~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, May 22, 2012

Novel : Cinta Bersaiz XXL! Bab 7



Mukaku masih terasa hangat, majlis siang tadi masih terbayang-bayang dalam ingatan. Malu sekali apabila masuk ke dalam dewan tadi, berjalan beriringan dengan Hadif, melihat mata-mata yang memerhati aku dengan seribu satu riak yang barangkali sedang mengutuk aku. Sukar sekali hendak mengusir perasaan syak wasangka aku itu dari dalam hati. Haish. Apalah nasib, dapat suami kacak pun, rasa tak gembira bila hati asyik dok fikir betapa tidak sepadannya kami. Ahhh!
“Eh Sara, lama tak jumpa. Maaf abang Hadif tak sempat bertegur sapa dengan Sara lagi sejak Sara balik Malaysia ni. Yelah, sibuk uruskan hal perkahwinan kan...”
Hadif menegur ramah pada seorang gadis yang sedang duduk menjamu selera bersama beberapa orang yang lain. Aku cuma diam berdiri di sebelah Hadif. Dalam hati, rasa ingin tahu siapa gadis itu dan kenapa Hadif begitu ramah untuk menegur gadis itu dari beratus orang yang hadir ke majlis kami petang ini.
Gadis yang dipanggil Sara itu tersenyum, namun entah kenapa aku dapat rasakan senyuman itu tidak berapa ikhlas. Ah perasaan aku saja. Hehe.
“Tak apalah abang, nak buat macam mana kan. Tak sangka pulak, balik-balik saja dapat perkhabaran yang abang dah nak kahwin.” Gadis itu sempat menjeling ke arah aku. Erk seriaunya!
Hadif ketawa kecil.
“Aah. Jodoh abang dan sampai, Sara. Eh Sara, kenalkan ini isteri abang, Adeeba.” Hadif menarik aku rapat padanya sambil memeluk bahuku.
Gadis itu menghulur tangannya dan aku sambut dengan senyuman paling ikhlas. Cewah! Tapi entah kenapa gadis itu macam nak tak nak saja senyumnya, riak wajahnya keruh, seolah-olah tidak merestui ikatan halal yang baru terjalin antara aku dengan Hadif. Haish! Mungkin perasaan aku sekali lagi.
“Deeba, ini adik sepupu abang,” kata-kata Hadif itu buat aku sedikit lega. Eh kenapa aku lega pulak ni? errr, memang patutlah aku rasa lega kan? Aku kan isteri dia? Kang perempuan tu bekas kekasih dia ke, tak ke sedih hati nurani aku nan suci ni. Hehe.
Renungan tajam gadis itu seolah-olah sedang menelek diriku. Aku menelan liur. Belum apa-apa lagi, aku sudah merasakan yang gadis ini tidak menyukai aku.

