“MENGELAMUN apa, sayang?”
panggilan Hadif itu pantas membuatkan aku tersedar dari lamunan. Wajah Hadif
yang tidak pernah lokek dengan senyuman itu, aku tatap dalam-dalam. Perlahan
aku menggeleng.
“Tak ada apalah, bang.”
“Abang ada depan mata pun, Deeba
boleh fikirkan orang lain lagi eh? Sampai hati Deeba.” Hadif mencebik, buatkan
tawaku berderai juga. Aduh, buat muka comel macam tu, siapa yang boleh tahan.
“Merepeklah abang ni, Deeba tak
fikirkan sesiapa pun.”
“Iyelah tu.” Hadif seolah sudah
berjauh hati, tapi aku tahu dia cuma bercanda. Hadif kembali menyuap nasi
goreng ketam itu ke dalam mulutnya, sedangkan aku asyik memerhati tingkahnya
sejak tadi. Cuba meyakinkan diriku yang insan di hadapanku itu adalah suamiku.
Bukan orang lain.
Dia makan dengan tertib, menyuap
nasi ke dalam mulutnya dengan penuh cermat hingga aku rasakan dia lebih sopan
dari diriku yang selalu makan dengan pantas walaupun tidaklah sampai gopoh
gapah dan gelojoh.
“Deeba dah kenyang ke?” persoalan
dari mulut Hadif, buatkan aku tersedar yang aku asyik merenung wajahnya terlalu
lama hingga aku biarkan saja makanan di hadapanku tidak bersentuh.
“Err, nak makanlah ni.” aku gapai
sudu lalu pantas menyuap nasi ayam hainan itu ke dalam mulutku.
“Kalau tak cukup, bagitahu tau,
nanti abang minta tambah.” Aku terhenti menjamah, sebaliknya memandang wajah
Hadif yang masih memandangku. Dari riak wajahnya yang bersih itu, agak sukar
untuk menafsir hatinya saat ini, adakah dia sengaja memerli aku, atau dia benar
maksudkan sebegitu.
“Cukuplah bang, banyak dah ni.
Ini pun entah boleh habiskan ke tak. Bertimbun dia orang letak nasi. Pagi tadi
Deeba dah makan nasi dah kat sekolah.” aku cuba tenangkan jiwa, tak mahu
melenting. Mungkin benar Hadif tak ada niat nak perli aku ke apa. Ceh, nak
sedapkan hati sendiri la tu, Deeba!
“Deeba makan banyak-banyak tau.”
Hadif tersenyum, manis sekali. Aduh! Apa kes ni? kalau suami orang lain bukan
main berleter lagi bila tengok isteri gemuk sikit, dah dikerahnya berdiet
sakan. Yang Encik Hadif ini selamba je suruh aku makan banyak-banyak. Pelik
betul!
“Abang nak Deeba makin gemuk eh?”
aku sengaja mengujinya. Hadif ketawa kecil, mulutnya ditutup bagi
menyembunyikan tawanya itu.
“Mana ada! Tapi abang suka tengok
isteri abang ni makan, comel je!”
Wajahku terasa panas apabila Hadif
menekankan perkataan comel itu. Adeh, kena puji dengan suami sendiri, rasa
terawang aja ni.
“Eh Hadif!” satu suara membuatkan
niat aku untuk menonton panorama indah depan mata ni lebih lama, terbantut.
Hadif mendongak, lalu pantas bangun sebaik melihat wajah lelaki itu.
“Karim! Lama tak jumpa!” Hadif
bersuara seraya bersalaman dan berpelukan dengan lelaki itu. Seorang perempuan
yang berada di sebelah lelaki tadi, cuma ikut memerhati seperti aku.
“Yelah, sejak habis belajar dulu,
terus lost contact, kan!” lelaki
bernama Karim itu bersuara.
“Aah, kaulah. Tukar no telefon,
tak bagitahu pun. Tup-tup dah tak boleh contact.”
“Sorrylah, phone aku
rosak. Terus semua nombor hilang, sebab tu aku tak boleh nak contact.”
“Banyaklah kau punya alasan.”
“Eh betullah.” Karim kembali
menegaskan. Hadif cuma diam, tersenyum. Seronok berjumpa teman lamanya
barangkali. Mata Karim tumpah padaku pula, yang tidak lepas dari memerhatikan
mereka. Hadif yang perasan pandangan Karim itu, pantas mendekati aku.
“Oh aku lupa nak kenalkan. Ini
isteri aku, Adeeba.”
Karim diam, namun matanya
membulat.
