Akhirnya yang dinanti dah tiba! inilah kulit depan novel sulung AK, Love You Mr. Arrogant. heheeh.
Novel ini dah boleh diorder secara online di web KaryaSeni. dapat diskaun RM3 lagi, dan caj pengeposan tidak dikenakan. novel akan mula diedar pada 19hb Mac.
bagi pembaca yang nak beli dari kedai buku, akan mula diedar di kedai buku berhampiran anda, terutamanya di Popular dan MPH mulai 23hb Mac.
-----------------------------------------------------------
LOVE YOU MR.ARROGANT - Aliesha Kirana
Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.
"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.
"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...
Semenanjung : RM18
Sabah/Sarawak : RM21
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online, tiada caj pengeposan dikenakan )
Selamat mendapatkannya!
Smestinya kak..hehe..xsbr eh.
ReplyDeletesalam dik..ada yr signature ke ..kalo order ngan karya seni direct..
ReplyDeleteada kak. InsyaAllah. heehe. tp kene cpt la. dlm 200 copy je ade TT. hehe
Deletesy dh order & bayar smlm harap2 nama sy termasuk yg 200 copy tu lah... senyum lebar klu dp yg ada sign...
ReplyDeletesaya pon dah order n bayar smlm..but still xdpt lagik status order..xsabar dh ni nk bace...huhu..
ReplyDeletesaya cari kat kedailah...kedai popular tak jauh dari tempat keje...congrate to writer..
ReplyDeletemsa pgi semlm order x buka lg...pastu tgk fb kak rehan makhtar dia update psal novel nih..trus je beli....x sabarnya nk bca....
ReplyDeleteKak AK... turun KS kew ? bila? Ahad nie eq?
ReplyDeleteaah. hari sabtu. heheeh
Deletesalam dik..
ReplyDeleteakak dah purchase online baru sat..dan make sure akak punya copy ada yr signature ek..sebab akak merasa teruja ngan nukilan karya adik yg pertama ini..Rasa rasanya bila ek ..boleh dapat..bila order ari ni..buka apa tak sabar nak baca kesinambungan citer ni..
InsyaAllah kak! saya akan cari nama akak. heeheh. mula pos 19hb. insyaAllah 20hb dh dpt peluk LYMA. heehehe.
Deletedah order dngn mmber kemarin...
ReplyDeletesayang aliesha..satu nama yg sgt indah.. seindah nukilan adik yg membuat kita semua teremosi ngan Mr Arrogant ciptaan adik tu..tapi dalam nya ada sebuah taman..kan kan..
ReplyDeleteNanti abis baca ..akak komen novel adik ni..ek..
dah beli semalam, n dah hbis baca dah... ok... best...
ReplyDeleteeh lajunye beli! beli ktne? heehehe.
Deletewah tahniah! tahniah! hehe tak sabar2 nak beli ni.
ReplyDeletehuhuh...
ReplyDeletecover dia kurang menarik laa...
tapi mesti ceritanye best kan... ^_^
Cmne nk ordr online?
ReplyDeletehttp://budaktakomei.blogspot.com/2012/04/novel-love-you-mr-arrogant.html Kite buat entry khas love you mr arrogant walaupown byk merepek. Hihi tahniah kak !!
ReplyDeleteAkak buku ni ade bape mukasurat? Saya nak bli tapi x jumpe2x
ReplyDeleteada 462 ms, harganya rm18. tak jumpa eh dik? try beli online terus dari karyaseni. masuk web ni. www.karyaseni.my
Deletesy dah bace.. best sesangat.. cover nampak cam xbest tp kna pgg falsafah omputih 'don't judge a book by its cover'
ReplyDelete