Sudah
seminggu berlalu sejak aku bergelar isteri kepada Hadif. Tidak ada apa yang menarik
sangat untuk aku ceritakan. Aku masih menumpang di rumah mertuaku, hari-hari
berdepan dengan kesibukan melayan ahli keluarga Hadif, membuatkan aku tidak
sempat untuk mengenali Hadif dengan lebih dekat. Oh tidak mengapalah, aku ada
seumur hidup untuk mengenali dia, dan mungkin juga sampai ke syurga nanti.
InsyaAllah!
Hari
ini aku mula bekerja selepas seminggu bercuti, pasti banyak kerjaku yang sudah
bertimbun, mujur sebelum bercuti, aku sudah selesaikan kebanyakan kerjaku dan
menyerahkan tugasku untuk mengajar kelas-kelasku pada guru pengganti.
“Hah,
pengantin baru!” Haiza yang menegurku tiba-tiba, hampir saja membuatkan
jantungku terhenti. Kus semangat!
“Kau
ni Haiza! Nasib baik aku tak kena serangan jantung tadi!” Haiza tersengih.
“Alah,
nanti lama-lama kau dapat jugak penyakit tu, campur dengan penyakit tiga
serangkai lagi. haha!”
Aku
gumam. Pipi Haiza yang tidak seberisi pipi aku ni, aku cubit kuat-kuat. Geram
sangat! Suka hati aja dia doakan aku dapat penyakit-penyakit tu, tak sayang
mulut betul!
“Adoi!
Sakitlah wei! Lepas kahwin, makin garang kau ni eh!”
Aku
menjeling saja pada dia. Rasa geram masih belum surut. Tanganku pantas menyusun
barang di atas meja, bersedia untuk masuk ke kelas selepas ini. Makin dilayan
Haiza ini, makin sakit hati aku ni.
“Ala,
tunggulah kejap DD. Janganlah marah, duduklah dulu sembang-sembang. Kan kelas
kau start pukul sembilan, sekarang baru lapan empat puluh. Takkan kau nak
termenung depan bilik darjah tu kot, tunggu cikgu lain keluar.”
Aku
terduduk semula. Malas hendak melayan Haiza, tapi benar juga katanya. Kalau aku
keluar awal pun, bukan boleh ke mana. Tak kuasa aku nak meronda satu kawasan
sekolah yang tiap-tiap hari aku dok tawaf ni. Bosan!
“Hah!
Ada apa lagi?” aku menjeling tajam, bagaikan memberi isyarat supaya Haiza tidak
lagi bermulut celupar padaku. Kang aku dah tak tahan, aku cilikan jugak mulut
ibu mengandung ni. Haha.
Haiza
tersengih sambil angkat-angkat kening.
“Apa?”
aku langsung tak mengerti isyaratnya itu.
“Ehem.”
Haiza membetulkan suaranya sebelum kembali memandang aku.
“Macam
mana?” dia angkat kening semula. Haih! Ini masalah ni, bila tanya soalan
sekerat-sekerat ni, dia tak sedar ke aku ni cikgu Bahasa Melayu, kalau dia pelajar
aku, dah lama aku suruh berdiri dekat luar, sebab ayat tak lengkap.
“Apa
yang macam mana?” aku menyoal kembali, acuh tak acuh sambil meneguk air mineral
di dalam botol minumanku. Selalunya aku memang banyak minum air kosong tapi
entah kenapa, badan tak turun jugak. Haha.
“How’s your marriage life?” Amboi sekali
dia bedal soalan Bahasa Inggeris daa. Aku pandang wajah Haiza yang masih
tersengih, bahuku kujongket tidak lama kemudian.
“Aik,
takkan tak ada cerita kot? Dapat suami sikit punya kacak, takkan tak ada berita
langsung untuk dikongsi?”
Aku
gelak kecil.
“Haiza,
dia kacak ke, tak kacak ke, sama sajalah bagi aku. Janji dia layan aku baik.
Sudahlah.”
“Ya
itu aku faham, tapi yang aku nak tahu, macam mana hidup kau sekarang? Dia layan
kau baik ke?”
