I tunggu tempat biasa.
Jumpa kat sana ya, mama!
Mesej
itu aku baca dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Hujung-hujung minggu
macam ni, barulah boleh berjumpa dan berdating
dengan buah hati. Kalau hari lain, masing-masing sibuk dengan kerja. Dah nasib...
Aku
melihat ke dalam cermin setelah telefon bimbitku kuletak kembali di atas meja
solek, bibirku terukir senyum. Wajah sudah berpalit mekap dengan mata yang
bercelak tebal, bibir berwarna merah jambu terang dan pipi disapu pemerah pipi.
Haha! Sangat remaja gitu.
Aku
bangun pula bagi melihat keseluruhan diriku di cermin solek ini, skinny jeans berwarna biru gelap
dipadankan dengan blaus labuh merah polka dot juga jaket baldu itu memang
menyerlahkan lagi gayaku sebagai anak dara muslimah zaman moden. Selendang
satin dililit ke kepala dengan gaya ala Hana Tajima. Barulah stylo!
Hmm
cantik jugak aku ni kan? Haha. Perasan sungguh la cik Aisya Humaira sorang ni.
Kih kih kih.
Selepas
membetulkan sedikit, tudung yang herot, aku pantas menggapai beg sling berwarna
merah jambu terang kesukaan aku itu, sebelum aku keluar dari bilik itu. Azzam pasti
dah nak sampai ke pusat membeli-belah itu, aku tidak mahu lewat.
“Ibu,
orang pergi dulu ye.” Aku melaung pada ibu yang sedang sibuk di dapur, sebelum
keluar dari rumah itu. Biasalah, ibu tidak marah kalau aku hendak ke mana-mana,
asalkan pandai jaga diri, sudahlah.
Aku
membuka pintu Proton Preve milikku itu lantas meletakkan beg slingku ke
dalamnya, menghidupkan enjin lalu keluar semula dari perut kereta. Pintu pagar
yang masih bertutup rapat, segera aku hampiri, kunci di tangan pantas kubelek,
mencari kunci bagi mangga pagar itu.
“Assalammualaikum...”
satu suara garau kedengaran dari arah depan, membuatkan aku pantas mendongak.
Seorang pemuda, berjubah dan berserban sedang berdiri di hadapan pagar rumah.
Wajahnya jernih, janggutnya sejemput saja, dia tersenyum tapi macam tak beria
sangat, namun masih manis. Eh apasal aku renung dia pulak ni! haish!
“Cik,
tumpang tanya...”
Ish,
tabligh mana pulak ni? nak mintak derma ke?
“Err. Tak apa, saya tak nak beli apa-apa. Saya
dah lambat ni. Maaf ya.” Aku cuba lari, kang tak pasal-pasal dia bagi tazkirah
sedas sebelum minta derma. Biasalah
tabligh-tabligh ni, bersembang tak nak kalah. Tazkirah je memanjang.
Aku
cepat-cepat membuka pintu pagar, lalu berlari masuk ke dalam kereta semula. Pandang
cermin pandang belakang, nampak jejaka itu masih tegak di situ, tapi dia sudah
berdiri sedikit tepi, bagi memberi laluan pada aku ini agaknya. Ah seram aku
tengok dia ni, dah lah berjubah putih tengah-tengah rembang ni.
Hish,
dari aku fikirkan dia ni, baik aku cabut. Kang tak pasal-pasal Azzam merajuk
pulak sebab aku lambat. Laki tu pun bukan main lagi rajuknya, kalah perempuan.
Hehe. Sebaik kereta aku melintasinya, aku lihat dia sempat tersenyum dan mengangkat
tangan. Amboi bukan main budiman lagi. Heh!
“Kenapa
lambat mama?” Azzam mencebik saat aku menghampirinya yang sedang menunggu di
hadapan pintu masuk panggung wayang, di tingkat paling atas di dalam pusat
membeli-belah itu.
