~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Monday, June 18, 2012

Novel : Kau Imamku Bab 2



Aku mencapai botol susu segar yang berada di dalam peti ais, lalu kutuang sedikit airnya ke dalam gelasku. Gelas yang sudah terisi air susu itu kubawa ke meja yang tersedia di dalam dapur, menghirup susu segar itu bersama roti.
“Dah nak pergi kerja dah?” sapaan ibu dari belakang, buatkan mataku mengekor langkah ibu yang sudah mengambil duduk di depanku.
“Aah.” Aku menjawab sambil mengunyah roti yang sudah kusapu Nutella. Sedap betul! Hehe.
“Dah fikir pasal apa yang ibu cakap semalam?”
Mataku terkebil-kebil mendengar soalan dari ibu itu. Otakku ligat memikir, apa yang ibu katakan semalam.
“Pasal apa ni, bu?” aku akhirnya menyoal, setelah tidak dapat menangkap maksud persoalan ibu sebentar tadi.
Ibu tersengih, jemarinya sudah menggapai karipap di dalam piring di hadapan kami. Karipap itu dikunyah sedikit sebelum dia kembali memandang aku.
“Tak nak ke, jadi menantu orang sebelah?”
Mataku membulat. Terkejut, apabila soalan yang tidak masuk akal itu, sekali lagi ibu tanyakan. Terbantut terus selera aku. Balang Nutella yang terbuka, kututup rapat.
“Apa yang ibu dok merepek lagi tengah-tengah pagi buta ni?” aku sedikit membentak. Ibu cuma senyum, sambil matanya melihat ke atas, seolah sudah membayangkan masa depanku yang aku sendiri tidak fikirkan.
“Ibu rasa bertuah sangat, kalau sesiapa dapat bermenantukan anak Kak Jah tu, Aisya.” Ibu bukan main lagi dok berangan.
Aku bangun, membawa gelas yang sudah kosong isinya ke sinki, pantas dibasuh sebelum aku duduk kembali menghadap ibu.
“Ibu, tak payahlah berangan nak bermenantukan mamat tabligh tu. Aisya tak nak la! Aisya kan dah ada Azzam...” aku mencebik.
“Mamat tabligh?” ibu ketawa tiba-tiba, bila mendengar panggilanku kepada pemuda sebelah rumah itu.
“Nama dia Afham la. Muhammad Afham Nuruddin.” Ibu menjelaskan, tanpa kupinta.
“Eleh, Aisya tak tanya pun.” Aku menjuihkan bibir. Rimas apabila, ibu asyik teringatkan jiran sebelah. Ibu ketawa, sebaik melihat wajahku yang cemberut. Kepalanya digeleng perlahan.
“Iyelah, iyelah, ibu tak tanya dah pasal tu. Anak ibu ni, ibu nak bagi kahwin dengan orang yang baik pun tak nak.” Ibu bersuara lembut, cuba memujuk aku lah tu! heh!
Aku menghela nafas, tidak tahu apa yang sudah menyampuk ibuku, hingga asyik terfikirkan jiran sebelah. Sebelum ni, tak ada pula ibu cuba kenenkan aku dengan sesiapa, walaupun ada juga orang yang bertanyakan aku pada ibu. Ini dapat saja jiran stok-stok alim, ibu terus tak senang duduk.
“Ibu, orang tu baru saja duduk kat sebelah ni, kita tak boleh baca lagi hati budi dia orang. Dengan berpakaian macam tu, tak bererti mereka tu sempurna, bu. Dan orang macam kita yang tak terlalu ekstrim ni, bukan bererti kita tak kuat pegangan agama. Kan ibu? Aisya tak suka ibu dok kenenkan Aisya dengan dia, sedangkan ibu tahu yang Aisya dah ada Azzam.” Aku menegaskan. Wajah ibu berubah riak, dia cuma diam mendengar aku berkata.
Perlahan aku bangun dari dudukku, lalu memeluk ibu dari belakang.
“Aisya minta maaf tau, kalau ibu terasa dengan kata-kata Aisya. Aisya harap ibu faham, Aisya sayang ibu sangat-sangat.” Aku memeluk ibu dengan lebih erat, tidak mahu ibu terasa dengan ketegasanku tadi. Perlahan bibir ibu, mengorak senyuman. Lenganku yang melingkar di lehernya, diusap lembut.
“Ibu pun sayangkan Aisya. Ibu tak ada niat langsung nak paksa kamu. Ibu cuma berkenan aja tengok budak Afham tu, entahlah kenapa, tapi memang ibu rasa suka, teringin nak bermenantukan orang baik-baik macam tu.”
“Bukan ibu sorang, makcik-makcik kat kawasan ni pun, mesti berkenan jugak. Anak muda alim yang macam ustaz-ustaz ni, memang jadi pilihan utama dalam senarai menantu pilihan mak mertua zaman sekarang ni, bu.” Aku ketawa kecil, buatkan ibu turut ketawa.
“Eh betul ke? Kalau macam tu, ramai la pesaing ibu eh? Kalah teruk kita nanti, Aisya.”
Aku jeling ibu, dok mengharap lagilah tu.
“Kita dah kalah sebelum bertanding la, ibu. Aisya tak nak bertanding pun. Ingat eh, Aisya dah ada Azzam, ibu. Azzam.” Aku sengaja menekankan perkataan Azzam itu, agar ibu bisa ingat yang anak bongsunya seorang ni, dah ada calon suami! Haha.
Ibu tarik muncung sedepa. Mungkin merasakan impiannya sudah jauh melayang. Aduh! Ibu aku seorang ni, kalau dah berkenan pada sesuatu, asyik terbayang-bayang aja. Macam dia berkenankan beg tangan berjenama dekat pasaraya tempoh hari la. Sampai termimpi-mimpi, tapi tak sanggup nak beli, takut ayah marah. Akhirnya, aku yang belikan beg tu, sebagai hadiah hari ibu. Bukan main happy lagi ibu masa tu, dah macam menang loteri aja gamaknya. Eh loteri haram! Haish Aisya, tolong bagi perumpamaan yang elok sikit!
“Kalau macam tu, nanti kamu tanyalah Azzam, bila nak bawak rombongan. Dah lama ibu tunggu ni, kalau lambat jugak kang, ibu offer kat jiran sebelah!” kata-kata ibu itu buat aku menelan liur. Bawak rombongan? Aduh!

