Aku
mencapai botol susu segar yang berada di dalam peti ais, lalu kutuang sedikit
airnya ke dalam gelasku. Gelas yang sudah terisi air susu itu kubawa ke meja
yang tersedia di dalam dapur, menghirup susu segar itu bersama roti.
“Dah
nak pergi kerja dah?” sapaan ibu dari belakang, buatkan mataku mengekor langkah
ibu yang sudah mengambil duduk di depanku.
“Aah.”
Aku menjawab sambil mengunyah roti yang sudah kusapu Nutella. Sedap betul! Hehe.
“Dah
fikir pasal apa yang ibu cakap semalam?”
Mataku
terkebil-kebil mendengar soalan dari ibu itu. Otakku ligat memikir, apa yang
ibu katakan semalam.
“Pasal
apa ni, bu?” aku akhirnya menyoal, setelah tidak dapat menangkap maksud
persoalan ibu sebentar tadi.
Ibu
tersengih, jemarinya sudah menggapai karipap di dalam piring di hadapan kami.
Karipap itu dikunyah sedikit sebelum dia kembali memandang aku.
“Tak
nak ke, jadi menantu orang sebelah?”
Mataku
membulat. Terkejut, apabila soalan yang tidak masuk akal itu, sekali lagi ibu
tanyakan. Terbantut terus selera aku. Balang Nutella yang terbuka, kututup rapat.
“Apa
yang ibu dok merepek lagi tengah-tengah pagi buta ni?” aku sedikit membentak.
Ibu cuma senyum, sambil matanya melihat ke atas, seolah sudah membayangkan masa
depanku yang aku sendiri tidak fikirkan.
“Ibu
rasa bertuah sangat, kalau sesiapa dapat bermenantukan anak Kak Jah tu, Aisya.”
Ibu bukan main lagi dok berangan.
Aku
bangun, membawa gelas yang sudah kosong isinya ke sinki, pantas dibasuh sebelum
aku duduk kembali menghadap ibu.
“Ibu,
tak payahlah berangan nak bermenantukan mamat tabligh tu. Aisya tak nak la!
Aisya kan dah ada Azzam...” aku mencebik.
“Mamat
tabligh?” ibu ketawa tiba-tiba, bila mendengar panggilanku kepada pemuda
sebelah rumah itu.
“Nama
dia Afham la. Muhammad Afham Nuruddin.” Ibu menjelaskan, tanpa kupinta.
“Eleh,
Aisya tak tanya pun.” Aku menjuihkan bibir. Rimas apabila, ibu asyik
teringatkan jiran sebelah. Ibu ketawa, sebaik melihat wajahku yang cemberut.
Kepalanya digeleng perlahan.
“Iyelah,
iyelah, ibu tak tanya dah pasal tu. Anak ibu ni, ibu nak bagi kahwin dengan
orang yang baik pun tak nak.” Ibu bersuara lembut, cuba memujuk aku lah tu!
heh!
Aku
menghela nafas, tidak tahu apa yang sudah menyampuk ibuku, hingga asyik
terfikirkan jiran sebelah. Sebelum ni, tak ada pula ibu cuba kenenkan aku dengan
sesiapa, walaupun ada juga orang yang bertanyakan aku pada ibu. Ini dapat saja
jiran stok-stok alim, ibu terus tak senang duduk.
“Ibu,
orang tu baru saja duduk kat sebelah ni, kita tak boleh baca lagi hati budi dia
orang. Dengan berpakaian macam tu, tak bererti mereka tu sempurna, bu. Dan
orang macam kita yang tak terlalu ekstrim ni, bukan bererti kita tak kuat
pegangan agama. Kan ibu? Aisya tak suka ibu dok kenenkan Aisya dengan dia,
sedangkan ibu tahu yang Aisya dah ada Azzam.” Aku menegaskan. Wajah ibu berubah
riak, dia cuma diam mendengar aku berkata.
Perlahan
aku bangun dari dudukku, lalu memeluk ibu dari belakang.
“Aisya
minta maaf tau, kalau ibu terasa dengan kata-kata Aisya. Aisya harap ibu faham,
Aisya sayang ibu sangat-sangat.” Aku memeluk ibu dengan lebih erat, tidak mahu
ibu terasa dengan ketegasanku tadi. Perlahan bibir ibu, mengorak senyuman.
Lenganku yang melingkar di lehernya, diusap lembut.