“Ala
papa, janganlah marah mama. I’m sorry. Tadi, kat rumah tu, ada tabligh mana
entah, orang dah kalut, time tulah dia datang mengganggu.” Aku buat muka kesian.
Azzam ketawa kecil lantas merangkul pinggangku erat. Aku cuba melonggarkan
pautan itu, wajah sudah merona merah biarpun bibirku menguntum senyum.
“Dia
tanya apa-apa ke? Entah-entah dia nak mengorat mama tak?”
“Ish
papa ni, tak ada masa lah mama nak layan dia tu. Mama cepat-cepat blah dari situ sebelum dia soal banyak.”
“Hah!
Macam tu lah sayang papa!” Azzam mencuit hidungku pula, buatkan aku tersenyum
simpul.
“Dah,
jom! Tengok wayang. Nak tengok cerita apa ni?” Azzam menyoal sambil merenung mataku
dalam-dalam. Haish jejaka sorang ni, selalu nak bikin hati aku cair tau!
“Tak
tahu. Ikut papa ajelah.” aku mengukir senyum.
Azzam
memandang ke atas, seperti sedang memikirkan sesuatu.
“Kalau
macam tu, kita tengok Ombak Rindu la. Nak?”
“Nak!”
Azzam
tersenyum seraya terus memaut jemariku erat, lalu menarikku ke kaunter
pembelian. Tidak sekalipun pautan jemarinya dilepaskan dariku. Ah bahagianya,
rasa macam dilindungi sangat!
Seronok
betul tengok Ombak Rindu, bukan main romantik lagi. Kalaulah aku jadi Izzah,
dan Azzam jadi Harrisnya. Wah! Bahagia hidup. Romantik betul!
“Tuhan
tolong, lembutkan hati dia... lalalala...” aku berlagu kecil saat turun dari
keretaku petang itu. Lepas berdating
seharian, rasa tenang terus hati ni. Haha. Dah tak fikir dah pasal stres kerja.
“Baguslah.
Ada jugak jiran saya, kalau tidak, sunyi aje sebelah ni. Tak ada siapa.” Aku
dengar suara ibu, disusuli dengan suara orang ketawa. Haih! Baru aku keluar sekejap,
ibu dah dapat kawan? Hebat!
Aku
jenguk ke laman rumah, ibu sedang duduk bersantai dengan seorang wanita yang
kelihatan hampir sebaya dengan ibu, tapi berjubah dan bertudung labuh macam
ustazah. Di sisinya pula ada seorang pemuda. Erk! Mamat tabligh tadi! Buat apa
dia dekat rumah aku ni?
“Ah
Kak Jah, ini anak saya yang bongsu, Aisya. Kakak dengan abangnya yang lain
semua dah kahwin... Tinggal dia aja yang duduk dengan saya.” Ibu pantas
bersuara sebaik melihat aku menghampiri mereka yang sedang duduk di meja bulat
di laman itu.
Aku
tersenyum sebaik makcik yang dipanggil Kak Jah oleh ibu itu melihat wajahku
sambil melemparkan senyuman.
“Makcik...”
tangannya aku gapai dan aku cium sebelum aku melakukan hal yang sama pada ibu,
lalu meminta diri untuk masuk ke dalam. Mamat tabligh tadi sempat kujeling, dia
cuma tunduk memandang lantai, langsung tidak memandang aku. Baguslah, jaga
mata. Huh!
Sebaik
ibu muncul di depan pintu, aku terus menerpa. Televisyen yang sedang memainkan
slot Samarinda, sempat kuperlahankan volumenya.
“Siapa
tadi tu ibu? Dia orang nak bukak pusat tahfiz kat sini ke?”
“Ish
kamu ni Aisya! Itukan jiran baru kita. Dia orang baru je pindah dekat rumah
sebelah ni.” Ibu menunjuk ke arah sebelah.
“Rumah
sebelah ni?” aku memandang ibu dengan pelik. Masih blur.
