“ADA
apa mama?” aku segera menyoal sebaik aku duduk di hadapan mama, di dalam bilik
pengetua itu. Mama hanya tersenyum seraya menghulur sekeping kertas padaku.
“Apa
ni, mama?” aku pelik. Kertas yang terlipat dua itu tidak kubuka lagi, masih
mengharapkan penjelasan dari mama.
“Deeba
ada check tak result DPLI baru-baru ni?” soalan mama membuatkan dahiku
berkerut. DPLI? Eh dah keluar eh resultnya?
“Belum.
Deeba lupa terus pasal tu sebab...”
“Sibuk
pasal hal kahwin ni kan? Tak apa, mama faham,” mama pantas memotong
percakapanku.
“Result dah keluar beberapa hari lepas,
tapi mama pasti Deeba belum tengok. Sebab tu mama tolong semakkan.”
Aku
angguk namun pada masa yang sama, ada debaran dalam hatiku. Kertas yang dihulur
oleh mama sebentar tadi, kubuka perlahan.
Tahniah!
Ayat
itu saja sudah cukup buat wajahku tersenyum lebar. Alhamdulillah!
“Tahniah
Deeba, lepas ni bolehlah jadi cikgu tetap.” Mama tersenyum sambil menggenggam
jemariku kuat.
“Terima
kasih, mama! Deeba bersyukur sangat.” Mata terasa berair, terlalu gembira.
Selain cepat bertemu jodoh, ini juga harapanku selama ini. Menjadi seorang guru
dalam erti kata yang sebenar. Terima kasih ya Allah!
“DPLI?”
Hadif angkat kening sebaik aku menyampaikan berita itu kepadanya, saat tiba di
rumah petang itu.
“Aah,
Diploma Perguruan Lepasan Ijazah. Dah banyak kali Deeba apply, baru sekarang dapat.” Aku mengukir senyum, yang sejak tadi
tidak lekang dari bibirku.
“Alhamdulillah.
Deeba dapat U mana?” Hadif menyoal, namun tangannya sudah pun menggapai kertas
di tanganku. Hadif tersenyum sendiri, saat kertas itu dibacanya.
“Kenapa
abang senyum-senyum macam tu?” soalan Hadif tidak kujawab kerana sah-sah Hadif
sudah mendapat jawapan itu dari kertas yang sedang khusyuk dibeleknya saat ini.
Hadif
panggung kepala, memandang ke arahku.
“Tak
ada apalah, Deeba. Deeba kena duduk asrama ke?”
Aku
geleng laju.
“Tak
payah. Boleh ulang-alik dari rumah. Lagipun dekat je kan.”
“Alhamdulillah...”
suara Hadif antara dengar tidak dengar, namun masih bisa kutangkap.
“Apa,
bang?”
“Eh,
tak ada apa-apalah.” Hadif sengih. Aku turut sama tersenyum, saja nak dengar
kali kedua, tapi dia dah tak nak cakap pulak. Hehe.
Surat
yang sudah Hadif letakkan semula di atas pahaku, aku ambil dan khatamkan semula
buat kesekian kalinya. Rasa tidak percaya masih terasa. Ah semua benda aku tak
percaya kan?
“Dah,
jom.” Hadif tiba-tiba bangun dari duduknya.
Aku
mengangkat kening sebelah. Kehairanan.
“Pergi
mana, bang?”
Hadif
senyum seraya menarik lenganku untuk ikut bangun.
“Shopping...”
“BUAT
apa nak shopping-shopping ni, bang? Barang-barang Deeba banyak lagi la...” aku
malas-malas berjalan mengekorinya dari satu kedai ke satu kedai di pusat
membeli-belah itu.
Mata
Hadif mencerun memandangku.
“Kenapa?
Deeba tak suka ke?”
Aku
menghela nafas. Bukannya tak suka, tapi tak selesa. Mata-mata ribuan manusia
kat dalam shopping complex ni asyik
perhati aku macam aku ni ada buat salah. Haih!
“Bukanlah
bang, cuma...”
“Cuma
apa?” Hadif bercekak pinggang. Amboi garang pulak dia hari ni. Hehe.
“Cuma
macam tak perlu pun nak shopping apa-apa. Semua dah ada.”
Hadif
memegang bahuku.
“Deeba
kan nak pergi tempat baru, jadi kenalah ada benda baru. Barulah semangat nak
belajar.”
“Tapi
bang...”
“Dah
tak ada tapi-tapi lagi...” Hadif pantas menarik tanganku. Ah azab mai dah!
“NAK
apa? Pilih je. Nanti abang bayar.” Hadif bersuara, sebaik kami berhenti di
salah sebuah kedai yang menjual pakaian wanita. Aku diam, namun dalam hati,
Tuhan saja yang tahu.
“Tak
apalah bang, tak ada yang Deeba nak pun kat sini.”