“Ibu
pun sayangkan Aisya. Ibu tak ada niat langsung nak paksa kamu. Ibu cuma
berkenan aja tengok budak Afham tu, entahlah kenapa, tapi memang ibu rasa suka,
teringin nak bermenantukan orang baik-baik macam tu.”
“Bukan
ibu sorang, makcik-makcik kat kawasan ni pun, mesti berkenan jugak. Anak muda
alim yang macam ustaz-ustaz ni, memang jadi pilihan utama dalam senarai menantu
pilihan mak mertua zaman sekarang ni, bu.” Aku ketawa kecil, buatkan ibu turut
ketawa.
“Eh
betul ke? Kalau macam tu, ramai la pesaing ibu eh? Kalah teruk kita nanti,
Aisya.”
Aku
jeling ibu, dok mengharap lagilah tu.
“Kita
dah kalah sebelum bertanding la, ibu. Aisya tak nak bertanding pun. Ingat eh,
Aisya dah ada Azzam, ibu. Azzam.” Aku sengaja menekankan perkataan Azzam itu,
agar ibu bisa ingat yang anak bongsunya seorang ni, dah ada calon suami! Haha.
Ibu
tarik muncung sedepa. Mungkin merasakan impiannya sudah jauh melayang. Aduh!
Ibu aku seorang ni, kalau dah berkenan pada sesuatu, asyik terbayang-bayang
aja. Macam dia berkenankan beg tangan berjenama dekat pasaraya tempoh hari la.
Sampai termimpi-mimpi, tapi tak sanggup nak beli, takut ayah marah. Akhirnya,
aku yang belikan beg tu, sebagai hadiah hari ibu. Bukan main happy lagi ibu masa tu, dah macam menang
loteri aja gamaknya. Eh loteri haram! Haish Aisya, tolong bagi perumpamaan yang
elok sikit!
“Kalau
macam tu, nanti kamu tanyalah Azzam, bila nak bawak rombongan. Dah lama ibu
tunggu ni, kalau lambat jugak kang, ibu offer kat jiran sebelah!” kata-kata ibu
itu buat aku menelan liur. Bawak rombongan? Aduh!
Kusut
betul! Macam mana nak tanya Azzam ni? Aku kan perempuan, takkanlah aku terhegeh
nak soal dia, sedangkan dia yang sepatutnya fikirkan hal ni terlebih dahulu,
bukannya aku.
“Assalammualaikum,
Aisya.” Suara perempuan yang menyapa sebelum sempat aku membuka pintu kereta,
buatkan aku berpaling. Alamak! Makcik jiran sebelah!
“Waalaikumussalam,
makcik.” Aku tersenyum kelat, tidak menyangka, makcik Jah itu menegurku
pagi-pagi ini.
“Tak
payah panggil makcik, panggil saja ummi. Ya?” Lembut Makcik Jah bersuara. Erk!
Ummi? Aduh! Naik pangkat la pulak! Mati aku!
Aku
tak tahu nak balas apa, cuma sebuah senyuman aku ukir.
“Nak
pergi kerja dah ke?”
“Aah,
umm... mi...” tergagap aku menyebut, rasa macam betul-betul dah jadi menantu
saja gamaknya. Arghh tidak!
“Ummi,
Afham pergi dulu ya.” Pemuda bernama Afham itu tiba-tiba saja muncul, dari
dalam rumah. Tangan umminya itu digapai lalu disalaminya.
Aku
terkesima. Huish! Lain macam pula pakaiannya hari ini, dengan kemeja jalur
lengan panjang berwarna putih, dan seluar slack
berwarna hitam, serta tali leher yang tampak elegan. Fuhh! Lain benar dari penampilannya
semalam. Ini betul ke mamat tabligh semalam ni? aku gosok-gosok mata beberapa
kali.
“Aisya...”
dia pandang aku sekilas, sambil tersenyum sebelum pantas berlalu ke keretanya.
Aku yang terkedu, pantas berlalu ke keretaku juga.
“Saya
pergi dulu ya makc... eh ummi.” Aku membetulkan panggilanku semula, apabila
melihat, Makcik Jah itu, eh ummi, memandang aku setelah kereta anaknya berlalu
pergi.
“Jalan
baik-baik ya Aisya, jangan lupa baca Bismillah.” Nasihat ummi itu terus
menyentap tangkai jantungku. Hehe malu, lupa nak baca Bismillah tadi.