Aku
angguk perlahan.
“Baik
je.” Nada suaraku mendatar, membuatkan Haiza mengerut dahi.
“Bunyi
macam tak baik je?” Haiza serkap jarang. Aku senyum padanya, cuba membuang
segala telahan dalam mindanya saat itu.
“Baik
ajelah. Kau jangan fikir bukan-bukan pulak. Malah, layanan dia tu lagi baik
dari apa yang aku harapkan pun. Dia... dia terlampau baik.”
“Habis,
kenapa kau macam tak happy?”
Aku
mengeluh kecil. Pandanganku kulempar ke luar tingkap, gelanggang bola keranjang
di depan, lengang saja.
“Dia
terlalu baik la Haiza, sampai aku rasa... macam pelik. Pelik sangat, aku tak
tahu dia ikhlas atau tak sekarang ni.”
“Haish
kau ni, takkanlah dia tu nak main-mainkan kau pulak. Hal-hal kahwin ni mana
boleh buat main.”
Aku
menongkat dagu. Benar juga kata Haiza, tapi entah kenapa, hati ini... Hati ni
sukar sekali hendak meyakini keikhlasan Hadif. Ah susah...
“Dah
lah DD, tak payah difikirkan sangat. Kau ni kalau berfikir, boleh pecah kepala
tu dibuatnya. Suka fikir satu benda tu dalam-dalam. Last-last kau jugak yang sakit kepala, kan? Haih!”
Aku
ketawa. Ya aku memang begitu.
“Stop calling me, DD...” aku menghalakan
jari telunjukku pada Haiza, sebelum bingkas bangun. Lagi lima minit kelasku dah
nak bermula. Kang lambat, aku jugak tercungap nak panjat kelas 3 Zeta dekat
tingkat atas sekali tu.
Haiza
cuma ketawa saat aku berlalu keluar dari bilik guru itu. Sengal betul minah tu!
‘Abang
tunggu Deeba dekat depan pagar sekolah ni.’ Mesej itu aku baca berkali-kali,
tidak percaya. Betul ke ni? Pagi tadi aku datang ke sekolah dengan ibu mertua
aku, sebab dia yang mengajak. Takkanlah, balik ni Hadif yang datang ambil? Ah
malunya!
Ok-ok,
aku bukan malu bersuamikan Hadif. tapi aku yang malu sebab Hadif beristerikan
aku. Ok faham tak? Ah abaikanlah.
Aku
berjalan dengan dada yang berdebar-debar. Malunya nak jumpa Hadif, di saat para
pelajar turut sama bergerak untuk pulang ke rumah masing-masing setelah tamat
sesi persekolahan, petang itu.
“Kau
balik dengan apa ni, Deeba?” Haiza yang turut berjalan beriringan dengan aku,
pantas menyoal sebaik melihat aku turut sama menuju ke arah pagar sekolah,
sepertinya. Haiza, seperti biasa, diambil suaminya kerana dia yang sudah sarat
dan menunggu masa untuk bersalin itu, sudah tidak larat hendak membawa kereta
sendiri.
“Err.
Kereta la. Ada kat luar tu.” aku enggan berterus-terang.
“Eh
siapa dengan laki aku tu? Fulamak, kacaknya!” Haiza yang bernada teruja,
membuatkan aku pantas melihat ke depan. Hadif yang segak berkemeja dan seluar slack, sedang bersandar pada keretanya
sambil berbual dengan suami Haiza, Ehsan. Aku dapat lihat beberapa orang
pelajar perempuan sedang khusyuk memerhati suamiku sambil berbisik dan ketawa
sesama mereka.
“Haiza,
lain kali datang kenduri orang, datang awal-awal sikit. Jangan datang masa aku
dengan suami aku dah pergi outdoor shooting
dah masa tu.”
Haiza
garu kepala, tidak mengerti.
“Apa
maksud kau ni?”
Aku
tergelak kecil seraya menggeleng. Hadif yang sudah menyedari kehadiran kami,
pantas melemparkan senyuman.
“Abang.”
Aku memanggil, perlahan saja, cukup sekadar didengar Hadif seorang.