“Isteri kau ni?” Karim bertanya
seketika kemudian, seolah tidak percaya.
“Iyelah, kenapa?” Hadif menyoal
kembali, keningnya bertaut.
‘Aah kenapa? Apa masalahnya
dengan aku?’ Ok soalan tu ada dalam hati aku aje.
Karim tersengih, macam wajah
mengejek pun ada jugak. Ah! Jangan fikir yang bukan-bukan Deeba!
“Tak ada apalah. Oh by the way, ini isteri aku, Adira.”
Karim berbicara dalam nada yang sedikit bangga. Mungkin kerana isterinya yang
jauh berbeza dengan aku.
Mataku tertancap pada perempuan
yang berdiri di sebelah Karim sedari tadi. Orangnya tinggi lampai, bertudung
tetapi bergaya moden dengan padanan blaus dan skirt labuh. Hadif cuma tersenyum
pada isteri Karim bernama Adira itu, sebelum matanya memandang aku. Hadif
senyum pula padaku, sambil tangannya menggenggam erat jemariku secara
tiba-tiba. Oh adakah ini tandanya, Hadif cuba menenangkan hatiku, yang memang
sudah terasa sedikit goyah ini?
Isteri Karim bernama Adira itu
aku lihat, matanya tidak henti merenung wajah Hadif dan kemudian beralih ke
arahku pula. Mungkin dia juga rasa tidak percaya, dan barangkali dalam hatinya
sedang berfikir betapa tidak sepadannya aku dengan Hadif. Ah hatiku membuat
telahan sekali lagi.
“Ok, tak apalah. Nanti apa-apa
hal, contact aku eh?” Karim tiba-tiba
bersuara, membantutkan pelbagai telahan dalam hati aku ini. “Ini kad aku. Lepas
ni, kalau ada apa-apa, jangan segan-segan call. Nak kenduri lagi sekali ke,
contact aje ok.”
Hadif ketawa kecil, seraya
menepuk bahu Karim. Aku yang dah panas hati ni, hanya mengetap bibir, menahan
rasa geram.
“Merepek ajelah kau ni. Ok,
InsyaAllah. Kau pun sama, jangan segan-segan contact aku lepas ni. Tu ada emel aku dekat kad ni, nanti add dekat Facebook ok.”
“Ok! InsyaAllah.” Karim membalas,
sebelum dua sahabat lama itu bersalaman dan berpelukan kembali. Aku turut
bersalaman dengan Adira sambil melemparkan senyuman semanis mungkin.
Saat kedua suami isteri itu
berlalu pergi, Hadif tiba-tiba memeluk bahuku erat.
“Deeba terasa ke?” Hadif menyoal
seraya merenung wajahku yang diam di sisinya. Aku pandang wajah Hadif sekilas
sebelum menggeleng.
“Tak adalah. Nak terasa apanya.
Tak ada apapun.” Aku membalas, walaupun sebenarnya dalam hati ni, adalah jugak
terasa sikit-sikit. Eh.
“Tak payah nak tipu, abang nampak
muka Deeba dah lain dah, bila Karim cakap macam tu tadi.”
Aku ketawa kecil sebelum kembali
duduk di kerusiku, Hadif turut mengikut tingkahku dengan kembali duduk di
tempatnya.
“Deeba tak terasa pun, bila dia
cakap macam tu. Cuma pandangan dia tu, seolah sangat tak percaya, yang Deeba ni
isteri abang. Deeba tahulah Deeba tak padan dengan abang. Karim yang nampak
macam biasa tu pun, isteri dia sikit punya lawa. Abang pulak dapat orang macam
Deeba je, sebab tu dia pelik kot.” Aku dah mula buat ayat sentap. Haha.
Hadif menggelengkan kepalanya
sambil tersenyum. Tanganku di atas meja, pantas digapai dan digenggamnya.
“Orang macam Deeba, dah cukup
untuk abang. Abang tak perlukan perempuan lain Deeba, cukup Deeba sorang.”
Hadif renung mataku dalam-dalam.
Aku cuma tersenyum, biarpun hati
masih rasa tidak puas hati. Adakah Hadif tidak merasa rugi memilih aku?
“KENAPA diam aja dari tadi ni?”
soalan yang terpacul dari mulut Hadif, buatkan aku tersentak dari lamunan. Aku
toleh ke tepi, dia sedang fokus melihat ke depan, memandu Vios putihnya itu
dengan tenang, beralunkan zikir yang indah bergema di dalam keretanya itu.