Bunyi ketukan di pintu bilik pantas membuatkan aku tersedar dari lamunan yang panjang, aku menoleh ke arah pintu, dan dengan serta merta dadaku berdegup kencang.
“Assalammualaikum…” suara lembut yang kedengaran sebaik pintu dikuak, membuatkan aku yakin bahawa itu adalah insan sama yang sering membuatkan jantungku terasa bagaikan mahu gugur sejak kebelakangan ini.
“Waalaikumussalam,” aku menjawab sebelum tunduk memandang hujung kakiku di atas katil itu semula, segan hendak melihat wajah Hadif yang mula menghampiri. Pecutan nafasku kian laju sebaik aku merasakan tilam di sisiku sedikit tenggelam, menandakan ada orang yang duduk di situ. Ah jantung, tolonglah jalan slow sikit!
Apa aku nak buat ni? Apa aku nak buat ni? Aku rasa tidak tentu arah. Perasaan takut mula menyelubungi diri.
“Deeba…” Hadif memanggil, membuatkan aku pantas mengangkat wajah, memandangnya di sisiku. Renungan mata Hadif yang tajam, membuatkan aku pantas menunduk semula sebelum mukaku kian merah.
“Deeba…” sekali lagi Hadif memanggil namun aku tidak betah untuk mengangkat wajah, dek kerana perasaan malu yang mula menguasai diri. Tiba-tiba aku rasakan jemari Hadif dengan perlahan menolak daguku ke atas hingga akhirnya mata kami bertentangan.
“Kenapa malu sangat dengan abang ni?” Senyuman yang terukir di bibir Hadif membuatkan aku terpaku, dengan pantas aku menggeleng. Mataku aku larikan dari menatap anak mata Hadif yang jernih, bimbang degupan jantungku menjadi kian tidak terkawal.
“Adeeba...” Hadif memaksa aku menatap wajahnya kembali. “Adeeba...” dia memanggil aku lagi, lembut, membuatkan aku terpaksa membalas pandangan Hadif.
“Hmmm...” itu sahaja yang mampu keluar dari mulut aku. Aduhh! Lidah aku kelu.
Hadif mengelus pipiku lembut, sebelum dia merapatkan diri padaku. Wajahnya didekatkan pada wajahku hingga aku jadi hampir lemas dek menahan rasa malu yang sangat tebal.
“Kenapa takut-takut ni? Abang tak makan orang la,” Hadif tergelak kecil sebelum kembali menjauhkan wajahnya. Takut aku mati kelemasan agaknya. Aduh oksigen!
Wajah Hadif yang memandang ke arah lain aku pandang dalam debar. Aku terkesima, Hadif kelihatan terlalu sempurna untuk diri aku. Tidak pernah aku bayangkan walau dalam anganku untuk dimiliki lelaki sebegini, paras rupanya kacak, matanya redup dan jernih, bibirnya manis menguntum senyum. Macam mimpi saja rasanya.
“Sayang...” sekali lagi Hadif memanggil namun dengan panggilan yang berlainan dan jauh lebih lembut nadanya, wajahnya didekatkan lagi pada wajah aku, mencari anak mataku yang enggan melihat wajahnya. Ah kenapa air mata ni nak keluar pulak? Tahan Deeba, tahan!
Aku terpempan saat jemari Hadif menyentuh pipiku, menyeka air mata yang entah bila berlinangan di pipi, aku sendiri tidak sedar dek kerana hangatnya wajahku kala itu.
“Kenapa Deeba, kenapa menangis ni? Deeba tak bahagia ke kahwin dengan abang? Deeba rasa terpaksa ke?” Hadif melontarkan soalan bertalu-talu, tapi masih dikawal nadanya, walaupun wajahnya jelas kelihatan gusar, membuatkan aku terdiam. Sukar untuk aku jelaskan rasa hatiku sendiri saat ini. Pipiku yang basah, aku seka dengan hujung lengan sebelum aku menggeleng pada Hadif. Nafas kutarik dalam-dalam sebelum aku tersenyum.
“Tak ada apalah...” aku cuba mencari kekuatan dalam diri. Wajah Hadif yang masih setia memandang aku, aku pandang dengan rasa segan yang masih bersisa.
Hadif diam, namun matanya tidak berkalih dari memandangku.
“Deeba masih tak boleh percaya yang abang dah jadi suami Deeba?” Dia tiba-tiba bersuara membuatkan aku mengetap bibir. Haish macam manalah dia boleh tahu ni? Macam pandai saja dia baca fikiranku saat ini. Ahli nujum ke apa dia ni?
“Deeba... pandang abang.” Hadif meminta, membuatkan wajahku yang sudah menunduk, kembali menatapnya.
Hadif mengukir senyum, sebelum bibirnya mencium ubun-ubunku, lama.
“Percayalah Deeba, Deeba jodoh abang, bukan orang lain. Abang akan cuba bahagiakan Deeba dan cintai Deeba sepenuh hati abang.”
Aku terdiam, air mata terasa kian laju mengalir sebaik mendengar kata-kata yang Hadif ungkapkan lembut di telingaku.
Aku menghela nafas.
 “Saya... saya... saya rasa tak layaklah untuk awak,” aku akhirnya berjaya meluahkan rasa yang terbuku setelah sekian lama mendiamkan diri. Hadif tergamam, namun akhirnya dia menguntum senyum. Wajahku dielus lembut.
“Jangan fikir macam tu, Deeba memang pilihan yang tepat buat abang, jangan fikir yang bukan-bukan.”
 “Tapi saya, saya tak macam perempuan lain. Saya...”
“Syhh, syhh. Jangan sebut apa-apa lagi, Deeba dah cukup untuk abang Abang tak mahu orang lain dah.” Hadif meletakkan jari telunjuknya pada bibirku, membuatkan aku kehilangan kata. Perlahan Hadif menarikku dalam dakapannya.
“Percayalah... Deeba isteri abang... buat selamanya... sampai syurga.” Suara itu berbisik perlahan di telingaku, hampir saja tidak kedengaran, namun aku masih bisa mendengarnya. Indah sekali... tapi....
Aku masih tidak yakin untuk menerima kenyataan yang terbentang di depan mata, adakah ini cuma satu mimpi indah yang boleh hilang dalam sekelip mata saja?
Ah andai ini mimpi, aku tidak ingin bangun...