“Aah
la. Rumah mana lagi sebelah kita ni. Kan itu je rumah yang ada.”
Aku
garu-garu kepala. Betul jugak, kan ini rumah teres berkembar, mana ada jiran
lain dah. Yang ada pun, dekat tepi sana nun! Tapi rasa pelik pulak, dah lama
rumah sebelah ni, tak ada siapa yang duduk sejak kami pindah ke kawasan
perumahan ni tiga tahun lalu. Tiba-tiba saja dah ada jiran.
“Lepas
ni, kamu kena jaga adab sikit Aisya. Jiran kita tu orang baik-baik.” Ibu
bersuara sambil melabuhkan punggung ke atas sofa, televisyen yang sudah
kurendahkan volumenya, direndahkan
lagi oleh ibu. Biasalah ibu, takat itu pun dia rasa dah kuat suaranya padahal aku
apa pun dah tak dengar.
Aku
memandang ibu dengan dahi berkerut.
“Habis,
kita ni tak baik ke ibu?” Ibu segera menoleh padaku lalu tergelak kecil.
“Bukan
itu maksud ibu, cuma dia orang tu, lain sikit dari kita. Alim-alim keluarganya.
Jangan dok buat perangai buruk sangat depan dia orang Aisya, nanti ibu yang
malu.”
Aku
mencebik. Eleh, macam la pakai macam tu dah membuktikan mereka tu memang baik
dalamannya, dan dah melayakkan dia orang masuk syurga. Huh! Eh Aisya! Kenapa
buruk sangka ni? Cis syaitan, pergi!
“Orang
pandailah jaga diri, ibu. Ingat orang ni cetek sangat ke ilmu agamanya?” aku
tersengih, alat kawalan jauh segera aku gapai, nak kuatkan kembali suaranya.
Barulah seronok nak tengok cerita, biar bunyinya dengar macam duduk dalam
panggung wayang. Eh panggung wayang? Teringat Ombak Rindu tadi. Hehe.
“Haih!
Dah-dah. Maghrib dah lama masuk ni, dok kelek remote control tu lagi buat apa? Pergi solat!” ibu tiba-tiba
merampas alat kawalan jauh itu dari tanganku.
Aku
tarik muncung sedepa.
“Ala...
sejak bila ibu dah jadi ustazah pulak ni. Kejap la. Lagi sikit nak habis cerita
ni.”
“Ah
tak kira. Pergi sekarang, tak elok tengok tv
Maghrib-Maghrib ni.” Ibu pantas menutup televisyen lalu bangun untuk berlalu.
“Amboi
ibu, baru dapat jiran stok-stok alim, dah insaf ye bu.” Aku ketawa mengekek.
“Aisya
Humaira!” ibu menjerit kecil, namun aku sudah pecut macam lipas kudung,
mencicit naik ke atas bilik. Tunaikan solat dulu ya, kawan-kawan. Hehe.
Mulut
aku terlopong. Doktor? Ni betul doktor ke, bomoh perubatan Islam?
“Biar
betul ibu!” terkejut aku bila ibu buka mulut tentang jiran sebelah ni saat kami
sedang makan malam, malam itu. Ayah cuma diam menghadap makanan. Biasalah, ayah
memang diam orangnya. Kalau nak marah aku, barulah bergegar satu rumah. Hahaha.
Ibu
tersengih, seolah dapat membaca fikiranku.
“Habis,
kamu ingat doktor kena pakai kemeja je sepanjang masa, berkaca mata cermin
tebal, lepas tu stetoskop kena lilit dekat tengkuk?”
“Amboi
ibu, sampai stetoskop pun ibu tahu? Hebat!”
Ibu
ketawa kecil.
“Habis,
Aisya ingat ibu ni kolot sangat ke?”
Aku
ketawa kecil.
“Ish!
Mana ada, ibulah paling up to date
dekat taman ni tau! Hehe.”
