Malam itu bulan mengambang penuh di celah-celah awan, membuatkan panorama alam terasa begitu indah sekali. Ardini berjalan sendirian di dalam taman yang luas itu, berjalan-jalan tanpa arah dan tujuan yang pasti. Macam mana dia tersesat di sini pun dia tidak pasti.
Matanya meliar memerhati segenap pelusuk taman itu yang begitu indah sekali, dengan bunga-bungaan yang sedang kembang mekar berwarna-warni. ‘Ah! Kalaulah ini mimpi, tolong jangan bangunkan aku!’ Ardini meminta dalam hatinya sambil berbaring di atas taman yang luas itu, menghadap bulan dan bintang yang berkerlipan di langit.
“Sayang...” satu suara memanggil, membuatkan Ardini cepat-cepat bangun dari pembaringannya. Matanya cepat-cepat mencari arah suara itu. Satu susuk tubuh sedang berdiri di sebalik kelam malam itu.
Ardini berjalan menghampiri susuk tubuh itu dengan berhati-hati dan perlahan sebelum akhirnya berdiri di hadapan seorang jejaka yang tersenyum manis kepadanya.
“Assalammualaikum sayang...” suara itu berkata lagi. Ardini kaku, wajah itu tidak dikenalinya lansung, bagaimana jejaka itu sewenangnya memanggil dia sayang?
“Waalaikumussalam.” Ardini menjawab.
Satu kucupan lembut hinggap di dahi Ardini hingga membuatkan matanya terpejam. Saat Ardini membuka mata semula...
“Bangun sayang, nak tidur sampai tengah hari ke?” Puan Hadirah bercekak pinggang menghadap anaknya yang sedang asyik berselimut di atas katil. Sudah puas dia mengejutkan Ardini sedari tadi, namun anaknya lansung tak tercuit, sebaliknya tidur sambil tersenyum-senyum.
“Eh ibu, mana suami Dini tadi?” Ardini menggaru-garu kepalanya sambil memandang wajah ibunya dengan pandangan yang keliru.
“Hah! Suami kamu? Bila masa kamu dah berlaki Dini oi! Ibu tahulah kamu ni kemaruk nak berlaki, tapi takkanlah sampai macam ni!” Puan Hadirah menepuk-nepuk bahu anaknya sebelum ketawa mengekek.
“Eh, err apa yang Dini merepek ni eh?” Ardini masih terpinga-pinga, mimpi tadi seolah benar-benar terjadi. Ardini masih dapat mengingati haruman bungaan di taman dan cantiknya sinaran bulan malam itu.
‘Mimpi ni lagi. Dah tiga malam berturut-turut aku mimpi yang sama. Jejaka itu... mungkinkah dia suamiku? Ah tapi kenapa aku tak dapat ingat wajah dia? Rugi betul!’ Ardini menepuk dahinya.
“Dah-dah, kamu jangan nak berangan lagi, pergi siap-siap cepat, nanti kita nak pergi kenduri.” Puan Hadirah bingkas bangun dan keluar dari bilik anaknya itu.
Ardini cuba mengingati wajah jejaka itu semula, sudah tiga kali mimpi yang sama namun dia masih tidak mampu mengingati wajah jejaka itu.
Dahinya dipegang semula, teringat kembali kucupan hangat di situ. “Hihi, siapalah jejaka malang tu ek?” Ardini memeluk bantal peluknya, terasa masih di awang-awangan.
“Ardini Hafiyah! Bangun mandi!” suara Puan Hadirah kedengaran dari luar. Cepat-cepat Ardini bangun seraya berlari ke bilik air.
------------------------------------------------------------------------------------
“Eh ni anak Kak Irah ke ni?” seorang makcik menegur saat Ardini dan ibunya sedang menyantap hidangan di kenduri itu.
“Aah Jah, ni anak Kak Irah.”
“Tak pernah nampak pun selama ni,” makcik yang dipanggil Jah oleh Puan Hadirah menyambung bicaranya.
“Oh, dulu dia belajar kat universiti, sekarang dah abis study, barulah balik rumah.”
“Ooo, lawa jugak anak Kak Irah ye, dah berpunya ke belum?” tersedak terus Ardini saat mendengar bicara Mak Jah itu. Air sirap di dalam gelasnya segera diteguk beberapa kali.
