patut pilih I!” Sherry masih tidak puas hati.
“Tapi...” Zaara bersuara tiba-tiba sambil tersenyum memandang Sherry.
“Tapi apa? Tapi apa? Jawablah perempuan miang!” Sherry menjerit kurang sabar.
“Tapi dia pilih saya kan? Bukan awak... jadi sedarlah diri sikit.”
Sherry mendengus marah.
“I rasa Irham dah buta. Sebab tu dia pilih you. Tak pun, you dah guna-gunakan dia!”
“Hello! Irham tu memang dah buta, mata Irham tu dah buta sebab tengok mekap awak yang menjolok mata ni, sebab tu dia pilih saya!”
“Kurang ajar!” Sherry mengangkat tangannya lantas menampar pipi Zaara sekuat hatinya.
Zaara mengaduh sambil memegang pipinya yang kebas, tanpa berfikir, dia membalas tamparan itu dengan menampar wajah Sherry pula.
“Aduh! Kurang ajar punya perempuan!” Sherry ingin melibas tangannya sekali lagi namun ada tangan yang menghalang.
“Irham...” Sherry tergamam saat melihat Irham sudah berdiri di hadapannya.
Irham meletakkan tangan Sherry ke bawah. Mujur dia pantas datang sebaik Sherry keluar dari biliknya dengan tergopoh gapah tadi, kalau tak, mungkin dah jadi tayangan WWE percuma kat rumahnya hari ni.
“Irham, you tengoklah isteri you tu, sampai hati dia pukul I...” Sherry merengek manja sambil melentokkan kepalanya ke bahu Irham, cuba meminta simpati.
Irham tidak berkata apa-apa sebaliknya memandang wajah Zaara yang sudah kemerahan di sebelah pipinya. Zaara turut memandang wajah Irham seketika sebelum berlari naik ke bilik.
Irham menolak kepala Sherry dari bahunya sebelum berlari mengejar Zaara.
“Irham!” Sherry memanggil sambil menghentakkan kakinya. Geram kerana jejaka itu tidak cuba memujuk dirinya.
“Sherry, kenapa kecoh dari tadi ni?” Puan Sri Maryam yang baru masuk dari taman belakang rumahnya itu segera mendapatkan anak gadis itu.
“Auntie, tengoklah apa Zaara dah buat kat Sherry...” Sherry menayangkan pipinya yang sudah bercalit pemerah pipi asli.
“Eh dia tampar kamu ke Sherry?”
“Aah auntie. Sakit...” Sherry merengek-rengek.
“Perempuan tu memang dah melampau!” Puan Sri Maryam memandang ke atas.
“Kenapa Irham kahwin dengan dia auntie? Kan ke auntie dah janji nak jadikan Sherry menantu keluarga ni?”
Puan Sri Maryam tersenyum pada anak rakannya itu. memang itu yang dijanjikannya sejak dulu, tapi entah mengapa Irham berani berkahwin dengan orang lain, dan mengingkari arahannya.
“Tak apa Sherry. Auntie takkan biarkan dia tu lama jadi menantu auntie kat rumah ni. Sherry saja menantu pilihan auntie.”
“Betul ni auntie?” Sherry tersenyum gembira.
Puan Sri Maryam mengangguk-angguk.
“Tapi macam mana?”
“Adalah caranya. Tapi Sherry kenalah ikut cakap auntie.”
“Ya mesti Sherry ikut punya. Thank you auntie. Sherry sayang auntie!” Sherry tersenyum sambil mengusap tangan Puan Sri Maryam.
Puan Sri Maryam tersenyum sinis sambil menjeling ke atas dengan pandangan penuh pengertian.
p/s :
p/s :
Suka? =)
alaaaaaaaaa...awat pndek sgt??heheheee...suspen btl la..xpe2...next time pjg ckit ehhh...pastu byk2..:D..gud job AK!!
ReplyDeletealah sedihnya... kenapa Pn Sri Maryam pun jahat sama... kesian zaara... mesti irham jatuh cinta dlm diam juga dgn zaara atau si hardy juga....apa agaknya yg akan dilakukan oleh ibu irham & si sheery tu...cepat samb.... sweet sgt... mesti nak lagi nak lagi apa seterusnya....:)
ReplyDeletehehee...asal kalau pompuan jhat je mst nme sherry..
ReplyDeletebest2....takut Ak mrajuk je kalu x komen...
eii...sherry gedik!sian zaara
ReplyDeletepnjang cket dari part 14..miahhaaa suke3..cepat smbg lagi..hohohohohoho
ReplyDeleteada pakatan pulak pn sri ngan sherry ni.....suspen laa...next n3 plz..