Hadif
pandang wajahku seketika, sebelum senyum dan menarik tanganku keluar dari
kedai, menuju ke kedai lain pula.
“Yang
ini?” Hadif memegang salah satu blaus di dalam kedai yang berikutnya itu.
Digawangkan pakaian itu di hadapanku dengan senyuman semanis gula.
“Kenapa
ni?” Hadif menyoal apabila tiada respon dariku, sebaliknya wajah kelat yang
terpamer, biarpun aku cuba untuk tahan perasaanku saat itu.
Aku
menghela nafas, sebelum berusaha untuk senyum, biarpun aku rasakan senyumku
saat itu tahap air mineral. Payau je.
“Tak
muat.” Ringkas, tapi rasa macam menikam jiwa sendiri.
Hadif
pandang aku sebelum jatuh ke baju di tangannya.
“Tak
muat? Abang tengok macam muat je.”
Aku
geleng laju.
“Cubalah
dulu. Manalah tahu, boleh muat.”
Aku
geleng lagi.
“Tak
muat punya.” Aku membalas dengan nada yang macam nak menangis.
“Takkan
kot. Abang tengok ok ajelah. Ni tengok ni, saiznya. Saiz XL ni.”
Aku
tarik senyum, kelat.
“Deeba
saiz XXL la bang. Lagipun, Deeba tengok pun tau, tak muat.” Aku mencebik. Memang
kadang-kadang orang tengok macam muat je baju tu untuk aku. Tapi aku sebagai
tuan punya badan, aku tahulah mana yang muat, mana yang tak muat.
Hadif
terdiam, blaus itu diletakkan kembali ke tempatnya, sebelum dia menuju ke
arahku.
“Tak
apalah, macam tu kita cari benda lain ya.” Hadif memeluk bahuku, cuba menenangkan
hati aku kot.
“Tak
payahlah bang, Deeba memang tak kisah pun. Deeba boleh guna lagi baju-baju yang
ada.” Aku menjawab dengan mata tidak memandang wajah Hadif, segan bercampur
malu.
Hadif
cuma diam. Jemariku digenggam erat, seolah memberitahu yang dia mengerti
perasaanku saat itu.
“Baju
kurung, nak? Kita cari baju kurung. Pergi kuliah mesti banyak pakai baju
kurung.” Hadif bersuara tiba-tiba setelah lama berjeda.
“Deeba
selalu kena tempah dululah bang, baju-baju Deeba. Yang beli siap, selalunya
sendat. Tak selesa.”
Hadif
mengeluh berat.
“Kasut?”
“Kasut
pun susah nak cari. Sebab kaki Deeba jenis kembang. Nanti lama pulak nak cari.”
“Tudung?”
Aku
diam. memang tudung tidak ada kaitan dengan saiz badanku, tapi...
“Deeba
pakai tudung bidang 60’, dekat kedai biasa susah nak jumpa. Deeba beli online je selalu.”
Hadif
diam lagi, belakang kepalanya digosok perlahan. Mungkin dah bosan mendengar
alasan aku yang macam-macam ni. tapi nak buat macam mana, memang itu pun
kebenarannya.
“Hah!
Abang tahu! Kali ni mesti Deeba tak ada alasan lagi dah untuk beli barang
baru.” Hadif sengih, wajahku yang sudah keruh, dicubitnya.
“Apa?”
aku bertanya malas-malas.
“Beg
tangan.” Hadif menarik senyum segaris, seolah memberitahu padaku melalui
matanya yang dia sudah menang dalam pertarungan ‘Teka barang yang boleh dibeli
untuk Adeeba.’
Aku
ketawa kecil. Tak sangka, Hadif begitu gigih memikir, untuk membelikan aku
barang baru untuk pengajianku nanti.
“Jom,
cari beg tangan, dengan beg kuliah sekali.” Hadif menarik tanganku pantas, namun
aku masih belum bergerak. Mata terasa panas, rasa macam nak menangis, tapi kena
control sebab di tempat awam.
“Jomlah,
Deeba.” Hadif berpaling, mengajak lagi. Aku bergerak setapak, menghampiri
Hadif. Wajahnya aku pandang takut-takut.
“Terima
kasih bang, sebab memahami Deeba. Maaf sebab Deeba banyak songeh. Itu tak
boleh, ini tak boleh.”
Hadif
kelihatan tergamam dengan bicaraku itu. Wajahku dipandangnya dalam-dalam.
“Abang
yang patut kena minta maaf, sebab tak faham Deeba. Abang kesian dekat Deeba.
Macam-macam yang Deeba tak boleh beli sesuka hati. Kalau perempuan lain, dapat
shopping, mesti dia orang cari baju, kasut, macam-macam lagi. tapi Deeba,
keinginan nak shopping Deeba pun dah tersekat. Deeba dah tak rasa nikmatnya
bershopping macam perempuan lain.”