“Belum lagi. Belum ada calon,” Puan Hadirah membalas sambil menjeling ke arah anaknya. Ardini mencebik, tak suka bila soal jodoh dibangkitkan.
“Oh baguslah macam tu, Jah pun tengah cari calon untuk anak Jah ni...” mata Ardini terbeliak mendengar kata-kata itu.
‘Makcik ni! Tengah-tengah datang kenduri ni pun sempat lagi mencari calon untuk anak dia. Apa la! Tak apa, mesti ibu tak terima punya. Haha. Ibu kan tahu aku tak suka dijodohkan.’
“Eh ye ke Jah! Bolehlah kita satukan anak kita kan...” Puan Hadirah tersenyum gembira. Ardini tersentak, bahu ibunya dicuit-cuit namun Puan Hadirah lansung tak pedulikan Ardini.
‘Mati aku!!’
----------------------------------------------------------------
“Ibu, tak mahu! Tak mahu! Dini tak mahu!” Ardini memeluk tubuhnya sambil membangkang permintaan ibunya itu.
“Ala, ibu kenal Mak Jah tu, baik orangnya. Anaknya pun baik-baik belaka, yang nak dijodohkan dengan kamu pun baik orangnya. Tengah belajar di Jordan. Hujung tahun ni baru balik Malaysia, habis belajar.”
“Hah Jordan? Ustaz?”
“Aah la. Kan bagus tu. Dapat orang yang baik-baik.”
“Tapi ibu. Dini...”
“Dah-dah. Harapkan kamu cari calon sendiri, dah umur dua puluh lima tahun pun belum ada yang punya, sampai bila ibu nak tunggu kamu dapatkan calon?”
“Er, tunggu la kejap lagi ibu. Dini dah dapat ilham dari mimpi ni...”
“Mimpi?”
“Aah, sekarang ni Dini selalu dapat mimpi yang sama. Dini berjalan-jalan dengan seorang lelaki dalam taman yang indah bu. Dini yakin itu jodoh Dini bu.”
Puan Hadirah meletakkan tangannya pada dahi anaknya itu.
“Tak panas pun.”
Ardini tercengang melihat perlakuan pelik ibunya itu.
“Kenapa ni bu?”
“Tak demam pun. Tapi macam dah hilang akal je anak ibu ni. Kamu dah gila ke? Percayakan mimpi tu sangat kenapa?”
“Ala bu, mimpi tu macam betullah. Dini yakin itu satu petunjuk.”
“Kamu ada solat istikharah ke?”
“Tak ada.” Ardini tersengih.
“Habis tu yang kamu yakin sangat mimpi tu petunjuk kenapa? Dah-dah, malas ibu nak layan karenah kamu yang mereng ni. Keputusan ibu muktamad, kahwin je dengan anak Mak Jah tu. Senang hati ibu, kamu dapat lelaki yang baik tapi malanglah nasib laki tu dapat kamu yang tak betul ni.”
Puan Hadirah menggeleng-gelengkan kepalanya seraya ketawa mengekek.
“Ibu!” Ardini mencebik.
--------------------------------------------------------------------------
Ardini melihat skrin telefon bimbitnya yang tertera nombor yang ganjil. Terlalu banyak nombor yang tertera. ‘Mungkin panggilan dari luar negara, tapi siapa pulak yang call malam-malam buta ni?’Ardini berfikir sendiri.
Punat hijau segera ditekan. Dengan nada tersekat-sekat, Ardini memberi salam.
“Assalammualaikum.”
“Waalaikumussalam. Ardini Hafiyah ke tu?”
“Aah, ya saya. Siapa kat sana?”
“Ini... Ikhwan.”
Ardini menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tak ada pula kawannya yang bernama Ikhwan sebelum ni.
“Err Ikhwan mana ya? maaf saya tak kenallah.”
Terdengar suara disebelah sana berdehem. Mungkin mencari kekuatan untuk berbicara.
“Saya anak Khadijah, Ikwan Durrani, bakal suami awak.”
Ardini terpempan. ‘Bakal suami? Ahhh! Kenapa ibu serius sangat nak jodohkan aku ni!’
“Hello.. awak masih ada kat situ ke?”
“Eh aah ada-ada.”