Suara azan dari corong pembesar suara masjid yang berdekatan rumah ini membuatkan aku tersedar Subuh itu. Aku bangun dan menggeliat kecil dengan senyuman yang terukir di bibir secara automatik.
Ah indah betul mimpi malam tadi...
“Dah bangun sayang?”
“Makkk!” aku menjerit sebaik mendengar suara dan terpandangkan Hadif yang sedang duduk di sisiku saat itu.
“Eh, eh. Kenapa ni Deeba?” Hadif kaget, wajahku dipandang penuh risau.
Aku memandang Hadif dengan rasa tidak percaya. Matanku kugosok berkali-kali, sambil cuba menyedarkan diriku tentang keadaan yang sebenar.
“Saya tak bermimpi ke ni?”
“Apa Deeba merepek ni? Deeba sakit ke?” Hadif pantas meletakkan belakang tangannya di dahiku, namun sudah pastinya tiada haba yang dapat dikesan. Sah-sahlah aku tak demam, cuma masalahnya, di depan aku ni bukan sekadar halusinasikan?
Tangan Hadif yang panas menyentuh dahiku, membuatkan aku sedar yang aku bukan bermimpi mahupun berhalusinasi. Ya Allah! Maknanya semalam aku tak bermimpi la, tapi betul-betul. Adeh, malu betul. Macam manalah aku boleh fikir ini semua sekadar mimpi saja.
Aku segera bangun dari dudukku di atas katil ini, cuba menyembunyikan rasa maluku yang sudah menebal.
“Err saya tak apa-apa. Awak jangan bimbang ya.”
Hadif tersenyum lalu ikut bangun. Bahuku dipaut erat dari hadapan.
“Isteri abang ni, bangun-bangun saja dah lupa dekat abang ya.” Hadif memicit hidungku manja, membuatkan aku tersengih, malu.
“Adeeba dah jadi milik Hadif, jadi jangan sesekali lupakan abang lagi ya, sayang.” Hadif berbisik lembut, menyapa telingaku. Aduh, belum apa-apa lagi dah ucap kata sayang. Ini yang buat aku cair ni. Duhhh...
Aku angguk perlahan.
 “Dah, jom solat Subuh berjemaah ya. Deeba pergi bersiap dulu, abang tunggu.”
Aku mengangguk faham, lalu pantas berlalu untuk menyiapkan diri.
 “Amin ya rabbal a’lamin...” usai mengaminkan doa, Hadif pantas berpaling ke arahku yang menjadi makmumnya di belakang. Aku menyalaminya lantas mencium tangan Hadif.
Hadif tersenyum seraya merapatkan wajahku dengan wajahnya sebelum mengucup dahiku, lama. Wajah aku direnung dalam-dalam.
“Kenapa awak pandang saya macam tu?” aku jadi segan.
Hadif mengukir senyum. Jemari aku yang montel ini digapai sebelum digenggam erat dengan jemarinya.
“Abang rasa bahagia hari ini, terlalu bahagia. Bahagia kerana dapat berjemaah dengan isteri abang untuk pertama kalinya dalam hidup abang. Terima kasih sayang.”
Aku mengetap bibir, rasa terharu menyerbu dada hingga aku rasakan sukar untuk aku bernafas.
Ya Allah, Kau telah mengurniakan aku seorang suami yang terlalu sempurna Ya Allah. Bantulah aku untuk menerima dia dalam hidupku Ya Allah, yakinkanlah aku bahawa dia memang benar jodohku. Amin..


Suka? =)

6 comments:

  1. best,,, x sbr nk tnggu smbngan:))

    ReplyDelete
  2. rasa pndk je, tapi smbgn yg best...nak tahu seterusnya...dah jmpa sara tu pasti ada knflk pas ni?

    ReplyDelete
  3. best sangat............

    ReplyDelete
  4. novel nie da ade kat pasaran ker

    ReplyDelete
  5. best...sambung cepat2 yek...

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!