Sesekali mulutnya kelihatan terkumat-kamit mengikut alunan.
“Ada sesuatu yang menganggu
fikiran Deeba ke?” Dia menyoal lagi, kali ini aku dapat menangkap kerutan di
dahinya saat dia mengerling ke arahku sambil mengajukan soalan itu, seolah dia
benar-benar khuatirkan aku. Eh, hati ni, tak mahu percaya pulak yang Hadif ni
betul-betul risaukan aku, kan?
Aku geleng laju walaupun aku
tidak pasti, dia nampak atau tidak gelengan ini.
“Mana ada apa-apa, bang.”
“Betul?” soal Hadif kembali,
dengan kening yang bertaut.
“Betul!” aku menegaskan, biarpun
di dalam hati ini sudah berencah pelbagai rasa, bergelumang dengan pelbagai
rasa curiga yang enggan jua pergi biar sudah kuusir berkali-kali.
Hadif memandang aku seketika,
sebelum kepalaku yang berbalut tudung, digosoknya lembut.
“Dah, jangan dok fikir
bukan-bukan. Abang tahu Deeba masih teringatkan kata-kata Karim tadi kan?
Isteri abang ni, kuat berfikir betul kan? Orang cakap sikit je, dalam dia
fikir.” Aku ternganga, tidak sampai sebulan kahwin, Hadif boleh menelah
perangai aku? Wow ahli nujum sungguh!
“Mana ada bang...” aku tersengih
malu, ye lah takkan nak mengaku pulak. Hehe.
“Dah, jangan fikir banyak-banyak,
nanti Deeba jugak yang susah hati. Bila Deeba susah hati, abang pun susah hati
sama tau.” Hadif mengerling aku sebelum memandang ke arah depan semula.
“Hmmm...” itu saja yang mampu aku
ucap, cuba untuk tidak memikirkan apa-apa lagi.
Chup! Tiba-tiba aku rasakan
pipiku dikucup seseorang, wajah Hadif di sebelah pantas aku pandang. Dia buat
muka tidak bersalah sedangkan wajahku sudah terasa panas.
“Abang!” aku mencubit lengannya
membuatkan Hadif sedikit mengaduh.
“Abang geram, Deeba comel sangat.”
Dia bersuara dalam tawa yang berderai. Haish! Ada jugak yang kena cubit
bertalu-talu dari aku ni! Mujur aku ni masih terlalu segan dengan dia, kalau
tidak, siaplah!
Alololo...so sweetlah Hadif itew..heheh.....akak tgh terfikir ni...apa lah konflik yg bakal di hadapi oleh Deeba & Hadif ni...seriau bila pikirkan...adehhh..
ReplyDeleteFrm: Kak Rozie
terbaik. sian deeba still rase rendah diri maah. tapikan org badan besar nih cute ape
ReplyDeleteassalamu'alaikum.at last~ada jugak sambungan criter nih.Best!!! Cpat2 smbung ye AK~~<3-pminat setia =)
ReplyDeletesweet,,, x sbr untk thu ape akn blku lg,,,,
ReplyDeleteAssalamu'alaikum.alhamdulillah at last ada jugak update criter nih.Cpat2 sambung tau~~minat.dgn karya2 AK~~<3
ReplyDeletekesian dgn Deeba ye mestilah terasa dgn pandangan Karim dn
ReplyDeleteisterinya. Biarlah Hadif tetap sayang dn cinta walaupun isteri
saix XXXL. Jgnlh disebabkan saiz badan yg menjadi ukuran
kebahagiaan rumahtangga seseorg. Sekiranya ikhlas menyayangi
seseorng biarlah apa pun dugaan tetapkan hati untuk yg telah
mula dikasehi. Jgn peduli pandangan org lain asalkan hati kita
sendiri yg bahagia bersama teman yg telah kita pilih. nk lagi
Kirana.
terbaikkkkkkkkkkk...............
ReplyDeletesweet nya hadif..
ReplyDeletebest ..nak lagi..hehehe.. :)
Sweetnya Hadif ni...#^_^
ReplyDeletepls continue... nk tau sgt ape jadi lps ni :)
ReplyDeleteso suwwweeet citenye...xsabar nak tunggu sambungannye...:P
ReplyDeleteKeren! :D
ReplyDeleteYang pengin baca2 novel gratis lagi, mampir ke sini yuk! ;)
http://nayacorath.wordpress.com
the best and good story,among the story that i ever read... Keep in touch with this story and try give all your heart when your write the story... Hwaiting!!
ReplyDelete2022
ReplyDelete