“Mak saya ada bincang dengan saya pasal perkahwinan kita. Mak saya dan mak awak pun dah bersetuju. Saya cuma nak tanya, awak sudi ke terima saya sebagai suami awak? Saya tak nak awak rasa terpaksa.”
Ardini berjeda seketika. Soalan yang amat sukar untuk dijawabnya. Ya memang dia rasa terpaksa, tetapi dia tidak sanggup membantah kata ibunya. Dia tidak sanggup menjadi anak derhaka.
“Err, sudi-sudi.” Ardini terpaksa berbohong.
Terdengar hela nafas Ikhwan di hujung talian.
“Oh. Baguslah kalau macam tu. Saya risau tentang penerimaan awak terhadap saya, sebab tu saya call. Harap saya tak ganggu awak.”
“Tak apa. Tak mengganggu pun.”
“Ermm, saya minta diri dulu ya. Assalammualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Ardini meletak telefon itu dengan keluhan. Tersepit antara jodoh yang sudah ditetapkan untuknya dengan cintanya yang tidak nyata. Cinta di alam mimpi nan indah...
“Sayang, kenapa monyok saja ni?”
Ardini pandang wajah yang tersenyum itu, tenang sedikit hatinya yang gundah.
“Dini rasa kita tak dijodohkan lah...” Ardini bersuara sambil melihat bintang yang bersinar di langit di dalam taman yang indah itu.
“Siapa kata? Dini hanya untuk abang, percayalah.”
“Tapi abang masih belum muncul, macam mana Dini nak percaya?”
“Jodoh Dini hanya untuk abang. Tolong tunggu abang Dini.”
“Tapi...” Ardini melihat susuk tubuh itu kian menjauhinya.
“Abang.. abang!!!” Ardini menjerit sekuat hati.
Nafas Ardini berombak saat terjaga dari tidurnya itu, mimpinya tadi seakan benar-benar berlaku. Semakin lama kehadiran jejaka yang digelar ‘abang’ itu kian dekat dihatinya.
‘Kalau mimpi ni cuma mainan tidur, kenapa hari-hari aku bermimpikan dia?’ Ardini termenung sendiri.
Keluhan berat dilepaskan, esok adalah hari pertunangannya dan dia tidak mampu membantah. Tapi, bayangan ‘abang’ kian jelas di matanya. Wajarkah dia menunggu?
----------------------------------------------------------------------------
Majlis pertunangan Ardini dan Ikhwan Durrani berlansung secara sederhana. Hanya ahli keluarga terdekat saja yang diundang. Ikhwan Durrani tidak hadir kerana masih berada di Jordan.
“Ok Kak Jah, sarunglah cincin tu kat menantu...” satu suara kedengaran di telinga Ardini yang masih tertunduk. Wajahnya masam mencuka dek kerana rasa terbeban oleh keterpaksaan menerima takdir ini.
‘Dini tunggu abang...’ suara itu seolah berbisik di gegendang telinga Ardini.
“Nanti!” Ardini bersuara sebelum sempat Puan Khadijah menyarung cincin. Cepat-cepat dia pandang sekeliling sebelum bangun dari duduknya di atas karpet baldu itu. Semua mata tertumpu padanya.
Puan Hadirah mampir ke depan. Ardini ditarik ke tepi.
“Kenapa Dini?”
“Ibu.. Dini rasa... Dini rasa Dini tak boleh lakukan semua ni...” Ardini berbisik.
“Tapi kenapa Dini? Kan Dini dah setuju?”
“Dini rasa Dini dah jatuh cinta pada orang lain...”
“Siapa? Siapa pulak ni Dini?”
“Lelaki dalam mimpi Dini.”
“Hah! Kamu dah gila Dini!” Puan Hadirah tersentak.
“Maafkan Dini, ibu...”
Ardini cepat-cepat berlari masuk ke dalam biliknya semula seraya mengunci pintu. Dia tidak tahu sama ada tindakannya itu betul, namun buat masa itu, hanya itu tindakan yang ingin dilakukannya.
-------------------------------------------------------------------
“Ummi rasa kamu tak payahlah kahwin dengan anak Cik Irah tu. Ummi tak sangka yang budak tu gila rupanya. Nampak aja macam normal. Kesian Cik Irah tu, sudah la kematian suami dua tahun lepas, anak pula jadi gila.”