Kusut betul! Macam mana nak tanya Azzam ni? Aku kan perempuan, takkanlah aku terhegeh nak soal dia, sedangkan dia yang sepatutnya fikirkan hal ni terlebih dahulu, bukannya aku.
“Assalammualaikum, Aisya.” Suara perempuan yang menyapa sebelum sempat aku membuka pintu kereta, buatkan aku berpaling. Alamak! Makcik jiran sebelah!
“Waalaikumussalam, makcik.” Aku tersenyum kelat, tidak menyangka, makcik Jah itu menegurku pagi-pagi ini.
“Tak payah panggil makcik, panggil saja ummi. Ya?” Lembut Makcik Jah bersuara. Erk! Ummi? Aduh! Naik pangkat la pulak! Mati aku!
Aku tak tahu nak balas apa, cuma sebuah senyuman aku ukir.
“Nak pergi kerja dah ke?”
“Aah, umm... mi...” tergagap aku menyebut, rasa macam betul-betul dah jadi menantu saja gamaknya. Arghh tidak!
“Ummi, Afham pergi dulu ya.” Pemuda bernama Afham itu tiba-tiba saja muncul, dari dalam rumah. Tangan umminya itu digapai lalu disalaminya.
Aku terkesima. Huish! Lain macam pula pakaiannya hari ini, dengan kemeja jalur lengan panjang berwarna putih, dan seluar slack berwarna hitam, serta tali leher yang tampak elegan. Fuhh! Lain benar dari penampilannya semalam. Ini betul ke mamat tabligh semalam ni? aku gosok-gosok mata beberapa kali.
“Aisya...” dia pandang aku sekilas, sambil tersenyum sebelum pantas berlalu ke keretanya. Aku yang terkedu, pantas berlalu ke keretaku juga.
“Saya pergi dulu ya makc... eh ummi.” Aku membetulkan panggilanku semula, apabila melihat, Makcik Jah itu, eh ummi, memandang aku setelah kereta anaknya berlalu pergi.
“Jalan baik-baik ya Aisya, jangan lupa baca Bismillah.” Nasihat ummi itu terus menyentap tangkai jantungku. Hehe malu, lupa nak baca Bismillah tadi.
Aku lambai ummi, sebelum pantas bergerak. Kang lambat, bukannya aku boleh bagi alasan, jiran saya tegur saya tadi bos, lepas tu saya tergamam tengok anak dia pulak sekejap, itu yang saya lambat tu. Choi sangat, Aisya!