“Deeba.”
Dia senyum lagi, lalu pantas mengambil beg bimbitku dari tanganku. Aku yang
tergamam, hanya membiarkan.
“Isteri
saya.” Hadif memperkenalkan aku, pada Ehsan yang memang sedia aku kenali sejak
dulu lagi.
“Eh,
Deeba isteri awak rupanya. Maknanya saya ada pergilah kenduri awak masa tu.”
Ehsan baru tersedar, Haiza yang berdiri di sisi suaminya, tercengang-cengang,
masih tidak tahu hujung pangkal.
“Ada
apa ni bang?” Haiza menyoal suaminya. Aku di belakang Hadif, terpaksa menahan
diri dari ketawa, tak tahan betul tengok Haiza blur saat itu.
“Ini,
suami Deeba. Yang kita tak sempat jumpa masa pergi kenduri dia orang tempoh
hari tu. Awak la, lambat sangat siap.” Ehsan menjelaskan. Mulut Haiza
terlopong, matanya membulat.
“Dah
sedia nak balik?” Hadif menyoal, apabila aku lama mendiamkan diri, hanya
memerhati telatah Haiza yang tergamam sedari tadi. Lucu benar aku tengok. Eh
tak baik betul aku ni.
“Kejap
bang.” Aku meminta. Haiza yang sedang menanti Ehsan meletakkan barang ke dalam
bonet kereta, pantas aku hampiri.
“Kan
aku dah cakap, lain kali datang kenduri orang awal-awal sikit.” Aku berbisik
pada Haiza.
“Beb,
suami kau ni, lagi kacak bila depan-depan la. Terpana aku tengok.”
“Amboi
ayat.”
“Kalau
macam nilah, ikhlas ke tak ikhlas, belakang kira DD, janji dia suami kau.
Bangga kot, dapat suami sikit punya kacak, berbanding dengan diri kau tu.”
Lengan
Haiza aku cubit, membuatkan Haiza mengaduh kecil.
“Padan
muka!” Aku ketawa sebelum berlalu ke arah Hadif semula yang sudah membuka pintu
untuk aku.
Aku
membolos diri ke dalam kereta Toyota Vios putih milik Hadif itu dengan senyuman
yang masih terukir di bibir, teringatkan reaksi Haiza saat melihat Hadif tadi.
Bukan, aku bukannya bangga memiliki Hadif, cuma aku sedar dia itu kacak, pasti
sesiapa yang melihatnya akan terkesima. Dan aku sebagai isterinya, bukanlah
bangga dapat memiliki dia, sebaliknya aku berasa segan, sebab terasa sangat
tidak layak untuk berada di sisinya.
“Jom
pergi makan dulu, nak Deeba?” Hadif menyoal tanpa berkalih padaku. Aku pandang
wajahnya yang khusyuk memandu. Wajahnya berseri disinari cahaya matahari yang
memancar, buatkan aku terkesima lagi. Betulkah insan di sebelah aku ni, suami
aku? Atau aku masih bermimpi?
“Deeba?”
soalan Hadif itu membuatkan aku tersedar.
“Err,
ikut abanglah, Deeba tak kisah.” Hadif jeling padaku seraya tersenyum.
Seolah-olah dia sudah memikir dalam hatinya, ke mana arah tuju kami.
Kakiku
seolah terlekat di atas jalan raya, tidak mampu bergerak setelah Hadif memarkir
kereta, betul-betul di hadapan sebuah restoren. Restoren itu, tidaklah
kelihatan mewah, tapi tampak selesa dan mesra pelanggan. Ada banyak tempat
duduk tersedia, namun saat itu sudah ramai pengunjung yang mengisi meja-meja
itu, mungkin ramai yang keluar rehat saat ini. Aku malu sebenarnya, hendak masuk
berduaan bersama Hadif. Pasti mata-mata yang memerhati membuat andaian yang
bukan-bukan, dan mengata betapa tidak padannya aku dan Hadif. Ah!
Hadif
pandang wajahku, mungkin pelik kerana aku masih tidak bergerak.
“Jom.”