Ikhwan tercengang. Nasi yang baru hendak disuakan ke mulut segera diletakkan kembali ke dalam pinggan. Sudahlah saat tiba di tanah air, dia diberitakan perkhabaran yang Ardini menolak pinangannya, datang pulak sekarang, cerita yang gadis itu gila.
“Kenapa dia gila pulak ummi?”
“Kamu tahu, dia tolak pinangan kamu sebab dia jatuh cinta dengan lelaki dalam mimpi katanya.”
“Dalam mimpi?”
“Aah. Entah apa yang merasuknya sampai gila macam tu.”
Ikhwan geleng kepala sebelum kembali menyuapkan hidangan tengah hari itu ke dalam mulutnya.
“Dini tak gilalah ibu.”
“Dini jom kita berubat sayang, ibu takut kamu makin serius.”
Ardini menggeleng seraya bangun dari duduknya di atas sofa itu.
“Dini tak gila ibu. Dini masih waras, cuma Dini dapat rasakan yang lelaki dalam mimpi Dini benar-benar wujud. Dini rasa yang dia itu memang jodoh Dini.”
Puan Hadirah terdiam, air matanya hampir gugur melihat kelakuan Ardini yang semakin hilang akal.
“Kalau dia benar-benar wujud Dini, kenapa dia masih tak muncul depan Dini?”
“Dini kena sabar lagi ibu. Tak lama lagi dia akan datang.”
Ardini berlalu dari ruang tamu, menuju ke biliknya. Sukar berhadapan dengan ibunya yang sudah tidak percaya setiap butir katanya.
“Tolong makcik ya Ikhwan, makcik yakin kamu mampu ubati Dini.”
“Ehm, InsyaAllah saya akan tolong yang termampu makcik.”
“Terima kasih Ikhwan.”
“Sama-sama. Kejap lagi saya sampai.”
Ardini berdiam diri di dalam biliknya. Mimpi demi mimpi yang dialaminya membuatkan dia yakin yang jodohnya itu akan tiba. Tidak lama lagi.
“Abang...” Ardini memanggil saat melihat jejaka yang sering muncul di dalam mimpinya itu sedang asyik berbual dengan ibunya di ruang tamu.
Puan Hadirah memandang wajah anaknya itu dengan pandangan sayu.
“Dini, ini Ikhwan. Dia datang nak tengok kamu.”
Ardini terkedu. ‘Ikhwan? Ikhwan Durrani? Tapi kenapa wajah dia mirip...’
“Assalammualaikum Ardini.”
“Waalaikumussalam.”
“Dini sihat?”
“Emm sihat. Abang?” soalan itu lancar saja keluar dari mulutnya.
“Abang?” Ikhwan kehairanan. “Abang pun sihat.” Ikhwan menyambung.
“Kenapa abang muncul lambat sangat? Sampai semua orang dah tak percaya kat Dini tau.” Ardini bersuara sebak. Air matanya kian bergenang.
“Lambat?” Ikhwan menggaru kepalanya, kurang mengerti.
“Ardini, apa yang kamu merepek ni?” Puan Hadirah bangun seraya menghampiri anaknya.
“Dah-dah, kamu duduk dulu. Kamu masih keliru lagi tu.” Puan Hadirah membawa Ardini duduk.
“Ibu, inilah lelaki dalam mimpi Dini tu. Kan Dini cakap dia wujud.”
“Mimpi?” Ikhwan memandang wajah Ardini.
“Aah, selama ni Dini selalu dapat mimpi tentang seorang lelaki. Mula-mula dulu gambaran tu kabur, sekarang baru Dini nampak dengan jelas, dan orang tu ialah abang.”
“Subhanallah!” Ikhwan bertahmid, memuji kebesaran Allah.
“Macam mana Dini ni Ikhwan?”
Ikhwan segera memandang wajah Puan Hadirah.
“InsyaAllah dia tak apa-apa makcik. Cuma dia keliru antara dunia mimpi dan kenyataan. Nanti saya buatkan air penawar untuk pulihkan semangat dia yang dah hilang tu. InsyaAllah, kita usaha dan biar Allah tentukan.”
“Hmm. InsyaAllah.”
“Lagi satu makcik...”
“Ya...”