Mamat
tabligh kat sebelah ni, doktor rupanya? Haish pelik tapi benar ni. Ibu ni kan,
cepat aja dia korek habis salasilah jiran sebelah ni. Teruja betul dia dapat
jiran baru kan?
“Haih,
kalau dapat jadikan menantu pun bagus jugak, kan bang?” ibu menyoal pada ayah
yang diam sedari tadi.
“Uhuk!”
tersedak aku dibuatnya saat ibu berkata begitu. Air di dalam gelas, kuteguk
habis dalam satu nafas. Huh semput dibuatnya!
Ibu
ketawa kecil, sambil menunjukkan tanda bagus padaku.
“Memang
bagus dapat menantu macam tu, tapi sudi ke dia orang nak jadikan anak awak ni
sebagai menantu? Asyik keluar dating
aje kerjanya...”
Aduh
bernanah telinga aku, dengar perlian ayah. Bukan aku yang terhegeh sangat nak
bersuamikan mamat tabligh tu, ibu yang buka mulut, bagi cadangan yang entah
apa-apa tu. Aku memang tak hingin pun
sebab dalam hati aku cuma ada Azzam, buah hati pengarang jantung aku tu. Ah
geramnya!
“Yelah,
kalau dia jadi menantu kita, baiklah sikit anak awak ni Encik Ariff oi!” ibu
memulangkan paku buah keras. Aku kat tengah-tengah, diam seribu bahasa.
Bercakap, macamlah aku ni teruk amat! Adeh! Diam ajelah, nak buat macam mana.
Aku kan anak. Sabar ye Aisya. Sabar!
“Hmmm.”
Isyarat dari ayah, bila dia sudah malas hendak membalas kata-kata ibu. Makanan
di hadapannya, dijamah semula seolah tidak ada apa yang berlaku tadi.
“Macam
tu, bolehlah Aisya kan?” ibu tersengih.
“Ibu!!!”
aku menjegilkan mata sebelum menghabiskan makananku dengan cepat. Malas hendak
layan angan-angan ibu yang tidak berkesudahan. Lagi dilayan, lagi parah ibu ni.
Adoi!
Haish!
Ini semua jiran sebelah punya pasal!
Best. Suka cerita ada unsur-unsur islamik (^_^)
ReplyDeletesuka :)
ReplyDeletebest2. tapi xsuka larh Aisya dgn Azzam berpapa dn bermama. tp zaman sekarang memng mcm tukan. belum kahwin dah pnggil mama papa. ish2 last2 kena dgn encik ustaz a.k.a encik doktor tu tau! hihi
ReplyDeletesambung lagi.sangat best novel islamik. ;)
ReplyDeletealaaa. kenapa AK tukar?dlm cerpen peguam syariah,dlm novel doktor. ta syok la mcm ni AK. asyik doktor je. :(
ReplyDeletebesttt!!!huhu sambung lagi ye....:)
ReplyDeletesuka watak encik ustaz a.k.a encik doktor tu....
bestnye ! cpt2 smbg ye kak AK .
ReplyDeleteluv this . .
(>__<)
-fz-
suka suka suka,hehehe...sambung la lagi,huhu
ReplyDeleteoklah..ustaz doktor tuh lulusan Mesir ke,kak AK?
ReplyDeletesekarang novel ala-ala islamik common sgt lah dgn Mesir...tang tuh kureng best :(
baca sana Mesir,baca sini Mesir....bosan...kak AK jgn lah buat sama macam novelist lain ye :)
wahh..saya memang suka citer2 islamik ni..teruskan AK ...:D thumbs up
ReplyDeletewahh..permulaan yang baik..tajuk yang bagus..teruskan AK..:D thumbs up!hee
ReplyDeletesuka cinta islamik<3
ReplyDeletesuka dngan hasil karya awak...
ReplyDeletesis bila nk sambung citer nie ? :)
ReplyDeletebest lah
ReplyDeleteAliesha
ReplyDeletei like this plot of story