‘Saya dah jumpa folio awak. Esok kita jumpa ya!’ mesej yang baru diterima Zafira itu dibaca penuh minat, hatinya kembali mengingati jejaka yang ditemuinya siang tadi. Jejaka yang berbadan sasa dan berwajah kacak itu pasti menawan hati sesiapa sahaja yang melihatnya, Zafira juga tidak terkecuali namun dia cuba menghalang hatinya dari tertarik pada jejaka itu.
Zafira tarik nafas dalam-dalam. Risau pula nak bertemu jejaka itu semula, segan nak bersua muka dengan jejaka yang telah membuatkan jiwa perempuannya terusik. Perlahan Zafira mula menaip di telefon bimbitnya, membalas mesej itu.
‘Terima kasih saudara. Esok kita jumpa. Depan bilik kuliah Sri Mawar boleh? Pukul 7.50 pagi. Kuliah saya bermula pukul 8.’
Punat Send segera ditekan lantas Zafira menunggu seketika sebelum nada dering mesejnya sekali lagi berbunyi. Cepat-cepat Zafira membaca mesej yang diterimanya itu.
‘Baik. Kita jumpa esok ya.=)’
Zafira tersenyum gembira.
-----------------------------------------------------------------------------------
Ammar menyimpan semula telefon bimbitnya usai membalas mesej dari Zafira. Tubuhnya direbahkan di atas katil di dalam biliknya itu. Fikirannya asyik menerawang mengingati gadis itu. Saat menerima mesej balasan dari Zafira tadi pun Ammar rasa macam terawang. Rasa seronok sangat.
‘Kenapa aku boleh jatuh cinta dengan dia ya? pandang pertama pulak tu, sedangkan dia tu biasa-biasa saja berbanding dengan gadis lain.’
Ammar menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Wajah Zafira tak henti bermain dalam layar mindanya.
“Hah mengelamun malam-malam ni!” Naim yang baru selesai solat cepat-cepat menegur Ammar yang sudah hanyut entah ke mana. Ammar yang terkejut terus membaling bantalnya pada Naim tapi laju saja Naim mengelak menyebabkan bantal itu jatuh ke lantai.
“Fuh, buat aku terkejut aja. Sekali aku lesing baru kau tau!”
Naim tersengih, songkok yang masih terlekap kemas di atas kepalanya segera diletakkan di atas meja sebelah katilnya lalu melabuhkan punggung di atas katil itu.
“Aku tengok semenjak dua menjak ni kau macam orang kena sawan, kenapa?”
“Sawan? Mana ada! Sawan apanya ni?”
“Sawan senyum.” Yakin Naim berkata lagak seorang doktor.
“Sawan senyum? Tak pernah aku dengar. Sawan tangis pernah la jugak aku dengar.”
“Ini penyakit dah lama la. Cuma orang yang angau je ade penyakit ni.”
Naim ketawa terbahak-bahak.
“Oh, kau perli aku ya! nak kena ni!” Ammar segera bangun dan mencekik-cekik sahabatnya itu dengan niat bergurau.
“Adui, adui. Sorry wei. Sorry!” Naim cepat-cepat minta maaf, membuatkan Ammar segera melepaskan rangkulannya pada leher Naim. Baru puas hati dia.
“So apa cerita?” Naim tiba-tiba menyoal.
“Cerita apa?”
“Cerita kaulah, takkan cerita Hindustan pulak. Dari tadi tersengih-sengih sorang-sorang, mesti ada apa-apa ni.”
Ammar tersengih lagi.
“Tadi aku hantar mesej dekat Fira, esok kami jumpa.”
“Fira? Budak gem...”
“Woit, kau nak kena lesing lagi ke?”
“Eh tak-tak. Budak yang baru kau jumpa siang tadi tu eh?” Naim cepat-cepat membetulkan katanya. Nahas nanti kalau cari pasal dengan Ammar.
“Aah, esok aku nak pulangkan balik folio dia ni.” Ammar bersuara sambil menunjuk ke arah folia Zafira yang terletak elok di atas mejanya.
“Oh, pukul berapa nak jumpa?”
“7.50 pagi.”
“Hah!” mata Naim membulat.
“Kenapa?”
“Awalnya! Kau tu dah la susah nak bangun awal.”
“Eh mana ada.” Ammar menyangkal.
“Tak ada konon. Hari-hari aku tolong gerakkan kau tu apa? Punyalah seksa. Sampai selalu kita lewat ke kelas pagi.”
“Iye tak ye jugak kan? Hehehe.. esok tolong gerakkan aku cepat-cepat eh. Aku tak boleh lambat. Kalau tak, Fira dah masuk kuliah.”
“Ceh, menyusahkan aku pulak.”
“Tolong la, you my bestfriend!”
Naim cuma mengangguk lalu tersenyum.
-----------------------------------------------------------------------------------
Zafira mengerling jam tangannya, sudah pukul 7.55 pagi namun batang hidung Ammar masih tak nampak. Zafira cemas, rakan-rakannya yang lain sudah berada di dalam bilik kuliah namun Zafira masih tercongok di hadapan bilik itu sendirian. Menanti Ammar yang belum kunjung tiba.
“Skrrreeettt!” bunyi tayar yang dibrek mengejut kedengaran di hadapan Zafira. Motosikal Yamaha berkuasa besar itu berhenti betul-betul dihadapannya. Sebaik tuan empunya motosikal itu turun dan membuka helmetnya, barulah Zafira sedar itu ialah insan yang ditunggunya sedari tadi.