ReplyDeleteahhh...tak sbr nak tau ape irham ckp kt zaara.....fighting AK!!
ReplyDeleteirham nak pujuk zaara ke tuh,,hehehe
ReplyDeletehehehehe mmg patut pun zaara tampar muka sheery 2...n nasib baik irham kejar zaara n tinggakan sheery...
ReplyDeleteella, akhirnye aku dh bc dr episod 1-15..aduhai..mcm drama tv3 plak sambung2...
ReplyDeletecian zaara....dah la mak mertua xsuker dapat husband p0m cam dua kali lima gak....
ReplyDeletejahat nye Sherry nie !!! berani2 je dia tampar muka Zaara.. nanti saya tampar muka Sherry nie laju2 kang.. hee~ emo skejap..
ReplyDeletekesian dgn Zahra kena penampar dgn sigedik. dh tu
ReplyDeletePn Sri pun tak suka dgn Zahra kalau boleh
nk pisahkan mrk berdua...nk lagi.
aku akan komen but....
ReplyDeleteplis jangan sesekali biarkan rancangan jahat pompuan gedixes dua ekor tue berjaya...
hrmmmmmm.....
asyik2 pompuan gedixes....
tak faham aku dengan kerenah pompuan nie...
banyak sangat yang gedixnya dari yang ayu....
jhat la Sheery nye !
ReplyDeletePuan Sri pon sme lak, sian Zaara.
harap2 la Irham nk pujuk Zaara, :D
best, smbg cpt !
*THANK AK (:
best3.. sambung panjang2 sikit taw
ReplyDeletebest la!!!
ReplyDeletex sabar nak tahu apa yg Irham ckp dkt Zaara..
sambung la cpt2 eh...
best la!!
ReplyDeletex sabar nak tunggu sambungannya...
teruskan kak AK...
salam...tabik la kat nukilan ak..zaara akak salutela...ganas giler..
ReplyDeletemamat poyo tu da jatuh hati ke kat minah zaara yg telus tu...
hopefully mamat poyo tu pindah rumah sendiri..agar mama ngan minah yg tak tau malu tu terencat akal sekejap nak mengenakan zaara..hopefully zaara dapat bekerja balik..at least tak da la dia boring..nak jumpa ngan mak mertua yg tak mesra alam tu...
best n3 kali nie..x boring n de lain sket...ish ish,jgn la mrajuk,xbaek utk kcantikkan tau!..hihiii..
ReplyDeletenk yg 16 plak AK...
ReplyDeletenk bce camne gaya irham pujuk zaara...
hehe..
oho...jgn la majuk...
ReplyDeletebest la...nk lagiiii!!!!
aah la apa irham buat dgn zara ek lg marah ke atau zara dipujuk he3x
ReplyDeletesambung jgn x sambung
irham dh de rse sumting2 la tu....hu3....klo x, x de mkne nk kejrkn kn zara...comen2 pn rse kshn....hu9=)
ReplyDeleteala..ciputnye..nak lagi pliss!!!
ReplyDeletegud luck AK..best sngt2....nak lgi..nk lg
ReplyDeletejgn merajuk AK..
ReplyDeletewahh best..cpt sambung..
np mak mertua yg kaya2 slalu camni..
hurm..
cpt2 sambung tau AK...:)
ala rse mcm bru je bce....tp dh hbs...bru nk tau ape idea jht mama irham ngan si sheery gediks 2...huhuh...sian zaara...next bab kak...:p
ReplyDeletehehe...irham da jatuh ati kat zara ke???pendek sngt...x sempat nak m'hayati ceta.
ReplyDeletetak sabar nk baja n3 seterusnya..
ReplyDeletebest sangat2...
jumpa jugak blog penulis Mr Arrogant!
ReplyDeleteI'm your new fan girl :D
apa la rncangan dorg ye....
ReplyDeletesmbung cpat2 ye...
akak.... tolong la buaat bab 16 cepat2.. kalau boleh sampai abeh trus.. ngeee... xsabar nak bace dah ni....
ReplyDeletehaha. harap2 irham + hadry suke kat zaara. tpi, last mst ngan irham la..
ReplyDeletecepat sambung... x sabo nk baca bg ni.....(T_T)
ReplyDeleteeh2...jgn...jgn merajuk....nnt saya yang puasa 3bulan xbace novel lg...
ReplyDeletep/s: AK...xnak tipikal malaysian sgt, or cam cte indonesia ea..ples,plis,plis[bunyi cam tayar pancit]