“Saya rasa elok kita adakan semula majlis pertunangan tu lepas Dini dah sihat. Dini setuju tak?” Ikhwan segera memandang Ardini.
Dalam linangan air mata, Ardini mengangguk. Tidak menyangka jejaka yang ditemui di dalam mimpinya selama ini ialah Ikhwan, jejaka yang ingin dijodohkan dengannya. Mujur dia tidak betul-betul gila dek kerana semua tidak percaya dengan kata-katanya.
----------------------------------------------------------------------------
Malam itu bulan mengambang penuh di celah-celah awan, membuatkan panorama alam terasa begitu indah sekali.
Matanya meliar memerhati segenap pelusuk taman itu yang begitu indah sekali, dengan bunga-bungaan yang sedang kembang mekar berwarna-warni. ‘Ah! Kalaulah ini mimpi, tolong jangan bangunkan aku!’ Ardini meminta dalam hatinya sambil berbaring di atas taman yang luas itu, menghadap bulan dan bintang yang berkerlipan di langit.
“Sayang...” satu suara memanggil, membuatkan Ardini cepat-cepat bangun dari pembaringannya. Matanya cepat-cepat mencari arah suara itu. Satu susuk tubuh sedang berdiri di sebalik kelam malam itu.
Ardini berjalan menghampiri susuk tubuh itu dengan berhati-hati dan perlahan sebelum akhirnya berdiri di hadapan seorang jejaka yang tersenyum manis kepadanya.
“Assalammualaikum sayang...” suara itu berkata lagi.
“Waalaikumussalam.” Ardini menjawab.
Satu kucupan lembut hinggap di dahi Ardini hingga membuatkan matanya terpejam. Saat Ardini membuka mata semula...
Ikhwan masih di situ tersenyum padanya.
“Eh macam pernah jadi la kejadian ni!” Ardini memicit-micit dahinya, cuba mengingati.
“Dejavu la tu sayang!” Ikhwan tersengih seraya memicit hidung isterinya itu. Mereka berpimpinan tangan di dalam taman yang indah itu, menghayati setiap detik bulan madu mereka di Switzerland.
Andai cintaku satu dejavu, aku rela setiap detik indah itu berulang kembali. Tapi cintaku satu dejavukah?
-tamat-
p/s : cerpen ini adalah dari buah fikiran teman AK yang pernah mengalami mimpi sedemikian, maka AK garapkan menjadi cerpen ini. Masa buat cerpen ni, agak kekeringan idea sikit. Sebab tu dah lama AK tak menulis cerpen sebenarnya. Hehe. cerpen ni pun dah lama AK simpan, sebab macam tak best. tapi alang-alang dah buat, AK publish jelah. haha. Maafkan segala kekurangan ya! Terima kasih sudi membaca! (^___^)
Suka? =)
suka...sweet sangat!~ =D
ReplyDeletenasib baik ikhwan tu cool je. bestnya kalau jadi mcm ardini tu. weeee.. ♥
dejavu...
ReplyDeleterss macam sy pon pernah dapat mimpi mcm ni...
salam..maaf ..kalau saya nak komen..harap tak ..mengecilkan hati u..cerita ni agak bercelaru sikit..but anyhow..thx for the entry..
ReplyDeletebest2..hehe
ReplyDeletehehe..best..!
ReplyDeletethanks semua! heeheh. ida, xpe, AK mmg rasa citer ni kurenggg skit. haahah! tp AK saje la publish gak sebab dh lama AK peram. tehee. sorry atas cacat celanya ok. hehe
ReplyDeletethaniah kerana dapat menukar satu mimpi kepada satu cerita yang menarik..
ReplyDeletebest...
ReplyDeletesgt menarik...
ReplyDeleteSweet je diorg ni..
ReplyDeletebestlahhh~!
ReplyDeletesuka sgt. dh la suami stok ustaz pulak tuh. hehe.
ReplyDeletekeren
ReplyDeleteini semua udah jadi buka ya karya-nya
Love it best sngt..klaulh cerpen ni btul2 jdi kt sy!!
ReplyDeleteBest. Aqish pernah bermimpi ,mimpi tu jdi kenyataan...
ReplyDeleteSalam Cik Alisya Kirana. Tahniah kepada cik. Salam
ReplyDelete