Dia mengajak sebelum mencapai jemariku, dan digenggam erat. Jantung aku rasa
macam berhenti berdegup, wajahku sudah merah padam menahan rasa segan. Apatah
lagi bila banyak sekali mata yang memerhati kami, melihat Hadif menarikku masuk
ke dalam restoren, lantas duduk di salah sebuah meja yang tersedia.
Mataku
takut-takut memerhati sekeliling, terasa bagaikan ada bunyi bisikan yang
mengatakan betapa tidak sesuainya aku dengan Hadif, di sebelah sana pula terasa
seolah ada yang mengatakan yang aku tidak layak untuk dia. Ah! Gangguan ini
sangat menyesakkan kepalaku.
“Deeba,
Deeba ok ke?” Hadif menyoal sambil matanya merenung anak mataku.
Aku
angguk perlahan, cuba membuang pemikiran yang entah apa-apa dalam benakku saat
itu. Lama aku berjeda, sebelum aku terfikir untuk menyoal sesuatu pada Hadif.
“Abang...”
aku beranikan diri untuk bersuara. Hadif yang baru saja mahu menyelak menu,
mendongak memandangku kembali.
“Hmm...”
matanya yang jernih, tajam memerhati.
“Err...”
aku serba salah hendak menyoal. Nak ke tak nak? Ah soal sajalah!
“Ehm,
abang tak segan ke, masuk dalam restoren ni dengan Deeba?”
Hadif
mengangkat kening.
“Kenapa
abang nak segan pulak?” Hadif menyoal aku kembali. Aduh! Tak faham pulak dia.
Aku diam seketika, susah hendak menjelaskan.
“Iyelah,
Deeba dengan abang kan... err... macam enggang dengan pipit, tak sepadan. Abang
tak segan ke orang tengok abang dengan Deeba?”
“Astaghfirullah
hal azim, Deeba!” Hadif beristighfar panjang, buatkan aku sendiri terkejut bila
lihat dia terkejut sampai macam tu sekali.
“Deeba
isteri abang, Deeba. Kenapa abang perlu segan pulak?” Aku diam. Tidak berani
menjawab.
“Deeba,
Deeba pandang abang sekarang.” Aku yang sudah tertunduk, memandang wajahnya
semula.
“Abang
tak kisah apa pandangan orang lain tentang kita, Deeba. Yang penting sekarang,
Deeba isteri abang, dan abang bangga punya Deeba sebagai isteri. Ingat tu.”
Hadif mengelus jemariku lembut. Air mataku rasa nak menitik, tapi aku tahan.
“Dah-dah,
jangan fikir lagi. Jom makan, abang dah lapar ni.” Hadif buat muka, sambil memegang perutnya,
membuatkan aku ketawa kecil.
Ya
Allah, benarkah ada insan sesempurna ini ya Allah? dan kenapakah aku yang
terpilih untuk Kau hantarkan insan sebaik ini, ya Allah? Wajah Hadif aku tatap
dengan rasa penuh syukur. Silalah berhambus jauh-jauh wahai rasa curiga!
Suka? =)
gemuk ke... kurus ke... setiap org berhak mndapat bahagia....
ReplyDeletebtol sya pon gmok
Deletesya pon gmok jgk
Deletewah,best2...rasa jatuh cinta kat hadif pulak.yang pasti, Irham tetap nombor satu tau...
ReplyDeletepernah baca citer ni...hehe
ReplyDeletesukaaa :)
saya pun kategori debab jugak... dan ada masa mmg rasa rendah diri... selalu kene motivasikan diri sendiri!!!! kurus ke, gemuk ke, bahagia itu tetap milik kita...
ReplyDeleteHi..salam AK...suka baca karya AK esp mamat muka selenga tu ketawa tak berhenti saya dibuatnya...nak mintak ajar sket bleh...cam ne nak wat blog kita ni tak leh nak copy sebab sy punya blog macam boleh jer...dah puas godek blog tu tak bleh buat pun. terima kasih...
ReplyDeletesambungannya plssssss bestttt sgt
ReplyDeleteAssalamualaikum kak AK...
ReplyDeletebest sangat jln crite nie...