Aku
lambai ummi, sebelum pantas bergerak. Kang lambat, bukannya aku boleh bagi
alasan, jiran saya tegur saya tadi bos, lepas tu saya tergamam tengok anak dia
pulak sekejap, itu yang saya lambat tu. Choi sangat, Aisya!
dah beli n baca LYMA.....harap yg ni pun xkan mengecewakan....cam best gak...
ReplyDeletekelakarlah aisya
ReplyDeletebest plak..ble dorg nk tgur2 nie sya cm anti jew ngn afham..
ReplyDeleteA'salam cik Aliesha Kirana ... bestla citer ni! kalau boleh tak sambungkan lagi?
ReplyDeleteta best. lelaki alim mana nk tgur2 pompuan macam afham ni. sekilah pandang plak tu. menyampah.
ReplyDeleteafham tu ta sebut asalamu'alaikum pas salam ummi dia?
nilai assalamu'alaikum tu besar. satu doa.
ni bukan novel ala-ala islamik. ta de langsung nilai islam.
Assalamualaikum! Anonymous, salah tu. Afham bukan tegur, cuma sapa. Kalau tak sapa, bukankah lagi biadap namanya. Lagipun, Afham bukannya bermain mata.Lagipun, dalam novel, bukan semua benda kena tulis. misalnya Assalamualaikum, memang satu doa, tapi bila dalam novel selalunya penulis tak perlu tulis sebab biasanya memang orang akan tahu benda tu berlaku dalm realiti. Awak pun, x tulis Assalamualaikum utk comment, kan?
DeleteMaaf cik Anon!
DeleteKalau nak tahu, sekilas pandang tu adalah tgk sekali lalu saja. bukan renung lama2.
apapun, maaf kalau novel ni tak memenuhi citarasa anda. saya lebih tahu apa matlamat saya menulis novel ni, tak perlu anda menilai islamik atau tidak novel ini.
sekian.
cik anon..baru bab 2,jgn ler extreme sgt...cik writer ni baru nak jalan org da tolak....
Deleterasional la sikit ye...
haah....
Deletebetul tu.
biase la..ramai yg xpuas hati..xpe AK..truskan berkarya..kami insyaallah setie menanti,.^^
ReplyDeleteBetul!!!! Tu pun nk jadik isu..emo betul..tetap sokong aleisha kirana:)
DeleteNak lagi nk lagi!!!!! Best 2,,,,
ReplyDeletebestnyer...AK teruskn karya yer...terbaik...
ReplyDeleteAK... bila nak smbg citer ni...? Best... jln cerita yg tak membosankan... mcm LYMA... Harap AK xpth smgt dgn org2 yg xpuas ati tu... biarlah apapun derang nak kritik asalkan derang bahagia... kami yg menyokong ni lg banyak dr derang ok...
ReplyDeleteKeep up yr gud work....Aja-aja fighting AK....
sukala novel nie..
ReplyDeletebawu bab 2 dah exited bca xtaula mcm ana nak tgu smbungan dia....
cepatla sambung!!!!!!!!!!!!!!!!!!
best,, cpt smbung ye :)
ReplyDeletebest...keep move on!chaiyok!
ReplyDeleteBest! Bila nk smbg lg citer ni :)
ReplyDeleteBest! Bila nk smbg agi n3 novel ni?
ReplyDeleteBest! Bila nk smbg lg citer ni :)
ReplyDeletekalu dh masuk pasaran jgn luper roger2x... huhuhuhu....
ReplyDeleteakak suka citer ni.. sambung lagii plsss...
ReplyDeletesuke cternyer..bler nak smbung lagi...lme ttggu2 n3 bru
ReplyDeleteBila nak sambung????
ReplyDeleteKak AK, bile nak up entry baru?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebest ! nak lagi ! :)
ReplyDeleteSambungan please :)
ReplyDeleteSambungan please :)
ReplyDeleteSambungan please :)
ReplyDeletebila nak sambung lg nie..
ReplyDeleteSambung please :(
ReplyDeleteEhehhheh.. Sronok sgt bc crte nie.. :')
ReplyDeleteNasib baik ade org kasi taw pasal crte nie..
Awal2 penulis da gambarkan yang jemaah tabligh ni mcm sesuatu yang menjengkelkan. By repeating "Mamat Tabligh", its giving a bad reputation to them.
ReplyDeleteX perlu repeat "mamat tabligh" sampai nak tunjukkan yang seolah2 jemaah tabligh ni sesuatu yang annoying. I hope u see my point
ReplyDeletesuka semua karya aliesha kirana... fighting..
ReplyDelete