Suka? =)

36 comments:

  1. dah beli n baca LYMA.....harap yg ni pun xkan mengecewakan....cam best gak...

    ReplyDelete
  2. best plak..ble dorg nk tgur2 nie sya cm anti jew ngn afham..

    ReplyDelete
  3. A'salam cik Aliesha Kirana ... bestla citer ni! kalau boleh tak sambungkan lagi?

    ReplyDelete
  4. ta best. lelaki alim mana nk tgur2 pompuan macam afham ni. sekilah pandang plak tu. menyampah.
    afham tu ta sebut asalamu'alaikum pas salam ummi dia?
    nilai assalamu'alaikum tu besar. satu doa.
    ni bukan novel ala-ala islamik. ta de langsung nilai islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum! Anonymous, salah tu. Afham bukan tegur, cuma sapa. Kalau tak sapa, bukankah lagi biadap namanya. Lagipun, Afham bukannya bermain mata.Lagipun, dalam novel, bukan semua benda kena tulis. misalnya Assalamualaikum, memang satu doa, tapi bila dalam novel selalunya penulis tak perlu tulis sebab biasanya memang orang akan tahu benda tu berlaku dalm realiti. Awak pun, x tulis Assalamualaikum utk comment, kan?

      Delete
    2. Maaf cik Anon!

      Kalau nak tahu, sekilas pandang tu adalah tgk sekali lalu saja. bukan renung lama2.
      apapun, maaf kalau novel ni tak memenuhi citarasa anda. saya lebih tahu apa matlamat saya menulis novel ni, tak perlu anda menilai islamik atau tidak novel ini.

      sekian.

      Delete
    3. cik anon..baru bab 2,jgn ler extreme sgt...cik writer ni baru nak jalan org da tolak....
      rasional la sikit ye...

      Delete
    4. haah....
      betul tu.

      Delete
  5. biase la..ramai yg xpuas hati..xpe AK..truskan berkarya..kami insyaallah setie menanti,.^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul!!!! Tu pun nk jadik isu..emo betul..tetap sokong aleisha kirana:)

      Delete
  6. Nak lagi nk lagi!!!!! Best 2,,,,

    ReplyDelete
  7. bestnyer...AK teruskn karya yer...terbaik...

    ReplyDelete
  8. AK... bila nak smbg citer ni...? Best... jln cerita yg tak membosankan... mcm LYMA... Harap AK xpth smgt dgn org2 yg xpuas ati tu... biarlah apapun derang nak kritik asalkan derang bahagia... kami yg menyokong ni lg banyak dr derang ok...
    Keep up yr gud work....Aja-aja fighting AK....

    ReplyDelete
  9. sukala novel nie..
    bawu bab 2 dah exited bca xtaula mcm ana nak tgu smbungan dia....
    cepatla sambung!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  10. best,, cpt smbung ye :)

    ReplyDelete
  11. Best! Bila nk smbg lg citer ni :)

    ReplyDelete
  12. Best! Bila nk smbg agi n3 novel ni?

    ReplyDelete
  13. Best! Bila nk smbg lg citer ni :)

    ReplyDelete
  14. kalu dh masuk pasaran jgn luper roger2x... huhuhuhu....

    ReplyDelete
  15. akak suka citer ni.. sambung lagii plsss...

    ReplyDelete
  16. suke cternyer..bler nak smbung lagi...lme ttggu2 n3 bru

    ReplyDelete
  17. Bila nak sambung????

    ReplyDelete
  18. Kak AK, bile nak up entry baru?

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. bila nak sambung lg nie..

    ReplyDelete
  21. Ehehhheh.. Sronok sgt bc crte nie.. :')
    Nasib baik ade org kasi taw pasal crte nie..

    ReplyDelete
  22. Awal2 penulis da gambarkan yang jemaah tabligh ni mcm sesuatu yang menjengkelkan. By repeating "Mamat Tabligh", its giving a bad reputation to them.

    ReplyDelete
  23. X perlu repeat "mamat tabligh" sampai nak tunjukkan yang seolah2 jemaah tabligh ni sesuatu yang annoying. I hope u see my point

    ReplyDelete
  24. suka semua karya aliesha kirana... fighting..

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!