Aku
diam mendengar katanya. Ya memang kata-kata itu benar belaka.
“Selama
ni, kalau datang sini, apa yang Deeba beli?”
Aku
senyum tawar.
“Selalu
tengok je barang-barang ni. lepas tu beli barang dapur, dengan makan dekat
restoren. Itu jelah.”
Hadif
menghela nafas panjang.
“Kesian
isteri abang ni...” Hadif memeluk bahuku. “Tapi tak apa, Deeba tak boleh
shopping benda-benda ni, selamatlah sikit duit abang.” Hadif ketawa mengekek.
“Abang!”
aku menyiku perutnya sebelum menarik muncung panjang.
“Elele,
merajuk pulak dia. Sorry-sorry. Dah-dah, jom abang belanja Deeba, beg satu
dozen.”
“Amboi
perli nampak.”
“Alamak,
makin teruk muncungnya tu. Iyelah-iyelah, abang belanja apa saja yang Deeba
nak. Ok sayang, maafkan abang ya.” Hadif sengih, buatkan aku turut tersenyum.
Aduh tak boleh merajuk lama-lama, kejap je dah ok dengan Encik Hadif ni. Ilmu
apalah yang dia pakai entah.
-------------------------------------------------
tinta penulis :
Assalammualaikum semua! ya saya masih bekerja, esok baru mula bercuti raya. di kesempatan yang ada ni, saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! maafkan segala kekhilafan saya sepanjang saya berkarya ni eh.
Jangan lupa komen atau like entry ni eh. sayang semua! ^______^
-------------------------------------------------
tinta penulis :
Assalammualaikum semua! ya saya masih bekerja, esok baru mula bercuti raya. di kesempatan yang ada ni, saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! maafkan segala kekhilafan saya sepanjang saya berkarya ni eh.
Jangan lupa komen atau like entry ni eh. sayang semua! ^______^
kesiannya kat deba...deba kena bersenam selalulah...sedih plak rase dengan deba neh..
ReplyDeletebest2...:)
ReplyDeleteselamat hari raye AK..
Best...#^_^
ReplyDeleteSelamat hari raya...
best,:D
DeleteSelamat hari rayer,,,
best la kak..x sbar nk 2nggu bku nie kluar..slamat hari rye mf zhir & batin..^_^
ReplyDeletebest2..^_^x sbar nk 2nggu bku nie dikeluarkan...
ReplyDeleteSelAmAt HaRi RaYa AidilFitRi MaAf ZaHiR & BaTiN..
best sgt . sy mmg ikut cerita ni . terbaik la AK . sbb adeeba ni mcm sy . saiz xxl jgkk . . tq sbb buat cerita cam ni . akn adakah halangan selepas ni ? ke akn dibukukn macam
ReplyDeletelove u mr.arrogant ?
love it AK !AK hwaiting !
Ya. Harap deeba kuruslah.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum.xpe la Deeba,lepasni Hadif skong & teman deeba bersenam k.. Bukn Hadif x syg,tp utk kbaikan Deeba jugak.=)
ReplyDeleterasa macam jadi deeba plak..kuat merajuk mudah terpujuk..haha...salam aidilfitri dan salam perkenalan =)
ReplyDeletesungguh besabar hadif.....suami muthali...x sanggup berjauhan dgn isteri terchenta
ReplyDeleteselamat hari raya jugak... novel ni makin lama makin best nnt cepat2 lah tulis bab baru ye... thanks fo effort!!!
ReplyDeleteselamat hari raya jugak!!! citer ni makin lama makin best... cian kat deeba rendah diri sangat... nasib baik ada suami yg memahami... cepat2 lah tambah entri baru...
ReplyDeleteala ak suh deeba amalkan pemakanan sihat...calori intak 1200 - 1500 je sehari plus bersenam...mesti dapat kurus....
ReplyDeleteSiannnn... Deeba. Deeba ni kena diet skit... Cuba AK buat Deeba jadi kurus skit... Mesti terbeliak mata2 yg memandang sinis pd Deeba tuuuu.... Tmbh2 mak mah jiran diorg tuu... Yg cuba nak kenenkan anak dia dgn Hadif... Papepun... Gud job cik wrIter... Slamat Hari Raya Aidil Fitri...
ReplyDeleteDeeba x perlu diet... kalau kurus utk riak dan menunjuk2 wat apa kan!.. Yg penting Deeba kena ubah perasaan rendah diri dia and kekal jaga hati Hadif mcm mana Hadif syg kat dia... kekadang asyik luah benda sama boring gak... tu rasa mcm suspen gak takut Hadif berubah hati...
ReplyDeleteTak sabar nk tunggu sambungan novel ni...harap2 jgn banyak sgt konflik...
ReplyDeletekita pn sush nk cr ksuttt...sme nsib ktakn deeba
ReplyDeleteknp hadif x ckp yg dia cintakan deeba
ReplyDelete