Ammar terkocoh-kocoh berjalan ke arah Zafira bersama folio di tangannya.
“Maafkan saya, saya terlambat.” Ammar bersuara sebaik berdiri di hadapan Zafira. Folio kepunyaan Zafira segera dihulur.
“Tak apa. Terima kasih saudara, susahkan saudara saja.” Zafira mengambil folio dari tangan Ammar.
“Tak apa, tak susah pun.”
“Err, oklah saudara. Saya...”
“Fir.” Ammar pendek memotong.
“Oh ye. Fir, saya masuk dululah ye. Kuliah saya dah nak mula ni.”
“Ok! Jumpa lagi ya!” Ammar bersuara ceria.
Zafira mencepatkan langkahnya memasuki bilik kuliah itu walaupun dia tahu Ammar masih ada diluar memerhatikannya. Saat Zafira mengambil tempat di sebelah Husna, Ammar yang masih berada di luar, menjenguk mukanya lantas melambai sebelum berlalu dari situ.
“Wah, Fira. Itu ke orang yang terambil folio Fira tu?” Husna segera menyoal.
“Aah. Dialah.”
“Kacaknya dia Fira.” Husna bagaikan terpegun. Beberapa gadis lain turut riuh saat melihat Ammar.
“Bukan dia tu Tengku Ammar Firdaus ke? Jejaka idaman kat universiti kita ni?” salah seorang dari gadis itu menyoal Zafira.
Zafira tergamam. Selama ini dia tidak tahu pula jejaka itu anak kerabat kerana jejaka yang dikenali sebagai Firdaus itu cuma memberikannya nama pendek.
“Eh ye ke? Tak tahu pulak Fira.”
“Anak kerabat tu, siapa yang tak kenal Fira. Playboy Malaya tu.”
“Hah Playboy?”
“Aah, perempuan keliling pinggang. Tapi sepadanlah dengan kekacakan dia tu, siapa yang tak nak kan? Sebab tu ramai perempuan gilakan dia.”
Zafira menelan liur.
“Tadi apa dia buat kat sini tadi dengan kau? Takkanlah kau pun ada hati nak mengorat jejaka idaman universiti ni, tak sesuailah Fira,” gadis-gadis itu ketawa mengekek. Husna yang berada di sebelah Fira hanya terdiam dan cuba memujuk hati Fira yang sebal.
“Tak adalah, Fira tercicir assignment Fira pada dia. Itu yang dia datang pulangkan.”
“Oh macam tu. Kalau kau teringin nak rapat dengan dia, tak payah beranganlah Fira. Tak layak kot.”
“Wei, korang ni cakap baik-baik sikit tak boleh ke? Sakitkan hati Fira aje.” Husna membentak membuatkan gadis-gadis itu terdiam.
Zafira berjeda seketika. Dia memang tidak berfikir nak mendekati jejaka itu walaupun perasaannya sedikit terusik pabila bertentang mata dengan jejaka itu. Sedar dirinya cuma kerdil jika nak dibanding dengan Tengku Ammar Firdaus.
‘Tak usah berangan Fira!’ hatinya berbisik mengingati.
Suka? =)
bila nak post new n3?best citer ni...x sbr nak tau reaksi fira kalu si fir tu luahkan perasaan die heheh...
ReplyDelete~lynn~
suke2.....cepat la dtg idea pd cik penulis ek, cepat ckit pat bc sambungannya, hehehhe :)
ReplyDelete~ieda ismail~
best2... next episod jgn lpeek.. huhuhuuh :)
ReplyDeletekak... lama dah tak dgr cite psl fir ngan fira nie... next pls....
ReplyDeleteBle laa... Dpt bce sambungan crita nie... Huhu..
ReplyDeletenice story... ble leh bca new n3???
ReplyDeleteAK, bila nak smbg citer nie?? dh lama tggu nie...
ReplyDeleteAK bila nk sambung citer ni????? dh lame tunggu nie... citer ni best!!!
ReplyDeleteBesttt nk entry bru.....
ReplyDeletedah x sbar nk bace smbungnnya....
ReplyDeletebest sangat sys,:):) keep ur hard work,
ReplyDeletenak sambungan ..cter neyh menarik .. =)
ReplyDeleteAK, nie permintaan akak pula. Sambunglah cerita nie. Best. Ada jiwa yang tersendiri. Mungkin nampak macam rekaan, tapi akak tahu ianya adalah realiti kehidupan. Probably lebih kurang sama dengan novel terbaru AK Cinta Bersaiz XXL, tapi x serupa. Pointnya sama, tapi jiwaangnya lain. Sambunglah nanti, ok..
ReplyDeleteErkkk. bila baca balik komen termasuk komen akak, AK rasa mcm terharu sgt. waaa! rupanya ramai ternanti sambungan novel ini. Baik kak, dan pengomen yg lain, InsyaAllah AK akan berusaha sambung cerita ni. doakan AK yer semua! heee
Deletekak sambunglah cerita ni.best...
ReplyDeletekami sume sentiase skong akak ! do continue ye akak :D
ReplyDeleteBest crita ni..smbung la walaupon dh genap 4 tahun cerita ni xdisambung tp masih berharap ada smbungannya.
ReplyDeleteSalam ak..dengarlah luahan hati hamba..sambunglah novel ini.cerpen pon xpe...
ReplyDeletebila nk de sambungan ni..huhuhu
ReplyDelete😌
bila nk de sambungan ni..huhuhu
ReplyDelete😌
bila nk de sambungan ni..huhuhu
ReplyDelete😌
bila nk de sambungan ni..huhuhu
ReplyDelete😌